COMING SOON

28.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments


Apa lak yang coming soon ni kan?? Akibat mini gath itu mengecewakan aku.. ahad keesokkan harinya.. Dah plan ngan my bf gi tengok wayang.Akibat lepak sampai petang kat nilai kitorang tengok wayang malam kat GSC 1 Utama. Cerita ni memang menyeramkan... aku lebih banyak tutup mata & muka dari tengok.
Tak tahan beb.. amik tiket kol 11 malam.. tengok je cerita seram camni... maunya pandang kiri kanan gak.. dah la kisah ni berkisarkan kat pawagam jer..
alkisahnya mamat & minat dalam cerita ni keja kat panggung wayang.So, ada cerita baru.Si mamat ensem ni dia supply filem2 baru kat pirate cd la.. Filem baru adalah filem yang di adaptasi dari kisah benar seorang perempuan gila bernama Chaba.Sesapa je tengok cerita tu akan mati dengan matanya di cungkil oleh si hantu itu.. slot2 dalam cerita ni best... so tengok la cerita tu sebab kat sini aku taknak bagitau siapa hantu tu yang sebenar?? adakah kak senduk?? mustahil kan??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MINI GATH

28.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Assalamualaikummmmmmmmmmmmm... kembali kita di blog yang paling melekat lekit dengan kisah baru gath yang sedikit kehampehkan!!! kekekekeke.. awat lak hampeh ni??? Tu la.. apa yang di plan sejak awal semua tak jadi. Plan mula2 PD jer.. tapi dah jadi Melaka & PD. Aku awai2 dah bangun ni.. Bf aku kol 6.30 pagi dah terpacak kat umah aku.So kitorang pergi Nilai tempat pengumpulan badigol2 soot semua untuk memulakan perjalanan nanti.Sampai sana dalam kol 9++ aduhai.. tak bangun2 lagi makhluk2 itu. So tunggu la dorang sampai dekat kol 12 baru la nak bertolak ke Melaka.Dalam penantian tu Si DJ Rumet lak tukar plan lagi.. (Rumet keja dia tukar plan jer). Pegi melaka jer PD tak jadik lak sebab tiket flight dia kol 7.00 pagi ahad.. hurmmm dengan redha & terpaksa nak tak nak aku terpaksa setuju sebab semua dah setuju. Yang pelik sal lak DJ Rumet amik tiket flight 7.00 pagi ekk.. bukan dia tak tahu plan kitorang nak BBQ kat PD?? Satu soalan yang tak terjawab?? Perlu talian hayat ni nak jawab..
Appapun aku pasrah jer la... So pegi melaka.Ingat nak round2 semua tempat kat melaka.. alih2 hurmm cuma melawat A famosa jer Uolls.. kehampehkan yang paling ketara kat situ.. Pastu pi pantai apa ntah aku dah tak kuasa nak ingat.Lepak kejab pastu balik nilai.. Dinner pun kat nilai.
Awat lak cerita panjang takde gambar hiasan ni.. takpe.. jab gi aku nak kongsi2 kan gambar mini gath yang tak bapa nampak ciri2 gath nya... Hope lenkali jangan la buat gath camni lagi Uolls... akak sedih tau. Hujung2 A Famosa jer je peginya... Apapun best lepak ngan dorang ni.. enjoy gak la.Sik baik si V6 tu selalu buat aku gelak... so, hati yang mengelegak ni skit suam2 la...

Dah malas nak upload satu persatu Uolls.. Jadi kekdah yang senang ni la

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MINI HOLIDAY (PICNIC & JALAN2)

23.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments


Erkk apa kes terus view pic di tepian pantai ni?? ha.. nak tau sangat2 ker?? Bermula Esok, bertarikh 24 April 2009, bersamaan hari Jumaat Dj kesayangan Anda (Sayang ke kat I uolls??) Akan melenyapkan diri buat seketika waktu untuk memberi laluan pada pesanan penaja.. Pejadah pesanan penaja kan?? Esok Abby akan meghaibkan diri untuk pergi membeli keperluan pergi berjemur di PD.Kekekekekeke.. Haruslah rentung kalau tak ber sunblock bagai nak gi main air laut ni.Kulit Asal pun ala2 Arang.. apatah lagi di panggang tengah terik mentari tu nanti dik non.. Bukan ajork sunblock yang aku nak beli ada la beberapa keperluan sampingan yang aku dah list nak beli bagi mengabiskan sisa duit yang ada..

Jangan Salah Sangka Uolls.. I sebenarnya putih melepak tapi i lupa pakai sunblock masa main tepi pantai PD terus i jadi rentung

Mengikut Plan pagi sabtu kitorang akan bertolak terus dari KL ke melaka dulu dan petangnya akan kembali ke PD untuk ber BBQ malam hari.Siang Ahad kita akan bercanda di pasiran beramai ramai sambil membuat istana pasir.. Boleh gitu?? Apapun korang jangan la rindui aku.. Pemergian aku ni bentar aja kok!! Ter speaking indon lakk... Boleh la perasan jadi puteri 7 nanti sambil nari2 ulit mayang tepi pantai.. boleh gitu!!

Tuan2 dan puan2.. terima tarian ulit mayang dari makcik untuk semua pengunjung pantai.. jangan risau free show & tiada caj tersembunyi..

So, Doakan abby selamat pergi, happy dan selamat pulang ke pangkal jalan yer.. Jangan la korang doakan tsunami lak sebab jeles tak leh ikut abby pegi. Kang langsung dakmuo takde dj gempak dah... kekekeke. Gempak la sangat!!

Dakmuo : Ooo.. Ko gi cuti dah la x bagitau.. pastu tak ajak aku lak!! Pastu monteng DJ.Balik kang Siap kau!!

Op's lupa lak.. So pada sesiapa yang kalau lupa bawak baju mandi masa gi pantai memang terasa sangatlah.. Celak* So abby ada cadangan untuk hiasan badan anda bagi mereka yang lupa bawak baju mandi.. sungguh seksi, kreatif dan juga sangat la jimat.. Tak perlu beli t-shirt kat tepi pantai tu.Harga dah tentu mencekik kocek mu.. So, lihatlah idea bernas lagi berkualiti dijamin 100% buatan malaysia... Bikini alaf baru... Jeng... jeng.. jeng..

Seksi & kreatif tak Uolls?? Ni kategori fesyen kitar semula.. kekekeke.Bayangkan muo yang pakai.. Kahkahkahkahkahkah

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENANGAN

22.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

huhuhuhuhu.. mengulit kenangan!! Apa kenangan yang anda ingat?? Bagi abby kenangan menari dengan Amy mastura memang kenangan yang manis.. siap naik stage tanpa segan silu.Dah tu time tu tengah PMR.Abis jer paper berdesup abby balik umah siap2 nak gi tengok promo show Amy mastura masa tu kat the summit bukit mertajam, pulau pinang.Abby ingat lagi.. time tu Amy Mastura buat promosi album puteri impian (filem yang paling aku minat).Tengah best menari ala2 puteri kat atas stage (masa tu lagu gema rembulan) tetiba blackout kau!! Punya la malu den.. macam malang sangat je aku ni kan??? Dah la minat giler ngan Amy mastura.Lagu tak abis dah kena turun stage. frust + malu beb!! member kat depan stage bantai gelak jer.. Apa yang Abby tak ingin ingat adalah time time tu abby pakai baju yang bagi Abby tak lawa.Gila naik stage pakai ala2 rappers.. nari ballet ala2 puteri.Kan tak kena tu!!Yelah zaman aku tu popular Rap lagi.. Nak wat camna kan??

Boleh tahan la kalau aku dress camni nari ballet tapi ni dress ala2 KRU & 4U2C masa tu

Lepas tu tengah best menari blackout.Nak2 lagi kena gelak dengan member... Tapi sempat gak aku usya mamat hensem dari atas stage.Jatuh cinta jab kat budak tu yang abby rasa sebaya abby jer masa tu.Akhirnya kita berkenalan juga tapi bukan hari yang sama.Kenal dari kawan ke kawan la.. Nama dia Abit.Walau jatuh cinta kejab tapi bila jadi kawan takde lak aku syok ngan dia pun.
Apapun semua tu kenangan.. Mana boleh hilangkan?? Lucu Lak...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Record Listener 10.30am - 12.50pm

21.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

10.30am - 11.54 am
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 70 of 100 listeners (50 unique)
Listener Peak: 100
Request

12.oo pm - 12.50 pm
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 73 of 100 listeners (55 unique)
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 78 of 100 listeners (51 unique)
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 68 of 100 listeners (47 unique)
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 72 of 100 listeners (49 unique)

Request


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENAPA KITA SELALU MENYEDARI SETELAH HILANG??

21.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Manusia?? Patutkah aku di gelar seorang manusia?? Dan ramai yang tahu aku suka lagu Kerispatih bila rasa ku Rasamu..!! akulah manusia itu!! Manusia yg di ceritakan dalam lagu tu!!

Menyedari setelah hilang.. memang satu perasaan yang terlalu perit!! Aku tak tahu nak gambarkan.. sebab aku jenis manusia yg tak faham perasaan sendiri.Aku tak tahu siapa yang aku suka, aku sayang dan aku perlu.. Aku akan sedar setelah kehilangan.. Bukan sekali tapi berkali2 terjadi.Kadang - kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu.. Tapi tak semudah seperti apa yang di cakapkan.

Aku gadis nakal bersama dunia nakal ku.. Tapi bukan hati aku terlalu luar biasa untuk tak punya rasa untuk menyanyangi dan di sayangi.Tapi kelalaian aku dan ketaksuban aku sendiri dengan dunia nakal ku membuat kan aku kehilangan seseorang.Seseorang yang selama ni bersama dalam jatuh bangun ku.Seseorang yang aku abaikan hatinya tapi cuma satu yang aku tahu sepanjang bersama nya.. "Aku terlalu sayangkan dia". Sampai saat ini..

Mungkin dunia ku tak sama dengan dunianya.. Tapi bersatu dalam satu rasa.Rasa yang sama dalam berlainan caranya.

Curang!! aku lah insan itu!! Jangan mencintai aku lagi... sesiapapun!! Kerana aku hanya menanti dia untuk membetulkan kesilapan aku selama ni.Biarpun terlalu samar... tapi aku masih berharap.

Aku terlalu2 melukai hatinya... terlalu2 menyakiti hatinya.. terlalu2 berdosa padanya...


Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku
Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti
Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau Jaga
Coba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ABANG RAHMAT KU YANG GIGIH

18.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Ni la Rupa studio kecil abang rahmat ku...

Gigih tak Uolls?? Semangat nak ber dj kat online radio Abang rahmat (nama sebenar) Sanggup berhabis tu dengan mic gantung bagai.PC dia toksah cakap la.. siap sambung hi-fi bagai tu.. Ntah apa2 dia upgrade lagi pun tak tau.Apapun abg rahmat blom pernah ber dj kat mana2 online radio.Persediaan yang di buat adalah untuk menceburi diri dalam bidang Dj online ni.Haruskah kita meng offer beliau untuk berkeudara disini buat julung2 kalinya?? Sejarah perkenalan dengan abg rahmat ni sebenarnya aku dah lama kenal dia.Sejak aku berumur ala2 gadis remaja lagi.. time tu baru 16 tahun dimana kitorang sama2 menajadi pendengar tegar sebuah stesen radio tempatan ni (bkn radio online tau).Sama2 mengabiskan duit mak bapak (aku ler) call stesen radio tu setiap malam.Dari situ bermulanya perkenalan kami...
Sebagai pendengar yang cukup taksub dengan radio itu maka terlahir dj radio amatur (online radio la tu) seperti aku ini yang kononnya berbakat la sangat (padahal berkarat je bakat ko tu.. hehehe) Kegigihan abg rahmat amat adik mu ini respek.. abby hanya berdj berbekalkan pc, broadband, mp3 dan headphone pakej ngan mic skali ajoork... tapi abg rahmat upgrade dia nye pc ngalahkan konti radio era dah ni.. kekekekekekek Apapun syabas atas kegigihan mu abg rahmat.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SEGMEN BARU ADA RESPON

18.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

kali kedua keudara segmen KENANGAN DAN LAGU ada respon yang agak baik.Di jam2 awal tadi la.. Hujung2 dah jadi request lagu macam biasa.Tapi biasa la pendengar ada yang ikut tema & ada yang tak.. 50 - 50 yang ikut segmen dan yang tidak.Apapun layannnn.. (bak kata Dj dakmuo).

Layannnnnnnnnnnnnn.. kata Dj Dakmuo ala2 fara fauzana gitu!!

Kontroversi yang melanda sejak semalam dah pun mula reda.. tak tahu la dari pihak dalaman dah settle ke blom tapi bagi pihak abby dan tutup kes!! malas dah nak follow up.. Yang penting akak tak salah k!! berbalik cerita segmen tadi.. rekod agak membanggkan gak la.. Tapi di jam2 terakhir biasa la listener mula turun.. Ko pk kol 4 - 5 pagi orang larat lagi nak bertongkat mata dengar ko bebel ke kak sudip (Bak kata bos).Pepandai jer dakmuo ni bagi aku nama kak sudip ekk.. ala2 kak senduk lak!! Mula2 tu lambat skit la nak mainkan lagu permintaan.. Korang tau ke aku sampai berpeluh ketiak dok download lagu korang.. hehehehehe

Bila ko nak mainkan lagu pakcik ni abby.. pakcik dah termimpi2 kat sini tunggu lagu request pakcik ni..

Apapun thanks pada semua yang support. Sekadar mencuba pelbagai segmen di frenzy.. bukan tunjuk hebat k.. Apapun pada semua sweet dream yer.. aku dah ngantuk ni..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

RECORD LISTENER TENGAH MALAM (12.25am - 5.00 am)

18.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

SEPARUH MASA PERTAMA 12.25am - 1.oo am)

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 66 of 100 listeners (29 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 68 of 100 listeners (30 unique)

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 75 of 100 listeners (35 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 60 of 100 listeners (25 unique)
Listener Peak: 96

SEPARUH MASA KEDUA 1.00am - 2.00am

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 63 of 100 listeners (27 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 76 of 100 listeners (34 unique)
Listener Peak: 96
.
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 76 of 100 listeners (34 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 78 of 100 listeners (39 unique)
Listener Peak: 96

SEPARUH MASA KETIGA 2.00am - 3.00am

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 68 of 100 listeners (32 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 66 of 100 listeners (29 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 67 of 100 listeners (28 unique)
Listener Peak: 96

SEPARUH MASA KE EMPAT 3.00AM - 4.50am

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 64 of 100 listeners (25 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 66 of 100 listeners (26 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 63 of 100 listeners (25 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 65 of 100 listeners (29 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 49 of 100 listeners (27 unique)
Listener Peak: 96

Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 34 of 100 listeners (17 unique)
Listener Peak: 96

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SAPA CAKAP AKU NAK QUIT??

17.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

sorry 2 say.. I'm still with frenzy.fm ok! Never!!! huhuhu radio yang berpontensi besar.. Peluang aku ber DJ disini takkan aku lepaskan.Cuma rehat seketika untuk mencari punca masalah sound jadi serak2 basah.Sal DJ nak quit.. sal listener turun.. sal semua itu bukan alasan aku akan berundur.Aku kanak2 dumex yang membesar bagai juara takkan putus asa!!!

Kanak kanak Dumex katanya... Kanak kanak la sangat

Pada Arip maaf atas kontroversi & salah faham yang terjadi sebab akak tak tahu sebab musabab.. Apapun Arip dah macam adik akak (seperti gambar diatas). Kalau Akak tegur tu just berkongsi apa yang akak ada.Akak tak lokek ilmu tau.. Sungguh baik akak kan?? (Statement menunggu di cerca). So disini akak nak jelaskan kontroversi yang melanda adalah salah faham.. Dah macam peperangan tiga penjuru.Apa yang akak harapkan kat sini adalah penyatuan semula.. Semua orang memainkan peranan yang penting untuk memajukan frenzy.. So, buang yang keruh amik yang jernih k!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SAM PROBLEM OR ORANG TAK SUKA

17.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Hurmm.. tak dapat di pastikan.Sebab listener mendadak turun tak sampai setengah jam pun aku on air.Sebab sikap aku yang suka berterus terang ker?? Atau sebab kualiti SAM yang ala2 serak basah gitu.. Memang aku dengar balik kat radio pun sakit telinga.Tak dapat di pastikan la kenapa.. So amik keputusan terus dc radio bagi balik kat autorun dari aku membuat pendengar lari atas alasan yang mana satu aku tak pasti.Yelah.. aku ala2 tak sedar diri.. Nak join budak budak.Kau tu dah tua abby mentaliti & cara kau bukan sama dengan budak2 mesti la dorang nyampah ngan kau!!!

Makcik Hanya layak buat keja2 anyaman jer.. dah tak layak nak berchatting bagai ngan korang

Tak tahu kenapa yang penting SAM harus di betulkan dulu yer.. Dj kat memana leh dj.. yer tak?? Tapi kalau sound bunyi cam speaker kena gigit semut je pun tak guna.Sebenarnya dah malas nak amik pot hal remeh temeh sebab aku dah dewasa untuk berperangai cam budak - budak.Memang melalui alam dewasa tak sama dengan alam remaja.Seorang yang dewasa agak malu berperangai budak budak & memandang perangai budak budak yang agak menjanggalkan padahal kau pun penah hidup dalam usia dorang tu!!! Yelah time tu memang la perangai aku pun cam dorang.. Time sekarang kalau perangai cam dorang kang di cop rasmi tak sedar diri lak.

tahap sedar diri nenek agak kurang so leh ke nenek join Uolls lepak ni?? Dah pakai Cap bagai ni mesti orang tak pasan nenek dah 85 tahun kan.. Mesti nampak macam baru 15 tahun kan??

Apapun minat mesti teruskan.. Umur bukan penghalang.. Yelah minat aku bukan main pondok2 macam kanak2 riang itu.. cuma minat ber dj jer uolls.. salah ke kalau dalam usia 26 tahun ni akakber dj??

Salahkah andai nenek berhobikan main pasir tepi pantai dalam usia segayut ini?? salahkah Uolls??

Tak kan?? So akak tak kisah kalau pun ada yang tak suka akak atas keceluparan akak ni sebab korang kena faham akak kan jenis berterus terang.Dari akak ngata belakang mana korang nak?? Apapun andai salah kak abby dengan apa yang terjadi selama ni akak minta maaf yer...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

RECORD AUTORUN YANG BOLEH DI BANGGAKAN

17.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Server Status: Server is currently up and public.
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 85 of 100 listeners (57 unique)
Listener Peak: 96
Average Listen Time: 1h 58m 08s
Stream Title: .: Frenzy.Fm :. Malaysia Online Radio
Content Type: audio/mpeg
Stream Genre: [ Autorun ]
Stream URL: http://Www.FrenzySpace.Org
Stream ICQ: -
Stream AIM: -
Stream IRC: #FrenzySpace (WebChat)
Current Song: Pussycat Dolls -Sway

Pst : Radio Ni memang dah ada listener sendiri.. Syabas kepada Bos (Dakmuo) yang berjaya membuatkan listener melekat lekit walau takde dj

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HANG OUT

17.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Apa la pagi2 buta ni update blog.Takde nak cerita yang tak berapa best.. Kuar gi makan jer kat kg baru tadi with my friennd (MIRC friends).Aku & Zurina.. Ni kali kedua aku hang out ngan dia.Bagi aku dorang best.Jumpa dengan Black (Gheetoscott nick dia kt IRC).Yelah dia kan orang kampung Baru.Kebetulan dia minum tempat kitorang makan tadi.. Takde apa nak di cerita kan.Borak kosong jer... Baru je sampai tetiba teringat gambar yang amik tadi. Jom aku kongsikan dengan semua pic yang perasaan cun ni..

Me & Zurina.Yang mana satu?? Yang Baju putih tu la zurina

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

REKOD YANG BOLEH DI BANGGAKAN OLEH DJ DUET (APEK & DINDA)

16.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Server Status: Server is currently up and public.
Stream Status: Stream is up at 24 kbps with 77 of 100 listeners (49 unique)
Listener Peak: 96
Average Listen Time: 2h 45m 31s
Stream Title: .: Frenzy.Fm :. Malaysia Online Radio
Content Type: audio/mpeg
Stream Genre: Dj Duet
Stream URL: http://Www.FrenzySpace.Org
Stream AIM: Www.Liontree.Org
Stream IRC: #Singapore
Current Song: Celine Dion - My Heart Will Go On

Pst : Korang Makin Di minati termasuk I suka ngan cara Apek & Dinda.. Cara tersendiri & Kelakar la lu apek. Buat Apek banyak makan belacan tau baru leh sebut betul2... kekekekeke

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SURAT DARI ARIP30

16.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments



06:08 PM 16 April 2009

arip30
arip30@frenzyspace.org
__________________________________________________

Frenzyspace.org
MEsti GEmpak PUnyer!!!

Tetuan,

[B][U]PERLETAKKAN JAWATAN[/U][/B]

Merujuk kepada perkara diatas, saya Arip30; ic: www.frenzyspace.org/arip30. dengan ini meletakkan jawatan selaku DeeJay & Admin di FrenzySpace.org.

2. Keputusan saya ini langsung tidak dipengaruhi oleh sesiapa pon samaada pendengar & para deejay.

3. Saya akan doakan moga frenzyspace akan terus melangkah lebih maju. InsyaAllah saya akan beri sokongan 100%.

4. Keputusan ini dibuat serta-merta atas sebab jangka masa panjang FrenzySpace.org.
Sekian, terima kasih.

.: MESTI GEMPAK PUNYE :.


arip30
surat ini tidak diperlukan tandatangan kerana ia dijana oleh komputer.

pST : Akak bukan la happy ko resign tapi akak respek la cara pro kau bersurat rasmi bagai ni.... Apapun kenang daku dalam selimut mu yer Arip.. akak sedih dik!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ARIP NAK QUIT DARI FRENZY.FM

16.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Awat pulak Arip?? Sal akak cakap tu ker?? Tak juga.Dia cakap takde kena mengena ngan aku.. Abis tu sal Arip.Suspen je cara dia bagitau tu.. katanya demi keselematan Frenzy.. Sapa lak nak serang hendap frenzy ni Arip.Tak paham la Arip... konpius dah ni?? Boleh tak korang semua kalau ada masalah cakap terus terang??? Tak yah nakl berkias - kias.Pening tau aku nak pk!!

takpe Arip akak dah sediakan pasukan sailormoon untuk jaga keselamatan Arip & frenzy.Tak yah risau stay & steady kat frenzy k.

Mungkin Arip terasa hati?? Mungkin juga Arip betul2 ada masalah lain?? Tapi yang pasti Arip je tahu.Apapun keputusan dia siapa la aku untuk halang.Maybe mic dia dah rosak?? Mungkin juga Ayah dia marah sebab dia kurang beramal sekarang ni sebab asyik ber dj kat frenzy.Mungkin juga dia telah di lamar oleh hotfm untuk ber dj kat sana. Apapun hanya Arip yang tahu & dia tak nak lak bagitau kenapa.. hurmmm apa akak boleh buat dik.. ko taknak bagitau camna akak nak tolong kan???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JANGAN AMIK HATI YER ARIP30

16.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Akak takde niat nak kecik kan hati kau Arip30.Just menunaikan tanggungjawab seorang akak jer sayang.. (Cewah.. ayat manis tu!!) Teguran akak dengan cara Arip tu jangan la ko simpan dalam hati sebagai dendam ye.. Simpanlah dalam hati sebagai panduan untuk terus maju dalam arena seni online ni.. (hehehehehe).

PEACE NO WAR YER DJ ARIP30

Apapun kalau Kak abby tak betul kat mana2 korang tegur la yer adik adik.. akak tak sumpah korang jadi tugu negara pun.Jangan risau ekk.. Sal aku taknak dj tu bukan ada sebab apa2 tapi malas.Nak bagi peluang dj2 lain ber keudara waktu puncak lak.. Dorang pun nak merasa dj time ramai listener ni cuma malu jer nak cakap.Selalunya Abby & Arip je bolot waktu puncak kan?? So kasi peluang kat adik2 yang baru belajar ber dj tu.. Pada adik2 dj yang sebenarnya nak dj waktu cerah benderang ni kalau malu nak cakap ngan admin cakap ngan akak ni.. Hari ni tengok la lepas makan jabgi kalau rajin aku take over la radio ekk.. Mesti ada yang dah rindu nak dengar Abby mengarut kat radio kan?? Ye sangat la tu orang rindu aku?? Kambing pun belum tentu sudi rindu kat aku uolls...

KO PK KO ENSEM SANGAT AKU NK RINDU KAT KO ABBY!!

Apapun pada adik2 yang tak tahu nak download lagu paling senang kat mana meh sini akak ajak ko join mirc server.Akak download kat situ jer dik selama akak terjebak dalam bidang dj online ni. dia punya server /server irc.mp3japan.org masuk ke channel mp3japan yer adik2 sekalian.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NOT IN MOOD

16.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Bila dah takde mood nak buat apa pun jadi hilang minat.Ber DJ hari ini takde.. Siang Dj Arip30 Dah take over.. Aku takkan ganggu kalau ada dj ber dj.Biar la dorang dj puas2 dulu.. Nak minta2 tu bukan cara aku la.Kalau radio betul2 free.. Then baru la aku minta untuk ber DJ.Tapi hari ni memang not in mood.Tadi sakit kepala, makan ubat tertido sampai pukul 11.30.

SLEEPPING BEAUTY LA KONON...

Belek - belek myspace AP tadi.. Terjumpa la gambar dia dengan minuman ..tut... Kenapa orang melayu (Islam) kebanyakkan berbangga dengan botol Arak tu ekk??? posse la dengan botol kicap tamin ka.. botol sos cap arnab ker.. paling2 botol susu ke cute la gak.. ni botol arak!!

siap ada yang salute lagi ngan aksi ni?? huhuhu.. berbangga la konon!!

Entah la.. Lain orang lain cara.Biar dia dengan dunianya. Sambil2 dengar Dj Dakmuo membebel kat frenzy ni sempat la nak update blog.Rasa lemau jer.. Mengantuk tapi tak tertido pulak..

GIGIH DJ DAKMUO DJ TGH2 MALAM KAN???

Terasa nak check polls lak.. Jom tengok sat....

KEPUTUSAN SETAKAT NI..

DJ Arip30

20%(12 votes)

DJ DakMuO

25%(15 votes)

DJ Fisau

8%(5 votes)

DJ Apeq

3%(2 votes)

DJ Dinda

17%(10 votes)

DJ Abby

22%(13 votes)

DJ Emyrukenza

8%(5 votes)

DJ Syam125

8%(5 votes)

Tetap Big bos di carta pertama.. almaklum la bos.Lagipun tak dinafikan dia memang boleh ber dj dengan agak baik berbanding yang lain.Kelancaran Dakmuo bercakap juga boleh di banggakan.. Sesuai sangat kau jadi Icon kat dj2 kau tu Dakmuo.Bos mesti kena lebih gempak k kalau tak wat malu je beb!! BAru perasan Vote aku dah naik satu.. Ntah sapa vote.Apapun Thanks for voting but itu bukan pengukur siapa hebat siapa tersungkur.So pada adik adik Dj jangan terlalu amik pusing polls tu k.. Jadikan polls tu sebagai motivasi untuk adik2 dj terus mempertingkatkan gaya mutu dan keunggulan (Cewah!!) semasa ber keudara.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SEGMEN BARU

15.4.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

KENANGAN DAN LAGU. semalam test ada juga respon.Tapi kekurangan lagu - lagu lama.Yelah dah nama kenangan mesti la dulu dulu kan?? Bukan takde tapi semua dah di cd kan.Apapun.. Inilah cara aku lebih suka mempelbagaikan segmen or topik2 bila keudara.

PAKCIK2 YANG TETIBA TERINGAT AWEK LAMA TU LEH LA JOIN YER..

Tak kisah di cedok atau idea sendiri.Tak kira idea di curi oleh orang lain sebab bagi aku seseorang yang mencedok idea aku tu adalah orang yang mengakui aku insan yang kreatif.Tu dah bagi satu kepuasan pada diri aku.Popular??? Ahhh.. tak perlu di kejar kalau kita berkualiti popular akan datang sendiri.Sibuk berkempen bagai nak naikkan graf kat polls tu takde maknanya.Aku bukan kempen untuk diri just annouce tentang kewujudan polls itu sajork... mana ada point nama dj di setiap annoucement tu.Bagi aku kalau tak dapat satu undi sekalipun aku akan tetap ber dj sebab aku akan buat apa yang aku suka & aku tahu aku mampu lakukannya.Bukti aku minat aku pernah ber dj hanya ada 3 orang listener.. Korang boleh??? Yang penting kualiti bukan kuantiti... okies!! so pada dj2 frenzy.fm tu.. jangan terlalu riak kalau listener ramai bila anda ber dj & jangan lak terlalu down sebab listener kurang.Akak abby dah lama terjebak dalam industri seni dj online ni.. (Uwakakakakaka.. ayat tak bleh blah). Guna prinsip kualiti lebih penting dari kuantiti insyaalah anda akan lebih maju. Rajin cari bahan untuk di keudarakan.. Kalau nak cedok idea orang pun pastikan anda lebih kreatif untuk merojakkan idea2 itu supaya tak nampak sangat hasil cedokkan korang.Apapun pada yang baru menjebakkan diri tahniah akak ucapkan atas keberanian korang sebab tak semua orang mampu bercakap sorang - sorang tapi di dengari ramai di luar sana.Keberanian itulah langkah pertama untuk anda terus berjaya.. Wassalammm

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!