BACK TO SCHOOL

1/02/2010 02:38:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Selamat tengahari semua.. 2010 dah menjengah, korang tak ubah2 lagi ke atitute bangun time matahari terpacak?? (Mengata dulang paku tersepih ni...) Adik2.. dah iron baju.. dah kapurkan kasut & dah beli buku2.. bagi yang dok kedah perlis & kelantan tu esok dah start skolah kan.. bagi negeri2 lain Isnin la kan??
Let's back to school

Cerita bab sekolah ni.. Teringat lak aku hari 1st day masuk darjah satu.. excited giler beb! Tak lena tido.. rasa lambat giler la nak pagi.. Bukan apa excited nak pakai baju baru, kasut baru, beg baru & segala - galanya baru la menjelang esok.
I'm ready to school... 

Aku dari kecik memang tak dimanjakan sangat.. Hari pendaftaran je Ayah aku bawak aku gi skolah.. hari pertama masuk darjah satu aku pegi skolah sendiri naik bas skolah yang amik depan umah dengan kakak2 ku. Almaklum la mak bapak aku bekerja... Adik beradik lak ramai.. (6 orang perempuan yang jaraknya tak jauh..) Aku darjah satu akak aku no 2 darjah 2, akak sulung kalau tak silap darjah 5. ada 3 lagi adik kecik.. bawah aku 6thn.. pastu 4thn & 3thn.. Bayangkan la Uolls.. betapa hebatnya mak aku boleh manage anak yang kecik2 camtu walau dia bekerja.


Gadis Gadis mak ayah dah membesar bagai Juara skrang.. (*sekadar hiasan)

Pun camtu.. kehidupan aku masa kecik tak seperti korang la.. Lebih banyak berdikari. Ayah aku akan balik tengahari masak untuk anak2 dia balik skolah makan. Mak aku petang pukul 6 baru balik keja. Balik je keja mak akan mandi, cuci baju pastu memasak untuk dinner. Mak aku memang sangat garang masa aku kecik.. kuat membebel.. Tapi sekarang aku faham kenapa.. Mak penat keja. Tapi mak aku bukan jenis yang mengongkong.. Aku membesar dengan diberi kebebasan.. Alhamdulillah.. Dari kecik sampai besar kami adik beradik walau takde la mewah tapi cukup makan pakai & belanja sekolah sampai la ke IPT walau aku takde masuk IPT pun.. Tu la balasan budak nakal malas belajar!!


Tu la.. Orang masuk kelas Ko masuk longkang.. Last Orang masuk U ko U-turn jer

Berbalik cerita 1st time jejak kaki ke skolah.. (Tak termasuk tadika yer..) Hari 1st memang teruja nak gi skolah. Sampai sekolah.. perasaan pilu tengok orang lain ada mak bapak temankan.. Aku?? Membawa diri sorang diri masuk kelas. Perasaan excited tu.. Dah macam takde time tu.. Yang ada malu.. sedih.. & Takut pun ada gak. Yelah.. Tak kenal sapa2 melainkan ada la kawan2 tadika aku dulu tu tapi masa tadika aku amat la pendiam sampai tak berkawan dengan sapa2 kecuali kawan baik aku siti. Tapi siti muda setahun dari aku.. So bila aku masuk darjah 1 dia masih lagi 6 tahun.


Orang lain ada mak ayah temankan.. aku Uwaaaaaa

Bila kat skolah tu.. Dok hitung jam je nak balik. Yelah di kelilingi orang2 yang tak kenal dengan suasana baru kan?? Tapi aku respek cikgu Ramlah.. Masa tu dia guru kelas aku. Amat baik & penyanyang.. Sayang sangat aku kat dia. Bila ada student menangis dia akan pujuk.. Tapi aku paling gerun cikgu English aku.. Silap skit kena cubit or pulas perut. Sampai bila dia masuk kelas je blom start mengajar dah ada student meraung.. Cikgu zaman aku tak macam cikgu zaman sekarang. Sekarang ni silap skit court.. Cikgu zaman aku silap skit siap kau!


Ada yang taknak masuk kelas sebab takut cikgu.. terpaksa la mak dia pun belajar skali

Masa aku darjah satu perangai aku masa tadika masih lagi terbawak bawak.. Pendiam! Jarang bercakap dengan sapa2. Time tu aku ingat lagi kawan baik aku cuma Siti Anisah..


 Kat dalam kelas pun senyap jer aku dengan muka sposen

Mengungkit kisah2 lama ni memang akan buat aku tersenyum walau memori tu kadang2 yang kelat2 belaka. Apapun.. terasa cepat sangat kan waktu itu berlalu. Kalau dulu rasa nak cepat besar tapi sekarang rasa nak sangat kembali ke zaman kanak2 ribena tu.


 Zaman tu gak baru nak rasa gatai - gatai tengok budak laki cute


So, pada adik2 yang nak mulakan sesi persekolahan tak kira esok or lusa.. Selamat kembali ke sekolah yer. Jangan 1st day ko dah monteng (Macam aku masa hari 1st skolah form 5.. Dah la masuk skolah baru.. Dah tu masuk half day.. pas break time aku cabut. Kelas tak Uolls..)


Orang wakil skolah lari berpagar.. Kau lari dari skolah lompat pagar.. Bleh gitiew??

So, Happy back to school.. Yebababa!!


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com