KEKURANGAN AJARAN

27.11.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Hi Uolls... Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmm.. (Jerit ala2 kanak2 yang datang beraya gitiew)


skali abang2 yang datang beraya Uolls...

Almaklum la malam raya kan.. So, Haruslah entry pun ada mood2 raya skit. Macam biasa.. This year, KL dah jadi macam my hometown. Semua raya tahun ni i celebrate kat sini termasuk la depavali & yang bakal tiba chrismas. Sedih ker?? Biasa la.. Tercubit gak skit terkilan di hati tapi.. No more sedih2 k.. Life must goes on & on.


walau lite2 ajork nangis.. tapi cukup mensuntik sanubari

Dah sedia ke Uolls dengan cerita ceriti i kali ni.. Bulatkan mata masing2 depan skrin laptop or pc. Pastikan anda tiada masalah kerabunan.. Yang ada problem rabun sila sangkutkan cermin mata korang yer...


Dah sangkut spek bagai.. Jom sambung cerita ceriti

Seperti biasa.. Drummm... please!!!


Skali seruling da... Drumm mana???

Penah tak Uolls.. di kurang ajarkan oleh someone??? Tentu penah kan... Tudia.. intro dia. So, Uolls pun dah dapat agak kan cerita ceriti kita kali ni bertemakan kisah Kurang Ajar. Kita mulakan sesi mengumpat sambil belajar... Zasssssssss


Dah amik posisi masing.. Kita mulakan sekarang!!

Kisahnya sal siang tadi.. Jam tak ingat kol pada tapi agak petang la. I kat opis lagi time tu. Ada la sebungkus manusia ni yang i kenal. Selalunya dia datang duty muka make up bagai.. Kira berseri seri macam bontot kuali yang dah di sental dengan berus tembaga la.


Wei.. Bontot kuali bukan bontot k!

Ya.. Itulah yang kita cari.. (Halim Othman Gitiew)

 Tup.. tup.. hari ni muka pucat lesi. i terperasan muka dia versi mayat hari ni dah agak lewat petang. So, konon2 caring la kan.. I pun tanya...

"Akak sakit ke muka pucat jer arini?"

Tudia punya la caring i Uolls... alih2 dapat.......

Uolls.. tau apa dia jawab.. ( Skali lagi drum please. Make sure drumm ok bukan seruling lagi!)

Kompang pun kompang la.... Janji ko ketuk bunyi! (Sory drummer i cuti!)

Cukup keramat jawapan yang di berikan..

"Soalan kau macam minta tapak kasut aku jer.."

Niat baik Tapi... Tapak kasut Uolls I dapat

So,how?? Dengan niat yang baik tanya khabar dia di jawab dengan ayat2 puaka beserta air muka yang cukup buat sapa2 pun terasa. Tau la sakit.. Tapi jangan la sebab sakit kau berkurang ajar camtu akak Ooi! Ko pk aku apa?? Pencacai kau!


Cantik sangat ke tapak kasut kau tu??!! Ada cop mohor Di raja ke, ha!!

Uolls.. Cuba pk kalau Uolls jumpa someone yang jarang2 Uolls jumpa then the 1st thing Uolls tanya apa?? Apa khabar kan?? Walau Uolls boleh nampak sebijik tubuh yang segar bugar depan mata. Pepatah melayu ada berkata.. "Orang berbudi, kita berbahasa" So, Walau kita tahu tahap kesihatan dia tapi dah jadi adat bukan orang melayu jer tapi hampir semua bangsa pun camtu.. "Berbahasa". Pertanyaan2 camtu bukan soalan bodoh tapi sebagai menunjukkan adap sopan kita kita memulakan perbualan.


Hi Uolls lama tak jumpa.. Tapak kasut Uolls.. sehat??

I seorang pemaaf.. esok lusa i lupa la tu tapi tetap terpahat kat hati i.. "Biar dia tergolek depan kaki i skalipun pasni, jangankan nak tanya khabar, jeling pun tak hingin aku. Mampus la ko kat situ!

Op's.. Bila Kau tersungkur ni.. Tak nampak pun. Hidup lagi ker??

Aku bukan baik sangat tapi setakat ni takde la sekurang ajar macam tu.. At least orang bertanya dengan baik, kita membalas dengan baik walau not in mood skalipun.


Di kesempatan ni I nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Raya Orang Korban Haiwan.. Jangan Uolls lak di korbankan..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA AKU MULA BERFIKIR...

26.11.09 Suria Lekatlekit 1 Comments

Bila aku mula berfikir......

Pikir sat noh.. (Matila guna pic sendiri)

Susah nak tido. Macam2... Apa kesudahan cerita hidup aku? Cuba mendalami diri sendiri tapi betul ke aku kenal diri sendiri sebelum aku mengaku memahami orang lain?

Apa pandang2 i camtu?? U tak paham apa i sedang pikir

Serabut memikirnya segala - gala tentang hidup. Siapa,Kenapa,Bagaimana,Dimana... Itulah persoalan yang mengkusutkan fikiran.

Persoalan Hidup

Dan.. Akhirnya aku terpaksa tido jugak sebab esok kerja. Selagi hidup selagi itu kita akan berfikir macam2.. So, itulah salah satu rutin hidup yang takde sapa boleh elak. Napa?? Ada orang boleh elak dari berfikir ker??? Kau penipu!!!

Kau Penipu.. Kuar sekarang!!! (tudia tunding sapa la tak tau..)

Mengenangkan semua kita tak boleh mengelak dari berfikir maka.....

I tido dulu Uolls.. sok je sambung pikir

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

STATUS : SEPARUH SEWEL MOOD : IN MOOD BUT BADMOOD

18.11.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

teringat lirik lagu " suratan atau kebetulan"
..walau kita di hadapkan dengan berbagai pilihan mengapa sering terjadi pilihan tak menepati. hingga amat menakutkan menghadapi masa depan seolah telah terhapus sebuah kehidupan yang kudus..
Melepaskan sesuatu untuk sesuatu... adalah pilihan itu betul? Haruskah keliru selepas membuat keputusan? Haruskah curiga setelah memberi jawapan? Kenapa selalu berfikir selepas bertindak?

Semua telah terjadi... Suratan atau kebetulan? Perlukah menyalahkan takdir? Atau salahkan diri sendiri? Atau salahkan orang lain? Atau ketiga tiganya skali jika di sabitkan dengan kesilapan.
Pertemuan sekali ini.. bagi ku amat beerti tetapi ku bimbang untuk menyatakan.. bimbang kan berulang kesilapan..
Kenapa harus takut tersilap sedangkan kita tahu kita akan belajar dari kesilapan tapi kenapa kita selalu mengharap kan dapat 100% bila jawab kertas soalan?? Kalau tak silap macam mana nak belajar.. tapi kalau dapat O% pun nampak sangat memang tak belajar langsung. huhuhuhu... gila dah mai dah!

Ayoyo.. 0% ka?? Tarak pa.. kalau tarak silap jawab makna tarak bleh belajar la.. silap dulu baru bleh blajar

Cikgu pesan tak tahu bertanya.. tapi bila tengah exam tak tahu tanya takde sapa pun nak tolong bagitau. hurmm.. skali lagi sewel menyerang!!

Jenuh garu pala. Tunggu cikgu bagitau camna nak jawab soklan time exam

Dan.. Inilah yang terjadi bila cikgu di nanti tak kunjung tiba memberi bantuan kecemasan dalam dewan peperiksaan

Sebenarnya aku serabut serabai dah ni.. naik bengkak kepala aku garu walau tak berkutu. Korang takkan paham bahasa kiasan gila aku. Tapi inilah cara aku meluahkan perasaan buntu aku. So, sekian sahaja citra cintun aku.. traaaaaaaa

Tu dia.. pompuan gila mana tak tahu dok merapu meraban dalam blog ni

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAWANG PUTIH, BAWANG MERAH.. BAWANG BESAR???

17.11.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

ewah2... Kemain mengular nampak! Yang adik2 tu mentang2 ujung tahun kemain online tak pandang kiri kanan dah... Erkk.. napa lak tunding jari kat i Uolls. Mana ada mengulor.. i mengitik jer sekejab2.

Apa lagi Uolls.. Jom La mengitik bersama2

Apa lak cerita ceriti kita arini yer... Drum plisssssssss.....!!

Tu dia.. Pembukaan cerita ceriti

Macam suspen jer padahal takde pekenbenda pun. Cerita ceriti kita arini adalah "Bawang Putih Bawang Merah". Weekend aritu i sempat merewang gi tengok teater Opera Sri Bandaraya (DBKL). Cerita bawang putih bawang merah la Uolls...

Poster original tu bukan sekadar hiasan tau!

Sebelum mengulas pulas sal teater ni i nak bagi bintang kejora sebayak ****. kira la Uolls.. Memang best. Paling best sebab free. Well... Free itu nikmat & hikmat.

Uolls pun tau kan.. cerita tu kisahnya gimana.. So, tak yah la i nak cerita panjang lebar lagi. Yang i nak kongsikan adalah watak2 yang i suka dalam cerita tu...

Paling i suka watak bawang putih yang jahat & gedik... Ha kau!! Semua pun tau cerita tu kan so watak yang dilakonkan oleh pelakon yang i terlupa nama dia memang i rasa best walau part dia takde la sebanyak bawang merah yang membawa watak pompuan suci & teraniaya gitiew. Kira menjadi la gedik & pendengki dia tu.. So syabas!

Ni la Minah yang pegang watak bawang putih tu

Watak kedua.. Awang mereng. Pengiring anak raja.. Memang mereng si awang ni. Dengan kemerengan itu maka terhasilkan babak kelakar. Maka ketawa aku terbahak bahak berkahak kahak dengan lakonan si Awang mereng itu.

Takde lak Si Awang punya gambar.. ekekeke

Lain2 watak bagi aku.. ok jer. Macam si bawang merah tu... Watak baik, Mak kundur.. Watak jahat macam setan, Watak anak raja yang kerek2 macho.. Keseluruhan teater tu menjadi best dan bagus skali.

Muka suci murni si bawang merah

Nikmat menonton teater berbanding tengok wayang adalah semua watak & babak dalam cerita tanpa editing & live. So, kenikmatan tu lebih asli berbanding filem.. yang bertemakan cut & action tu. So, ni lah hobi terbaru i... Amacam???

So, How Uolls?? Ok ke berhobi sedemikian rupa?? Bukan Hobi berupa sedemikian, k. (rujuk gambar)

So, bagi korang yang konon - konon nya lahir & di besarkan kat oversea tu.. (padahal oversea nya tu pulau pinang jer..) & tak penah la tengok, baca or dengar cerita lagenda ni.. ha.. ambik ni aku bagi sinopsis cerita tu!! Buta seni budaya tol...

KISAH dibuka dengan peristiwa MAK KUNDUR menolak MAK LABU ke dalam perigi, meninggalkan BAWANG MERAH sebagai anak yatim piatu. Bermulalah kehidupan malang BAWANG MERAH yang sering dianiaya oleh MAK KUNDUR dan anaknya BAWANG PUTIH. Manakala di istana, SULTAN yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah mengisytiharkan PUTERA RITAUDIN sebagai Tengku Mahkota. Ini menimbulkan kemarahan pada diri PUTERA IZZUDIN kerana baginda adalah putera sulung, tetapi kerana bondanya bukan berdarah raja, haknya sebagai pewaris takhta diketepikan.

Suatu hari, RITAUDIN dan IZZUDIN keluar berburu di hutan negeri. Dalam masa yang sama BAWANG MERAH juga berada di hutan itu, sedang meratapi ikan jelmaan ibunya yang mati dimasak oleh ibu tirinya. Untuk menghiburkan hati, BAWANG MERAH menyanyi di buaian yang muncul di atas tapak kuburan ikan jelmaan itu. Kemerduan suara BAWANG menyebabkan RITAUDIN dan IZZUDIN terpesona. Bagaimanapun belum sempat mereka melihat wajah BAWANG MERAH dengan lebih dekat, gadis itu lari pulang apabila menyedari dia diperhatikan.

PUTERA RITAUDIN mengarahkan rombongan diraja mengejar BAWANG MERAH sehingga ke rumahnya. BAWANG MERAH bersembunyi dan apabila MAK KUNDUR dapat tahu itu adalah rombongan diraja, MAK KUNDUR mengakui bahawa gadis yang mereka lihat itu adalah BAWANG PUTIH. Lalu rombongan diraja mengarahkan BAWANG PUTIH mengikut mereka ke dalam hutan. Tetapi PUTERA IZZUDIN sempat melihat kelibat BAWANG MERAH di dalam rumah dan memerintahkan BAWANG MERAH ikut sekali. Pada ketika itu sebenarnya PUTERA IZZUDIN sudah pun jatuh hati kepada BAWANG MERAH….

Itulah cerita ceriti aku weekend lepas.. Korang apa cita???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DJ Frenzy Tumbuh Bagai Cendawan

12.11.09 Suria Lekatlekit 2 Comments

Hi Uolls... Umah akak di serang anai2 lagi.. port biasa kat pintu toilet.. Racun dah beli so tunggu je hari pembalasan kau wahai anai2!! Brani ko skodeng aku dalam toilet yer...

Tu dia laluan haram anai2.. Jaga2 kastam tengah usha

Op's intro sal anai2 lak.. sebenarnya bukan tu aku nak cerita. Nak tido dah ni tapi macam biasa online kejab sambil dengar2 frenzy... Wah banyak tol dj baru sekarang! Jenuh dakmuo nak bayar bonus nanti.. Apapun Dj Bos still da best la bagi aku!

Skali lagi Dj Dakmuo menjulang award dj bontot ayam.. (Yehaaa... ayuh lari)

Dj nana.. baru lagi tapi kan.. napa dia suka cerita sal dia jer. Huhuhuhu.. rasa macam baca blog lak. Apapun layan jer. Buat nana tu.. suara tu ok. ala2 dj lin citra cinta lak tapi kurangkan skit cerita hal personal yer. Agak bosan la...

Nana buat akak.... Zzzzzz.. so, kurangkan cerita peribadi tingkatkan gosip! Op's.. larik

Ada dj ema.. dj syuk & dj sweet... & ramai lagi akak dah tak ingat. Al maklumla warga emas cam akak ni RAM kecik skit. Komen akak ok la. Bagi dj tua macam akak ni harus la gantung mic pasni. huhuhuhuhu... dj2 tua macam akak dah layak masuk arkib jadi bahan sejarah gitiew.

Walau tua tetap juara Uolls.. (op's nak nyuruk dalam selimut takut kena baling telur)

Dari Dakym.fm hingga ke frenzy.. Abby boleh nampak peningkatan & kemajuan Dakmuo. Hasil kerjasama semua yang terlibat rasanya aku boleh tabik spring la kat Dakmuo. Pada Bos.. Jangan nak kerek2 lak pasni yer.. Aku sumbat ko dengan mic!

Walau tua tetap perkasa.. So ada bran kerek ngan gua??

Segunung Tahniah buat Dakmuo & warga frenzy.. Itulah yang kita cari (ala2 halim othman). Teruskan melekat lekit bersama frenzy.. macam2 ada. Tak pedihkan telinga!

Apa Uolls?? Kuat skit... Akak Abby best??.. (Skali lagi akak larikk merentas cakerawala takut kena belasah)

Last words.. kata kata pujangga yang di create akak sendiri " Bila di bawah kita tersenyum melambai di atas tapi bila diatas jangan pula menjeling tajam pada yang di bawah dengan muka kerek". Chow Cin Cang... Traaaaaaaaaa

Tidoq dulu noh...

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DAN BILA AKU BERKATA KATA..

8.11.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Dan bila aku berkata - kata..
Ada orang bagai nak gila
sumpah seranah berjuta - juta
terlupa.. siapa yang mula
betul.. aku juga ada salahnya
tapi, sampai bila nak bercerita pada semua?

Dan bila aku berkata - kata..
memang agak puaka
ada orang macam kena histeria
dendam kesumat terpahat di jiwa
dulu.. dia juga yang kata
Redha pada ketentuan yang Maha Esa.

Dan bila aku berkata - kata..
Ada yang murka tahap dewa
Bukan aku sengaja menambah dendam yang membara
Tapi aku juga punya hati bila dia berkata
Salahkah aku andai aku berkata?
Sedangkan dia berkata aku diamkan saja
Bila aku berkata.. Aku di cop berdosa!

Ha.. kau! Intro ngan puisi bagai ni napa?? Dah buang tebiat ke aku?? Oh.. tidak.. Itu cuma sinopsis untuk cerita ceriti kita malam ni yer anak - anak... amboi2.. blom start dah siap melangut tu adik2 akak ni...

Adik - adik dah siap sedia nak dengar cerita ceriti.. bertongkat dagu bagai dah ni..

Korang kalau cerita2 hot & spicy terjojol bijik mata yer.. sebenarnya takde apa2 just bosan jer.. hehehe...

Tu dia.. kalau gosip bijik mata jadi double ekk korang

Hanya orang yang berkenaan je paham sajak diatas tapi aku tak nak komen apa2 sal tu. Op's ---zip jari---

Diam - diam sudah! Pantun Azwan Ali.. 'Pagi2 makan pengat, sendiri mau ingat'

sebenarnya aku nak kongsikan cerita yang aku baca dari salah satu blog yang juga salah satu sposor site frenzy ni. Touching Uolls... berkisahkan seorang wanita yang juga seorang isteri dan ibu. Bagaimana sukarnya dia melalui saat2 getir dalam hidupnya apabila di sahkan mengandung buat kali kedua (yang 1st mengalami keguguran & kalau tak keguguran pun mungkin terpaksa di gugurkan kerana masalah kesihatan yang di hadapinya). Demi seorang insan yang bergelar 'Anak' si ibu rela bertarung nyawa... Sanggup berkorban. Itulah pengorbanan seorang ibu. Taknak cerita panjang2 korang sendiri gi baca k. ni url blog insan hebat itu http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/

Tabik Spring!! U're the greatest women, wife & mom

So, yang bergelar anak (tak termasuk anak ayam or anak ikan yer...) harus la korang pi baca. So, sekian sahaja entry aku malam ni... semoga bersua jari lagi.. chow cin cang!!!! traaaaaaaaaaaaa

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DIMANA HAPPY?

8.11.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Halooooooo... Jam telahpun menunjukkan pukul 3.46am.. pejadahnya mata ni taknak lak tido2. Apa masalahnya pun tak tau. Jadi seperti biasa.. Update blog yang sengal2 siput ni..

Adakah I tergolong dalam spesis sengal Uolls..?? (tanya siput dengan malu2 siput)

Hari ni cerita ceriti kita bertajuk 'Happy'. Uolls happy tak?? Sorry Uolls.. macam biasa sila jawab pada diri sendiri sebab i tak dengar k kalau Uolls terpekik terlolong macam polong skalipun...

Gigih Uolls menjerit yer.. Sory Uolls.. I cant hear U

Happy atau dalam bahasa ibunda kita Gembira. Sebelum kita menghurai horei kan topik ni jom kita nyanyi dulu untuk amik mood... Ready Uolls..

kalau rasa gembira tepuk tangan.. "pap.. pap.. pap.."

Hari ni i happy.. Banyak benda yang i happy. Buat i terfikir sesuatu.. sebenarnya happy itu hari2 ada berdamping dengan kita. Cuma kita kadang2 agak buta tuli termasuk pekak dalam mencari dimana Happy itu setiap hari. Bila sedih, marah, tension, stress dan sekaum dengannya kita rasa takde lagi ruang untuk tersenyum apatah lagi nak mengilai tahap pontianak atau dalam perkataan pendeknya Happy.

Tu dia.. Happy katanya

suka duka, tangis tawa adalah warna kehidupan kita. Happy kah kita kalau hidup kita cuma ada satu rasa?? Takkan?? Ia akan jadi satu benda yang bosan.. Macam makan nasi.. kalau takde lauk pauk, sayur mayur bagai.. lazatkah nasi itu andai di makan begitu sahaja macam roti gardenia?? Takkan?? Sebab tu la i cakap.. happy itu sentiasa ada dengan kita setiap hari walau dalam apa juga feel or mood kita.

sungguh enak dimakan begitu saja....

Tanpa semua rasa itu (suka & duka) hidup ini takkan happy. Orang yang hidupnya sentiasa suka je pun kadang2 dia rasa bosan sebab sesekali dia nak gak rasa menangis kan?? So, kesimpulannya.. kalau asyik suka manjang pun tak happy... or sedih manjang pun tak happy. So, dengan adanya kedua dua rasa ini (suka+duka=happy) melengkapi warna hidup kita sebagai manusia.

Inilah perisa, perasa & juga rasa hidup kita Uolls.. bulatkan yang mana berkaitan dengan anda sekarang

Korang paham ke tak tak tau la.. tapi bagi aku inilah 'Happy' pada aku. Tanpa dua rasa ini dalam hidup aku, tak seimbang hari2 yang aku lalui. akan senget sebelah dan bila dah senget tu..

maka inilah yang ter jadi Uolls..

Aku happy sebab ada suka duka dalam hidup aku. Inilah 'HAPPY' pada aku.

Sila tukarkan status mood MS, FB or sebagaikan kepada HAppY sekarang!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!