RUMAH KU DI CEROBOH

10/31/2009 10:03:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

Morning Uolls... Sabtu pagi ni sempat i update blog yer... Bukan apa i bangun awal pagi tadi Uolls. Awal i subuh gajah jer.. (Kantoi bangun selepas subuh). Jarang skali pada sabtu yang damai ni i bangun awal Uolls.. Yelah 5 hari bekerja 2 hari je nak merasa matahari terik kejutan kan i dari mimpi kan??

Tu dia matahari terbit dari bawah katil.. Kalau tak bangun lagi tak tau la

I baru je tadi ke medan perang. Tak jauh lokasi perang i.. Nun kat pintu toilet umah i. Uolls pintu toilet i di skodeng dan di serang oleh anai2. Jenuh i meruntuhkan perumahan awam anai2 yang suka suki je nak bermastautin kat umah i di tingkat 9 ni. Penat i mengebom semua sarang anai2 tu. Dah banyak kali i lakukan pengeboman itu still anai2 ni tak putus asa untuk menakluk umah i.

Haruskah I guna bom ni Uolls.. Bermakna I akan sama2 turut terkorban dalam peperangan ini

Selama ni i berlembut dengan penceroboh2 itiew.. kejab lagi i dah tekad. Kali ni tiada maafkan bagi mu anai - anai. I akan cari racun untuk membunuh semua penceroboh2 itiew. Jaga kau anai anai!!! Ko pk pintu toilet aku di wakafkan untuk korang ker??? Awas yer anai - anai!!

Awas yer! Nantikan serangan aku yang seterusnya

So, sapa2 yang ada suggestion untuk membasmi perumahan haram anai - anai sila tampilkan diri yer... Kita tak patut biarkan rumah kita di ceroboh oleh spesis itu. Walau kecik tapi sangat berani mati Uolls.. Bisa merobohkan sebuah rumah tu! Ayuh lah membasmi anai - anai untuk kesejahteraan hidup.

Oh.. Bahagianya hidup tanpa anai - anai

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KHUNSA BERMAKSUD LEMBUT JADI PONDAN APA???

10/30/2009 05:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Huhuhuhu.. kontroversi title entry kali ni yer.. tanpa membebel bebal.. Yuk, kita membaca petikan di bawah yang baru je akak petik dari harian metro online.. segar dari ladang gitiew..


SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allahsentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.Satu daripadanya adalah Allah s.w.t ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa.

Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan.

Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya.

Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka isu khunsa kerana ia membabitkan maruah, aib dan tabu apatah lagi jika ibu bapa memiliki anak sedemikian.

Namun, insan yang dilahirkan sebagai khunsa juga makhluk Allah dan mereka berhak untuk menikmati nikmat serta rezeki Yang Maha Esa.

Khunsa dalam bahasa Arab bererti lembut. Istilah yang sering digunakan dalam bahasa Melayu merujuk kepada golongan kaum yang lembut atau pondan.

Pondan pula merujuk kepada lelaki yang memiliki sifat wanita terutama dalam penampilan dan ada yang sanggup merubah kejadian asal dengan membuat pembedahan bagi memiliki organ wanita (payudara dan alat sulit).

Ada riwayat peristiwa khunsa ketika zaman pemerintahan Khalifah Saidina Ali yang menggemparkan masyarakat ketika itu apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita khunsa iaitu memiliki dua alat kelamin.

Selepas berkahwin, si suami menghadiahkan isterinya seorang jariah (pembantu).

Hasil perkahwinan itu, wanita khunsa berkenaan melahirkan zuriat.

Namun, wanita khunsa itu timbul pula berahi kepada jariahnya lalu menyetubuhinya sehingga jariah itu melahirkan anak.

Masyarakat amat terkejut dengan kejadian itu dan menyampaikan berita kepada Saidina Ali. Baginda menghantar pakar bagi mengesahkan jantina wanita khunsa itu.

Pengesahan itu membuktikan kedua-dua alat kelamin wanita khunsa berkenaan berfungsi.

Dia mengalami haid seperti perempuan dan keluar mani dari zakarnya.

Ini bermakna wanita khunsa itu boleh dijimak suaminya dan dia dapat menjimak jariahnya.

Namun, Saidina Ali tidak berputus asa bagi mengenal pasti jantina wanita khunsa itu kerana mahu menyelesaikan masalah yang menimpa pasangan terbabit dan menjadi pengajaran kepada umat Islam.

Lalu, baginda menghantar pakar menghitung tulang rusuk wanita itu. Ini amat tepat sesuai kepada ketentuan Allah yang menjadikan Hawa dengan mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri nabi Adam.

Hasilnya, Saidina Ali membuat keputusan wanita khunsa itu adalah lelaki lalu memisahkan perkahwinan dengan suaminya kerana dianggap tidak sah.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zain, berkata pengajaran daripada riwayat itu ibu bapa patut berbincang dengan pakar perubatan jika mendapati anak mereka dilahirkan khunsa.

"Dalam Islam, khunsa merujuk kepada seseorang yang dilahirkan secara semula jadi yang diragui jantinanya sama ada mempunyai dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki, tetapi batinnya perempuan atau sebaliknya.

"Jalan terbaik ibu bapa perlu reda dan meminta doktor perubatan mengesahkan jantina bayi mereka sebelum melakukan pembedahan membuang satu alat kelamin itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu perlu dibuat supaya tidak timbul masalah di kemudian hari terutama yang membabitkan masalah perkahwinan, pendaftaran kelahiran dan proses membezakan lelaki dan wanita.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana yang berfungsi, maka dia tidak boleh pula menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya. "Itu sebab berlaku masalah besar, si lelaki yang ingin menukar jantina kepada wanita," katanya.

Katanya, khunsa terbahagi kepada dua jenis iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui).

"Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.

"Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

"Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita," katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.

Jika khunsa ghair musykil seorang lelaki, maka pasangannya mestilah seorang perempuan. Manakala jika khunsa itu seorang perempuan, pasangannya adalah seorang lelaki.

Malah, harus bagi individu (khunsa ghair musykil) memotong atau membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi bagi tujuan persetubuhan atau membuang air kecil.

"Jika khunsa itu menjalani pemeriksaan perubatan dan mengetahui organ seks yang mana berfungsi, dia tidak boleh menyalahkan naluri dan perasan untuk menjadi individu yang bertentangan dengan jantinanya," katanya.

Beliau berkata, golongan ini biasanya menyalahkan takdir dan mengatakan mereka memang dilahirkan sedemikian serta tidak mampu berubah lagi.

"Tanggapan sedemikian salah kerana Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Usaha mereka bagi merubah kejadian asalnya adalah haram kerana bertentangan dengan ajaran agama.

"Golongan ini digelar mukhannas, mak nyah atau pondan.

"Khunsa dan pondan adalah dua istilah berbeza kerana khunsa dilahirkan mempunyai dua alat kelamin manakala pondan atau mak nyah sengaja melakukan perubahan bentuk fizikal dari lelaki kepada wanita," katanya.

Katanya, golongan pondan atau mak nyah perlu bertaubat dan tidak melayani naluri songsang mereka.

"Mereka tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk melakukan pembedahan payudara atau faraj kerana hakikatnya mereka adalah lelaki.

"Masyarakat perlu memperbetulkan pandangan terhadap mereka yang dilahirkan khunsa dan golongan pondan secara adil," katanya.

Dah baca kan?? Pasti ramai yang tertanya tanya soklan ni.......

Adakah Kak Senduk Kesayangan Ramai Khunsa??? (Menggigil!!)

Yuk... mari ramai2 kita larikkkkkkkk merentas cakarewala seblom di hambat ka senduk... Yabedabedu.......................

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TOUCHING

10/21/2009 10:20:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

hi Uolls... Sihat ker?? Aku asyik ber hai hoi ntah sapa la menjenguk blog aku ni pun tak tau la... Bedal je la. Biar la aku perasan yang blog aku ni macam blog fara fauzana hotfm tu yang apa je dia post semua orang berpusu2 pegi melangut.. bleh gitiew???

Walau xde abang2 or akak2 or makcik pakcik melangut kat blog I.. cukup la adik2 yang sudi melangut pun akak dah riak

Ok malam ni kita akan berstory mory sal lagu yer anak2.. I nak tanya Uolls.. lagu apa yang mampu buat Uolls touching? Sory Uolls i tak dengar.. So Uolls jawab kat diri sendiri je la ekk.. Lagu - lagu yang boleh buat i touching adalah lagu lagu kerispatih... (Uolls i pun manusia k.. ada benda bleh buat i touching gak tau!) love song dari whitney Houston dan juga lagu micheal Jackson... (Juga yang ala2 sentimental gitiew)..

Ni bukan tangkap leleh dah tapi tangkap raung ni

Uolls bukan i dengar lagu jiwang je tau.. Yang I nak cite lagu2 yang boleh buat i touching tau bukan lagu2 yang i minat. Sila paham betul2 statement itiew k..

Untuk lagu kerispatih ada 3 lagu yang i rasa touching. Lagu - lagu yang telah di calonkan adalah..


1. Tapi Bukan Aku (lagu ni buat i touching bila seseorang yang sukakan i tapi i tak dapat balas apa yang dia harap pada i)
2. Bila Rasa Ku Ini Rasa Mu (Lagu ni betul2 menyindir I tau Uolls.. Hope never happen again & i promise 2 myself never did't again)
3. Demi Cinta (Inilah luahan hati I buat seseorang yang pernah I kecewakan.. Maaf atas semua salah ku)

Artis seterusnya adalah.... Whitney Houston (betul tak Uolls I eja ni).. Dan lagu lagunya adalah..


1.I'll Always Love you (To My Lover S, I dedicate this song 2 u)
2. I've nothing (Also I dedicate this song 2 u S)
3.The Greatest Love (This is my song.. My heart & what I'm. Never give Up & i dont want 2 walk in anyone shadow again. I want to be myself. Accept me as what i'm)

Dan.. Lagu yang bertuah terpilih juga Lagu Micheal Jackson yang bertajuk...


1.U a not Alone (Tak tau saipa touching tapi I bleh feel lagu ni)
2.Earth Song (i touching sebab mengenangkan mangsa perang terutama kanak - kanak)
3.Will You Be there (Touching Uolls.. sebab I tengok clip video masa concert Micheal dia nangis masa part last lagu ni & also lirik dia)

Sebagai manusia bukan saja lagu malah apa saja boleh buat kita tersentuh sebab sebagai manusia yang normal pasti ada ada rasa itiew.. Bezanya sesetengah orang rasa diri dia brutal sangat tahap Undertaker so taknak mengaku yang dia pun akan touching pada sesuatu padahal dia tak tau Undertaker pun menangis dengar lagu Ukays tu...

Walau muka I ganas cam jamal pak tongkol Tapi Bila dengar lagu Ukays i nangis sebab I tak paham pekebenda pun

Uolls lirik lagu terpilih antara ketiga2 artis tersebut untuk episod touching ni adalah.... Jeng.. Jeng.. Jeng....

"Will You Be There"

Hold Me
Like The River Jordan
And I Will Then Say To Thee
You Are My Friend

Carry Me
Like You Are My Brother
Love Me Like A Mother
Will You Be There?

Weary
Tell Me Will You Hold Me
When Wrong, Will You Skold Me
When Lost Will You Find Me?

But They Told Me
A Man Should Be Faithful
And Walk When Not Able
And Fight Till The End
But I'm Only Human

Everyone's Taking Control Of Me
Seems That The World's
Got A Role For Me
I'm So Confused
Will You Show To Me
You'll Be There For Me
And Care Enough To Bear Me

(Hold Me)
(Lay Your Head Lowly)
(Softly Then Boldly)
(Carry Me There)

(Lead Me)
(Love Me And Feed Me)
(Kiss Me And Free Me)
(I Will Feel Blessed)

(Carry)
(Carry Me Boldly)
(Lift Me Up Slowly)
(Carry Me There)

(Save Me)
(Heal Me And Bathe Me)
(Softly You Say To Me)
(I Will Be There)

(Lift Me)
(Lift Me Up Slowly)
(Carry Me Boldly)
(Show Me You Care)

(Hold Me)
(Lay Your Head Lowly)
(Softly Then Boldly)
(Carry Me There)

(Need Me)
(Love Me And Feed Me)
(Kiss Me And Free Me)
(I Will Feel Blessed)

[Spoken]
In Our Darkest Hour
In My Deepest Despair
Will You Still Care?
Will You Be There?
In My Trials
And My Tripulations
Through Our Doubts
And Frustrations
In My Violence
In My Turbulence
Through My Fear
And My Confessions
In My Anguish And My Pain
Through My Joy And My Sorrow
In The Promise Of Another Tomorrow
I'll Never Let You Part
For You're Always In My Heart.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CANANG

10/18/2009 03:02:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Hi Uolls.. amboi jarang2 yer i nak update. sorry tau.. bz body skit skang ni... eh.. eh.. suka ekk korang melangut kat blog i skang. Op's i tau napa sebab ada chatbox frenzy yang baru i pacakkan untuk korang semua mengaktifkan jari... Join la uolls.. nak gosip ke, nak sok sek sok sek ker.. nak jadi pelangut tak bertaip pun takpe.
huhuhu.. Hidup ni kan ada saja jer yang berlaku. Dalam minggu ni jer macam2 hal yang dah jadi tapi biar la i simpan jer cerita sensasau hidup i tu. Maybe terlalu personal untuk di kongsikan bagi menjaga hati banyak pihak... Wah.. sejak bila i pandai jaga hati orang kat blog i ni??
I akan cerita sesuatu yang i rasa boleh di jadikan tatapan 'U' jer... yang klasifikasi SX, PL, XXL.. S or M.. tu i rasa takyah la kot.
Uolls.. I ada jiran yang bz body yang amat tau. Apa je i buat semua dia nak amik tau. Sampai i tido tak switch off lampu pun dia sibuk tanya napa. Kelongkangan mulut dia sangatlah hanjing. Keja dia mencanang cerita orang. Termasuk la cerita2 i gak.. Jumaat lepas akibat ketidaktahan mental i menanggungnya i telah bertekad untuk on speaker i ni cerca dia abis - abisan. Tergagap dia menjawab.. boleh tak ngaku lak tu dia ada canang cerita i.
Tapi sebelum tu dia telah pun di cerca hebat oleh salah sorang staff kat tempat keja i sebab kehanjingan dan kelongkangan mulutnya itiew.. kejadian itu berlaku time i off day so tak sempat i nak tengok episod dia dia cerca.
Bukan i nak kurang ajar Uolls.. i tau dia dah tua. Gigi pun dah kurang tapi perangai dia yang macam celak* tu memang sapa2 pun naik hantu uolls. Abis semua cerita orang dia canang. Kalau dah cleaner tu.. clean je ofis bersih - bersih. Jangan la datang keja sekadar pegang penyapu dengan mop je tapi bersihnya tak. Yelah sibuk dok cari cerita orang nak canang jer..
Orang camni kalau tak kena lempang laju - laju memang susah nak insaf. Tapi apapun harap dia insaf la sebelum kelajuan lempangan itu singgah kat muka dia. Ada orang boleh sabar cam i ni maybe boleh diam.. paling2 sound jer. Kalau orang yang tak sabar merasa la kekurangan gigi lagi.
So pada situa keling tu.. Hope bawak2 la zip mulut pasni yer. Jangan la tunggu sampai bersepai gigi baru tau nak diam. So pada Uolls.. i bukan cakap i tak mengumpat langsung tapi berpada pada la. Jangan la sampai tang mana berhenti tang tu dia bawak mulut.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKU

10/04/2009 03:15:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Aku selalu berfikir.. setiap hari. Apa yang telah aku lakukan pada diri aku?? Terbabas... Sampai aku tercari cari kesudahan pada kesesatan ini dan saat ini aku temui sesuatu.. sesuatu yang paling berharga. Adalah diri aku sendiri. Aku tak harus sesat dalam diri ku sendiri tapi itulah yang berlaku. Dan hari ini aku tahu.. Yang mengubah dan yang berubah adalah kerana aku.

Aku tak mahu takut pada sepi lagi. Aku tak mahu takut bila aku sendiri. Aku tak mahu takut pada ketakutan ini. Aku tak harus takut pada diri sendiri. Aku takut kehilangan tapi setiap hari aku sentiasa berdepan dengan berbagai kehilangan. Dan aku pernah kehilangan diri aku sendiri kerana aku terlalu takut kehilangan seseorang dalam hidup aku.

Dan.. mulai saat ini aku harus berdepan dengan kenyataan. Aku harus berdepan dengan semua kesilapan yang aku lakukan. Aku harus berdepan dengan segala kemungkinan dalam hidup aku. Dan semua yang berlaku.. adalah kerana aku. Aku harus terima kerana aku tidak layak menyalahkan sesiapa.

Aku tak mahu tangisi apa - apa.. biar sesalan mengubah segalanya untuk hari esok. Moga semua ni akan berakhir dan aku takkan berpaling lagi. Biar semuanya ada hanya dalam sejarah yang takkan ku selak untuk di kenangi. Biar aku sendiri bersama dunia kecil ku. Aku tahu bagaimana ingin mencorakkan kembali dunia kecil ku yang semakin terpinggir.

Untuk semua yang pernah hadir dalam hidup ku.. Pernah merasa keperitan dari perbuatan ku.. pernah tersiksa dengan perilaku ku.. pernah mendendami pada kekecewaan yang ku hadiahkan.. satu ku pinta. Maafkan aku untuk segalanya. Izinkan aku hidup dalam doa kesejahteraan bukan sumpahan kehancuran. Izinkan aku terus bertapak dia bumi Tuhan dalam ketenangan. Cukup.. Aku telah lalui satu saat yang paling menduga sehingga aku hilang punca dan lupa aku dimana.


I WILL ALWAYS LOVE YOU



If I should stay
I would only be in your way.
So I'll go but I know
I'll think of you
Every step of the way.

And I will always love you.
I will always love you.
You my darling you mmm


Bittersweet memories,
That is all I'm taking with me.
So goodbye, please don't cry.
We both know I'm not what you, you need.

And I will always love you.
I will always love you.


I hope life treats you kind
And I hope you have
All you've dreamed of.
And I wish for you joy
And happiness.
But above all this, I wish you love.

And I will always love you.
I will always love you.
I, I will always love you.
You, darling I love you.
I'll always, I'll always love you.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com