ABANGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!

9/25/2009 02:39:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hai Uolls... Masih dalam mood raya?? Takpe.. teruskan ber mood raya k.. Aku dah start keja khamis semalam. Lagipun takde erti raya tahun ni. Just pakai baju raya pastu merayap kat the curve.. (Baju raya pun beli hari raya.. so how??)

Raya kat mana tak penting.. Yang penting pose k!!

Bukan aku nak cite sal kesedihan aku beraya kat kl.. Taknak!!!!!!!!!! Biar ku simpan lara hati ini.. bleh gitiew... Ok.. yang aku nak kongsikan cerita adalah tentang seorang abang. Op's.. No.. No.. No.. Bukan abang itiew (bukan abang yang korang panggil untuk huby.. boipren.. or kekasih gelap tau!) Abang angkat (Bunyi macam tak up 2 date kan berangkat2 di zaman sekarang ni..)

No.. No.. Bukan 'Abang' ini yang I maksudkan Uolls.. Comolot Bagai!

Takde istilah yang lebih update nak ku gelar untuk seorang abang ni sebab dia bukan sedara kandung aku.. tak juga sedara bau2 bacang skalipun. Takde pertalian darah tapi dah aku anggap macam abang aku sendiri. Dah lama aku kenal dia.. dari aku sekolah menengah lagi. Alah.. zaman2 dok tercanggak depan radio dulu.. huhuhuhu

Tu dia Uolls.. Gambaran yang dapat I berikan camna fanatiknya I dengar radio.. Dah macam menonton radio Uolls

Sebelum aku kenal dunia IT serba laju macam LRT ni.. Aku memang pendengar tegar radio. Alah.. zaman aku sekolah mana la popular computer & IT ni. Baru nak celik2 time tu.. Bleh la takat tekan2 kebot main kuiz kat lab PSI skolah tu.. Takde la banggang sangat tengok pc tapi ala2 rabun IT lagi la time tu.

Kalau time tu tengok laptop rasanya mau tersengih2 tergaru2 tak tau nak tekan mana.. PC kebot pun dok tekan guna jari telunjuk lagi tapi ko bagi mesin taip laju jugak la..

Memang dah hobi aku dengar celoteh Dj kat radio.. Sebab aku sangat2 berminat dalam bidang yang aku ceburi kat online ni. Takpe la Dj radio Amatur pun janji bleh bebel2 cam Dj pun dah cukup bagi kepuasan pada diri aku. Disitu lah bermula perkenalan aku dan abang2 juga kakak2 yang sependengaran dengan aku kat radio RFM masa tu termasuk abang yang aku nak cerita ni.
Suara kitorang yang gila glemer boleh dikatakan tiap2 malam ada la suara sumbang mambang tanah kitorang kat radio. Bukan kitorang Dj tapi kitorang la regullar caller yang tak tau malu... kekekekeekekekeke.. Itulah sejarah perkenalan aku dengan abang itiew..

Apa yang buat aku terharu ingatan tulus ikhlas dia pada aku. Setiap tahun sebelum ni tiap2 tahun dia kirim kad raya.. Tahun ni abang aku dah celik IT so kita wish sesama sendiri kat online jer. Walau dah cecah sepuluh tahun perkenalan kitorang.. abang rahmat tetap ingatkan aku. Kadang2 kesibukkan buat aku terlupa akan insan2 yang tak pernah lupakan aku selama ni tapi aku pun manusia yang ada hati dan tahu menilai.

Kat sini untuk abang Rahmat, Su nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kalau2 selama perkenalan kita su ada buat abang tersinggung ker.. Apapun su sangat2 la terharu dengan ingatan tulus ikhlas abang pada su selama ni. Apapun abang dah macam abang kandung su sendiri. Insyaallah.. semoga Tuhan panjangkan usia perkenalan kita ni yer bang. U're my greatest 'Abang'.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAYA MOOD

9/18/2009 12:05:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Uwaaaaaaaaaaaaaa...

Masuk2 terus pose sedu sedan... so how??

Tak raya la eden tahun ni. Apa makna raya kat K.L.. hanya makhluk asing jer ada. Tapi takpe anggaplah hari2 hari raya so anytime nak balik kampung feel dia akan sama macam hari raya, kan?? Tu statement pengubat lara...

Please Uolls.. jangan tanya sal apa perasaan I Raya kat K.L.. uhuk.. huk

Dugaan anak rantauan... (Diiringi lagu Dendang perantau). Aku cuba tak terlalu fikirkan sambutan raya sebab semua tu buat aku rasa teramat la sedih. Lagu2 raya yang rancak berkumandang tak kira mana pun aku pegi aku buat 'dono' jer.. Yelah.. korang mesti excited sebab beraya dengan family masing2... Aku nak excited mendanya raya sorang2 kat sini.

Dengar je lagu raya terus posse pekak.. bleh gitiew..??

life must goes on... Aku sentiasa berpegang dengan prinsip itu. Semua orang bertanya kenapa tak balik?? Erkk.. suka aku la nak balik ke tak nak! Op's just joke, k.... Cukup la aku bagi alasan keja & tiket bas takde.. boleh gitiew..??? Janji ada reason yang munasabah.. so orang takkan tanya walau reason tu hanya rekaan semata mata... kekekekekeke

See... Ramai kan orang nak beli tiket tapi sampai je turn i tiket abis.. Uolls caya tak??

Rindu mihun sup ayam yang ayah dengan mak buat tiap kali raya.. Itulah mihun sup yang paling sedap pernah aku makan. Rindu masak Ayam lemak cili padi yang makcik buat. I miss you all so much.. mak ayah & also my makcik! U're a the greatest parents in my life.. Mak Ayah makcik, ampun dan maaf segala dosa orang. Orang taknak jadi anak derhaka.. Orang sayang mak ayah makcik. Nanti orang balik. Orang akan balik nanti.

Minta ampun yer mak, ayah, makcik.. Tahun ni tak balik. Tahun depan anakanda balik bawak calon hantu skali.. Op's

So, pada korang yang berkesempatan beraya ngan family tu.. hargai la masa yang ada bersama orang2 yang tersayang. I raya ngan sapa?? Dengan sapa2 jer.. so, have fun.

Motif upload pic family kucing lak ni...

So, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin andai anda tersilap menaip & buat korang terasa hati selama perkenalan kita kat online ni.. Or masa Dj Termaki ala2 manja & buat korang ternangis sendirian depan pc or laptop.. So ampunkan ekk. Enjoy U'r Raya.

Terima la Uolls kad raya dari I yang tak seberapa ni..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FITNAH!!

9/07/2009 04:44:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Aku tak faham.. kenapa?? Kenapa mesti fitnah aku?? Aku tak ganggu hidup korang pun...

hei.. what's u'r problem bro??

Ceritanya, pagi tadi aku dapat call dari ex-bf yang marah2 aku cakap aku ganggu awek dia.Terkedu gak aku. Bila masa lak aku ganggu minah tu. Aku sekarang banyak habis masa dengan 'S' jer.. Kalau kat ofis tu melambak keja nak buat. Biasa la dekat2 nak raya ni.. Nak online pun jarang sangat2. Apa lagi nak ym dgn si awek my ex ni.

Keja aku kat opis pun melambak.. Takde masa aku nak pk sal korang

Aku tak tahu siapa punya kerja gunakan nama aku ym dengan minah tu.. pastu minah tu ngadu ngan bf dia. aku pagi2 lagi kena serang hendap tanpa sebab musabab.

Pagi2 lagi dah dapat call & kena hambur dengan fitnah.. so how??

Apapun aku tahu aku di pihak yang benar. Dia tuduh aku tanpa bukti. Dia ugut nak susahkan hidup aku kat sini.. Walau aku bukan la tinggi sangat pengetahuan agama tapi aku tetap percaya Tuhan. Aku tak baik.. aku akui tapi aku pun pegi skolah & masuk kelas agama. Doa orang teraniaya insyaallah akan termakbul..

Aku takkan mendoakan yang bukan2 macam ko slalu doakan untuk aku just aku harap Tuhan tunjuk kat korang sapa benar sapa salah

Aku tak mendoakan keburukkan atau kecelakaan orang yang menfitnah & menganiaya aku just aku harap Tuhan akan tunjuk sapa yang benar & sapa salah. Dengan nama Allah.. segala tuduhan tu aku tak buat. Aku hanya dengan hidup aku. Dunia aku sekarang cuma dengan 'S'.



Kalau korang terbaca blog aku.. Please jangan ganggu aku lagi.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com