SERABUT

5/31/2010 06:26:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Tahap pening mula melampaui batas... sakit kepala den. Terasa macam nak nyanyi lagu anak itik tokwi untuk lupakan seketika kepeningan ni.

Doc.. please help me... fening la beb

Minggu ni office hours 9 -6.30 pm, sebab minggu sabtu off day. Lagipun aku last keja hari khamis lepas tu cuti panjang jab untuk majlis kawin aku 6.6.10. Majlis yang buat kepala aku kembali berputar putar macam roda impian. Kalaulah aku boleh skip.. hurmm.. skip tak boleh la lak. Okies.. okies.. kalau aku boleh postpone..

Wang besar.. Wang Besar.. Uwarghhhhhhhhh Wang! Wang! Wang!

Apapun, yang akan berlaku Insyaallah akan berlaku. Hurmm... Go with the flow.

huh.. what to do..

Kat ofis tenang jer kan skang. Tadi ada si akak **tettttttttt** datang ofis siapkan keja dia. Dia nak buka story kat aku sapa yang slama ni menjadi talam 2 muka kat ofis & suka laga2 kan orang. Padahal aku dah tahu sebelum kewujudan dorang lagi kat sini. Dah basi... takde suprisenya pun. Cuma aku diam & malas nak campur. Bagus la semua dah tahu, so any story yang berkonsepkan mengumpat jangan la di cerita ceritikan pada beliau. Andai degil juga maka tanggung la azab akibat mulut beliau nanti yer.

ha kau! kalau jenis kaki tangan semua bermulut agak bahaya tu.. Memang puaka tahap gaban ni

okies kalian semua.. masa untuk memecut pulang hampir tiba. Semoga hari ni berlalu dengan tenang yer.. traaaaaa!!

Okies Uolls.. tiba masa berlepas. Bubye

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

STATEMENT NOH HUJAN ISU 'Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk'

5/31/2010 12:37:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Bila baca statement2 Noh hujan terhadap isu "Noh Hujan Kata Awek Unisel Tak Cun & Busuk" Memang agak kerek la.. Katanya bergurau.. Hello bang!! Ko tu artis bergurau pun tengok la kiri kanan dulu..

Di akui muka beliau memang cute

Ni antara statement2 yang aku rasa tak bleh blah dari Noh.. (Di cedok dari http://www.izyan.com/2010/05/noh-hujan-kata-awek-unisel-tak-cun-dan.html )

“Saya tak layan isu ini. Saya memang bergurau dengan orang macam itu. Saya pernah tulis lagi teruk dari itu. Kalau tak suka, cakap. Saya boleh tulis yang lain. Saya bergurau je. Kelab peminat Hujan sendiri, Raingers pun gelak bila dengar isu ini. Orang dah tahu Noh macam mana. Noh nak buat peminat serapat yang boleh dengan Noh. Saya nak orang selesa dengan saya. Itu cara saya. Silap saya buat macam itu dekat orang yang salah.”

** Komen aku pada statement ni senang jer.. Tak semua orang tau awak tu jenis bergurau camtu. Awak tu artis & ramai peminat. Tak semua orang boleh bergurau camtu. Lumrah la ada yang sensitif.. So, awak sepatutnya berhati hati.. Kadang2 orang tak boleh terima gurauan bersifat fizikal camtu. Tanpa peminat, siapa la Noh Hujan (Ingat ayat keramat tu yer..)

“Saya boleh minta maaf tapi itupun sebelum dia keluar dekat televisyen. Perkara ini boleh dibawa berbincang. Dah buat komen macam itu, tak kan saya nak minta maaf. Jika mereka datang jumpa Noh, Noh akan minta maaf, tapi mereka tak datang sendiri jumpa Noh,” tegasnya yang nekad tidak akan meminta maaf kepada pelajar kampus terbabit. Lebih baik saya buat kerja kat studio dari layan benda macam ni. Saya buat kerja saya je. Biarlah orang menilai saya. Ada masa kita boleh balas, ada masa tak payah. Saya bukan ahli politik yang nak memenangi hati orang, saya hanya ahli muzik yang nak main muzik" kata Noh. -Gua

** Hello bro.. Yang salah awak. So bila dah tau orang terasa hati dengan gurauan awak yang tak bertempat tu, ringan2 kan la mulut gi minta maaf. Takkan awak salah orang lain lak nak datang mengadap awak untuk dengar permohonan maaf awak. Maybe sebelum awak tak tahu & sekarang dah tahu. Simple jer.. minta maaf itu yang dorang nak. Memang awak bukan ahli politik tapi awak tetap di kenali & perlukan peminat untuk segala aktiviti seni awak.. Tanpa dorang awak tak kemana tau.

Tanpa mereka2 itu anda tidak akan menjulang apa2 award.. jadi hargai la

Apapun tak salah merendah diri, beralah & minta maaf walaupun untuk seorang peminat. Hargailah mereka yang menyokong anda selama ni. Mungkin bagi orang yang biasa dengan Noh sudah faham cara lawak Noh, tapi bagi orang yang tak biasa & sensitif mereka anggap agak biadap. So, salah bagi saya tetap Noh sebab menganggap semua orang memahami cara bergurau dia padahal.. (lihat sendiri apa yang berlaku). Bergurau biar kena pada tempat & cara. So, lu pikir la sendiri (Bak kata Nabil).

Tak bleh pk.. minta tulung bro kat atas tolong pk yer

So pada anda di luar sana.. mari lah kita sama2 tolong pikir untuk En Noh ni samada perlu or tak dia meminta maaf pada penuntut Unisel.

Datang anda bersambut riang, kenapa pergi meninggal luka terpendam

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SATURDAY..

5/29/2010 11:10:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Mencik!! Mencik!!! Mencik!!!

Berasap je bila kena keja hari minggu.. Awas ko yer!

Tak suka la kena keja hari sabtu. Sepatutnya today I tido tau.. Kena jugak bangun gi keja.. Uwaaaaaaaaaaaa.. Kejamnya mencuri masa tido saya.

Rindunya saat bleh membongkang sedemikian rupa pada pagi sabtu yang indah

Ni minggu ketiga saya bekerja hari sabtu. Lepas ni katanya selang seminggu keja hari sabtu.. tapi office hours bertukar jugak. Kalau minggu ni bekerja hari sabtu office hours 9 - 5 pm la.. kalau next week tu cuti sabtu bermakna 9 - 6.30 pm la. Aku lebih suka keja macam dulu sebab sabtu tak keja. Baik la office hours 9 - 6.30 sebab kadang2 ada keja balik lewat gak. Lagipun overtime mana ada bleh claim. Kira buat keja sukarela la kalau lebih masa ni. Sungguh hampeh kan??

Ni la nasib kuli macam I ni.. Terpaksa keja kuat walau gaji ciput

Nak buat camna nak cari rezeki halal untuk bersuap nasik katanya kan.. Walau setahun kerja tak confirm2 lagi, Tak pernah naik gaji.. Tapi sabar je la kan. Bukan taknak tukar kerja yang lagi bagus.. Step by step la dulu. Sekarang ni pun tengah bz untuk majlis kawin aku yang tak berapa lama jer lagi. Bagi selesai satu persatu baru bleh buat perancangan masa depan. Tak gitiew???

Demi sesuap nasi katanya... Apakan daya Uolls

Alah.. Keja je selagi belum ada offer yang lebih bagus.. Lagipun kadang2 bukan ada kerja sangat pun. Asyik dok mengkontotkan jari online jer. This weekend rasanya takde aktiviti kot sebab tengah pening kepala ni majlis kawen dah nak dekat. So, rehat jer kat umah, next week dah nak balik kampung. Op's cuti blom apply!! Waduh kok lupa sih.. Gimana ni??

Sorry Uolls.. Minggu ni bersila panggung kat umah jer.. takde panggung2 taeater


Dah jadi rojak entry kali ni kan.. Kepala gue serabut dong! Ngak boleh mikirin dengan waras lagi. Uwaaaaaaaaaaaaa.. I dont know what to do. Masa dah semakin suntuk. Hope majlis itu sempurna & takde perkara kelam kabut berlaku.

Ni pun salah satu port2 mengumpat paling popular


Harus la angkat jari dulu.. Settlekan keja. Pukul 1 time to go home & continue sleeping... huhuhu tido itu nikmat. Happy saturday Uolls.. Bubye!!

Okies Uolls.. sambung keja dulu.. (sambil on facebook)

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEMBUBARAN KUMPULAN PALING BAHAYA KAT OFIS

5/28/2010 09:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Terasa bagai musim sonata jer kan bila gi opis sekarang. Bukannya apa Uolls rasa tenang jer bila takde lagi mulut2 ganas berkumpulan... Nak tau apa ceritanya. Jom kita ke segmen yang cerita ceriti dengan episod mengumpat sambil belajar.

Terus posse ala2 heroin winter sonata gitiew.. Adakah I secomel dia Uolls??

Kalau Uolls ada baca entry lepas - lepas Uolls akan paham cerita ceriti untuk kali ni adalah keseninambungan dari cerita ceriti yang lepas. Kisahnya setelah perang muncung itu, maka group bermulut longkang itu nampak makin bercerai berai. Tiada la longgokkan mak2 dara kat meja admin untuk sesi bergosip tahap mulut puaka.

Ha.. Kau!! Bergosip tak ingat.. sampai menganga kau

Yang paling best.. dengar2nya group itu semakin hilang & akan di buburkan terus sebab dorang2 semua dah tak bersatu padu lagi. Yang si mat patah tu dah resign, si mak buyung macam di boikot dalam senyum.. Si Mak2 dara yang lain nampaknya mula menampakkan kesedaran diri betapa pentingnya duit dari dok mengumpat hal orang, kan??  So, masing2 dah makin buat hal sendiri. Alhamdulillah.. walau letrik takde pun pasni ofis takde la terasa bahang sangat, kan???

Kini aku mampu tersenyum selesa di office.. Tiada lagi suara2 langau mengganggu

Tapi nampaknya kemasukkan generasi baru ni berkemungkinan akan tertubuh lagi group seakan2 group mulut puaka yang lalu. Ada la mak dugung sorang tu yang bercirikan mulut longkang. Dia sekarang bergerak solo, nampak rajin sangat la bertandang kat meja admin. Ciri2 kuat membodek memang dah terserlah sejak dua menjak ni. Ko bodek la mak dugung ooi.. takde sale tetap ko kena bambu. kan??

Ko pk hari2 ko dok kat meja admin goyang bontot ko leh terlepas kena bambu kalau takde sale??

Lantak ko la Mak Dugung.. ko nak membodek ker, ko nak menonggeng ker selagi ko tak cuit cerita ceriti sal aku, Lantak ko la nak buat apapun. Memang la aku cerita sal korang kat sini, tapi sapa kenal korang?? Korang terkenal ker sampai nak di serbu para wartawan bila baca blog aku. Lagipun takde aku point nama sapa2. So, kalau nak masuk court pun court memont je yer..

Alamak.. wartawan serbu den bukan dorang la beb! Cabuttt

Apapun Uolls.. bukan nak merendahkan kaum sendiri.. Tapi kalau banyak staff pompuan ni itu la aktiviti dorang. Mengumpat pastu gaduh! Biarpun jari aku lancang mengumpat di blog namun kat ofis aku menggunakan konsep tak banyak berbual dengan sesapa pun lebih2 lagi kalau isu itu berkaitan umpatan sesama staff kan. Bukan apa.. Kang kita komen kang, belakang kita dia gi lak cerita kat orang tu kita mengumpat walhal dia yang bentang tikar buka topik dulu. Sebab perangai hanjs camni la aku malas nak rapat sangat. So, kat ofis aku kalau takde keja pun aku online je sampai kontot jari.

Ni la keja aku kat ofis.. ada or takde keja ni la yang aku buat. Dah keja pun banyak data entry je kan..

Apapun aku happy berkonsep perangai camni. Pun begitu awas yer akak2 semua.. Dia tak bererti tak berisi. Semuanya aku tau cuma tak berkomen jer ngan korang. Semua tu aku isikan entry2 kosong kat blog aku.
Okies Uolls.. Tu je rasanya cerita ceriti yang dapat aku kongsikan untuk episod mari mengumpat sambil belajar kali ni. Kalau ada story mory yang hangus2 lagi, Insyaallah jari lancang ini pasti menaip lagi. Chow Kit Road dulu yer... Bubye

Dah abis sesi mengumpat minta diri dulu yer

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PILIHAN YANG TIADA PILIHAN

5/24/2010 10:05:00 PM suria lekatlekit 0 Comments


Napa lak tu?? Apa kes lak Pilihan yang Tiada Pilihan ni?? Jangan panik.. itu adalah tema teater yang aku tengok malam semalam.. GELOJAK. apa menda gelojak tu aku tak paham tapi aku faham apa yang nak di sampaikan dalam teater tu.

Ni la stage untuk GELOJAK

Tu dia mukadimah cerita ceriti kita hari ni. Malam semalam aku & my hubby gi tengok teater Gelojak kat Taman Budaya. Alah.. tempat yang banyak nyamuk tu. Well.. still banyak nyamuk lagi. Takde apa yang berubah walau silih berganti teater yang di tayangkan kat situ

Taman Budaya.. Tolong Kurangkan drakula ni yer.. abis darah den di sedut

Okies jom kita kupas kupis skit tentang teater yang aku tengok.

Bukan kopek kelapa la tambi.. Den nak kupas kupis story den jer

Ceritanya berkisar tentang banduan yang bakal di jatuhkan hukuman mati. Mereka di beri pilihan untuk memilih cara bagaimana untuk mati. Ada 4 orang banduan dalam cerita tu. 2 orang perempuan & 2 orang lelaki. Yang sorang minah tu di hukum atas kesalahan membunuh pembunuh suaminya. Yang sorang minah lagi ni pun atas kesalahan membunuh. Ala2 pembunuh bersiri la tapi dia hanya membunuh lelaki akibat dendam yang aku tak pasti dendam sebab apa. Yang sorang mamat ni atas kesalahan merogol. Yang sorang lagi atas kesalah mencuri telur.. (Agak kelakar tapi itu la watak dia dalam teater tu)

Ni la antara babak2 yang ada dalam cerita tu.. (Babak ni warden suruh dorang pilih cara bagaimana dorang nak mati)

Setelah lap ta li lap tam lom maka salah sorang daripada mereka iatu pesalah yang mencuri telur di beri kuasa untuk menentukan cara mereka mati keesokkan harinya. Dia pilih mati di gantung sebab dia mahu mayat dia didalam keadaan sempurna. Sebelum ada yang bagi cadangan mati di tembak, mati di pancung, mati minum racun & yang paling kelakar dia nak mati di seksa tak makan.

Ni lak babak dimana dorang sedang bertengkar memilih cara untuk mati

Keseluruhan cerita ni cuma * (bintang) je aku bagi sebab aku tengok ada sorang makcik ternganga lena sepanjang cerita tu. So, faham2 la makcik bosan. Mungkin jalan cerita tak menarik walaupun isinya bagi aku tetap bermesej.

Yang ni babak setelah dorang dah ada pilihan cara untuk mati. Sebelum mati masing2 cuba meninggalkan kesan darah dorang kat dinding penjara.

Apa yang dapat aku sinopsiskan dari cerita ni adalah adakala kita di beri pilihan tapi pilihan yang tiada pilihan sebenarnya. Macam dalam cerita walau mereka di beri pilihan untuk memilih cara mati tapi sebenarnya mereka tiada pilihan lain melainkan mati. Korang paham tak?? Aku paham.. so korang cuba paham2 kan yer..

Ni antara babak2 akhir..

Apapun tahniah pada semua pelakon2 GELOJAK.. anda tetap berjaya dalam watak masing2 walau teater tu bagi aku kurang menarik. So Uolls kalau korang teringin nak tengok teater2 free ni rajin2 la pantau aktiviti teater kat Taman Budaya or Panggung Teater DBKL.

Ni antara tarian yang di persembahkan dalam babak2 akhir.. Muka sorang2 cukup mengambarkan kesedihan.

Tu je cerita ceriti aku minggu ni.. Korang takde cerita best ker weekend lepas?? Apapun hope weekend korang tetap happy yer.. Sekian jer. Bubye.

Ni la wajah2 pelakon bersama mereka2 yang di belakang tabir untuk teater Gelojak. Apapun Tahniah

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA SI MULUT LONGKANG MELONGKANGKAN RAKAN SEPELONGKANGAN

5/21/2010 10:53:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Amik kau tajuk entry kali ni.. Dah terang2 kita skang ke segmen mari mengumpat sambil belajar.. alkisahnya.. (lokasi masih lagi di ofis)

Ok Uolls.. kita mulakan segmen sekarang

Di ofis aku tu memang dah sinonim group mulut longkang bertalam 2 muka.. Dorang ni aku pun pelik. sesama sendiri pun mengumpat. Tapi bila bersatu.. orang lain pula dia umpat & bila berpecah sesama sendiri pula di umpat. Tak tau nak kategorikan makhluk2 ni spesis apa & dari planet mana..

Malam skit makcik.. makhluk bumi je kuat ngumpat. Kat planet lain xde tau.. x kuasa nyah!!

Bila dorang bercerita sesama sendiri, masing2 kuarkan berita2 sensasi yang sudah semestinya bertemakan gosip. Orang kata pengumpat2 handalan selalunya jatuh kepada kaum hawa tapi kat ofis aku ni ada sorang mat patah (nak kata pondan bermisai janggut bagai tapi perangai alahai nyah..). Dia ni boleh tahan dalam juga tahap kelongkangan nya. Bila bergosip mengalahkan makcik2 kat kampung.

ko pk orang kampung takde keja lain ka asyik nak mengumpat!!

tak tau sangat la kisah dorang ni secara terperinci tapi isi penting nya aku faham. Mat patah ni maybe dia terdengar la si minah longkang sorang ni mengumpat si minah sorang tu. Masing2 mulut longkang kan.. Bila dia dengar si minah longkang tu mengumpat si minah sorang lagi ni kononnya nak tunjuk mulia pi menyampai lak kat si minah yang menjadi mangsa umpatan tu. Apa lagi... mula la perang muncung walau tak perang lidah.

Tujuan hamba bagitau ni bukan niat nak menhanjengkan rakan sepelongkangan cuma niat hamba untuk menyebarkan kebenaran (*gambar sekadar hiasan)

Tak nak cerita detail sangat kan.. rasanya Uolls faham situasi yang berlaku walau tak tau apa cerita umpatan tu. Rasanya tak perlu la kot di cerita. Moral pada cerita ni.. Dua2 pun mulut agak sial & kuat mengumpat dan juga spesis talam dua muka. kena la tu.. Bila si mulut longkang melongkangkan rakan seperjuangannya pastu masam muka sesama sendiri maka terbubar la seketika group longkang paling bahaya kat ofis aku tu.

Hai.. kami la group yang paling di takuti walaupun comel2 belaka.. namun jangan sangka muka yang comel tidak bermulut hanjeng!

Bagus juga sebab bila dorang bermasam muka sesama sendiri, so dorang tak berkumpul lagi untuk acara mari mengumpat kan?? Tapi tak bermakna segmen tu lenyap terus cuma tak di lakukan secara berkumpulan la. Yang paling bagus buat diri aku adalah aku tahu perangai2 dorang. seko pun tak boleh percaya. Depan kita mengumpat orang lain, belakang kita dia mengumpat kita. Dah la camtu apa kita cakap dia bagitau lak.. Yang dia mengumpat dia simpan. Bila tembelang dah pecah.. Malu sendiri. Maka jarang la nampak muka kat showroom lagi.

Sorry Uolls.. No komen! I dah kantoi sebab rakan sepehanjengan, so I terpaksa bersembunyi kejab

Macam2 perangai dorang ni kan?? Nasib baik aku tak bercampur sangat dengan sesapa. Nak mengumpat pun kalau tak dalam blog dengan hubby aku je. Takkan la hubby aku nak dajalkan bini dia lak kan?? semua orang pun suka mengumpat tapi berpada pada la.. Masa baik macam nak cium bontot sesama sendiri tapi dalam baik2 pun hanjengkan kawan sendiri pun tak guna. So pada si pentalam 2 muka aka mulut longkang paling berprestij kat ofis tu bawak2 la berubah yer.. Sudah2 la tu. Baik pun berpada2.. jahat mulut pun berpada2 juga. Bak kata pepatah kerana mulut badan binasa, so renung2 kan la yer.

Mengumpat tu senam mulut katanya.. bleh gitiew??

Sekian je segmen mari mengumpat sambil belajar. Kalau ada isu sensasi akan ku taip disini lagi. Bubye Uolls..

Masa untuk membongkang.. Op's sapa lak kat belakang tu???

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LIRIK PILIHAN

5/21/2010 02:53:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Benar ku mencintaimu

Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku
Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua


Lirik pilihan..
Mungkin kita menganggap ini adalah luahan hati Anang bila di tinggalkan kris dayanti.. Betul! Lagu ini terilham dari rasa kecewa Anang.
Namun aku percaya masih ramai di luar sana yang juga menumpang lagu ini untuk meluahkan rasa yang sama bila terasa diri di khianati orang yang tersayang.
Kita melalui perkara yang sama sebenarnya.. Cuma berbeza situasi, masa & tempatnya. Benar sekali hidup ini umpama putaran roda.
Mungkin kita pernah mengecewakan dan satu hari pasti kita akan melalui juga saat di kecewakan. Itulah lumrah kehidupan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LIRIK PILIHAN

5/20/2010 12:42:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Terlanjur Sayang

Segala cintaku yang kau jala
Membawa diriku pun percaya
Memberikan hatiku
Hanya kepada dirimu... selamanya
Sampai kapan jua
Menjaga segala rasamu
Agar dirimu selalu merasa
Akan cinta kita

Apakah diriku yang bersalah
Hingga pisah di depan mata
Tetapi diriku masih
Tetap cinta kamu kasih... selamanya
Sampai kapan jua
Menjaga cinta kita
Agar tetap di tempatnya
Sehingga takkan sampai punah

Seribu ragu yang kian menyerang
Tapi diriku terlanjur sayang
Walau arah mata angin melawan
Tapi diriku bertahan dan ku berjalan

Santun berkata kau pun menanyakan
Mengapa cinta dipertahankan
Tetapi haruskah dipertanyakan
Bila ku terlanjur, ku terlanjur sayang
* Kadang - kadang kita tahu akan situasi namun berharap ia akan berubah di masa depan namun bila harapan cuma harapan yang entah bila kan jadi kenyataan, terpaksa akur & redha. Jika perpisahan itu yang terbaik maka... itulah yang seharusnya di pilih biarpun dalam hati masih ada  
"CINTA"

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

Saya Sangat Rindukan Ayah..

5/17/2010 03:30:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Rindu yang tiada penghujung... Dah Genap 24 hari pemergian Arwah Ayah... Sejak 2 menjak ni aku kerap mimpikan Ayah. Mungkin aku terlalu rindukan Ayah. Lebih2 lagi hari meraikan majlis perkahwinan aku semakin dekat. Betapa pilu hati setiap terkenang Ayah yang tak sempat merasa untuk menerima menantu sekaligus inilah majlis perkahwinan pertama yang di adakan dalam family aku.

Sebelum dia meninggal.. Aku dapat lihat betapa Ayah teruja untuk adakan majlis perkahwinan aku. Mengenang semua tu, bertambah sayu hati aku. Setiap saat, wajah,suara.. Ayah bagai bermain di dalam bayangan ku. Hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia ku terasa bagai hari yang buat aku semakin pilu kenangkan Ayah yang takde bersama sama meraikannya.

Hanya Tuhan saja yang tahu.. Aku terlalu lalu rindukan Ayah. Sampai pernah aku bagitau mak supaya membatalkan saja majlis sebab hati aku semakin tersiksa untuk meraikan tanpa Ayah. Semoga Tuhan beri aku kekuatan. Ayah.. really2 miss U so much. Al Fatihah

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA...

5/14/2010 04:36:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Tu dia.. Tajuk entry kali ni. Kau ada brani??? Apa kes lak ni kan... Macam la aku ni penulis tersohor nak buat statement camtu. Kau ada kena abbyfunny the lekat lekit gurl?? Takde kan???

Well.. U know me

Bukan apa terjumpa satu blog ni kira2 2 3 bulan yang lepas. Tak sempat la aku nak siasat latar belakang, tepi, tengah, atas bawah dia tapi dari pengamatan yang kabur2 ni maybe dia seorang blogger yang di kenali ramai & banyak follower termasuklah den kan. Den ni memang gomar add sebagai follower tanpa segan silu tak kira la sapapun dia.

Apapun yang add den... i dedicate this song 4 Uolls..

Berbalik pada cerita seorang blogger yang mahu di kenali sebagai Ben Ashaari. "Jangan Bagi aku membebel" katanya. Siap ada aktiviti menjelajah blog tapi dengan sapa2 yang mahu di jelajahi oleh En Ben Kita ni haruslah membuat satu entry khas yang bertajuk " Saya mahu blog di jelajah oleh Ben Ashaari.." lebih kurang camtu la bunyi nya kot. Ramai juga yang gila nak di terjah oleh Ben Ashaari ni. Menurut cerita dari blogger yang pernah di terjah blog nye oleh en Ben ni, follower & visiter akan bertambah. Betul tak betul tak tau la.. tapi apa untung dia nak menipu kan?? Maka, aku anggap betul la tu.

Kalau Uolls tak caya.. Uolls Try la.Tapi make sure ada blog kalau tak camna En Ben nak terjah

Kiranya En Ben kita memang amat berpengaruh la dalam dunia blog ni. Apapun tahniah la en Ben yer... Walau berpusu2 orang tergilakan untuk di terjah oleh En Ben kita tapi kenapa aku takde rasa nak buat camtu?? Bukankah aku seorang yang gila glemer & suka populariti??? Hahahahahahaha.. statement paling banggang kan?? Bukan lah hamba mempertikaian pengaruh yang ada pada En Ben kita apatah lagi nak memperkecilkan kelebihan dia dalam dunia blog ni cuma aku rasa untuk apa aku menyusahkan En Ben nak mempopularkan Blog merapu rapan aku ni???  Biarlah mereka2 yang memerlukan saja menggunakan khidmat En Ben yer..

Ramai lagi orang di luar sana memerlukan En Ben kan??

Kelebihan En Ben itu adalah lebih layak untuk aktiviti yang lebih bersifat amal seperti membantu insan2 yang benar2 memerlukan perhatian, contoh blog yang tersenarai dalam list aku seperti blog Alia haryanie. Seorang ibu tunggal yang menderita sakit & di tinggalkan suami. Dia lebih berhak di jelajah oleh Ben berbanding blog2 seperti aku yang sekadar suka2 menulis.

http://aliaharyanie.blogspot.com/ <-- Kisah hidupnya sangat menyentuh hati

Biarpun aku ni suka sangat mengaku aku memang spesis gila glemer tapi hakikatnya dalam menulis blog ni.. Bukan kerana Nama. Sebab aku suka then aku buat. Apapun untuk En Ben, Tahniah sebab anda banyak membantu di dunia maya ini. Teruskan usaha murni itu selagi di terima.

Tahniah yer En Ben (gambar hiasan*)

Okies la Uolls.. tu je cerita ceriti aku.. Kalau korang rasa nak juga di jelajah oleh En Ben, sila la buat entry cam aku cerita tadi jer. Nyatakan sebab2 kenapa nak En Ben jenguk blog anda yer. Chow Cin Cow...

Bubye Uolls..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JOM LELONG DARA DAN TERUNA

5/12/2010 04:11:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Dah keabisan ideakah ? Dulu ngan aksi makan apa saja .. diikut dengan nyanyian , tarian , lakonan dan banyak lagi laa.. Skang ??? Mereka kembali dengan rancangan tv realiti ..LELONG DARA DAN TERUNA .. sapa yang bida paling tinggi akan dapat .. Bodohkah ??

Aku penah baca di majalah tabloid negara kita ... Ada perempuan sanggup berkata gini ha ... " dari aku bagi free kat boyfriend aku , baik jual je...dapat gak duit ..bukan susah pun " ... huh ... pemikiran remaja remaja skang ... janji dapat duit ... haih..

Berbalik pada rancangan tu .. " Program berkenaan akan diteribitkan oleh penerbit dokumentari, John Sisely yang sebelum ini dipaksa meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu mengancam mendakwanya berhubung projek itu.

Dia kemudian memindahkan projek berkenaan ke Nevada, Amerika Syarikat, tempat terletaknya ‘bandar dosa,’ Las Vegas.

Siseley berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran.

Sisely menghabiskan masa lebih setahun mencari peserta lelaki dan wanita yang masih dara untuk menjual diri mereka di depan kamera.

Bercakap kali pertama sejak memilih peserta, Siseley berkata dia akan membayar setiap peserta sebanyak AS$20,000 (RM65,000).

Peserta juga akan menerima 90 peratus daripada harga jualan mereka. Baki 10 peratus itu akan diserahkan kepada rumah pelacuran itu." ..


Renungan :

Menurut Abu Hurairah R.A , Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Maksudnya : " Hari kiamat tidak akan berlaku selagi seluruh umat Islam tidak membunuh bangsa Yahudi. Keitka itu , mereka akan lari menyelamatkan diri di sebalik pokok dan batu. Namun , batu atau pokok akan berkata : Wahai Muslim ! Wahai hamba allah! Yahudi ada d i belakangku. Datang dan bunuhlah dia . Kecuali bangsa Yahudi yang berselindung di sebalik pokok Qharqad yang tidak berkata kata kerana ia adalah pohon Yahudi " - Hadis riwayat Muslim .

Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : " Engkau ( Muhammad ) dapat melihat sendiri kebanyakkan Yahudi itu berlumba-lumba melakukan dosa , pencerobohan dan memakan harta secara batil. Betapa buruknya apa yang telah mereka lakukan " - Surah Al-Maidah :62

Artikel ini di petik dr : http://www.benashaari.com/2010/05/jom-lelong-dara-dan-teruna.html

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FASA BARU HIDUP KU

5/06/2010 01:33:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Hi Uolls... Wah tengahari camni sure ramai dok pilih juadah nak lunch kan??? Apapun Uolls.. Mulakan dengan bismillah yer...

Lets makan2 sambil mengumpat

Oleh kerana aku tak tau nak buat apa kat opis ni maka dengan semangat waja, aku update la entry. Arini kurang sihat sikit. Demam sejak semalam. Perit tekak rasanya.. Tapi Alhamdulillah, boleh bertahan lagi.

Rasai keperitan tekak ku

Bukan tu yang nak aku cerita ceriti kan tengahari ni.. Cuma tetiba aku terfikir kalau dulu bujang cerita ceriti berkisarkan orang2 di sekeliling aku. Sekarang apa ekk aku nak cerita??? Aku tengok blog2 para2 isteri banyak berkisahkan tentang kehidupan berumah tangga, macam cerita sal suami, sal anak, sal masak.. & banyak lagi yang la yang berkaitan dengan hal2 orang dah kawin ni.

Hurmm.. apa nak cite ekk??

Tapi aku?? Aku tak tahu apa yang aku nak ceritakan pasal kehidupan baru aku ni.. Nak cerita pasal anak.. mana la aku ada anak lagi. Nak cerita pasal hubby.. hurmm apa ekk aku nak kongsikan pasal dia?? Nak cerita sal masak.. Jarang nak masak sebab kerja pun dah malam baru balik.

Nak kongsi resepi?? Pandai ke aku masak??

Sesungguhnya aku masih belum biasa dengan status baru ini. Macam magic.. tiba2 aku dah jadi bini orang, kan??? Itulah keajaiban.. Apapun aku bahagia bersama seorang lelaki bernama Shahrul Bin Abdul Karim. Perkenalan yang tak sampai setahun.. Membawa kami ke gerbang perkahwinan. Sesungguhnya kita merancang, Tuhan menentukan.

With my lovely Hubby...

Aku harap jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat... Alangkah bahagia jika Arwah Ayah sempat menyaksikan semua ni.. Alangkah gembira Arwah Ayah dapat merasa menimang menantu pertama, kan?? Tapi Tuhan lebh sayangkan Ayah.. Dia pergi sebelum sempat mewalikan aku. Sukar untuk aku terima semua ni tapi aku redha. Hajat & wasiat Ayah dah aku sempurnakan..

Semoga Arwah Ayah Tenang disana & Semoga Mak Tabah untuk teruskan hidup tanpa Ayah.

Apapun ku harap Ayah di tempatkan di golongan orang2 yang beriman.. Al _Fatihah Untuk Ayah. Gonna Miss U & Loving U forever In My Life.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com