DIA KEMBALI SIHAT

6/30/2010 03:37:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Wah.. setelah 2 hari di hantar ke ICU, kini dia kembali ceria. Semua virus2 pengacau telah di hapuskan. PC aku kat opis tiada lagi kuman. Berita gembira di saat2 aku memang banyak kojo nak di siapkan. Baru leh lepak skit bila keja dah makin susut. Lepas ni takde sapa bleh suka suki guna pc aku. Aku dah save password. Lantak kome la nak cakap apapun. Sapa suruh buat aku hangin. Den jo leh guna pc ni.. Uwakakakakakaka (gelak jahat).

Gelak baik or jahat yang penting memek muka tu..

Kisah2 dugong.. kisah2 langau.. kisah2 kaki bodek.. masih berlaku seperti biasa tapi takde yang menarik nak di umpatkan kat sini. Sampai aku dah takde cerita nak update blog. Apapun rutin harian ku masih macam biasa. Hari2 pegi keja, balik keja. Dunia ku makin sempit dengan cerita la.. Tak bleh jadi. Harus cari berita2 sensasi.

really2 0 idea la..
 
Tengah2 taip blog si dugong lak datang. Seperti biasa perbincangan dia dengan senior admin sorang tu pasti berbisik2 gitiew.. Alah mengalahkan pengantin dalam bilik. Ada la tu dia nak bodek untuk minta something. Dia masuk bilik bos lak cari something tak jumpa. Erkkk.. dia tunjuk kat meja aku. Ooo.. Rupanya cari VSO. Padan muka taknak tanya dengan aku. Benda ada tepi bontot je kena kau melilau cari. Nak kerek sangat, lantak kau la!! Kau kerek, takde makna aku nak terhegeh2 bagi bantuan.

tepi bontot pun buat2 je la tak nampak
 
Betul2 takde story la.. Apa ekk nak tulis. Tetap tu nak update blog walau takde story yang melekat lekit. Apapun Uolls.. sorry la kalau buat Uolls susah2 clik blog I tapi takde apa2 pun. Pada Uolls yang kat opis.. selamat koje yer.. Pada yang melingkau di atas pagau kat umah sambil guling2 atas tilam.. pun selamat berguling2. Jangan lupa space katil anda yer.. kang guling2 tergolek lak. Memandang takde story mory so gua chow dulu la beb!

Happy Online 2 Uolls.. daaaaaaaa

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

IMBAUAN..

6/25/2010 02:09:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Wah Jumaat sudah kita yer... Pejam celik, dah 25 June hari ni. Macam rasa baru semalam masuk darjah satu tetiba hari ni dah jadi bini orang. Cepat betul masa berlalu. Zaman main guli, main masak2, main sungai, main sorok2 selipar member masa mengaji dah jauh di tinggalkan. Sesekali, rindu zaman kanak2 rebina. Hari ni dah membesar bagai juara gitiew...

Jentik sampai bengkak jari beb.. Tapi berbaloi bleh simpan berbalang guli. Siap leh jual balik kat kengkawan. Dulu zaman aku kecik kalau jual guli 7 biji sposen.
 
Tetiba jer dok mengimbau kenangan bermusim lalu tu pehal lak??? Bukan apo jang.. milah baru join satu group kat FB ni. ADA SESIAPA YANG ZAMAN KANAK-KANAKNYA DI TAHUN 80an & AWAL 90an.: Dari situ banyak koleksi imbauan tahun 80an & 90an tak kira dari siri kat TV or permainan masa kecik2 dulu. Best juga dok layan page FB tu.. Kadang2 kita hampir lupa aktiviti kita masa kecik bila dok clik2 gambar beserta cerita ringkas sal TV siries or permainan masa kecik, akan refresh balik memori kita zaman kanak kanak.

Penyanyi pujaan aku masa kecik
 
Zaman kanak kanak la zaman yang paling gemilang terbilang & cemerlang blom tentu.. Aku dari kecik sampai besar nakal. Dah kawen ni jo den dah tak nakal lagi. Dah tuo jang.. bebawak ler sedo diri. Aku juga kanak2 yang aktif bermain tapi bukan kanak2 hyperaktif yer.. Balik jo skolah tu, konyang jo perut terus kuar umah cari kengkawan. Ada je aktiviti nak buat. Dari permainan budak2 pompuan sampai la permainan budak2 lelaki. Sumo den bantai main jo... Pukul 5 jer den cepat2 balik sebab mak den dah nak balik keja. Kang tak balik mandi mak den balik kena rotan lak. Ayah den takpo.. dia tak penah rotan.


Semua tu kenangan.. kawan, main, cubit, rotan, bebel mak ayah dah jauh aku tinggalkan. Ada yang masih ada dan ada yang sudah tiada. Waktu berlalu tak terasa. Sekejab sahaja aku telah disini bersama dunia yang terlalu berbeza dari zaman kanak2. Hidup yang menuntut banyak tanggungjawab yang harus aku laksanakan. Biar pun semuanya dah jauh pergi meninggalkan kita, namun sejarah tak mungkin boleh terpadam walau kita terlupa.

Wheels

Dalam Kenangan
Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan
Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MACAM2 ADO..

6/24/2010 03:04:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Pening aku kat opis ni.. Dengan pc dah macam sewel di jangkiti virus.. Sengal2 babon tol nak buat keja arini. Takde sapa nak tolong gi antar service. Masing2 bz & busybody jer... Biasa la masa elok berebut2 orang nak kepit dengan pc aku bila dah kena virus kusta camni semua orang buat muka tak bersalah. Yang terima bahananya aku la susah nak buat keja & susah juga nak update blog.. kekekekeke

Serabut kepala den nak buek kojo.. Mamak teh O ais satu!!
Aku nampak sesuatu diatas meja akak admin (lady boss) tu.. sejak semalam tak terusik. Nampaknya akak itiew lebih pintar dari jangkaan aku. Tak makan rasuah juga ekk.. Tak terusik buah buahan yang cuba di sogok oleh mak dugong semalam.. Bulat2 camtu jugak. Bagus.. satu tindakkan yang bijak kerana aktiviti melobi, merasuah, membodek juga mencium tapak kaki ala2 filem hindustan harus di hapuskan. Kerja la dengan adil & saksama. Personal matters sila letak di tempat lain.

Tu dia dah macam filem hindi lak cium2 kaki
Syukurlah kejadian merasuah semalam tidak mendapat respon pihak lagi satu. Kalau tak maunya hari2 dia masak bawak datan ofis bagi kat akak itiew. Kat aku takde la sapa2 nak merasuah yer.. Almaklum la sapa la den cuma seorang clerk kent katanya. Rasuah aku dapat apa??

Ha.. amik kau clark kent.. Hero pujaan aku zaman kanak2 ni.
 
Okies kita cuit skit sal cerita mamat indon sorang ni.. Indon bukan sebarang indon tau! Ariel peterpan berkenaan kes video lucahnya tu.. Apa la orang2 sekarang ni kan.. Bukan takat Ariel tu jer malah ramai lagi termasuk la rakyat malaysia ni. Dah buat benda salah, pastu record.. yang kena paksa tu lain cerita la ni yang sukarelawan ni. Pastu dah tersebar, sapa malu. Macam artis.. bukan je pompuan malu & imej buruk, lelaki pun sama. Kan orang dah tau atitute buruk ko tu. Bukan nak menggalakkan, tapi dah buat benda salah buat apa la korang dok tinggalkan bukti.

 Hari2 makan pengat.. sendirik mau ingat 

Tu cerita ceriti dunia hari ni.. Kalau dah berani jadi artis maka bersedia menerima rutin hidup yang sentiasa di skodeng oleh semua orang. Bak kata artis "Itulah harga yang perlu di bayar bila menjadi artis"..Well..

Okies la Uolls.. apapun yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan. Semua orang buat silap, So, selagi hidup selagi itu ada harapan & peluang untuk berubah & mengubah. Terpulang pada diri sendiri untuk memanafaat peluang yang ada.. Renung2 kan. Selamat beramal...

Okies Uolls tak leh lelama kang I cair

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah

6/23/2010 05:44:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.
Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.
Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.
“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portal detikhot.com hari ini.
Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.
“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.
Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.
Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).
Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.
Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.
Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.
Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.

Artikel ini di petik dari : http://gambargambarpelik.blogspot.com/2010/06/ariel-akhirnya-disahkan-pelakon-video.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+HalamanBlogGambar-gambarMenarikDanPelik+%28Halaman+Blog+Gambar-Gambar+Menarik+Dan+Pelik%29

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

OPERASI MEMBODEK

6/23/2010 05:38:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Nampaknya selepas mulut longkang yang dulu letak jawatan dari terus merasuah makan kat si lady bos kat opis aku ni, timbul pulak si pembodek junior juga mula melakukan aktiviti yang sama. Macam biasa, kalau dengan aku ni pelawa pun tidak apa lagi nak sedekahkan aku makanan, kan?? tapi aku tak kebulur sangat la makanan orang bagi ni.. Aku dari awal dah pratikan, tidak terlampau makan benda dari orang lain. Rasanya manusia kat sini pun tahu.

Dari ko dok tunjuk baik sedekah kat orang yang terlebih cukup makan lebih baik ko gi buat amal jariah kat orang betul2 hampir mati tak makan
 
Hari ni buah, esok entah apa pula. Walau zaman serba IT, semua hujung jari ni tapi makin moden dunia makin pulak banyak kes sihir menyihir ni. Melalui makanan la paling senang nak di sihir. Macam2 tujuan la dorang buat. So, dengan tak membiasakan diri memakan makanan yang orang bagi dapat mengelak dari orang terus bagi aku makanan. Bukan nak berprasangka buruk tapi tak salah kalau nak berhati hati. Bukan terlalu percaya tapi harus juga percaya sebab permainan sihir ni memang wujud. Nak2 lagi orang yang kita sendiri nampak ciri2 perangai yang agak kurang molek tu kan??

Orang skang lebih suka minum air liur bomoh dari air sirap, kan???
 
Yang aku pelik si akak lady bos tu tak pernah lak serik kan?? Walaupun dia pernah kena sebelum ni tapi dia still jugak berani rapat dengan manusia2 spesis itiew. Dia sedia maklum masa mak dugong tu baru join dia dah mencetuskan perang dengan ramai orang. Semua orang tahu kelongkangan mulut si dugong itiew.  Baru masuk dah berani menjadi mamaraziah. Termasuk la cerita sal akak lady bos tu.. Pun begitu semenjak dua menjak ni kemain lagi rapat mereka itiew. Bukan dengki.. Takde sebab aku nak dengki. Aku pun tak berminat nak akrab dengan sapa2 sebab taknak ada masalah. Biar la tegur gitiew2 jer...

Kalau orang yang dah ada blacklist rekod macam ni.. Insyaallah tak pocoyo den!
 
Apapun aku suka melihat tanpa berkata tapi pastinya aku menaip di blog. Aku nak tengok sejauh mana keakraban itiew berterusan.. Yang pasti takkan lama punya. Wait & see...

kita nantikan episod seterusnya

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERANGAI+RUPA+BADAN = BURUK

6/22/2010 04:42:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Yeahoooooooooo... Aku kembali ber'ada' masa untuk blog. Sudah keluar dari semak samun file sepanjang 2 hari ni. Aduhai.. Naik pinau mata aku dok key in EWP untuk 2 bulan punya file. Sungguh budus mereka yang kejab kata dah takde EWP lepas 15 April aritu, pastu tup2 isnin lepas dapat arahan kena key in balik semua file yang takde EWP. Babon jadian tol!

Meja den sebelum & selepas
 
Apapun semua nya dah selesai.. pada Uolls yang tak tau pejadah EWP tu buat bodo je la ekk sebab aku pun malas nak explain berkenaan keja aku ni. Kalau ekau nak tau jugak ekau boli keto sok ekau tau la apa tu EWP yer. cakap sal keja panjang2 nak buat serabut otak. Dah nama pun keja kan.. memang la letih. Dah cukup aku letih 2 hari ni kita kuar dari cerita sal keja.. cerita sal keja bukan cerita tentang orang2 kat tempat keja yer..

Lotih den..
 
First.. nak share ngan Uolls aktiviti weekend aku aritu. Back to "Hip hip horey". Dah lama bercuti dari merayap. Sekarang ni dah free skit.. semua hal kawen mawen ni dah settle, so ringan la skit kepala otak aku. Okies berbalik cerita sal weekend.. Me & hubby pergi berkuak lentang, renang berirama & mcm lagi la kat wet world yang terletak di shah alam. Untuk maklumat lanjut korang search sendiri la. Orang dah tentu ramai.. naik geli gak aku nak berkuak2 dalm kolam tu. Satu lagi yang tak best kulit jadi rentung kena sunburn. Sebab tu la aku tak suka main laut or kawasan2 sewaktu dengannya. Aku ni dah la membesar dengan kulit ala2 tak bapa nak putih kan, so, tak nak la kang orang jumpa aku cakap tamil lak, kan???

I'm not yenna gurl.. huhuhu
 
Tu aktiviti weekend aku yang lepas.. Ni kat opis lak punya story mory. Entah kenapa aku semakin menyampah dengan si Dugong betina itiew bersama kawan baiknya Gajah jantan. Dua2 makhluk sehat ni paling menyemak pandangan aku. Dah la kuat membodek, makin kerek lak tu. Yang si Dugong tu tadi pun ada salesman yang sindir dia pasal tak reti nak keja dalam team work. Bila pergi roadshow jer kalau ada 8 juta customer.. 8 juta tu kalau boleh semua dia nak attend. Dah la product knowledge pun tahap D, pastu tamak & pentingkan perut sendiri. Cukup la perut yang bergunung tak berbaby tu. Ingat2 la kawan2 seperjuangan anda. Semua pun cari makan, bukan cari pasal. Tapi sayangnya dia takde dalam meeting tadi. Aku pun dah komplen pasal pc aku yang kena virus.

Bukan je menyemak pandangan, menyempitkan showroom je
 
Yang si Gajah jantan ni pulak.. makin mengembang la badan yang sedia ada kembang tu. Takde sales pun kena puji dengan bos. konon kuat semangat. Kalau orang lain dah siap kena bambu. Itiew la kuasa membodek. Pandai ko ampu.. maka kedudukan ko berada di tahap selamat. Yang si Bos lak.. Makin pelik aku tengok. Makin berlagak sejak pindah ke showroom baru ni. Makin rasa macam level dia sebagai sales manager tu dah tinggi sangat stage dia. Itulah melayu kan (bukan semua dia jer)... Mudah lupa
.

Apapun Uolls.. bila bekerja ni kena la ada tolak ansur & kerjasama. Kalau pentingkan diri alamatnya di benci la. Orang asyik cerita belakang sal dia & bila nak buat apa2 aktiviti orang akan mencebik bila dia ada or orang takkan ajak dia join or orang tak kan join apa2 aktiviti kalau dia ada. Bukan la nak menghina, biar la muka tak cantik, badan tak ramping tapi perangai molek mesti orang akan puja puji bagai sang puteri tapi kalau muka pun muka ala2 maid indon yang monopos, pinggang pun dah takde cutting, perangai lak macam hanjs maka bersedialah untuk di keji dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Kalau dah buruk luar & dalam nak komen pun tak tau dah
 
Tu la ragam manusia2 kat opis aku.. Termasuk la aku tapi aku ni jenis takde nak berkomplot or comolot ngan mana2 group atau individu. Ngan hubby aku je siang malam pagi petang & dimana saja berada. Aku datang semata mata kerja pastu balik. Sekadar bertegur sapa je dengan kengkawan tak lebih dari itu la. Aku rasa lebih senang macam tu. Okies la Uolls.. Kena sambung keja. Selamat minum petang & bubye..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIRUS VS DUGONG BETINA

6/19/2010 12:30:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Benci! Meluat! Menyampah! Menyakitkan hati!!! PC aku kena virus.. dari semalam lagi aku perasan. Dah la banyak data2 ofis tu dalam pc aku. Abis la kalau di makan dek virus durjana itiew. Paling durjana manusia yang menjemput virus bertandang dalam pc aku kat opis.


Dengarnya masa aku cuti, semangkuk mak dugong sampai melekat bontot kat meja aku punya online guna pc aku. Seminggu aku off day seminggu la dia meleka lekit kat tempat aku. Kata informer tak bergaji aku lagi, tiap2 hari pun dia suka guna pc aku. Dia tengok je aku pegi kuar makan or balik terus la terkedek2 datang ke meja aku. Pelik.. Company dah sediakan pc untuk sales advisor guna, pc aku jugak dia nak guna. Dah tu kalau pandai jaga takpe. Sampai kena virus memang hangin jugak.

Punya la sedap dok online kat pc orang sampai berasap pun tak sedar
Spesis bengong camtu orang tegur pandai lak menjawab. Tapi sesama sales advisor je dia berani menjawab dengan admin tak berani lak. Perangai dah la buruk.. Bukan aku je menyampah, ramai lagi orang tak suka. Nak2 lagi skang ni kuat membodek. Bertambah kebencian aku pada diri nya. BENCIKKKKKKKKKK!

from my heart..
Takpe ko tunggu je selasa ni dugong. Tau la aku nak cakap apa dalam meeting. Aku nak komplen pasal kau guna pc aku sampai kena virus then aku nak suruh bos kuarkan arahan pc admin tidak di benarkan mana2 sales advisor guna atau save data dorang. Kalau urgent sangat je aku excuse. Jaga ko dugong!!!

Awas ko dugong!!
Sejak dari 1st day ko keja, ko asyik cari pasal je dengan orang. Awal2 kerja dah ko berani bawak mulut cerita hal orang. Dah lama skit ko berlagak otai. Orang tegur ko melawan. Macam ko bagus sangat. So, meh aku nak tengok tahap kebagusan ko tu. Apapun ko tak berhak nak suka2 hati online guna pc aku kat opis.Dah tu tak ngaku bersalah.

Tempat ko kat laut bukan di showroom.. better ko jadi nelayan je la dugong
Wah.. sangat marah aku kan?? Mana taknya.. pc tu aku guna untuk buat keja. Banyak database dalam tu. Kan aku ni banyak buat data entry. Kalau kena virus mampus aku. Dah la aku blom buat backup file. Tu la.. Kita kalau guna barang orang pandai2 la jaga. Jangan main redah jer semua site. Dah bodoh buat cara bodoh jangan bodoh tapi berani lak nak sentuh barang.

 Harus la aku tampal sticker camni kat semua barang2 aku baru la depa paham kot

Buat gua hangin jer tau.. Gua chow dulu.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DUHAI MAJIKAN.. ANDA KAYA KAMI KAYAP

6/19/2010 10:57:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Sabtu yang paling den tak suka adalah sabtu yang mencuri waktu tido den.. Minggu ni sabtu den kono kojo. Maleh sungguh nak bangun. Tapi takpe sebab takde keja pun nak buat kat opis ni..So bleh la menganga sampai pukul 1 pastu membawa diri pulang.

Udah abis kerja harus pulang yer..
 
Melepak kat opis sorang di hari sabtu memang membosankan.. Bos aku pun dari aku datang tadi dok nganga depan tv jer. Apalah management ni suruh keja hari sabtu. Dulu elok je cuti. Keja pun bukan ada keja nak buat. Just menambahkan kos bill. Tak ke kurang cerdik namanya???

Bosan pun kena gak tunggu sampai pukul 1.. nak wat camna, kuli jer
 
Tu la lumrah.. Biarpun owner company ni ngaku dia bermula dari bawah & lahir dalam family yang susah tapi bila dah di atas, kaya raya dia lupa orang di bawah dimana level yang pernah dia duduk dulu. Kebajikan pekerja tak di jaga, yang dia fikir adalah macam mana nak mengkayakan diri dia jer. Manusia memang mudah lupa walau dia pernah rasa kesusahan yang pekerja di bawah dia sekarang sedang rasa. Apakah dia nak balas dendam sebab dulu majikan dia buat dia camtu macam dia buat pada pekerja dia sekarang??? Hanya dia yang tahu kenapa.

Jangan ingat kami insan kecil ini tak boleh menjatuhkan anda yang besar wahai para majikan
 
Pada majikan2 yang baca blog ni alert jer tentang masalah pekerja. Jangan ambil hak pekerja. Apa yang patut anda bayar.. bayar la. Duit harta dunia jer.. kat akhirat esok banyak lak soalan nak kena jawab. Takkan la setahun kerja tak dapat confirm & takde kwsp & socso lagi kan??? Fikir2 la kalau nak bodohkan staff pun. Staff anda bukan tak skolah en bos Ooi.. Anda pun sedia maklum kan?? Kalau tak tau juga selak2 la file application staff anda.

Dah sampai stage ni.. tinggi mana pun level kau, dalam tanah juga tempat akhir kau. Sama cam kitorang
 
So, Uolls.. kita berpesan2 sesama sendiri. Pada pekerja ataupun majikan masing2 ada tanggungjawab sendiri. Memang aku selalu online tapi aku pastikan kerja aku siap sebelum aku balik. Jom kita renung2 kan dan selamat berhari minggu.

Okies Uolls.. gua bz ni sampai nak ke toilet pun tak sempat. so bubye

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MASAKAN AYAH

6/18/2010 02:17:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Wah.. Jarang2 sekali waktu pagi ku diisi setiap saat dengan kerja. Skali2 kena cover opis sorang2, mau terkangkang kangkung aku buat buat keja. Namun... Tetap ada masa mengular bila kerja dah aku settlekan. Sementara menanti semua application tu approve maka bleh la aku melenggang perut kat opis ni. Op's tak bermakna takde keja yang akan menyusur lagi selepas ni.

Ha kau!! Cara2 memanafaat bawah meja kat opis
 
Hari ni tak dapat la aku meramaikan majlis kat restoran nasi campur Anjung tu. Mana bleh kuar takde orang cover opis. Bos aku dah berdesup pegi meeting katanya. So, berpuasa la kejab di tengahari bulan Jun ni kan?? Takpe tiap2 pagi aku breakfast so, perut takde la di serang angin tsunami. Bagus amik sarapan pagi sebab boleh mencerdaskan otak berbanding orang yang tak amik breakfast ni. So, amalkan sarapan pagi. Tak perlu makanan berat, minum je pun dah cukup, kan?? Tapi aku kalau breakfast sekarang takde nak ringan2 sangat. Al-maklum la tengah ada selera makan ni maka belasah jer. Badan cikeding macam aku harus la membedal makanan2 berkhasiat gitiew!

Badan camni nak diet memang saja la nak arwah
 
Cakap sal makan ni kan.. teringat masa kecik2 dulu. Mak & arwah Ayah aku kerja. Tapi setiap hari tengahari sebelum kitorang adik beradik balik sekolah, Ayah akan balik tengahari & masak. Tapi kan ayah ni masak dia hari2 kebanyakkan semua kari. Hampir2 hari2 makan kari. Sampai naik muak. Nak kata ayah aku ni mamak, rupa je cam mamak skit tapi melayu pure. Tapi memang favourite dia kari. Dia akan berselera makan jika ada kari. Ayah memang pandai memasak. Dulu dia selalu masak untuk majlis2 kawen kat kampung. Aku paling suka bihun sup ayam yang ayah buat tiap kali hari raya. Dan semua tu.. takde lagi selepas ni. Betapa aku rindukan ayah & masakannya.

Terkenang Bihun sup ayah.. (Sekadar hiasan)
 
Bercerita tentang Ayah.. aku akan tersentuh. Sampai saat ni setiap hari aku terkenangkan Ayah. Aku redha. Sesungguhnya itulah perjalanan hidup seorang manusia. Pasti ada hari terakhirnya. Kesempatan yang ada bersama Mak aku akan cuba lakukan yang terbaik yang termampu. Kerana aku taknak bila dia takde lagi nanti, akan mengundang kesal itu ini. Pemergian Ayah mengingatka aku supaya hargai, sayangi & kasihi mereka yang masih ada bersama aku.

Hargai mereka yang masih ada..
 
Pada semua yang masih ada Mak & Ayah.. Jangan lukai hati mereka. Mak & Ayah juga manusia, adakala sikap, kerenah & perilaku dorang membuat kita sedikit marah terkilan atau kurang bersetuju namun jangan sesekali menjauhka diri apa lagi membuang mereka dari hidup kita. Tanpa mereka, takkan ada kita.

Love & miss U forever, Ayah. Mak U're still Queen in my heart. U're my everthing... Semoga Tuhan melindungi kamu.

Moga Ayah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman & semoga mak berbahagia.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LUNCH TIME

6/17/2010 03:12:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Dah kenyang semua?? Mesti melantak tak ingat kan?? Lunch time ni restoran2 or kedai2 nasi campur memang jadi perhatian pelahap2 sekalian seperti aku juga. Kadang2 sedap di mata, tidak di tekak. Kadang sakit dimata, sakit juga tekak nak menelan. Dan ada juga sedap dimata, sakit di tekak tercekit di kocek, Kan??? Bukan la aku nak cerita pasal sedap or tak atau mahal or tak harga makanan ni yang aku nak cerita sal nasik. Pehal lak ngan nasik ni?? Jom kita kupas kupis...

 Ni kaedah rawatan tercekik di tekak bukan di kocek yer

Ni berkenaan jumlah nasik yang di senduk oleh pembantu restoran atau kedai2 nasik campur. Bukan mengikut kiraan butir nasik tu yer.. Kalau nak kira sebijik2 sampai kiamat pun tak makan la pelanggan kat situ. Alkisahnya pelanggan ni pelbagai kan?? ada yang nak separuh nasik, ada yang nak biasa jer & ada yang nak extra. Kadang2 tak mengikut size badan pun jumlah nasik yang di minta. Kita tengok besar tapi minta nasik separuh.. maybe dia tengah berdiet. Ada yang kecik minta extra lak nasik.. So, size bukan pengukur jumlah makanan yang nak di makan seseorang yer..

Size bukan pengukur yer...
 
Kisah di sebalik sinopsis kat atas tu adalah kisah lunch time aku tadi. Aku cukup menyampah bila aku minta nasi orang tu tengok aku kecik terus isi separuh jer.. Kalau aku nak separuh aku cakap, kalau tak cakap tu isi je macam biasa. Ko nak menilai aku makan dari size badan aku pehal?? Nak2 lagi lepas kawen ni selera makan aku agak hyperaktif, menyirap jugak darah. Nak minta lebih aku malu sebab kang orang pandang lak. Yang si penyenduk nasik tu aku tak cakap apa2 terus bagi separuh jer. Buat muka ketat aku blah jer gi amik lauk.

Terasa macam nak aku suap pinggan je kat akak itiew
 
Moral dari cerita ni.. Bukan la nak marah. Orang cakap kita jangan sesekali menilai & membuat keputusan pada orang lain jika kita sendiri tak tahu apa sebenarnya yang orang tu nak. Bak kata pepatah omputih dont judge the book by his cover, gitiew. Badan kecik blom tentu makannya skit. Aku yakin semua orang pun tau kan?? Sebab aku kurus la aku nak makan banyak supaya tak seperti mumia. Kalau yang besar dia makan separuh sebab taknak orang tak bleh bezakan dia dengan dinasor nanti.So, pada penyenduk2 nasik di restoran nasik campur yang baca blog ni, amik la iktibar. Kalau orang tak cakap apa2, isi la nasik mengikut sukatan yang biasa. Sekiranya orang tu nak lebih or kurang, dorang akan cakap.Tak payah nak buat keputusan untuk pelanggan anda yer..

Kerja la mengikut arahan
 
So, tu jer cerita cerita yang nak di kupas kupis petang ni. Kalau ada lagi kisah2 penuh siku liku, den akan mengaktifkan jari lagi disini. Okies.. Time tu mengular sambil berkerja. Bubye..

Nak menjelalah showroom dulu yer

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEJA

6/17/2010 10:24:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Pepagi lagi semak tengok meja aku kat opis ni.. Dah la meja kecik, macam2 benda & orang dok kat meja aku. Makin semak otak aku. Kalau dulu opis lama,space dia besar skit so aku ada 2 meja. Satu meja aku buat keja & satu meja pc aku. Sekarang meja yang letak pc tu je jadi meja aku mana tak sesak. Sales advisor lak suka sangat datang kat meja aku bila nak guna tel. Makin menyemak jadinya.

Dulu cenggini mejo den..
|
|
 skang cumo gini jo.. mano tak sompinyo jang Ooi
 
Yang paling menyampah tu.. kalau aku takde, ada je orang nak guna meja & pc aku. Dah guna tu ok la.. abis barang2 aku hilang terutama alat tulis. Paling aku benci suka save file dorang dalam pc aku pastu bila aku tengah buat keja, dorang nak guna file tu edit something nak guna pc aku padahal dah sedia pc untuk sales advisor. Nak juga guna pc aku. Ntah apa yang best tak tau.. Kadang2 hangin jugak tengah banyak2 kerja orang datang nak guna pc. Walau aku bagi pun tapi dalam hati dah boleh panggang ayam.. (panas jer).

Bleh panggang ayam dalam hati den kalau den marah.. kau bleh??
 
Tu la sikap beberapa dahan manusia kat opis aku ni. Kadang2 memang aku sound jer.. tapi kadang2 aku diamkan. Bergantung pada keadaan, masa & mood juga. Kalau tak kena time nasib la. Malas la nak guna konsep diam jer.. Orang suka pijak kepala. Sekarang ni guna konsep tak kena jer 'sound' bleh?? Gaya ala2 mak dara marah kassim selamat gitiew...

Nyah kau dari sini!!!
 
So pada Uolls kan.. ingatlah belajar untuk hormati harta benda & hak orang lain. Kalau pinjam, pandai2 la pulangkan bukan bawak pulang yer.. Kalau guna meja or tempat orang pastikan ia berkeadaan seperti sebelum anda guna. Kalau kemas, tinggalkan dalam keadaan kemas.. Kalau sepah jangan lak anda sepahkan lagi or jangan pandai2 nak tunjuk rajin sangat gi kemas lak. Sebab kadang tuan empunya tu walau selerak pun dia tau mana dia letak barang2 dia. Kang uolls baik hati sangat gi kemas, jadi kacau bilau lak. Susah dia nak cari barang2 dia nanti. sekadar ingat mengingati sesama sendiri. Selamat beramal.. Da...

Biarlah ia seperti sarang tikus jangan nak mandai2 lak jadikan ia istana takeshi lak

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com