LAGI2 GADUH

3/22/2010 03:09:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Alooooooooooo ha! Uiks lama rasanya tak update cerita ceriti.. Nak update camna takde isu best kan?? So Uolls midnite ni kita ada sedikit cerita ceriti.. Yuk.. tanpa membebel bebal kita mulakan sesi mengumpat sambil belajar

Let's mengumpat secara online
Ni Uolls nak habaq pi kat hangpa.. Baru2 ni opis I kan ada sales advisor baru. 2 orang laki2 & sorang pompuan. Yang laki2 tu tak pa la taknak cerita sebab takde lak isu yang berbangkit tapi yang minah tu aku nak cerita.

Adakah bermakna salesman2 itu tidak memberi sebarang masalah?? let's me think bout it.. tak jugak!!
Tak tau la cheq saipa kalau masuk je sales advisor pompuan.. mesti la ada isu hangus kan?? Depa tak dak keja lain ka selain tu bergosip & gaduh?? Pelik jugak.. Tak nak kondem spesis sendiri tapi dah kenyataan kan??

(A) : Ko nak tau.. apa si surti buat ngan si terjo kat pondok sawah tu??
(B) Ko ni nak mengumpat pun biar la isu hangit betul2.. Ni cedok kisah dalam lagu watper??

Baru2 ni kan.. timbul la isu mulut longkang kan?? Nampaknya si pompuan yang 0 experience keja memang camtu kot?? erkk.. cheq dulu tak camtu pun. Ok jer.. Dia ni tak tau la nak kategori apa. Nak kata tak skolah, ada diploma gak tapi awat perangai cam ahli mensyuarat bawah pokok jer. Amat la bz body kan?? Semua hal orang dia nak cite & amik tau.

Asyik bermulut longkang.. longkang kat umah tu dah bersih ker?? ada baik ko cuci longkang dari ko mulut longkang
Aku pun tak tau dari sudut mana bos aku berkenan nak amik dia keja.. Rupa?? hurmm.. agak2 sebelum kawen masa badan dia solid molik tu maybe la berupa skit tapi dah anak sorang ni aku tengok out of service dah. Katanya.. laki dia tetap  sayang walau badan ala2 mak dugong pun. Lantak pi la tang fizikal tu. hat dok ngata dia pun tak elok mana gak kan??

Dugong2 pun ada laki.. ko?? ado??
Pengalaman keja?? Takde langsung. Katanya pas abis study trus naik pelamin, blom sempat nak keja dah membunting. So, memang tak penah keja la. Tup2 masuk sales car line lak tu. A to Z nak kena asuh tu sebab tak tau pekebenda pun. Tapi bukan kojo den.. Den pun tak pandai jual keta. Den tau hari2 dok depan pc den kat opis.. key in jer.

Melambak kojo den nak buek dari bergosip
Ok la dah dapat masuk car line ni. Bukan senang nak jual keta, tapi kalau dah expert tu income masyuk gak.. Gaji den memang tak leh lawan la ngan komisyen dorang terima setiap bulan. So jangan pandang rendah pada salesman or salesgirl keta ni.

Ekau tau pakai keto blom tontu tau jual keto..
Berbalik pada cerita mak dugong.. op's Puan salesgirl baru tu, dia ni kan satu hal. Dah la baru, pastu suka pulak komen apa je cerita or gosip yang dia dengar. Komen takpe la.. suka menyampai. Dia tak tau makcik2 kat situ semuanya penyampai popular 2010. masing2 ada connection kan?? Lain kali sebelum jadi wartawan hantar la application dulu. kenal2 la orang kat situ dulu sebelum melongkang kan mulut.

Bab2 tu.. memang gua turun stage sebab dorang la julang piala
So, dari satu mulut yang bercerita, bersambung ke mulut kedua.. seterusnya ke tiga & empat sampai la jadi isu hotfm. Maka penghuni ofis pun terpaksa la skali lagi berdepan dengan pertengkaran mulut akibat tak puas hati dengan cakap2 belakang. Yang menuduh panggil semua saksi, yang tertuduh cuba membela diri. Tu standard la kan??

Maka opis pun bertukar la jadi court, kan??
Timbul macam2 isu.. sampai la isu yang si minah baru ni tak pandai nak keja dalam team work. Tu pun satu hal.. Ko dah la baru. Tak tau kebendanya lagi. Customer masuk semua ko tamak nak attend tapi satu haram tak melekat. Bila orang tegur.. keja dalam team work ni kena gilir ko lak buat cakap sombong konon tak peduli apa orang nak cakap. Guna konsep sapa cepat dia dapat. Sengaja tempah padah la. Siap la ko kena pulau dengan dorang kat showroom tu. Ditambah mulut ko hang amat longkang tu. Maka bertambah2 la boikot dorang dengan ko. Yang seko dulu dah resign sebab kena boikot.. tak lama lagi ko lak la tu.

Ending bila dah kena boikot..
Yang best den yang tak campur dorang perang mulut ni tiba2 nama den kena petik. Katanya si Minah tu pasal den pun ada orang cakap. Den tahan bas siap2.. cakap den taknak campur & tak nak dengar. Korang nak bertekak sampai kuar anak tekak, buat la tapi jangan nak petik2 nama gua untuk jadi peguam bela lak. Den tak join mana2 club korang. Den keja kat opis bukan showroom.

Bas.. Tunggu daku!!
Aku pun pelik.. asal masuk pompuan je kat situ, Gaduh! Sebab tu aku tak join sangat dorang kalau mengumpat. Baik la aku mengumpat kat blog bukan dorang tau pun. Lagipun aku tak sebut nama sapa2. Yang paling penting blog aku depa tak tau. Itu sudah bagus.

Akibat terlalu banyak dosa mengumpat.. ni la neraka bagi pc
Apapun.. sapa salah, sapa betul bukan isu besar. Tapi paling besar kenapa kita nak memperlihatkan kelemahan kaum kita pada isu2 remeh yang sebenarnya boleh di bawa berbincang secara baik?? Mengata belakang tu normal.. At Least takde la kejadian tarik2 rambut tapi biar berpada2 bila memberi pendapat pada isu gosip sebab kerana mulut badan binasa.

Ha.. kan??? Mak dah pesan
So, Uolls.. Harap2 pasni buat la perjanjian damai. Boikot memboikot tak mendatangkan duit pun. Yang salah ringan2 kan mulut minta maaf, yang rasa tak salah tu murah2 kn la kemaafan yer.

Dah puas mengumpat apakata bermuafakat baru la berkat..
Demikian la cerita ceriti minggu ni.. Moga di lain kesempitan yang ada I mencelah lagi ngan isu baru yer...

Time to sleep.. no kissing! Nanti terjaga

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com