BILA LELAKI BERMULUT LONGKANG

3/31/2010 11:58:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Maaf  Uolls... Dalam kekalutan hidup aku ni sempat aku mencelah dengan segmen 'Mari mengumpat sambil belajar".

let's mengumpat

Dah tema pun Mengumpat & belajar kan so amik la dari sudut positif yer... Lagi cerita yang berlaku di tempat keja. Mesti korang tertanya - tanya adakah aku insan yang obses dengan keja??? Tak juga Uolls.. Keja bagi aku adalah tanggungjawab... Life aku bukan hanya keja dan di kerjakan yer...

Busy katanya...

Berbalik pada topik hangus kita hari ni.. kat opis aku tu.. ada la sorang sales advisor ni. Kalau kaum Adam kat situ nampak tak berapa la ngam ngan dia sebab mulut dia agak kebetinaan. erkkk... camna aku nak cakap. kalau cakap keperempuanan, aku pun pompuan gak.

Tapi kalau dah set2 camni.. Nak kata jantan.. tak bapa jantan.. Nak kata pompuan memang sah2 jantan.. Nak kata pondan, tak berapa pondan. So how??
 
Dia ni juga spesis tak boleh simpan rahsia sendiri apa lagi rahsia orang. Sampai cite dalam bilik pun dia nak bagitau orang. Mana hotel dia check in apa dia buat... Orang lain kalau boleh tak nak menyerlah dengan keburukkan sendiri, ni tak selak kain pelekat sendiri pastu bangga tunjuk kat orang. (Lagi perumpamaan yang takde dalam subjek kat skolah yer).

Op's terlondeh lak...

Adakah dia berasa 'Hero" di ranjang??? Atau dia rasa harus di puji??? Atau dia baru nak bersosial & rasa semua itu jadi satu kebanggaannya??? Dia je yang tahu apa tujuan dia mencanang cerita peribadi yang bermoralkan tak baik tu.

Korang Vote lak yang mana sesuai k.. a) Hero b) Zero
 
Dan satu lagi perangai dia... Kalau set2 akak bergosip dia pun join setubuh la.. Apa lagi buka skill kebetinaan yang ada dalam sekujur tubuh jantan dia tu walau dia ada la 40% naluri 'LEM" walau masih bernafsu normal. Aku kat opis cuma dengar.. Macam biasa malas nak campur kan??? Dulu dia skandal dengan someone.. bila dah clash.. Abis semua rahsia si 'tut' ni dia cerita kat orang. Pastu.. Pantang silap skit jer.. mula la dia nak buruk kn si "tut" ni.. Bukan menyebelahi si "tut" ni tapi bagi aku kalau sampai meng "aib" kan orang & bercakap soal maruah orang agak melampau la.

Tak perlu penjelasan tentang gambar di atas.. memang sesuai untuk mamat tu

 Yang paling tak tahan tu.. Kalau akak2 tu bergosip.. Dia yang baru join akan sibuk tanya.. "siapa??" Napa??" Betul ke??" Gaya ala2 mami jarum gak... Ya, Tuhan ko tu jantan. Cuba bersikap lelaki skit. Bukan kata lelaki tak bergosip tapi tapi tetap la berkonsepkan lelaki. Aku pun pelik ngan mamat ni sorang. Beriya ni cerita sal dia.. "tut".. "tet".. padahal dia tak tau belakang orang mencebik kat dia & menjadi dia tu objek umpama badut untuk di tertawakan & menjadi bahan.

Watak paling sesuai dengan ko beb!
 
Aku pun tak baik.. At Least yang buruk tu takde la aku bangga2 kan. Bukan hipokrit tapi apa untung membuka pekung di dada??? Makin hari makin menyampah lak aku dengan mulut hanjs dia tu. Kuat bergosip & suka sangat cerita personal dia kat orang. Macam hidup dia takde ruang privacy. Semua boleh di tonton "U". Kalau camtu kan.. ada baik ko datang keja berbogel.. sama la macam ko cerita semua sal ko kat orang lain. ye tak???

Tak yah susah2 ko nak iron uniform
 
Moral dari cerita ni.. Kalau korang kenal someone yang terlalu mudah cerita hal peribadi dia kat semua orang, bermakna korang jangan sesekali percaya untuk berkongsi cerita peribadi korang kat dia. Orang yang tak boleh simpan rahsia sendiri takkan boleh simpan rahsia orang lain juga. Mungkin korang rasa dia boleh di percayai sebab dia mempercayai korang dengan bercerita rahsia dia pada korang tapi sebenarnya dia memang rasa takde apa yang perlu di rahsiakan tentang diri dia & dia anggap semua benda boleh di kongsikan & takde sensitivitinya. Begitu juga dengan rahsia korang kalau korang berkongsi dengan dia. sebab orang yang takde sensitiviti ni akan rasa semua benda yang dia dengar & tahu juga takde sensitif walau bagi korang amat la privacy.


Melihat kerenah dorang semua buat aku semakin berfikir berjuta kali untuk bercerita sesuatu dengan sapa - sapa di tempat keja. So, lebih baik aku diam dari menempah bala kan??? Pada sekeping insan tu.. Bukan salah mulut ko besar walau gigi ko cantik tersusun tapi salah ko yang teramat la bodoh tahap kerbau tu. Aku rasa dia lebih arif bab agama ni.. Kalau bercakap soal agama bleh tahan gak.. so ko renung2 kan lah yer.. Nak mengustazahkan diri, aku tak berbakat. Kang orang cakap diri pun senget ada hati nak betulkan orang lak.. At least sesenget aku pun, aku mengata dalam blog tanpa meng"aib"kan sapa2 sebab tiada nama pun aku point kat sini berbanding ko.

Lu cakap gua bodoh!! Mau kena tanduk ka?? Gua kerbau educated.. Ada degree sains pertanian tau!
 
So, Uolls.. Andai korang kenal manusia seperti itu, jangan bermusuh tapi tak payah la rapat. Amat la bahaya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIN BERAMBOI......DALAM KOMA ?

3/30/2010 04:45:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Tuesday, March 30, 2010


DOA BUAT DIN BERAMBOI......DALAM KOMA ? (copy from http://silaserazwanali.blogspot.com/ )


DOA BUAT DIN BERAMBOI....DALAM KOMA ?


BERITA DITERIMA MELALUI TWITTER....PELAWAK TOP RADIO ERA....DIN BERAMBOI...KINI DALAM KEADAAN KOMA.....

BELUM RASMI....KITA DOAKAN YANG TERBAIK.....MOGA ALLAH SWT....MEMANJANGKAN USIA BELIAU.......DOAKAN YANG TERBAIK .......AMINN........

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!! SERABUTNYA

3/29/2010 05:03:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Kusut fikiran!!!


Bukan berdendam namun trauma ni sukar nak aku hilangkan. Mungkin apa yang jadi masih lagi baru. Aku perlu lebih banyak masa.


Pun begitu jauh di sudut hati.. masih ada satu perasaan simpati & sayang. Namun aku masih takut. Takut segalanya akan berulang untuk sekian kalinya. Ketakutan ni tak mampu aku atasi. Dia mengatasi perasaan yang lain.


Doa ku setiap hari adalah Moga Tuhan memberi aku jawapan apa yang seharusnya aku pilih.. Moga Tuhan memberikan dia ketenangan.. Moga Tuhan kabulkan doa ku, Insyaallah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SENDIRIAN

3/28/2010 10:39:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Menjauh bukan membenci. Bersendiri bukan bermakna berputus asa. Cuma mencari ruang untuk ketenangan. Dengan ketenangan saja buat aku boleh berfikir & mendalami perasaan sendiri. Ku harap dia faham memberi aku ruang sebanyak mungkin untuk aku kembali berfikir secara waras.

terlalu banyak kekalutan yang berlaku dalam hidup ku. Banyak kekusutan, ketakutan & ketidak yakinan aku pada pilihan yang aku pilih. Aku sendiri tidak tahu apa yang terbaik sehingga aku terpaksa memutuskan bersendiri dan berapa lama aku masih tidak pasti.

Sunyi sangat... Tapi hanya kesunyian ini sahaja mampu buat aku mengenal perasaan sendiri. Kesunyian ini akan memperlihatkan aku siapa yang aku ingat. Memberi jawapan apa dan siapa yang harus ku pilih.

Selama ini perhubungan yang aku pilih banyak berlandaskan perasaan semata mata bukan merujuk kepada akal yang waras. Cuba menjadi yang terbaik tapi sebenarnya aku menurut sesuatu yang tidak baik untuk jadi yang terbaik. Sekarang waktu untuk membetulkan segalanya. Bukan salah siapa harus aku tunding tapi mencari jalan yang terbaik untuk keluar dari kekusutan ini.

Moga apa yang datang selepas ini lebih baik walau bukan yang terbaik.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAPI BUKAN AKU

3/24/2010 06:22:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

jangan lagi kau sesali keputusanku
ku tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati

berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya

semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu
tapi bukan aku









 * Tiada lagi ruang untuk mu

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEHINA HINA KU MERENDAH DIRI

3/24/2010 12:26:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Di sebalik ketawa dan senyuman..
Tak siapa tahu aku melalui detik2 sukar dalam hidup. Janji ku pada diri.. Biar apa pun yang datang, aku akan terus hidup selagi hidup. Suara kerdil dalam doa ku ini ketika sujud pada yang Esa, memberi banyak jawapan & jalan. Alhamdulillah walau segunug dosa ini, Allah masih sudi mendengar doa ku. Syukur pada Ilahi..

Ya, Allah Kau Permudahkanlah Perjalanan Hidup ku
 
Walaupun semuanya masih terlalu awal untuk aku katakan kekalutan hidup ni dah berakhir namun aku bersyukur kerana semua ini membuat aku sedar betapa tersasarnya jalan ku selama ini. Betapa banyaknya dosa ku hingga di dunia juga aku telah menerima balasan dari kekalutan hidup sekarang.

Terlalu kerdil aku disisi Mu.. Namun Kau Maha Pengasih & Penyanyang
 
Aku harap yang lebih baik di masa akan datang. Aku tak mahu menyalahkan sesiapa, namun aku mahu membilang kembali setiap salah ku dan cuba membetulkan apa yang silap. Terima kasih pada semua yang masih sudi mengambil berat dan membantu aku selama ni. Budi semua, ku harap Tuhan membalas dengan setimpalnya.



Pada Mu, Allah.. Ku harap Kau akan merahmati ku. Sentiasa melindungi ku.. Ampunkan aku Ya, Allah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAGI2 GADUH

3/22/2010 03:09:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Alooooooooooo ha! Uiks lama rasanya tak update cerita ceriti.. Nak update camna takde isu best kan?? So Uolls midnite ni kita ada sedikit cerita ceriti.. Yuk.. tanpa membebel bebal kita mulakan sesi mengumpat sambil belajar

Let's mengumpat secara online
Ni Uolls nak habaq pi kat hangpa.. Baru2 ni opis I kan ada sales advisor baru. 2 orang laki2 & sorang pompuan. Yang laki2 tu tak pa la taknak cerita sebab takde lak isu yang berbangkit tapi yang minah tu aku nak cerita.

Adakah bermakna salesman2 itu tidak memberi sebarang masalah?? let's me think bout it.. tak jugak!!
Tak tau la cheq saipa kalau masuk je sales advisor pompuan.. mesti la ada isu hangus kan?? Depa tak dak keja lain ka selain tu bergosip & gaduh?? Pelik jugak.. Tak nak kondem spesis sendiri tapi dah kenyataan kan??

(A) : Ko nak tau.. apa si surti buat ngan si terjo kat pondok sawah tu??
(B) Ko ni nak mengumpat pun biar la isu hangit betul2.. Ni cedok kisah dalam lagu watper??

Baru2 ni kan.. timbul la isu mulut longkang kan?? Nampaknya si pompuan yang 0 experience keja memang camtu kot?? erkk.. cheq dulu tak camtu pun. Ok jer.. Dia ni tak tau la nak kategori apa. Nak kata tak skolah, ada diploma gak tapi awat perangai cam ahli mensyuarat bawah pokok jer. Amat la bz body kan?? Semua hal orang dia nak cite & amik tau.

Asyik bermulut longkang.. longkang kat umah tu dah bersih ker?? ada baik ko cuci longkang dari ko mulut longkang
Aku pun tak tau dari sudut mana bos aku berkenan nak amik dia keja.. Rupa?? hurmm.. agak2 sebelum kawen masa badan dia solid molik tu maybe la berupa skit tapi dah anak sorang ni aku tengok out of service dah. Katanya.. laki dia tetap  sayang walau badan ala2 mak dugong pun. Lantak pi la tang fizikal tu. hat dok ngata dia pun tak elok mana gak kan??

Dugong2 pun ada laki.. ko?? ado??
Pengalaman keja?? Takde langsung. Katanya pas abis study trus naik pelamin, blom sempat nak keja dah membunting. So, memang tak penah keja la. Tup2 masuk sales car line lak tu. A to Z nak kena asuh tu sebab tak tau pekebenda pun. Tapi bukan kojo den.. Den pun tak pandai jual keta. Den tau hari2 dok depan pc den kat opis.. key in jer.

Melambak kojo den nak buek dari bergosip
Ok la dah dapat masuk car line ni. Bukan senang nak jual keta, tapi kalau dah expert tu income masyuk gak.. Gaji den memang tak leh lawan la ngan komisyen dorang terima setiap bulan. So jangan pandang rendah pada salesman or salesgirl keta ni.

Ekau tau pakai keto blom tontu tau jual keto..
Berbalik pada cerita mak dugong.. op's Puan salesgirl baru tu, dia ni kan satu hal. Dah la baru, pastu suka pulak komen apa je cerita or gosip yang dia dengar. Komen takpe la.. suka menyampai. Dia tak tau makcik2 kat situ semuanya penyampai popular 2010. masing2 ada connection kan?? Lain kali sebelum jadi wartawan hantar la application dulu. kenal2 la orang kat situ dulu sebelum melongkang kan mulut.

Bab2 tu.. memang gua turun stage sebab dorang la julang piala
So, dari satu mulut yang bercerita, bersambung ke mulut kedua.. seterusnya ke tiga & empat sampai la jadi isu hotfm. Maka penghuni ofis pun terpaksa la skali lagi berdepan dengan pertengkaran mulut akibat tak puas hati dengan cakap2 belakang. Yang menuduh panggil semua saksi, yang tertuduh cuba membela diri. Tu standard la kan??

Maka opis pun bertukar la jadi court, kan??
Timbul macam2 isu.. sampai la isu yang si minah baru ni tak pandai nak keja dalam team work. Tu pun satu hal.. Ko dah la baru. Tak tau kebendanya lagi. Customer masuk semua ko tamak nak attend tapi satu haram tak melekat. Bila orang tegur.. keja dalam team work ni kena gilir ko lak buat cakap sombong konon tak peduli apa orang nak cakap. Guna konsep sapa cepat dia dapat. Sengaja tempah padah la. Siap la ko kena pulau dengan dorang kat showroom tu. Ditambah mulut ko hang amat longkang tu. Maka bertambah2 la boikot dorang dengan ko. Yang seko dulu dah resign sebab kena boikot.. tak lama lagi ko lak la tu.

Ending bila dah kena boikot..
Yang best den yang tak campur dorang perang mulut ni tiba2 nama den kena petik. Katanya si Minah tu pasal den pun ada orang cakap. Den tahan bas siap2.. cakap den taknak campur & tak nak dengar. Korang nak bertekak sampai kuar anak tekak, buat la tapi jangan nak petik2 nama gua untuk jadi peguam bela lak. Den tak join mana2 club korang. Den keja kat opis bukan showroom.

Bas.. Tunggu daku!!
Aku pun pelik.. asal masuk pompuan je kat situ, Gaduh! Sebab tu aku tak join sangat dorang kalau mengumpat. Baik la aku mengumpat kat blog bukan dorang tau pun. Lagipun aku tak sebut nama sapa2. Yang paling penting blog aku depa tak tau. Itu sudah bagus.

Akibat terlalu banyak dosa mengumpat.. ni la neraka bagi pc
Apapun.. sapa salah, sapa betul bukan isu besar. Tapi paling besar kenapa kita nak memperlihatkan kelemahan kaum kita pada isu2 remeh yang sebenarnya boleh di bawa berbincang secara baik?? Mengata belakang tu normal.. At Least takde la kejadian tarik2 rambut tapi biar berpada2 bila memberi pendapat pada isu gosip sebab kerana mulut badan binasa.

Ha.. kan??? Mak dah pesan
So, Uolls.. Harap2 pasni buat la perjanjian damai. Boikot memboikot tak mendatangkan duit pun. Yang salah ringan2 kan mulut minta maaf, yang rasa tak salah tu murah2 kn la kemaafan yer.

Dah puas mengumpat apakata bermuafakat baru la berkat..
Demikian la cerita ceriti minggu ni.. Moga di lain kesempitan yang ada I mencelah lagi ngan isu baru yer...

Time to sleep.. no kissing! Nanti terjaga

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANIE MENTOR KEMBALI KE RAHMATULLAH (Media Malaya)

3/21/2010 10:25:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Yanie Mentor meninggal dunia

Penulis mengucapkan takziah kepada keluarga dan suami Yanie di atas pemergiannya pagi tadi (21.03.2010) akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan. Yanie pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Bersama-sama lah kita men’sedekahkan surah Al-Fatihah buatnya dan doakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. Amin.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEPI TANPA BERITA

3/05/2010 11:59:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Tu dia tajuk entry kali ni.. dah sah2 episod kali ni takde cerita best mahupun umpatan berapi kan?? Cerita2 biasa & basi malas lak aku nak tulis. Sama je hidup aku hari2... Pegi keja, blk keja, merayap & tido.. Kat opis berdepan dengan kumpulan2 yang agak menyemakkan mata & telinga. Tapi malas nak cerita sal serombolan manusia itiew..

Tu la keja dorang mengumpat tak pun dok bergurau cite dalam kelambu dgn kekdah loud speaker
 
Plan esok.. let's picnic again!! Insyaallah..

Sambil main sorok2 celah batu, bleh??
 
Lusa tido sepuas hati.

Bila beruk menyamar manusia, so how??

Isnin masuk opis.

Tetap bertenet..
 
Hari2 seterusnya.. akan rolling benda yang sama.

Laptop=tenet, Fail=keja, Org tido=Tido (Merangkumi semua)
 
Sekarang nak rehatkan diri sambil menjadi Ulat tenet sat. Ber FB cari cerita ceriti yang best untuk di baca pastu....

tido gaya starfish

berdengkur tahap dewa dewi kayangan.
So Uolls... Nite

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TUKANG SAPU YANG AMAT BIADAP DAN BODOH

3/01/2010 02:42:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Tak bleh tidoq lak... Nak kata terlebih tidoq tak sangat tapi tu la.. Memandang weekend adalah hari merayap sedunia maka ada la serba serbuk cerita cerita nak aku kongsikan.

Gigih merentas hutan lalang demi satu matlamat.. merayap!
 
Let's back to cerita cerita kita kali ni. Walaupun lunch aku dah kol 3++ petang tapi tetap la aku kategorikan sebagai lunch kan. Besa hari minggu memang time makan aku tak setting skit. Almaklum la hidup bujang sorang diri.. Tak kuasa aku nak membazir gas memasak kat umah. Takde sapapun nak melantak, melainkan aku sorang2.

So, hasil undian dari kemalasan ini.. maka vote berpihak kepada makan kat luar
 
Ceritanya tentang satu restoran ni. Kat bangsar. Memang bukan 1st time aku makan kat situ. Tapi hari ni agak hampeh. Tengah syok2 menikmati juadah yang bleh tahan je kelazatanya. Sampai nak menjilat pinggan tu takde la.. tapi takat nak menghabiskan sepinggan makanan time tengah kebulur tu masih mampu lagi.

Cukup la dapat menyuap kat dalam mulut bagi mengisi permintaan perut (sekadar hiasan)
 
Kalau Uolls marah tak, tengah syok makan tetiba ada orang datang ala2 cinderella menyapu kat meja korang tengah makan?? Aksi rajin tu agak biadap bagi aku. My bf ada tegur dengan baik, jangan menyapu kat meja kitorang sebab habuk. Nak kata tak dengar masa bf aku cakap dia benti kejab menyapu tapi pastu dia sambung sapu balik. Sampai kaki aku aku pun disapunya Uolls. Muka dah macam sial.. kategori selekeh yang tak de unsur2 cun langsung. Jangankan nak minta maaf, senyum pun tak.

Awas ko tukang sapu! Lain kali dengan penyapu aku sapu kepala ko!
 
Memang tak skolah la minah tu nak cakap apa. Kalau dia skolah mesti dia tak keja tukang sapu kan?? Tapi tak skolah tak bermakna dia boleh biadap camtu. Apa mak bapak ko tak ajar hormat orang ker?? Cuba time mak bapak ko makan ko gi buat2 solehah menyapu depan dorang?? Kang orang makan nasik ko makan penyapu.

Aku rasa ko layak dapat penyapu je bukan gaji wahai pompuan bodoh
 
Tapi tak tau la kalau keturunan dia spesis makan sambil menyapu, kan?? Apapun Uolls.. Bukan nak hina tapi biar la takde pelajaran jangan takde adap kan?? Agak2 la kalau ko nak cepat siapkan keja pun. Orang makan bukan free. Bukan mak bapak dia yang tanggung.

Aku makan aku bayar tau!! tu dia bertukar dah jadi jin mata satu
 
Memang agak hangin sekujur tubuh aku ni. Rasa macam nak maki tapi pk balik... yang tak de adap dia, kang aku maki skali ngan aku di cop takde adap. So, aku maafkan la. Nak komplen kat bos dia tapi my bf cakap tak payah. 1st time bagi peluang, 2nd time bagi terajang. bleh gitiew???

Ni je cara nak ajar hanjs yang tak paham bahasa
 
Apapun pada pekerja2 restoran, customer always rite, ok! Tapi dalam kes aku ni.. memang aku ni, memang aku kat side yang betul kalau aku nak tegur dia. So, hope next time benda camtu tak jadi lagi. Okies Uolls.. sesi mencerca dah tamat.. ayuh la kita.....

Tido dengan gaya bebas. nite Uolls...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com