GIGI PALSU MAKCIK

11.9.12 Suria Lekatlekit 3 Comments


Sat.. sat.. Noh! Gelak dulu.. Uwakakakakakaka..

 Warm up dulu Uolls

Maaf.. Bukan kerana gila tau! Tetiba jer teringakt kisah gigi palsu dek kerana 1 comment kat FB wall aku. Kisahnya sal gigi palsu makcik. Masa aku kecik2 memang aku tinggal dengan makcik aku sampai umur aku 15 tahun. Lepas abang sepupu aku kawen (Anak tunggal makcik aku) so, aku kembali la kepangkal jalan tinggal dengan mak bapak aku balik. Yelah.. Segan la kan?? Abang aku dah berbini & aku pikir dah ada orang temankan makcik aku, kan??

Mummy Daddy.. I'm back

Op's dah terlari lari anak dari topik kita yer.. Berbalik kisah gigi palsu. Aku selalu tengok makcik aku gosok gigi masa kecik2 dulu. Bila dia nak gosok gigi jer dia buka gigi & pegang baru gosok. Al-maklum la gigi palsu. Atas bawah lak tu. Dah tu gigi palsu penuh bukan yang 1 or 2 batang punya. Mungkin time tu aku masih di tahap pembelajaran & tumbesaran.. so, kebengongan memang terserlah la. Dah la bengong tak reti lak nak tanya pastu buat spekulasi sendiri. Aku ingat semua gigi bleh buka camtu. Apa lagi time nak gosok gigi aku pun tarik2 la gigi aku. Apsal tak bleh kuar kan gigi macam makcik buat tu??? Hari - hari aku try sampai la aku tau makcik aku pakai gigi palsu sebab tu gigi dia boleh buka & pasang balik.

dok nak tiru cara gosok gigi camni la hari2 aku godek2 gigi aku

Memang kelakar aku ingat. Tahap kebodohan aku masa tu agak boleh di banggakan jugak la. Nak2 pulak aku seorang kanak yang penuh dengan imaginasi dogeng.. So, kadang2 pemikiran aku agak tidak logik & jenis suka bagi jawapan sendiri tanpa bertanya. Apapun itu adalah secubit kisah dari zaman kanak - kanak ku yang dapat aku kongsikan. Uolls ada kisah2 banggang cam aku jom la kongsi2 kan.

 Ni la comment dari FB wall yang buat aku terkenang balik kisah banggang aku masa kecik

P/s : Entri ni sebenarnya di tulis & di post pada 6 Aug 2010 di mana masa tu blog ni takde sapa nak baca lagi & sang penulis blog pun kurang cerdik lagi pasal blog. Di repost semula bertujuan mengungkit kembali kenangan lama untuk share dengan semua. sekian, makaseh!

3 comments:

  1. salam..nice entry n nice blog..jemput singgah n follow shoppylegacy.blogspot.com ye, tenkiu :D

    ReplyDelete
  2. entri juga boleh terhasil drpd status kan. leeza pun pernah juga begini.
    bukan pasak gg maksud leeza, pasal status org.

    ReplyDelete
  3. Hahaha. Gg tesenyum sorang2 bca blog gg. Supa ibu gg la pkai gigipalsu, tp x semua lg. Ngee.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!