AFTER 5 YEARS

30.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Say good bye to our love.The end of everything after 5 years.
Ntah tak tahu nak cakap apa perasaan aku.. Rasa yang semua orang pernah rasa kot??? Cuma aku cuba biasa kan hidup seperti sebelum 5 tahun sebelum ni dimana time tu aku tak bersama dia.

Hakikat hidup bermula pasti ada akhirnya..

Salah.. adalah aku!! Ya.. aku akui aku salah dan ini adalah pilihan aku.

Berakhirlah semua kisah dan jangan kau tangisi lagi..

Lama aku fikirkan.. Dan jawapan yang aku temui adalah begini!Life must be go on & on.. walau terpaksa bersendirian sepanjang hidup aku, tetap hidup ni takde noktah selagi nyawa belum berpisah dengan jasad.

walk alone..

Mungkin banyak kasih sayang di hati aku tapi tidak "CINTA". Ya, itulah yang sebenarnya.Aku suka menyanyangi semua kawan - kawan aku.Kawan adalah sebahagian dari hidup aku.Aku tak kata kawan itu akan ada saat aku perlu tapi memang kawan dah wujud dalam hidup aku sebelum aku kenal apa ABC lagi.

I'm my friend.. Never end

Last words tentang CINTA .. Nice to know you!! U're the greatest love of all

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

5 MINIT BERDIALOG

28.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Ada orang tanya kita kan.. "Boleh ke fall in love dengan lelaki muda?"
Kita jawab.. "Takde undang - undang yang cakap salah tapi masyarakat yang suka jadi juri awam.Ada yang pandang cara memuncung tepi telinga rakan gosip, ada yang senyum tak kata apa2 & ada yang tak pandang langsung lantak la ko punya pasal."
Dia tanya lagi.. "Adakah akan di cop sebagai tak sedar diri?"
Kita jawab.. "Yang pegang cop tu adalah si mulut longkang jer.Kalau selagi berpada pada.. Insyaallah cop rasmi yang bersimbol mulut longkang itu akan tak berapa di dengari."
Dia tanya lagi.."Kalau umur i dah 40an.. tapi jatuh cinta dengan adik umur 13tahun camna?"
Terus kita..

Pengsan dengan gaya bebas gitiewwwwww.. (Agak2 la makcik Ooi budak tu baru akil baligh)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SERANGAN MANJA SI ARIP

25.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

arip30: Salam... Wah, pe lak nie???? http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2009/05/aku-benci-kalau.html Pas Quit pe yg aku kacau frenzy pulak??? bile lak aku ade Tulis blog??Kat mane Pulak... Bg la bukti...

24 Jun 09, 19:11JYJY: hey...abby apsal tuduh2 arip cam tue...fcuk larw
Huhuhu.. kena serang hendap Uolls... Sukanya akak sebab dorang sudi baca post2 lama akak.. mesti korang teruja kan dengan tahap penulisan blog akak kan??? Akak bangga dik...

Ko pk aku kesah ko carut2 kat shoutbox aku??? I dah ada abg2 perwira mempertahankan blog I tau... (Yelah sangat tu..)

Dik.. Benda dah lama la dik... Ko korek2 watper! Kan ko dah sakit hati.Ok la tu akak bahan ko kat blog ni dah bagi ko publisiti. Ko patut say thanks tau..

Boleh la Arip feel like mawi pasni setelah akak memberi engkau publisti yer..

Apapun dik akak taknak la cerca ko sebab akak sayang ko Arip... rasa cam nak peluk cium arip tapi memandang bukan muhrim.. akak pendamkan rasa hati ini..

Tak dapat peluk Arip peluk bantal pun jadilah Uolls... huhuhuhu.. (sambil membayangkan Arip seempuk bantal itiew)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Oh KAWAN..

24.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Kawan..
Datang dan pergi.. Biasa la tu!
Sapa2 pun camtu..
Kau marah aku yang aku sendiri tak tahu sebab musabab.. Aku pun jadi pelik tapi aku respek privacy kau.Kau taknak di ganggu, so aku takkan ganggu.Tapi selama ni pun aku takde ganggu kau rasanya.Cuma aku risau kau ada masalah & kau buat benda bodoh jer.. Jangan!!! Life must be go on untill end of everthing... Semoga kau masih waras & tak buat benda bukan2.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LAGI CERITA DEPA!!

24.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Petang tadi y*** sms cakap dah clash dengan S******. Sebelum berita clash flash ni kuar kat hp aku, aku ada bual ngan minah tu kat ym.Aku cakap la apa yang mamat ni suka or tak suka.Sebenarnya mamat ni bosan dengan dia tapi aku tak cakap la.. Aku just kias2 cakap sal apa yang mamat ni tak suka sal dia... ok la.dia cakap thanks sebab bagitau

Cium tangan aku.. Camtu la cara respek akak dik..

Tup tup petang tadi masa aku makan dengan mamat ni... Petir!!!!!! (Pinjam jab ekk kak sal & Kak senduk) masuk sms minah ni kat hp mamat ni merajuk sal mamat kononnya taknak terus terang kat dia tentang sesuatu yang dia tak suka tu.Biasa la kasanova lite2 ni mengayat.. Hangin beb bila ada satu sms dia yang cakap aku dengki dia ngan mamat ni.. Pulak!! Tapi bila ada apa2 masalah ko ngadu lak kat aku.. so.. how???

Awas ko pompuan!!! Aku nak tolong ko, ko hanjengkan aku yer...

Something aku dah buat.. Op's tak boleh bagitau Uolls.. Rahsia pohon cemara.Antara aku dengan mamat ni je tau.. Petang clash!! minah ni cal bagitau dah clash & mamat tu pun bagitau dia dah putuskan hubungan dengan minah ni.

Uwaaaaaaaa.. akak mamat tu dah ceraikan saya?? erkk.. kak i nangis ada cam britney x?? (Mampus la ko cam britney katanya)

Operasi menyelamat telah berjaya!!!!

Ahli baru wonderpets katanya... masih dalam siasatan spesis yang baru join wonderpets tu

Biar ko frust skang dik dari ko terus di tipu dalam belaian.Tapi akak tetap terkilan sebab ko still anggap akak dengki kat ko.Takpela dik.. it's up to u... Jangan putus nyambung lak kang!! tak larat aku nak update cite korang lam blog aku ni.Takde kesudahan!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TERASA BAGAI HARI BARU

23.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Meeting! Tiap2 minggu si s****** tu ganggu kosentrasi aku.Ada je aksi lucu dia nak buat.Biasa la kita kan duduk berdepan tapi dari jarak yang agak jauh.Tadi di keluarkan bug bunny kecik dia tu dok main2 tunjuk kat aku.pekebendanya... Aku ni dok tahan gelak jer takut kang terkeluar dekah pontianak mau pengsan abang2 salesman proton.

Matilahaku.. advertise muka salesman proton yang ala2 Nash lefthanded tu.. Ampun ustaz Rimi!!

Gila to si s***** tu.. ada je benda dia nak wat kelakar.Apapun thanks.. sebab cuba melukis senyum saat kedukaan aku ni.Uolls.. i pun manusia napa Uolls gelak i layan jiwang ni.Putus cinta tu memang sakit tapi tak bermakna aku mesti buat cam R** (salesman) sampai nak teguk racun. Tak tau racun ke redbull tu.. ntah2 gimik jer.. (larikkkkkkkkkkkkkk)

Ane.. lenkali kalau nak bunuh diri ko bunuh diri senyap2.. ko panjat menara mana2 yg agak2 jatuh bersepai kepala ko tu pastu terjun dengan gaya bebas.pejadah bising kat showroom nak minum racun.. ayoyo karawale

Sebenarnya aku takde cerita arini.. Otak aku dah berserabut. Doakan aku tenang yer Uolls

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

YA ALLAH.. KUATKAN SEMANGAT KU

22.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Bukan mudah! Itu yang mampu aku katakan tapi aku masih berpegang dengan satu prinsip.."Hidup mesti terus".

Akhir hidup ini tetap sendiri.. so, life must be go on

Alias call.. Dan bagitau antara kami kini tiada kaitan lagi.Dia akan tukar nombor dan minta aku jangan cari dia lagi.Aku hanya mendiamkan diri.Mengiya tidak.. Menidak pun tidak.Dan selepas itu aku menangis.

Biarlah aku je tahu apa ada di hati ku.. Kerana aku kadang - kadang tak tahu untuk bercerita tentang isi hati

Aku dengan s****** tadi.Masa aku menangis dia peluk & cakap dia ada dengan aku.Jangan risau apa2.Dia kawan yang baik.Tapi aku tak mampu bercerita secara detail sebab hati aku terlalu kusut.Aku hanya diam dan menangis...

Apapun yang terjadi, dia tetap yang terbaik pernah aku kenali.Kenangan tak mungkin terpadam walau kita semakin melupainya.Dia tetap kenangan yang terindah.Maaf untuk semua dosa ku.. Terima kasih cinta untuk segalanya...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA DIA MENANGIS DALAM PELUKKAN KU

21.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Bila seseorang menangis dan memeluk kamu.. Touching Uolls..
Dia juga seperti aku.Nakal!! Tapi aku faham dihati dia ada seorang yang tersayang.Bila insan itu undur diri aku faham perasaanya.Seperti aku dia juga menangis.Kami punya hati cuma kami nakal.

Kamu Tidak Lemah andai menangis.. tapi itulah adalah Normal seorang manusia

Bagaimana aku menangis tengah malam 2 hari lepas... Dia mendengar dan memujuk.Malam tadi dia juga menangis dan ku pujuk.Kawan.. aku mengerti setiap rasa kamu.Terlalu sukar kan melepaskan orang yang di sayangi?? Ya.. tapi kita harus berani hadapi kenyataan.Silap juga dari kita.Silap mereka cuma tidak mampu menerima "dunia nakal" kita.Tapi mereka bukan bersalah.Cuma mereka dari cara yang berbeza dan kita berada di cara yang tak semua orang boleh terima.

Beza sangat ke kita?? Maaf Uolls gambar beruk ngan kera lak aku letak kan?? Bukan apa2 kadang diri terasa kitorang cam spesis tu bila tergedik gedik Uolls.. so, how???

Teman.. Aku ada merelakan tangisan mu di bahu ku.Kerana aku tahu saat itu kita mengharapkan seseorang berada disisi.Jangan berputus asa.. Hidup mesti terus walau sebahagian kekuatan kita selama ni tiada lagi.Kita harus bina separuh dari kekuatan yang hilang itu dengan sendirian.

Wei.. Kawan! U tengok I kuat kan???

Teman... Kamu harus percaya aku mengerti apa yang kamu rasa.Kerana aku juga sedang melalui detik itu.Detik dimana aku harus kuat menerima apa yang terjadi.Aku tahu dahan yang ku berpaut kasih itu sebenarnya telah mati.Aku tahu untuk aku tiada lagi sayang darinya.Aku tahu semua adalah dari kesilapan ku sendiri.
Jangan menangis lagi.. kerana kita masih ada!

Terus posse nangis camni lepas abis update blog.Touching Uolls..

P/S : Dalam sedih tak bermakna di celah2 nya kita tidak boleh tersenyum kan??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

19.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Kadang - kadang aku takut nak hidup sendiri.. Dia tak mahu aku! Buat apa aku mencantum dahan yang dah mati kan?? hari ku muram hari ni... Si kasanova yang prihatin mula perasaan. (Pakwe si y*** tu la) mamat tu memang.. Aku tebalkan eyes liner pun dia tegur. Prihatin sungguh!


Suram muramnya hari ni...

AKu dah taktau nak buat apa?? Aku cuma nak lalaikan kepala otak aku dari terus pk kan si dia yang mengundur diri tu.Haruskah aku pergi merempit?? Tapi aku nak bawak motor pun tak pandai, camna nak rempit Uolls...??? Sesungguhnya hati aku agak sayu skang.

Rempit Jom?? ada berani Uolls cabar motor gua??

Yang pasti hidup mesti terus dan terus.. Aku doakan dia yang terbaik.Sesungguhnya dia terlalu baik.Aku adalah insan yang paling bertuah mengenali dia.Aku juga insan bodoh yang tak tahu menghargai dia.Aku tak layak berada disisi dia sebenarnya.. Aku terlalu keji kan??? Degil aku! Nakal Aku! Bodohnya aku kan???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ADA AKU KISAH KER??

18.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Aku kadang - kadang tak paham dengan perangai manusia ni.. Manusia ke dia?? (kekekekekeke) Macam la aku kisah kalau dia nak nyombong dengan aku tak tentu pasal! Hello.. don cal me lekat lekit gurl ok kalau aku kisah sangat dengan ko nak kerek ngan aku tanpa sebab!

Pehal ko tak pepasal kerek ngan aku?? Ko pk aku kesah ker??

Saja je aku masukkan cerita bosan ni.. padahal jangan touching hujung kuku aku pun tak rasa apa2. Bagi aku orang gila jer leh berubah emosi dengan tiba2 & tanpa sebab.So, buat apa la aku baik hati sangat nak pk sal dia kan?? so dengan senang hati aku lalalalalalalala~ kat umah.

Motip gambar kak senduk nyanyi lak??? Besa la blogger idola ku... akak ponen paling best! `larikkkkkkkkkkk!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BELUM TAMAT RUPANYA...

18.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

La.. Tak abis lagi cerita dorang ni... Aku ingat dah the end rupanya bersambung balik.Tadi sms aku lagi tanya kenapa si s***** tak reply sms & pick up cal dia.Tanya aku ada tak mamat tu cakap apa2.. Lor dah jadi perantaraan lak aku kan..

Dua2 orang nak lentok kat bahu aku Uolls.. So camna??? Di telan mati kawan.. Diluah kata ludah kawan.. Apakata aku hentak je kepala dua2 eko ni... adil kan??

Si buaya longkang tu aku tak kisah sangat.. Yang si y*** ni aku makin tak paham.Akak takde bahasa lagi nak cakap dik.. cakap tamil kang bukan ko je tak paham.. dengan akak2 pun tak paham.. so, how???

Dei!!!!!!!!!!!! Cinta2 yennadei??? Kasi pening kapla itu lekatlekit.. Yarreeeee??? Ayoyo.. karawale!

So, akak dah sampai tahap nak memelantakkan ko jer ni.. Maaf la kalau akak dah malas nak komen yer.. Ko pandai2 la handle boipren buaya longkang puaka tu.Akak tak boleh nak salahkan dia sebab ko yang mulakan dulu.Dia tak cari ko yang ko buat2 silap sms dia sal?? Akak tau ko minat dia tapi kan akak dah bagitau.. dia dari spesis apa.So, kalau akak salahkan si s***** tu pun tak adil gak sebab ko yang sengaja cari pasal kan???


Terkenang hp aku yang kena ragut..camni la rupanya.. erkkks.. teriklan lak!

Y*** akak tak tau camna nak tolong dah.. So ko pepandai la.Kalau ko nak mandremkan dia ko mandrem la.. akak dulik hapa bukan laki akak! Tapi dik jangan ikut cadangan akak tau.. tak elok! Dosa.Jangan jadi gila sebab cinta walau anda cinta gila pada seseorang.Ingat jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. Banyak2 kan la berdoa yer.

Ya Allah andai dia Jodoh ku maka Kau dekatkanlah hati ku dengan hatinya dan Jika dia bukan Untukku Maka Jauhkanlah Hati ku Dari Hatinya..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

17.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

sesekali... Rindu bertandang lagi!! Rindu pada Mak Ayah & Makcik... sejuta kawan yang datang membawa tawa namun tiada tandingan senyuman tiga insan itu yang mampu melenyap lara sepanjang hidup ini.

Tiada cinta setanding cinta mereka. Tiada kasih sedalam kasih mereka.Tiada sayang setulus sayang mereka.Tiada tolok banding mereka di dunia ini.Sesungguh aku rindu sangat......

Kerana cinta aku kembara bagai camar melintas laut mencari pohon untuk berteduh.. Kerana cinta aku kembara, ikut lagu bisikan hati mendamba kasih paling setia..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

THE END OF STUPID LOVE

15.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

(SMS) S******l dh tgglkn y** dh ponw kak y** xtau nk wtpe lgi kak...Biar la y** cmnie

Koje gila kau dah dkt kol 3 aku tak tido2 lagi.Pagi kang nak bangun pegi keja.Mampus menguap aku kat opis! Layan sms adik ku sorang ni la.Walau aku dah cakap malas nak campur tapi bila orang ngadu2 camni tak sampai hati beb! Tu sms dia tadi...

Confirm pagi kang aku menguap tahap badak punya dalam meeting

Ha kau!! dari awal aku dah cakap.. dat guy Buaya Longkang tahap puaka punya.Sapa soh ko tak dengar cakap aku.Sekarang apa dah jadi?? Aku yang selalu pujuk2 buaya longkang tu supaya kesiankan minah ni.. Aku tahu buaya longkang ni dah bertunang.Aku minta dia jangan terus permainkan hati minah ni.Sian aku tengok angau tahap cipan di musim mengawan.

Pehal Lu beb?? Gua tengah sedih ni boipren gua tinggal

Apapun dik.. Ko tabahlah.Kau degil sapa soh.Akak dah bagitau ko kan perangai si buaya longkang tu.. Ko yang macam terer sangat nak amik risiko feel2 ngan orang camtu sapa soh! berbuih mulut akak nasihatkan ko dik..

Dengan cara berhemah lagi akak nasihatkan ko tapi ko lak cakap akak jeles dulu

Kali ni tak sampai 2 minggu pun ko couple dik.. Lain kali ko kena ingat.Jangan mudah jatuh cinta.Jatuh cinta tu takpe normal.. Tapi control u'rself.Jangan over sangat.Jangan terlalu tunjuk yang ko suka dia sampai orang boleh amik kesempatan atas kelemahan ko tu.Akak dah ngantuk.. so apa2 hal esok je akak cari ko yer.. Akak ni jenis caring.Mesti akak cari ko punya kalau tau ko tengah susah.Sabar je lah.. nite

Akak tido dulu yer.. kang akak datang pujuk ko dalam mimpi yer dik...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TOUCHING UOLLS...

14.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Aku skang ada hobi baru yang tak di sengajakan iatu baca blog... kalau takde nak wat apa2 aku mula la merayap ke blog2 orang.. Sebelum ni memang blog2 akak2 ponen la paling aku suka baca. Bukan apa kekelakaran insan2 itu je mampu buat aku tergelak sorang2 kat umah nan sepi ni...

Arghhhhhhhhh.. kenapa aku dijadikan model akak ponen itieww... akak women uolls.. (Kak Senduk)

Clik punya clik sampai jumpa blog kak Ogy Ahmad Daud. Tak kenal??? Korang ni rakyat malaysia ke rakyat mymar or nigeria sampai Ogy Ahmad Daud pun tak kenal.. Bekas pengacara laser melodi dulu tu la... Sapa tak kenal memang speisis dok dalam rimba la tu..

Sapa kata Kami Tak Kenal Akak Ogy.. Kami Juga Pelanggan Astro tau... Tak Baik Lekat Lekit Cakap spesis rimba tak kenal Akak Ogy

Berbalik cerita blog "Akkakkkkkkkkkkkk" kita ni.. tetiba uolls.. i touching tau bila baca coretan mengenai Arwah Bapanya juga seorang penghibur terkenal tanah air.. (Kalau Uolls nak tau apa kisahnya baca la sendiri kat Blog Kak Ogy tu yer.. )

Termenangis comel Uolls baca coretan Kak Ogy tu... tapi nangis lite2 ajorks.. hurmm rasanya setitis dua airmata jer sebab tersentuh kan... (Touching Uolls)

Mula aku terfikir... AKu masih ada Mak.. Ayah yang masih mampu aku lihat senyum tawa insan - insan itu walau mereka nun jauh di kampung kan??? Sebagai anak masa yang ada untuk bersama insan - insan yang takde duanya di dunia ini.. Apa yang kita buat untuk mereka?? Adakah perlu kita mencoret kata sayang, kesalan, kerinduan.. setelah mereka kaku bersemadi. Hanya mencoret kasih sayang dalam abjat tanpa ada peluang lagi untuk merealisasikan kasih sayang itu pada insan - insan yang tersayang.

The Greatest Love

Tiada tara dunia.. Sayang ku pada Mak.. Pada Ayah.. Dan pada Makcik.. Tiada kata mampu ku tulis bagi memperlihatkan betapa besarnya tiga nama itu di hati ku... Aku anak nakal tapi tidak sesekali nakal ku ini buat aku terlupa mereka nun jauh disana.Setiap detik waktu... ada rindu untuk mu.Sayang tak terucap untuk Mak, Ayah & Makcik. Loving U forever in my life

___________________________________________________________________
RENUNG RENUNGKANLAH

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

§ 1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
§ 2-4 orang : Kamu sayang ibumu
§ 5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
§ 10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LEMAHNYA KAUM HAWA PADA CINTA SANG ARJUNA..

13.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Malas nak campur dah!! Semakin tak paham.. Uolls bayangkan k.. 5 hr kenal.. pastu dlm masa 5 hr tu declare sbg couple boleh seangau minah ni.. hurmm dahsyat jugak ayat buaya longkang tu ekk.. or dat gurl so stupid.Kantoi depan mata pun still tak nak terima hakikat orang yang di gilakan tu buaya longkang.. bukan longkang kering tapi buaya longkang tasik tahiti.. (tau ke apa tasik tahiti tu uollss.. heheheheh)

I rela di ngap demi abang buaya longkang ku yang tercinta.. dat i cal the power off stupid love!

Pengakuan ikhlas & jujur buaya longkang merangkap kawan or kenalan la satu tempat keja.. with dat gurl katanya just for fun.. siap buat statement hot & spicy, 'touch & go' tu...


Dengan adanya kad hikmat ni bukan saja memudahkan i kat masa nak bayar tol.. tapi i gak boleh gunakan untuk menghanjengkan awek2 uolls semudah touch & go..

Aku dah cuba tolong beliakkan biji mata minah ni.. bukan takat mata.. mata hati skali tapi aku tak tahu la tahap kebebalan dia ni.. Bukan aku jer.. yang seko lagi kawan aku tu pun dah cakap kat dia pun tak jalan.Apa la buaya longkang tu hembus kat muka dia ekk... (op's buaya longkang tu guna jampi abc jer tapi minah ni memang jenis kurang kasih sayang sikit.cepat sangat feel dengan orang)

Walaupun i terbeliak gak tengok pakwe i yang dating ngan pompuan lain tapi ngan i cakap bz tetap i
cinta Uolls.. dah 5 hari kita menyulam asmara.. i tak mampu hidup tanpa dia uolls.. mengerti la i punya feel ni uolls.. Akak apa tau!!!

Aku dah kantoikan mamat ni depan dia.. pun dia leh kiss2 lagi.. Oh my God!!! Sia2 usaha aku nak selamatkan dia dari kena hancing ngan jantan.. Itulah kuasa cinta uolls.. baru 5 hari dan kantoi macam2 tapi still boleh melentok liuk lagi ngan buaya longkang tu. 5 hari uolls bukan 5 tahun nak bagi2 peluang... lu pk la sendiri yer uolls.. betapa jelasnya kebanggangan kaum aku ni.. tapi tak semua camtu.

I bukan stupid cam akak lekatlekit tu cakap cuma i insan yang lemah jer uolls.. (katanya sambil posse ala2 muka budak spastik yang tak berdosa)

Apapun dik y*** akak takde skit pun perasaan jeles.. Akak anggap ko macam adik akak.But akak tak mampu nak tolong y*** lagi.. U'r choice.Y*** yang memilih untuk di sakiti with dat guy.. dat guy said "Dia tak pernah serius pun dengan awak & tak kisah pun awak nak kuar dengan mana2 lelaki.Dia cakap lagi.. dia seronok mainkan orang selagi orang tu boleh di permainkan.." Dik.. i'm so pity.. wake up & back to reality my dear..."

I la playboy sejati with my playboy costume.. sebab tu la y*** tak wakeup2 sampai skang.. still mimpikan I cinta bangat dengan dia.. bukan salah ibu mengandung abang tau...!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA RASA KU RASA MU

12.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Hurmmm.. di sindir lagi dengan lagu ni.Aku tak pernah lupa akan salah aku!!! Ya, aku nakal tapi tidak terlalu kejam sehingga aku bagai terapung dalam situasi yang penuh kekeliruan dan persoalan.
Dia tengah Run Radio sekarang.Dia cakap sal cinta.Suara dia terlalu sebak di komen pasal cinta.Maaf...
Tak siapa tahu aku terhukum dengan kesilapan ku pada dia.Orang fikir aku ketawa dengan airmata dia.. tapi aku lebih tersiksa.
Tapi apa pilihan yang aku ada?? Hidup aku harus teruskan... Sendirian jauh di perantauan menguji segala kekuatan yang ada.
Biar terpaksa sendirian selepas ini tapi tiada kata putus asa.Aku akan terus melangkah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PEREMPUAN OH PEREMPUAN

11.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

ha.. Kau!! Si perasan mula dilanda virus angau yang agak kritikal sampai orang yang menjadi punca perkenalan dia dan insan yang amat dicintai sepenuh jiwa dan bakul raga tu di jelesi nya... (Nak muntah aku!!)

Oh.. sayang kau la jejaka idaman... (Hambik kau karaoke lagi tu) Waduh Mas, cinta bangat sama kamu.. Kamu jangan rapati itu cewek proton ya.. Aku ngak suka dong!! Awas dong mas kalau kamu rapatin itu cewek!!

Ello dik.. kalau aku hadap sangat dengan jembalang gedik tu dah lama aku menggedik dengan dia k.. Kau tak yah la nak jeles2 k.Aku still setempat keja dengan dia.Selalu ngadap muka dia.. Atas urusan keja juga urusan or lain2 urusan.. Tapi xde lak aku angau cam ko budak hingus wei..
Dei.. minachi!!! Ko pk ayat ko sehandal hembusan bomoh degawan nak melentokkan kasanova tahap puaka tu???

Sory Uolls.. I bukan tahap di pinggir kubo k.. I baru 20thn k.. tapi i tersilap baca mentera masa nak mandremkan sorang kasanova ni.. alih2 i lak termandrem sendiri.

Mula mula aku kesian dengan ko sebab aku pandang ko cam adik aku jer.. So, mengenangkan ko tak abis2 di kencing para jantan kasanova tu aku bagitau la ko jangan terlanjur jatuh hati kat mamat tu.Dah tu belakang aku ko dajalkan aku dengan mulut longkang kau lak ekk..
Ooo.. marahkan aku cakap dia kasanova ekk
Lantak ko la minah... Ko yang nak cari pasal!!! Kalau aku nak sakitkan hati ko, aku boleh buat! Takat aku nak ajak mamat cempereng tu skandal tak sampai setengah jam pun bleh tapi buat apa!

Awas ko yer pompuan!! Ko hanjengkan belakang aku lagi.. Tau la aku nak wat apa!

Aku tak taste la ngan dia.. Just kawan sekerja jer.. Aku tau perangai dia hampir 80%.Si bodoh cam ko yang bebal je tak nak terima hakikat dah tu salahkan aku lak skang ekk...
Duhai adik ku yang sangat bebal & baghal... Aku harap ko jangan lak nangis kalau kena tinggal nanti.Ko jangan nak ngadu2 ngan aku dah.. Loya aku nak dengar!!! Tak kuasa aku nak layan ko lagi.. Hidup la dalam angan ko tu sambil nyanyi lagu angan - angan Raja Ema.

Sory darling.. kontrak U dah abis.. I dengan rela hati tinggalkan U.. Maaf yer panjang lagi Q ni.. I terpaksa berlaku adil pada semua spare part i.. So, Semoga U terhidur dengan persembahan i selama jadi boipren U yer sayang.. I nangis ni saja jer nak bagi nampakreal skit acara perpisahan kita yang gilang gemilang ni..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GEDIK LOVE PERASAN

10.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Amik Kau!! Tajuk je dah bunyi mencerca ala2 manja gitu.Tajuk biar manja takpe.. isi biar puaka!

Sorry Uolls.. I Dah Semulajadi Gedik Tau.Sejak Dari Dalam Perut Mak I Lagi

Kisahnya Bila Si Gedik Mula Mengayat Si Perasan! Si Gedik Ni Dah Tau2 sangat perangai Jembalang dia.Asal pompuan jer semua dia taste! Kalau Di layan menjadi miang obor obor dia tu... Tak nak la aku bagitau detail kedua - dua jantan & pompuan Gedik ni sebab menjaga keamanan bumi.
Yang Si pompuan perasan ni tak reti reti serik walau banyak kali kena kencing dengan laki! Dah orang bagitau jangan caya sangat dengan jembalang gedik tu.. Awek dia serata negeri ada! Bersepah.. Tapi hampeh! Cakap jantan tu gak yang di percaya.Kurang kasih sayang gamaknya minah tu.Tu Aku tak campur la.. suka hati kau lak mak lampir OOii.. Ko nak gedik ker, ko nak kangkang ker.. ko nak terlentang ke dengan jantan tu.. Kau punya pasal la!!

Ha.. Kau!! Aku Dah mula tuikar kaler ijau ni baik ko jalan laju skit sebelom aku pijak seseko

Tapi Yang aku hangin ni dok jaja nama aku sal??? Yang si gedik ni dok perasan aku jeles & yang si perasaan ni dok jual ayat konon macam taknak ganggu aku dengan si gedik.Yang Ko dok mengangkang naik motor dengan dia kehulu hilir walau kenal tak sampai sebulan tu pejadahnya!!! Dah terang - terang tau aku memang takde apa2 atau apa2 perasaan kat jembalang gedik tu dok jaja nama aku gak sal??? Aku tau la nama aku mahal tapi bukan suka2 hati korang nak jaja nama aku atas kepentingan masing2.Yang si gedik ni cakap nyampah la, benci la, malas nak layan la aku sebab nak setia kat si perasaan padahal belakang si perasan dok minta maaf bagai nak rak ngan aku.Cakap aku jual mahal la apa bagai la.. Yang betina perasaan tu dok minta simpati & tunjuk baik konon takut jadi penganggu aku dengan si gedik.. Bukan tak tahu aku sebesar taik cicak pun takde hati ngan dia.
Mana tak peluh ketiak tahan marah aku!!!


Amik Kau sepakkan Utra lembayung aura ke 7 atas mulut longkang korang tu!!

Bila Aku dah naik angin malas aku nak layan dua2 skali.. Yang gedik tu beriya minta maaf kat aku.Ayat - ayat air liur basi ko tu dah bertaik telinga aku nak dengar.. Aku bukan cam pompuan yang ko dok usung skang ni senang ko ayat ayat jer boleh lentok.. tangkap cintan cintun... Sorry k!!! Aku bukan la pakar tapi takat ayat jantan kasanova tu... sambil korek idung pun aku boleh tau.

Pesanan aku pada dua si penjaja nama aku yang tak berlesen.. kalau aku dengar lagi korang dok guna nama aku mengayat sesama sendiri, awas korang!!! Dua - dua gulaikan dalam kawah besi!! (Cewah.. nak gulaikan orang konon!!) kekekekekekeke

Awas Korang!!!Aku Dah siap Ngan Uniform chef ni.. Kang Tak pepasal Ko jadi minggu ni semua singa & rimau makan gulai kawah dagin korang lak!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KEJA oOO KEJA

9.6.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Skali skali nak story mori sal keja.. Bleh?? Tak bleh pun aku peduli hapa!!! Bulan kedua sudah aku join di salah sebuah kantor proton edar... Enjoy je aku keja kat situ...
Dah nama pun proton edar mesti la jual keta kan??

Ok Uolls.. inilah proton todak bakal Aku cadangkan Kat proton.. Bleh gitu???

Kalau dah nama jual mesti berurusan dengan customer kan??? Ada customer yang bijak ada yang bengap dan tak kurang yang bebal?? Aku ni tak campur la sangat urusan jual beli keta ni sebab aku cuma admin clerk.. keja aku data entry jer... Harap maklum yer... Tapi kalau korang ada hajat nak beli keta bleh je contack aku.Almaklum la aku keja kat admin dept so aku tau salesman or salesgirl mana yang boleh di harap!
Berbalik cerita sal customer bengap + bebal ni.. Yelah kalau ada apa2 cal aku la akan pick up dulu.Kadang in charge takde aku amik mesej jer... Adalah si bengap + bebal ni.. dah aku cakap aku ni cuma clerk.. so aku tak tahu proses jual beli keta.Yelah kadang - kadang keta yang takde stok tu lambat skit kan?? Dah tau aku clerk still gak nak marah2 aku & tanya soklan2 yang takde kena mengena dengan keja aku.Hello.... Ko paham bahasa ke tak?? Aku cuma ADMIN CLERK ok!!!


Hello Encik /Cik Berngap + Bebal.. Tak paham ke saya cakap?? Saya ni masih menyusu lagi tak tahu sal jual beli keta.Kalau dah budus sangat apakata saya rekeman masuk tadika saya nak tak???

Lain la aku tak key in Booking korang ker leh la marah?? Tapi korang tau ke aku key in ke tak?? Kalau korang tau pun tak yah amik alih tugas manager aku nak marah2 aku ok!!! Tapi Memandang aku pernah keja dalam bidang sales & marketing ni so aku tau la skit - skit nak handle.Customer always right walau dia maki sampai cekam kuku dalam stokin pun kuar, kan???

Apa Cekam2?!! Kuku Kaki I comel2 tau.. memandai U cakap bau cekam!

Alo bang.. Nak Marah agak2 la bang Ooi... Bukan Kambing yang jual keta ngan abang suka2 hati nak maki hamun 7 keturunan orang! Proses dia bukan 1 2 hari dah siap! Kalau nak cepat abang pakai je keta lembu.Tak yah nak pk harga petrol naik ke turun! Sesuai sangat la abg dengan lembu.Sama2 baqhal!

Ni Dia produk yang paling sesuai ngan abg.. Proton Cow!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *