Rindu Pada Rabbit..

27.12.09 Suria Lekatlekit 1 Comments

 Tetiba jer aku teringat Rabbit.. Entah kenapa aku teramat amat merindui dia. Sesungguhnya terasa waktu bersamanya terlalu cepat.


Rabbit bukan seekor Arnab.. Rabbit adalah nama kucing kesayangan aku yang aku bela sejak kecik. Nama Rabbit aku bagi sebab ekor dia macam rabbit.. Perut dia yang bulat & badan dia yang gempal seakan2 rabbit jugak.



Rabbit kucing yang di buang oleh tuan nya yang tak tahu sapa. Dia datang kat umah aku masa tu dia masih kanak2 lagi. Keluarga aku memang jenis penyanyang pada kucing.. So, bila Rabbit datang kerumah kami.. Kami menerima seadanya. Rabbit tak cerewat soal makan. Rabbit tak jahat. Rabbit memang suka makan & tido sebab tu badan dia sangat comel.



Rabbit bagi aku kucing yang tak banyak kerenah & pendiam. Tapi tetap buat orang geram tengok badan & muka dia yang comel. Rabbit dari spesis kucing tempatan saja. Rabbit bukan seekor kucing yang penakut sebab bila dia dah dewasa.. Dia tak takut berdepan dengan kucing2 penceroboh yang cuba masuk ke kawasannya. Walau dia kuat makan & tido tapi Rabbit bukan kucing yang pemalas.



Sesungguh setiap makhluk yang bernyawa.. Ada akhirnya. Pada Mac 2009 sembilan Rabbit kembali kepada PenciptaNya. Waktu tu kebetulan aku sedang bercuti panjang kat kampung sebab terkena demam Chikungunya. Masa aku demam, Rabbit pun demam. Dia akan tido dengan aku setiap hari. Tapi selepas seminggu Rabbit demam.. Dia pergi. Rabbit tak pernah sakit sehingga Mac 2009. Itulah kali pertama & terakhir Rabbit jatuh sakit Dan pergi meninggalkan aku. Tuhan saja yang tahu perasaan aku waktu tu. Sedih sangat2. Lebih2 lagi time aku tengah demam yang agak serius. Sampai saat ni.. setiap kali teringat or menatap gambar2 Rabbit.. Aku menangis. Aku terlalu2 rindukan Rabbit walau family aku ada banyak lagi kucing tapi bagi aku Rabbit terlalu istimewa. Aku redha.. Namun bukan penamat kerinduan aku padanya. Miss U Rabbit..


1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JAWAPAN KENAPA NYAH SUKA BAHASAKAN DIRI 'mAk'

25.12.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

 Okies Uolls.. Ni la Jawapan yang aku dapat dari Diva pooojaan akak2 pon kita iatu cik imah lenggok (http://imahfm.blogdrive.com/). Cik Imah kita ni memang menjadi idola pada para2 pon kerana telah mencipta banyak perkataan2 cik nyah untuk perbualan dorang seharian. Aku amat la berbesar hati kerana cik imah sudi meluangkan masa dengan membalas email & mengomen kat entry aku (http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2009/12/nyah-soalan-untuk-korang.html). Jom kita check apa kata cik imah kita tentang isu 'KENAPA NYAH SUKA BAHASAKAN DIRI SEBAGAI MAK'


 Diva Imah Masa sesi interview & photoshoot Untuk blog Lekat Lekit. Yang penting pose.. kan Diva Imah
jwpn imah utk abby
 noq sbb diorg feeling diorg tu Kylie Minogue, *matilamak* mak plak sbb diorg teringin jadi macam EMAK diorg!!-ada *tutt*, bleh ditusuk, lahirkan anak dan rajin membasoh..
bleh??
 Thanks Cik Imah.. Uolls bagi tepukkan guruh buat Diva pon Cik Imah..


Tengkiu Diva Imah Lenggok!!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DEMAM & BOIKOT

23.12.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Uolls... Agaknya napa ekk terjadinya demam malam2 ni?? Siang ok jer.. boleh berjoget lambak bagai tapi malam jer badan mula panas.. pening2 lak.. Suhu badan pun tak normal. Esok pagi ok lak..


Huhuhuhu... Demam Uolls

Dah 3 malam demam malam ni Uolls.. Sapa2 tau kenapa ekk?? Apakah penyebab demam malam ni? Aku baru dok search.. Tapi di sebabkan kepeningan aku jadi malas nak membaca lak.
Mungkinkan berkaitan stress or banyak ber pk?? Aku pun tak pasti napa tapi hope cuma demam biasa.. Takde bersangkut paut dengan penyakit2 merbahaya or kesan dari virus chikungunya yang penah berkampung dalam badan aku tak lama dulu.


Bagi yang tak tau.. Si bedebah inilah pembawa virus chikungunya

Jom back to cerita ceriti... Amik posisi masing2 cepat. Sesi mengumpat sambil belajar dah nak start ni!


Tu dia pose mengumpat tepi jalan

Uolls.. Kisah ni ada kesinambungan tentang kisah minah sengal yang di pulaukan kat company aku keja tu... Semalam meeting, sebab Isnin takde meeting. Bos cuti.
Sian tau aku tengok minah kerek+sombong+berlagak+kurang ajar+rasa diri pro tu.. Sorang2 beb dia. Takde sapa nak tegur or berbual ngan dia.. Tu la dah newbie tu buat la macam org baru jangan nak kerek2 & kurang ajar. Dah la 0 pengalaman tapi berlagak macam Otai. Orang ni tak pro.. orang tu tak pro.. abis ko pro ker?? Ko tu propa jer tau!


Pic Tak Relevan langsung!!

Aku walau memang dah banyak tempat keja tapi tetap la berkonsepkan 'Buah cempedak di luar pagar' lagi.. Tapi si minah tu baru je 2 bulan keja temanya 'Amik galah tolong jolokkan'.. (mampus.. perumpamaan apa tak tau aku guna.. yang pasti lirik pantun aku cedok).


kekdahnya amik galah tolong jolokkan kat meja snooker

Kesian jugak sebab kena pulaukan camtu tapi hope dia sedar & ubah atitute yang bajet bagus tu.. Nak2 lak arini boipren dia tak de. Tak tau mana melingkup. Lagi la kesorangan.. At least ada boipren dia leh la dok ber poyo kat showroom tu kan... Main kejar2.. jerit2.. cubit2..


alolo...

So pasni.. harap ko sedar yer dik.. Gunakan konsep 'Saya budak baru belajar'.. (Skali lagi perumpamaan dari lirik pantun) sebelum kau kena .. 'Kalau salah tolong pulaukan' yer...


Sian ko kan??.. Tu la mak dah pesan

Moral dari cerita ceriti ni.. Sentiasa la merendah diri k walau pun korang tu lagi sejengkal kepala nak cecah atap umah.. (matilah kalau umah orang kerdil dalam cerita snow white tu..).


Siapalah aku nak meninggi diri kan???

Tak rugi pun mengalah macam I ni... huhuhuhu.. (naik buaian.. buai sendiri tu!) Salah or betul aku kat opis aku gunakan kekdah.. Diam dulu (Tapi diam2 pun kadang2 aku protes gak). Dulu maybe aku jenis panas baran skit tapi bila umo dah makin menapak ke zone bangkalusia ni irama rock dah bertukar ke balada skit. Diam tu selalunya akan berpihak kepada....



Ya Betul!! Kemenangan jua akhirnya..

Walau apapun.. ko pandai2 la bawak diri kat situ yer.. Pandai2 la ko nak raih kembali perhatian kengkawan ko kat showroom tu. Dengar tadi dah ber aidilfitri ngan salah sorang 'sales advisor' yang penah ko sound?? Moga ko di maafkan la yer....


Mohon la kemaafan dengan seikhlas hati bukan sekadar meraih simpati

Okies Uolls.. Ada keja nak buat.. Maka jendela ku tutup dulu yer....... Da...........



Wo.. Apa ni?? Sesi mengumpat dah abis la


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NYAH.. SOALAN UNTUK KORANG.

21.12.09 Suria Lekatlekit 2 Comments

Tu dia.. Entry khas untuk akak2 ponen kita Uolls.. Blog2 akak2 ponen memang dah jadi bahan bacaan aku sejak terjebak dalam dunia blog ni.. So, mengikut pembacaan aku selama hari ni.. Ponen2 banyak membahasakan diri dorang sebagai 'Mak'.. tu rating tertinggi la.. untuk rating kedua tertinggi adalah 'Akak'..


Mak nak tanya ni awat hangpa nak jadi mak??


Taknak yang 2nd.. Aku lebih berminat kepada yang 1st...


Dah ready akak2 semua untuk di terjah???

Soalanya untuk Mak2 & akak2 ponen.. Kenapa agaknya gunakan ganti diri sebagai 'Mak'... napa tak makcik ker, adik ker.. nek ker.. wan ker.. Ucu ker.. Ateh.. or sebagainya? Adakah.. korang suka membebel macam 'Mak - Mak' menyebabkan rating pengunaan ganti diri sebagai 'Mak' menjadi popular di kalangan nyah2 or korang kepingin nak jadi 'Mak'???
Mampukah Mak2 pon kita jadi mak pada anak2 nya??


Pada akak2 ponen kat luar sana yang terclik blog comot ni jangan la carutkan I k.. I tidak bermaksud mencerca manja akak2 yer.. Just sesi temubual kepada idola2 I jer.. I memang respek penulisan Uolls dalam blog ni walau kadang berunsur kelucahan skit tapi penulisan Uolls memang ada unsur jenaka yang menghiburkan.


Tu dia tak start interview dah gelak.. camna??

So, kita tunggu yer jawapan balas akak2 ponen.. sekiranya takde I sendiri akan mengadakan sesi temubual melalui email dengan Nyah terpilih yang I rasa nak interview...


Tu dia wartawan pakat dok tadah mic, recorder bagai nak amik statement akak2 kita

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

FLASHBACK

20.12.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Hai Uolls.. Salam Ma'al Hijrah.. Mana korang berhijrah beb?? Ada yang amik kesempatan berpindah di bulan ni katanya amik berkat. Moga di berkati la yer...


Hijrah!!
 
Cerita ceriti aku kali ni adalah berkisahkan masa dulu... Tetiba je semalam kan nak search info2 sal skolah lama dulu tapi malangnya tak banyak yang aku dapat. Nampaknya memang skolah aku kategori hujung dunia punya skolah la.. Aparah!!! Ingatkan boleh la dapat pic2 kawan2 lama.. cikgu2.. tapi cuma dapat satu dua jer Uolls.. Tu pun puas aku meng'clik' sana sini...
Hasil tuaikan aku adalah...

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Lunas, Kulim Kedah


Cikgu ERT (Kena paksa beb masuk kelas ERT) aku masa tingkatan Empat, Cikgu Zainah. Kita gelarkan dia cowboy betina.(Motif cowboy.. betina lak kan) Sory cikgu time tu memang semua cikgu ada gelaran yang kitorang bagi


 Cikgu Mate Aku masa darjah 6, Cikgu Tarmizi (Yang Bersongkok) Garang nak mampus dia ni. Sampai mati aku ingat betapa azabnya di libas rotan kat tapak tangan kalau Tak lulus mate or tak siap keja skolah. Tapi sebab dia gak la UPSR aku mate dapat B walau tak A pun..


Pakcik Mail Pembantu Makmal SMKL dgn anaknya si Nat adik pada si Dat Classmate aku


 Aku masih nak jejaki semua guru2 & kawan2 masa sekolah.. Walau tak dapat bersua muka pun cukup la bersua gambar kat dunia IT serba maju ni.. Walau masing2 dah lupa diri masing2 tapi at least aku leh gak tengok muka terkini semua bekas kawan2 skolah. Nak upload pic2 yang ada dalam album buruk aku tu semuanya ada kat kampung Uolls.



 Korang cari apa?? Mana ada aku dalam pic tu.. (Sekadar hiasan*)

Mengimbau zaman skolah2 ni.. Di skolah rendah memang aku tak terserlah sikap nakal tapi kat umah memang nakal ya amat la. Melangkah ke skolah menengah bermula macam tumbuh tanduk lak.. Almaklum la baru nak remaja, kan?? 


Tu dia Zombie dah kuaq.. Setan sangat temanya kan??
 
Mengimbau kenangan bermusim lalu ni.. Huhuhu.. paling happening masa aku di tahun bulan madu.. Tingkatan 4 la apa lagi! Cukup horei masa tu.. Yelah time tu takde exam besar lepas PMR. So makin menyetan la aku.. 2 minggu sebelum final exam tu kantoi ponteng skolah lepak ngan geng2 aku kat umah salah sorang member. Ingat lagi aku nama dia Adi. Yang kantoi time tu.. Adi, Dat, Farin, Nazim, Aku & Ct. Yang dua setan lagi Faizly & Azizah terlepas. Faizly sempat cabut ikut pintu belakang.. Yang Si Azizah tu selamat sebab dia dari skolah lain. Yang datang ambush tu bukan cikgu dari skolah aku tapi pegawai2 dari jabatan pendidikkan daerah kulim & 2 orang cikgu dari skolah SMTPB (Sek Men Tunku Panglima Besar).


Laluan longkang kering juga menjadi salah satu laluan yang We Uolls guna untuk meloloskan diri tau!!
 
Masih segar bugar dalam otak aku peristiwa tu.. Masa Makhluk2 tu ambush time radio tengah loud speaker lagu OAG 60's TV. Dorang bagi salam.. Pintu memang ternganga.. Aku dgn ct kat ruang tamu. Dengan slambernya aku panggil la Adi si tuan umah.. "Adi ada kawan bapak hang mai ni.." Kawan bapak lu!! Tak tau orang yang datang tu dapat laporan kitorang ponteng skolah & wat port kat umah si Adi ni.


OAG oh.. OAG.. Ko pun dah masuk dalam memori aku
 
Dah kantoi.. maka dorang cal la skolah aku SMKL maka di hantra la Dua orang cikgu menjemput kita balik ke skolah untuk di beri anugerah. Aku ingat lagi cikgu Zainal & Cikgu penguin datang (Aku dah lupa nama PKHEM pompuan tu tapi mulut macam hanjs jugak la). Macam2 kena charge gak la.. Paling aku kecewa adalah salam surat yang hantar kat mak bapak tu.. Macam kesalahan yang kitorang tak buat di sabitkan. Salah cuma ponteng.. tapi dalam surat tu siap tulis bagi maklumat palsu, menonton video lucah.. huhuhu.. dorang sport check umah si Adi & jumpa Video tape tu tapi bukan kitorang yang tengok.


Zaman skolah aku paling benci kena spot check Uolls!
 
Akibat dari kejahatan anak2 setan ini.. Maka 1 minggu aku kena reman dulu tak boleh datang skolah selagi mak bapak tak datang jumpa cikgu bincangkan hal tu.. Pastu lepas dorang meeting bersama cikgu2 lain maka hukuman di jatuhkan 2 minggu di gantung skolah beb! Maka terlepas la aku dari amik final exam ting 4. Tak ke frust kena gantung skolah time exam.


Frust sampai sekarang Uolls tak dapat amik exam final year form 4
 
Semua tu cuma secalit memory nakal aku.. Tapi bila masuk alam pekerjaan atitute ponteng & nakal tu macam dah takde. 100% berubah. So, moral pada cerita ni.. semua orang boleh berubah. Jangan kerana sejarah hitam semalam kita labelkan seseorang tu sebagai "Tak baik" selamanya.


Walau dulu sangat la suka monteng skolah tapi skang sangat rajin keja Uolls..
 
Bagi peluang.. Aku bersyukur dapat Mak yang tak pernah ada kata peluang terakhir untuk aku walau macam2 kenakalan aku buat masa skolah dulu. Aku mengaku aku seorang remaja bermasalah & juga pelajar yang cukup banyak mencatatkan rekod disiplin dengan rekod paling membanggakan iatu rekod MERAH.


Tak kira student dulu or skang memang suka cari penyakit!
 
Aku nak sekali kalau dapat berjumpa dengan Adi, Dat, Nazim, Farin, Faizly. yang aku tau semua mangkuk2 tu dah kawin.. dah beranak pinak termasuk ct. Tapi ct aku tak lost contack sebab dia ada pertalian saudara dengan aku. Cuma 5 setan sekelas dengan aku masa form 4 tu je dah lost contack. Ting 5 aku dah berpindah skolah.. So, cerita SMKL cuma hingga ting 4 jer tapi SMKL the best memory dalam hidup aku

Huhuhu.. Gambar lencana je dapat
 
Miss U all guys.. Mybestfriends, Mybadfriends & My sweet memory!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

bOOOwling Bersama Pasangan Over

17.12.09 Suria Lekatlekit 0 Comments

Tu dia tajuk entry kali ni.. Dah sah2 bunyi bertemakan sesi mengumpat sambil belajar kan?? Uolls.. pahabaq?? (Utara sangat temanya kan??) Yang sihat2 jer di sarankan melangut kat blog ni yer.. Yang ala2 di pinggir kubur takyah la tambah dosa.. Satgi padam tak sempat lak nak mengucap kan?? Bukan apa Uolls.. Mengata tu dosa.. Tapi konsep mengata aku ni takdak la nak aib kan sesapa yang berkenaan sebab takde tulis nama sebijik bijik.. Anggaplah cuma cerita yer...


Anggaplah seperti Uolls membaca buku cerita kanak2 yer..
 
Seperti biasa amik posisi masing.. Sebentar lagi kita akan mulakan pembelajaran dengan subjek Mengumpat.


Amboi.. korang start dulu nampak!
 
Bertarikh 15 Dec 2009, branch tempat aku keja tu ada la buat aktiviti ber'BooWLing' kat the curve sana nu.. Start kol 9.00 malam. Maka abis je keja 6.30pm berdesup la aku berjogging balik umah nak mandi siap2 ni. Dah siap bagai semua lebih kurang 8.30 camtu.. berambus la aku & dia menuju ke destinasi. The curve bukan jauh sangat so takyah nak rushing sangat.


Tema Bowling la sangat.. Ada bran berbowling dengan costume camni??
 
Dah tujuan pun main bowling kan.. so bila semua team dah kumpul, maka perlawanan pun bermula. Baling je Uolls walau destinasi bola itu berpihak kepada longkang. Tak kisah la wei.. Just for fun. Aku main satu game jer pastu asyik melongkang jer aku beralih profesion jadi camerawoman lak. Nak tengok pic2 tu pi la add aku kat facebook or myspace yer...


Takat Tu je la aku main... Pastu ni la keja aku...
|
|
|
V


 
 
Ni la bila dah boring dengan bowling Uolls...
 
Berbalik kisah mengumpat kita kat opis aku tu ada la sorang minah ni.. fresh & white. Tak penah keja sebelum ni.. Umo pun muda lagi. Memang nasib dia amat baik sebab dapat keja sebagai sales advisor proton edar walau 0 pengalaman keja. Tak silap aku baru 2 bulan dia join. Tapi kerek & tahap kurang ajarnya.. boleh tahan beb!!


Sekian, Makaseh!! (versi alleycats)
 
Dari awal dia join pun aku pasan dah.. Ingat kan dia fresh, tak tau apa2.. Bila dia masuk opis, aku ni tanya la kot2 apa2 dia tak tau nak tolong tapi hampeh.. Tak main la dia nak refer ngan akak2 admin macam aku ni.. derect bos Uolls... Sampaikan nak amik VSO pun tak tanya kitorang kat opis.. tanya bos Uolls. Kelas tak?? Dia tak tau hal2 kat opis bos pun refer admin.. (Mampus la riak sangat kan??)


Bodek sangat la konsepnya kan??
 
Akibat kekurang ajaran & kekerekan dia tu.. Ramai yang pulaukan dia Uolls.. Sian aku tengok dia masa bowling semalam. Takde sapa nak tegur or bercakap dengan dia melainkan boipren dia. Satgi aku cerita sal kisah couple mapel ni yer...


Berlagak sangat.. Dok la ko sorang2!!
 
Dia ni tak bleh silap skit jenis serang orang.. Halo.. (ala2 lagu beyonce yang baru tu) Dik ko tu baru, banyak yang tak tau. Ko pk ko tunjuk perangai srikandi berani mati ko tu orang respek ker?? Aku pun penah kena hambur ngan minah senget ni. Alkisahnya bos aku suruh cal dia, tanya kenapa kereta test drive pancit & di biarkan camtu. Dia & boipren dia memang rajin sangat guna test drive gi road show katanya tapi sales nya enggak ada sih! Khabar2 angin kus2 cakap dorang guna alasan buat road show tapi sebenarnya.... (kena tanya Yuna ni.. Yang sebenarnya apa??) Aku ni cal la dia dengan berhemah.. (sememangnya aku tak pernah kurang ajar dengan mana2 sales advisor kat situ) Pro la beb keja! Belum aku abis cakap dia dah melenting tengking2 aku. Paling seram tu dia suruh aku cakap kat bos aku suruh cal dia! Wah dik.. tocang ko dah dah sampai stage bos ni.. Paling aku hangin tu belum sempat aku abis cakap dia end cal! How dare U!!! Sebelum ni pun dia penah bergaduh dengan orang lain sal test drive tu.. Dari tajuk tu la mencipta kesinambungan kisah tayar test drive pancit ni. Hangin gak aku.. punya la baik aku cakap, dia lak tengking aku! Apa lagi sesi mengadu domba la kat bos.. Bos yang baru kuar jamban masa tu... aku bagitau. Aku cakap aku dah cal dia & bagitau tapi dia marah aku balik & minta bos aku cal dia. Apa lagi hangin la si bos aku ni.. Dia lak di arah cal sales advisor dia.. huhuhu.. maha dahsyat ni. Tak puas hati aku sms dia sound balik.. Memang dia ada minta maaf & bagi alasan dia emo sebab ada masalah lain. Pedulik hapa aku dengan masalah dia! Aku ada macam2 masalah ada aku tengking dia?? Takkan kan.. Aku balas balik.. " I dont care about your personal problem, It's not my problem!" Amik ko!


How dare u!! 
 
Start dari kejadian tu aku malas nak cakap apa2 dengan dia. Sebelum ni pun aku tak pernah nak berbual2 dengan dia pun.. Aku akan cakap pasal keja. 100% sal keja sebab dia ni jenis kerek.. Nak bertegur sapa dengan orang cukup susah. Konon Pro padahal..... (No komen)


No Komen! Lu pk la sendiri..
 
Dia memang dah jadi bahan umpatan kat situ. Perangai gedik dia tu.. Budak baru nak bersosial.. baru ada boipren.. & segala2 nya baru la bagi dia. So, kita masuk part kisah cinta dia ni.. Boipren dia tu pun sales advisor kat situ gak. Baru 1 bln rasanya tengok dorang cintan cintun ni.. Sebulan tapi... Kalau kat showroom tu macam poyo jer.. (erkk.. poyo tu sebenarnya apa ekk?? sampai skang pun aku tak pasti maksud poyo). Main kejar2.. tepuk tampar, sengol sengolan.. cubit cubitan.. pastu jerit2.. alahai dik! Memang kegedikkan yang buat semua mata2 kat situ meluat beb! Dorang gelarkan sepasang mangkuk sengal tu pasangan mengelabah! Kalau dah berdua tu macam kat sekeliling dorang tu cuma pohon2 pokok jer.. Dik.. kata pro tapi takkan main kejar2 dalam showroom.. terjerit2 macam beruk. Nak buat filem hindi pun.. pi la Taman metropolitan sana tu.. Luas padangnya! Main la kejar2 sampai puas yer...


 Aucak la puas2 kat taman.. Tapi bukan kat showroom yer

Masa bowling semalam aku tengok berdua je ngan boipren dia.. Orang lain wat tak tau je seolah2 dia halimunan.. Takde sapa nampak. Sikap biadap & sombong dia tu membuatkan hampir semua orang tak minat nak berkawan dengan dia. Dia paling muda, takde pengalaman keja apatah lagi dalam car line ni. Ko pk senang ke nak jual keta berpuluh2 ribu ni macam jual muruku tepi jalan tu! Dah la tak tau apa2.. bodoh, sombong & kurang ajar la tu bila bercakap dengan orang. so, how???


Ayoyo dik.. Tarak jual muruku lagi.. Mau jual kereta pula, bleh ka??
 
Berbalik cerita bowling tadi..pas dah penat melontar peluru tu.. Op's!! sesi melantak lak Uolls.. Bos belanja belasah jer.. Tapi si minah senget ni.. Tetap la dengan perangai kanak2 ribena dia. Depan ramai2 ni si pasangan mengelabah ni still la makan beradap Uolls. Orang dok bahan dorang sana sini.. macam takde effect. Aku cakap bukan jeles Uolls.. My lover always with me, Ok! Kita pun setempat keja gak k.. Tapi takde la se over pasangan mengelabah tu Uolls.. Masa baru2 declare ni mati2 nafikan tu! Nak main2 kejar2 or gedik2 time keja jangan harap la! Sampai sekarang pun still camtu.. Bukan tak gedik tapi bukan la kat tempat keja. Lagipun aku kat opis, dia kat showroom... nak kejar2 mendanya Uolls. Alhamdulillah.. My bunny takde la berperangai kebudakkan camtu walau dia memang gila2 & suka buat orang tergelak dengan keletah & telatahnya yang selamba & happening tu.. Op's!! Terkuar tajuk lak..


Dok feeling makan beradap.. tu yang dok bersuap tu 
 
Walau di bahan.. Di kutuk.. Di sindir.. tapi aku tabik spring la dengan dorang.. Still menggedik walau apapun yang datang Uolls..


 Tahniah.. Korang memang pasangan shrek yang paling tabah!

Tapi kan.. Kalau dah mengaku diri Pro, so prove it la.. Kata Pro tapi... Pro kah anda begitu?? So, jangan sikit2 cakap staff kat situ semua tak pro & susah nak kerjasama padahal orang lain dah keja bertahun2 & berpuluh2 bijik keta dah jual yang ko lak baru 2 bulan keja.. 1 sale pun aku tak nampak lagi. So, jangan nak mendabik dada.. Mengaku diri Pro & orang lain semua tak Pro.


Malam skit.. I pun ada jual keta tau! Walau bukan keta proton.. Ni la sale i
 
So, pada si adik itu.. Moga ko sedar lah yer.. Boleh ke ko keja dengan bahagia kalau semua orang sekeliling ko jangankan nak tegur ko, nak senyum pun dorang tak nak. Ko mesti perasan kan?? So, berubah lah.. Jangan terlalu sombong & anggap diri tu pandai sangat walhal ko 0 & nothing! Aku cuma bekerja di Admin dept.. Kalau aku cal & inform or tanya sesuatu tu, ketahuilah.. Aku bertindak atas arahan bos bukan aku yang mem'bos'kan diri aku, k! Jangan ingat aku ni kat opis soft spoken.. Aku tak lazer. Cuma kat tempat keja, aku bekerja bukan berlazer tak tentu pasal! Abis keja.. I'm myself ok!!


Itu Kamu!

Tu dia.. Panjang berjela entry kali ni kan?? So, Uolls pun dah naik pinar bijik mata... Apakata akak turunkan roller shutter sekarang. So, jumpa lagi di entry akan datang yer.. Chow cin cang!


Close!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!