MARI MENDONGAK KEJAB

30.11.10 Suria Lekatlekit 5 Comments

Haruskah mendongak walau ia di atas?? Rasanya tak per lu kot... Tapi macam mana nak tengok benda di atas tanpa mendongak?? Takkan tu pun nak kena ajar..Korang buat blog pandai lak kan.. nak scroll ke atas takkan tak tau lak.. Aiyakkk.. pekebenda lagi ni cik lekit Ooi sampai nak kena scroll balik keatas??

Dah scroll keatas mesti korang ada nampak something yang bertukar lagi kan?? tak tau jugak ker?? Nampak sangat la ia tak menyerlah jauh dari yang biasa kan?? Header baru la apa lgi. Aku kurangkan semak samun.. biar simple tak semak mata aku atau mata korang yang terpandang. Tapi modelnya kecik sangat gambarnya kan?? Apsal?? Sesaja nak low profile kan model tu.. Dia tengah peluk tiang sambil usya tagline lekat lekit tu.. Motif tukar lagi header napa?? Ntah aku rasa menyampah lak tengok header yang penuh lalang macam yang sebelum ni.

So, sapa nak header meh order skang!! Wah... macam rajin sangat aku nak buat. Komen Uolls header baru ni camna??

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KERANA KATAK MASUK PENJARA

30.11.10 Suria Lekatlekit 15 Comments

Dia rogol katak ker?? Atau dia aniaya katak?? Mungkin juga dia pukul katak?? Apa dia dah buat kat katak tu sampai masuk penjara?? Meh kita kupas - kupis isu ni..

Konpom ada gadis2 & wanita2 yang tengok gambar ni terus meremang bulu roma.. rasa geli hingga ke tulang sumsum kan?? Itulah kelebihan seorang AKU sebab tak rasa geli dengan benda alah ni

Alkisahnya seorang pekerja ladang ternakan katak di penjara enam bulan sebab mencuri katak ternakan majikannya.. Ohh.. begitu.. Suspen jer kan?? Uolls jangan ingat kerana katak, tak boleh masuk penjara. Selagi ko buat benda salah tetap ada akta untuk di kenakan. Tak kisah la ko curi anai - anai dalam rumah orang.. selagi benda tu dalam rumah orang tetap hak orang & sekiranya korang curi tetap salah, kan??

mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bayangkan berbaloikah anda menerima hukuman hanya kerana katak?? Tapi katak tu ada Value sebab tu dia curi.. Bukan jenis katak pisang or katak puru, Okies!. Tapi beliau membuat rayuan hukuman di kurangkan sebab terpaksa menyara isteri & ibu bapak dia & terpaksa membayar sewa rumah juga. Tapi kalau ko kena penjara 6 bulan pun.. sapa yang nak backup dulu bini & mak bapak ko?? Tu la masa buat tak ingat mak bapak & anak bini..

Jadi pengajaran pada kita semua.. even kita mencuri benda sebesar zarah pun.. hukum dia tetap mencuri. Jangan mencuri Ok.. curi hati takpe tapi jangan curi hati orang yang dah berpunya tau!! Sesapa nak baca artikel ni sila clik : Penjara enam bulan gara-gara curi katak

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KALAU KAU DUA KALI GANDA AKU PUN KENAPA??

30.11.10 Suria Lekatlekit 9 Comments

Dilahirkan tidak mempunyai tinggi seperti nasha aziz, cutting secantik Rozita Che Wan & muka secomel Amy mastura.. Tapi Ok jer aku rasa hidup dalam fizikil, bentuk badan & rupa camni. Tak menghalang apa - apa pun aku nak buat. Even.. aku menikmati hidup seperti manusia normal yang lain. Ada masalah ke kalau kementot?? Tak kan??

Al kisahnyanya.. Semasa aku berjalan - jalan.. Dari bawah nak ke tingkat atas selepas buang sampai di tempat mulia.. (tong sampah la.. Ingat aku spesis buang tepi tangga ker??) Sampah dah takde so, tak payah rasa bersalah nak guna lift. Lain la kalau bawak sampah.. hormat pengguna lain.. Takut sampah berbau mengganggu sistem penafasan orang lain lak kan?? Then dalam lift dari tu ada 3 orang gadis pinggitan.. Op's cuma 2 orang jer maybe gadis.. Yang sorang tu nampak jer macam gadis tapi dah tak gadis.. (kekekekeke aku ler tu!!). Then masing - masing tak kenal.. melainkan 2 orang gadis tu macam ada connection. Maybe kawan serumah kot.. Diam jer la.. Takkan nak ramah tak tentu pasal lak! Tiba - tiba di celah kesunyian tu.. Yang si gadis berbaju kurung bersuara sambil jeling kat kawan dia di belakang aku. Yang minah baju kurung tu depan aku.. Ayatnya camni " Dua kali ganda aku kan.". di ikuti dengan anggukkan kawan dia sambil senyum. Alah.. ko tak yah nak kias2 camtu.. Macam la aku tak tau ko sindir aku sebab kecik dari korang.

Yang menjadi persoalannya.. Bukan aku kecik hati pun.. No hal la takat nak kata aku kecik. Dah memang aku kecik kalau korang cakap besar bermakna korang tipu & sindir aku ler tu. Apa masalah minah tu sebenarnya?? Tetiba jer nak compare aku dengan dia?? Cantik sangat ke cutting body dia..?? Boleh la kan.. sedang - sedang bagi aku. Muka pun tak la gempak sangat macam Angelina Jolie pun.. Aku diam jer.. Aku tak menyindir balik or buat muka ketat. Aku rilex je sampai dorang blah.. sebab umah aku lebih tinggi dari dorang walau dorang lebih tinggi dari aku.
Moral of the story.. even ko nak cakap apapun.. biar la orang tu takde. Ko borak la time ko dah jauh dari aku.. Tak yah sindir.. siap ko bleh point satu2.. apa yang ada kat badan & fizikal aku tang ko rasa tak menarik ni. Tapi.. Kalau dah depan - depan menyindir camtu bermakna dia sengaja nak bagi aku sakit hati la. Tapi Apa motif?? Aku tak kenal dia... Dia kenal aku ker??? Lain la dah kenal.. Ko cakap la apapun aku tak kisah sebab aku dah biasa di sakat dengan kawan - kawan sebab fizikal kecik aku ni. Apa ada hal..  Hai.. macam - macam.. nanti kalau serempak aku nak dok rapat2 dengan dia biar senang dia ukur sendiri samada aku 2 kali ganda dia or lebih.Kan?? Kan??

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HANTU PENJAGA TOMBAK

30.11.10 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kalau zaman dulu.. ia di panggil saka bila seseorang itu menggunakan khidmat jin untuk menjaga harta benda dorang.. erkk.. betul ke tak ni?? Kira betul la tu dari apa yang selalu aku dengar orang cakap & aku baca. Sekarang.. isu yang lebih kurang sama nak aku kupas kupis..

Kisahnya berlaku kat Indonesia.. (memang negara itu terkenal dengan ilmu - ilmu hitam kan??) Seorang ahli paranormal telah berjaya menangkap seekor, seorang.. erkk.. sebuah.. op's.. sebalang.. arghh tak tau la aku nak guna apa bagi hantu ni... yang di percayai penjaga satu tombak kuno. Tombak tu menurut seorang penduduk yang bernama Agus ni di tanam di perkarangan rumahnya. Tapi dorang hanya berjaya menemui mata tombak jer.. lain2 anggota tombak takde. Menurut Si Agus.. kemungkinan tombak tu peninggalan zaman kerajaan dulu - dulu. Dan tombak tu di ambil oleh ahli paranormal tu.

Semalam, akhbar Detikcom melaporkan bahawa hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus. Korang nak tengok tak rupa hantu tu?? Nak??? Nak?? boleh....

GAMBAR menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus di Situbondo kelmarin.
Yang berminat nak baca artikel dari akhbar kosmo ni sila clik : Hantu ditangkap mungkin penunggu

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUAT MAKSIAT DI BILIK MAYAT

30.11.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Korang berani?? Korang baca tajuk jer.. dah fikir orang tu buat benda sumbang dalam bilik mayat hospital.. kan?? Bukan la beb.. Meh sini cik lekit nak bagitau... Isu kupas kupis kita berkisahkan...

Seorang suami yang membunuh isterinya lalu di sorokkan mayat dalam almari.. kemudian bawak balik awek dia kat umah, then buat maksiat dalam bilik yang sama dia bunuh bini dia. Tu keterangan yang di beri awek dia untuk kes Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39.

Kan?? Dah la buat benda sumbang.. pastu terpaksa di dedahkan kat umum sebab terpaksa menjadi saksi kes pembunuhan. Dari orang tak tau jadi tau.. Sesungguhnya, balasan Tuhan tu tidak hanya di akhirat. Walau menjadi saksi untuk kes tu tapi dia terpaksa membuka pekung didada sebab terpaksa memberi kenyataan terperinci sebab dah jadi saksi kes pembunuhan. Siap rancang nak kawen kat Thailand.. sebab bapak di pompuan tu tak setuju. Yang di laki ni lak mengaku dah ceraikan bini dia. Memang cerai.. tapi cerai mati. Namun hajat tak kesampaian jugak nak kawen.. sebab dah terlibat dalam kes pembunuhan.

Aduhai.. Manusia sekarang dah tak takut mati sebab tu la dia tak takut nak bunuh orang. Apapun semoga jadi iktibar pada kita semua & diri sendiri juga yang masih banyak kekurangan. Yang berminat boleh clik untuk membaca artikel ni : Lakukan seks 'bersaksi' mayat

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA ORANG GILA DI BERI KERJA..

30.11.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Awal pagi mengupas ngupis isu hari ini daru HM online.. Apa kes lak ni?? Nak tau jom kita kopek sekarang yer..

Alkisahnya seorang ibu hamil yang sedang sakit nak bersalin di hantar suaminya kehospital.. Sampai jer kat hospital.. Si hubby ni nak pergi parking kereta, then sorang jaga tolong tolak si ibu hamil ni dengan kerusi roda untuk di hantar ke wad bersalin. Malangnya jaga yang ada mental problem ni mengambil kesempatan menumbuk perut si ibu hamil ni semasa dalam lift sebelum di hantar ke wad.

Jaga yang di srujuk ke Wad Psikiatri HPSF dan dia dipercayai mempunyai masalah mental baru je dua bulan bekerja dengan HPSF. Wah bahayakan gajikan pekerja yang mental problem ni. Nasib baik Ibu hamil tu tak apa - apa. Buatnya dia bertindak lebih ganas dari tu.. entah apa yang akan berlaku. So, pasni para majikan kena la alert sebelum mengambil pekerja.. Kena yang gila camtu.. Sangat bahaya!! Kalau korang nak baca artikel ni sila clik : Ditinju sebelum bersalin

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Header Untuk Qila

30.11.10 Suria Lekatlekit 15 Comments


Ini header paling melekit untuk Qila.. Bagi memenuhi syarat contest qila ni. Sememangnya aku hanya tau buat tapi tidak kreatif sangat. Just masa yang terluang.. Mood yang baik dalam cuaca yang muram maka terhasil lah seni melekit hasil tangan Lekat Lekit gurl untuk si gadis comel bernama qila (Ampu lebih nampak!!)

Ni adalah header yang di kosongkan sekiranya qila nak tukar tagline

Ni copy dari header asal qila

So seapa yang berminat nak join contest yang qila anjurkan ni boleh la clik : Header Untuk Qila

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

INI AKU DAN INI JUGA SAYA

30.11.10 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ya.. itulah saya.. itu juga aku!! Cuba menjadi apa yang di jadikan.. Berusaha untuk lebih baik dari sebelumnya dan sentiasa berjuang dengan dugaan yang datang.

Kalau betul penuh teka teki.. Tapi tak minta sesapapun cari jawapan. Ini juga aku.. Ini juga saya.. Ia sebahagian dari diri Nursuria. kadang - kadang tulisan aku agak gila - gila.. Kadang - kadang aku menjadi seorang yang kelakar dan peramah & kadang - kadang aku tegas dalam berkata - kata. Ya.. itu juga saya.. itu juga aku.

Aku menjadi apa yang di jadikan.. Kalaupun tersembunyi bermacam rahsia di sebalik kata - kata tak bermakna sekarang aku bukan diri aku. Aku tetap aku juga.. Dan saya tetap saya. Gaya bahasa & cara penyampaian dalam penulisan adalah melambang aku dan saya. Diluar aku juga seorang yang peramah, kelakar & kadang - kadang juga serius.. Bergantung pada keadaan kalaupun ramai kawan - kawan yang kenal aku dulu seorang yang talkactive & gila - gila. Berbangga dengan apa adanya bukan bermakna aku hebat tapi cuba bergembira dengan apa aku ada sekarang. Berusaha untuk yang lebih baik.. Itu matlamat.

Arghh.. korang dah pening baca kan?? Senang cakap camni la.. kadang - kadang penulisan aku dalam blog bersahaja atau selamba.. kadang - kadang ada unsur joke.. kadang - kadang bunyi macam tegas.. kadang - kadang macam touching pada something.. kadang - kadang skema jer... Taknak korang tertanya tanya aku sebenarnya jenis orang yang macam mana.. Jawapannya mudah.. Semua yang aku sebut adalah aku. kadang - kadang tak semua situasi kita boleh tersenyum.. Tak semua benda boleh di jadikan bahan gurauan dan tak semua benda kita boleh selamba. Bergantung pada situasi mood, feel & idea.

Moral of the story.. aku sebenarnya takde isu nak kupas kupis atau cerita ceriti nak kongsi so aku sesaja buat entry ni memperkenalkan diri sendiri walau takde sapa pun persoalan tentang benda camni. kekekekekekeke.. At least ada gak bahan untuk di hapdet dengan gemilang.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MAJLIS KAHWIN DI MC DONALD

29.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Selalunya.. kita dengar orang celebrate birthday jer kat restoran2 makanan segera ni kan???.. Tapi korang tak ada manusia yang fanatik dengan makanan segera sanggup mengadakan majlis kawen nya kat Mc Donald dan menjamu tetamu dengan Big Mac, nuget ayam dan kentang goreng.

Agak - agaknya berapa orang tetamu dorang tu ekk?? Muat ke restoran Mc Donald tu?? Kat mana?? Yang pasti bukan kat Malaysia...nun jauh di , USA. Tak tau kot - kot lepas ni ada rakyat Malaysia pun nak tiru camtu, Kan?? Kalau korang nak baca  artikel ni sila clik : Nuget ayam jamuan majlis perkahwinan

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TINGGAL DI RUMAH PPR, TAPI BARANG KEMAS MENCECAH RM85K

29.11.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Macam tak caya kan?? Seorang warga emas yang tinggal kat rumah PPR menyimpan barang kemas yang berjumlah RM85,000.00. Sejak bila dia kumpul barang - barang kemas tu agaknya?? Ada bayar zakat tak makcik??


Tapi Malangnya, kesemuanya di curi apabila rumahnya di pecah masuk. Barang kemas sejumlah lebih dari RM85,000.00 simpan dalam bilik tido?? Kalau dia ada kat umah time tu sanggup berbunuh penyamun tu.. Penjenayah sekarang, kan?? Paham - paham jer la. Nasib baik dia takde time tu. Menakutkan betul.. So, sekiranya korang ada barang - barang yang berharga yang mencecah Puluhan ribu ringgit camtu.. simpan la di tempat yang selamat & tidak berisiko. Kalau jadi macam makcik tu kan Putih mata. Pada korang yang nak baca artikel ni boleh clik : Warga emas putih mata barang kemas RM85,000 dikebas

P/s : Agaknya kalau makcik tu gantung semua barang2 kemas dia bleh mengalahkan mami jarum tak??? 

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU SHIDA BERKELAKUAN PELIK SEBAB PUTUS TUNANG??

29.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Seperti korang sedia maklum hobi aku adalah blogwalking.. Tidak semata mata kena kejar traffic tapi lebih kepada suka membaca & amik tahu tentang isu - isu semasa.. (yang aku suka la..) jenjalan di pagi buta ni.. Link ke link aku clik.. tak kira yang aku add follower or tak.. Mana aku jumpa topik best aku clik jer...


Wah hasil clik mengelik ni.. Memang tak sia - sia kan?? Isu cikgu shida memang masih tak kering - kering di perkatakan.. Nak - nak lagi sempena cuti sekolah ni cikgu shida semakin aktif berkarya dalam video miming dia tu. Paling terbaru yang aku rasa jelik & pelik video miming berpacaran ke hapa tajuknya. So, di kesimpatan yang kesempitan ini aku share dengan korang apa yang aku temui dalam acara jejak blog aku kali ni...

Berpandukan kenyataan dari blog someone ni.. Katanya cikgu shida yang dulunya (menurut cerita mak dia)... "Mak aku cerita, dia mengajar very well, dan seorang yang pendiam dan menyendiri tapi mak aku pelik kenapa dia jadi camni. Pastu mak aku panjangkan cerita, dia ni pernah marah kat murid dia sebab intai dia tengah 'shooting' sorang-sorang kat dalam classroom. Sumpah lawak weh! Haha. Oh, ya! Mak aku tak mengajar sekolah ni. Mak aku ajar sekolah kat tuuutt." << aku copy paste bulat - bulat statement ni dari blog someone tu ok!

Persoalannya sekarang kenapa dia jadi camtu.. Menurut blogger tu.. (still merujuk pada statement mak dia).. "Persoalan sekarang, kenapa dia boleh jadi macam tu? Ya, nampak macam gila+mental+gila talak? Eh? haha. Sebenarnya dulu dia tak macam ni. As well as my mum said, she teach very well in English subject. Tetapi segalanya berubah bila dia putus tunang kalau tak silap aku. Yea, she is very butthurt tentang ini dan telah mencacatkan sikit mentalnya. Sebab itu kalau korang perasan, video awal-awal dia semuanya lagu frustrated. Kekadang kesian pun ada. Haha. So, pada yang kata dia ni cute, cepat-cepat la hantar meminang kat dia ok?" << Juga aku copy paste bulat - bulat takut tersalah taip lak nanti.

tentang putus tunang cikgu shida pun pernah bagitau dalam facebook dia tentang tu.. Tapi dengan alasannya sendiri la. Aku ada pernah baca pasal tu. Dari awal lagi aku dah terperasaan cikgu ni macam ada masalah mental.. Maybe sebab frust putus tunang ni la kot. Sebab bagi aku something yang kurang normal dia buat dalam status & usia yang macam tu. So pada korang nak percaya or tak.. terpulang. Just aku share informasi yang aku jumpa dengan korang dengan merujuk pada blog : http://az-arepa.blogspot.com/

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DI CELAH - CELAH KEBAHAGIAN YANG KITA NAMPAK.. kadang - kadang ada kisah airmata

29.11.10 Suria Lekatlekit 11 Comments

Kembali bercengkerama di tengah pagi yang tak celik - celik.. Tadi dah tertido awal.. Sebelum pukul 10 lagi.. Pastu lebih kurang pukul satu bangun pulak... Den mimpi arwah ayah lagi dapat 2 tiket percutian ntah kemana dengan mak.. Bangun terus di selebungi sayu. Entah kenapa mimpi AYAH selalu datang.. Mungkin sebab terlalu rindu kot...

Di celah - celah kebahagian yang orang nampak.. tak siapa menyangka akan di susuli kisah airmata. Seperti.. Kisah aku nak kawen dulu. Girang bukan kepalang Mak & arwah Ayah.. dorang lebih banyak perancangan dari yang nak jadi pengantin. Tapi kuasa Allah.. Belum sempat aku berwalikan Ayah, dia pergi dulu di celah - celah kebahagian yang kami kecapi..

Macam kes Raja Azura.. Kita melihat kebahagian mereka.. Tanpa sebarang kontroversi atau gosip keretakkan rumah tangga mereka.. Tiba - tiba timbul Isu mereka merujuk masalah ke Jabatan Agama Islam seterusnya berakhir dengan penceraian. Di celah - celah kebahagian mereka.. Tak siapa tahu ada kisah airmata dalam rumahtangga mereka sebelum di sahkan bercerai. Tak mungkin konflik yang di hadapi dalam 1 2 hari akan menyebabkan penceraian.. Mungkin masalah ini timbul lebih lama namun.. kedua dua pihak sangat bijak menyembunyikan. Kisah peribadi.. tak harus di canang pada umum. Itu aku setuju sangat.

Mungkin kita melihat senyuman.. Tak putus - putus cerita penuh suka, jarang sekali ada tangisan di sebalik kata - kata atau tulisannya.. Tapi celah - celah kebahagian yang kita nampak.. kadang - kadang ada kisah airmata yang di sorokkan. Siapa tahu.. mungkin di kalangan kita yang menulis blog yang ceria.. tanpa pernah sekali membongkar kisah airmata.. sebenarnya di celah - celah taipan kebahagiannya ada kisah duka yang sedang di lalui. Jadi tak perlu terkejut andai satu hari di celah - celah cerita bahagia.. Tiba - tiba muncul sebuah cerita gempar tentang luka yang berakhir.. sedangkan kita tidak tahu bila mulanya.

DI CELAH - CELAH KEBAHAGIAN YANG KITA NAMPAK.. TIDAK MUSTAHIL ADA KISAH AIRMATA YANG DI SEMBUNYIKAN.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HARI YANG LEMAU..

28.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Orang hari minggu bersuka ria.. aku berduka cerita lak kan?? Bagi yang bekerja.. Hari ni memang la hari pesta raya, pesta tido, pesta tengok tv, tengok wayang, lepak & bagai lagi la.. Tapi bagi yang memang hari2 dok umah jer hari ni la hari yang paling lemau... Hari bosan.. Nak rehat, nak tido.. hari - hari pun bleh. Tapi hari ni.. sob.. sob.. sob..  (bunyi nangis Uolls)

Bosan tahap cipan kena kurung dalam sangkar kucing.. Nak manjat tak bleh.. nak buat aksi akrobatik tak bleh..Nak lompat - lompat tak bleh.. Begitulah yang dapat aku gambarkan dari perumpamaan melekit aku ni. Ntah napa bosan sangat dok umah.. En Hubby bz ngan keja dia kot. So, tinggal la sorang - sorang kat umah.. Skodeng2 blog orang pun tak banyak yang berhapdet hari ni.. Almaklum la hari Ahad kan?? Nak - nak lagi hari ni jadi kontang idea nak kupas kupis.. Baca paper pun semua cerita yang tak menerujakan minda aku untuk kopek isu tu.

Mata kuyu - kuyu tapi tak mau la lena.. aku jarang tido siang. Pun camtu aku still susah tido malam.. Time tido dah tak setting sejak jadi surirumah tangga. Kalau dulu keja ofis hour.. Tak bleh ngelat nak bangun, on time kena bangun, pastu on time jugak kena masuk ofis.. Bila keja badan cepat penat, mata senang sikit pejam. Bila tak keja.. banyak rehat, mata degil sikit. Kat umah ni apalah sangat nak buat. Umah kalau hubby tak sepahkan.. Takde la kena kemas. Baju pun takat aku dengan en hubby.. Bapa pasang sangat 1 hari nak pakai. Masak pun kalau hubby nak makan jer.. Aku sorang - sorang belasah jer apa yang ada. Time - time camni aku rindukan ke bz an di ofis.. bukan takat bz keja.. bz body skali. Insyaallah jika ada rezeki, ada peluang.. aku memang nak keja. Tak selesa jadi surirumahtangga sepenuh masa... erkk.. dah 3 bulan aku tak keja kan?? Rasa macam lama dah aku dok kat umah ni.. Okey la Uolls.. aku nak jenjalan cari bahan jab. Maybe ada something yang boleh di kopek

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KONSEP KAWEN YANG UNIK & KOS RENDAH

28.11.10 Suria Lekatlekit 14 Comments

Pada korang yang nak kawen tu.. tapi bajet ciput. Korang tau tak korang mampu cipta keunikkan untuk hari bahagia korang. Buat apa la berhabis berpuluh2 ribu.. Nak ikut konsep barat bagai. Konon sekali seumur hidup.. Nak lain dari yang lain. Budget skit pun bleh cipta kelainan apa.. Jarang - jarang orang nak buat konsep camni.. Jangan terkejut kalau harian metro, utusan, berita harian, kosmo, Nona, melodi datang buat liputan kat majlis kawen korang nanti.. Bukan bersanding atas jentolak.. Tak juga di arak atas lori pasir.. Oh.. bukan bersanding di atas pelamin bak kayangan.. Semua itu bukan! Bukan! Dan bukan...!! Nak tau konsep perkahwinan camna yang unik tapi save budget. Meh sini nak tunjuk.. Maybe korang tak terfikir sebelum ni.. Tapi lepas ni mana lah tau korang jadi excited nak ikut konsep ni lak.. Memang menjanjikan kelainan..
^
^
^
^
^
^
^
Taraaaaaaaaaaaaaaaaa

Ini konsep perkahwinan suku kaum Mahmeri (guna bantal tido jer buat lapik tangan.. tak ke jimat)

 Ini pula untuk suku kaum semai (make up main calit - calit yer kaler kat muka)

Ha.. kan budget!! Tak payah sewa crown bagai.. Tak payah pakai baju lip lap lip lap mengalahkan kunang - kunang silaunya.. Hasil bumi jer. Mana ada orang melayu buat konsep perkahwinan camni lagi, Kan?? So, apa kata korang buat. Mesti Unik & lain dari yang lain melainkan suku kaum itu sendiri. Apamacam idea aku?? Ok.. konsep ini aku namakan konsep perkawinan Original People. Selamat mencuba yer kepada bakal - bakal pengantin. Budget?? Tiada lagi masalah.. anyam jer daun palas ker.. Daun kelapa ker..daun nipah buat crown & accessory yang nak di pakai.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAHASA GANTI DIRI

28.11.10 Suria Lekatlekit 9 Comments

Gua cakap lu la beb.. Gua ni tak suka la orang bz body pasal gua.. Pehal lak lu nak kecoh. Gua bukan pinjam duit mak bapak lu bayar bill internet gua nak update blog. Suka hati Gua la la nak cakap camna pun!! << Sekadar lakonan yer Uolls

Gua?? Gua apa?? Gua Musang?? Gua Kelam?? .... Rasa korang enjoy tak baca taipan seorang gadis melayu camtu?? Rasa stylo ke guna bahasa ganti diri Gua & Lu?? Nampak macam tak beradap jer kan?? Bila baca jer.. Mula otak pikir.. Ni gadis melayu ke Amoi.. Even Amoi pun sekarang tak cakap Gua & Lu.. Banyak yang guna perkataan I & you...

Kenapa Aku & Kau kita tak rasa kasar & biadap sangat?? Sebabnya kita guna perkataan ganti diri tu bila berbicara dengan Tuhan.. Bagi aku lebih manis Aku, Kau dari Gua & Lu. Jangan terkejut kenapa isu ini timbul sebab aku memang suka blogwalking. Blogwalking sentiasa bagi aku inspirasi untuk menghapdet blog. Aku rasa cukup - cukup janggal membaca taipan camtu. Kadang - kadang ayatnya agak lantang kebiadapannya. Nak - nak lagi seseorang itu menampilkan imej muslimah.. (tak macam den kan??) tapi bahasanya cukup kasar. Tidak mengambarkan keperibadian dari imej yang di tonjolkan. Alangkah manis gadis itu menggunakan bahasa yang lebih sedap di baca.. Tak kisah nak berjenaka.. Tak kisah nak selamba.. Tak kisah nak gila - gila.. even aku baca blog akak2 shemale pun.. walau penuh carut maki dalam gurauan tapi boleh senyum jugak.. Dorang kebanyakkan ada ganti diri khas.. Macam Nyah, Mak, Nokk.. Jarang aku nak tengok akak2 shemale ni guna perkataan Lu & Gua.


Menulis untuk tatapan umum biarlah sedap di baca.. Kalau dah bahasa pun buat orang rasa janggal nak sebut.. Bermakna kau menulis untuk tatapan sendiri. Aku tak point nama sesapa, or blog mana just menulis untuk peringatan semua & diri sendiri. Yang baik.. kita sama - sama teladani, yang buruk sama - sama kita sempadankan. Maaf kalau kata - kata aku ni menguris mana - mana hati yang membaca. Tak berniat nak jatuhkan sesapa atau memburukkan mereka dengan sengaja. Sekadar memberi pandangan melekit aku jer.. PEACE NO WAR.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MARI LIHAT APA YANG TERBARU

28.11.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Dalam korang enak di buai mimpi malam minggu.. Atau merayau rayap sempena cuti.. Mungkin juga bergoyang kaki tengok TV.. atau beronline tak ingat anak bini.. laki... Aku disini berperah otak.. terpaksa perah sebab takde dry clean.. Mengedit.. mengopek.. mengcopy.. menampal.....

Tentu korang pelik aku dok merapu royan apa?? Apa kata korang scroll balik ke atas.. Tengok betul.. betul.. Yang rabun pakai spek dulu ok?? Dah nampak kan?? Meriah karipap gitu... Tetap colorful ranggolia (tu bahasa melekit aku). Ya Header baru blog aku.. Semalam dah tukar tapi terlalu alam disney malaysia lak.. Rasa macam tak sedar diri. So, aku tak tukar tapi tetap tema meriahkaripapusing. Aku nampak macam semak sikit.. Ni pun dah bapa kali mengadjust. Dah letih..

So, harap mata - mata korang tak kena sebarang penyakit yer lepas tengok header baru tu.. Model tetap sama gitu. Den blom kaya nak bayar royalti mahupun gaji untuk model2 yang lebih cun.. So terpaksa guna model comot sebegitu sebab tak di kenakan sebarang bayaran. Ok la time tu......... Berlayar! Chow kit Road.. Bubye

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

POST TERBANYAK

27.11.10 Suria Lekatlekit 9 Comments

Usaha tangga kejayaan.. Kerana penat lelah daki tangga bagai.. Bulan ni menampakkan peningkatan dari jumlah view & follower juga. Bulan ni walau belum akhir bulan.. (dak dekat2 dah akhir bulan ni) post aku termasuk entri ni dah menjangkau 103 Post.. Ha kau! Sekaligus.. November 2010 mengungguli carta post terbanyak.. Tahniah November.. November adalah pencabar Utama untuk bulan December nanti. So, December jangan kasi malu yer.. Kejar yob kejar!!

Tapi tengok En Ben punya post Bulan Nov dah sampai 400++.. Wah Otak En Ben memang tak pernah rehat ke?? teringin nak tengok jari En Ben.. Tak kontot ke asyik menaip?? (Just Joke) Untuk ke tahap En Ben tu memang banyak lagi tangga darjat nak kena daki but tak salah kita mencabar diri sendiri. Kalau dah Malaysia Boleh.. Rakyat Malaysia takkan tak boleh?? Kan?? Kan?? Kalau En Ben yang sama macam manusia lain ada otak, ada mata & ada sepuluh jari boleh buat.. Kenapa kita yang ada benda yang sama macam dia tak boleh buat lak?? Tak tau la kalau En Ben Ada 20 jari tangan.. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan even kita menaip guna jari kaki sekalipun. Tak bermakna.. TAK BOLEH kan Uolls??

So, Sekarang aku dah belajar.. Dengan satu dua post sahaja takkan mengangkat blog kita sebagai JUARA. Kena rajin.. kena peka.. kena amik tau hal semasa.. (tak kira la kisah jiran tetangga ker) Bukan tujuan menyibuk tapi mencari Inspirasi untuk menulis. Imaginasi juga kena luas.. Kalau kita tengok BOLA, takkan kita hanya nak cakap bola tu bulat, ada macam - macam kaler, orang main bola kena sepak bola.. Kan?? takkan kita sekadar nak menulis secara skema jer.. So, dengan imaginasi kita boleh huraikan satu benda menjadi sebuah cerita. Itulah dinamakan kreativiti. Arghh.. Macam kreatif sangat si lekat lekit ni?? Takde la just memberi pendapat melekit jer. Aku pun umpama kanak - kanak yang baru kenal ABC dalam dunia blog ni.. So belajar & terus belajar sebab ilmu itu takkan abis hingga ke liang lahat. Pada Uolls semua.. Sentiasa mencabar diri sendiri bila melihat kejayaan orang lain bukan mendengki sesama sendiri yer.. Sesungguh tiada Istilah 'Dengki Tangga Kejayaan." Sekian Makaseh

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CARA NAK LAJUKAN BROADBAND YANG DAH OUT OF QUOTA

27.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Bila penggunaan banyak.. quota limit mesti ter out kan?? Sementara nak tunggu dia reset balik.. Kadang - kadang tu baru tengah bulan.. beruk dah mula malas - malas nak gerak. Nak tengok Youtube pun sangkut - sangkut jer.. Tahukah korang kini ada cara untuk menyetelkan masalah beruk anda yang terpancit sebelum masanya sebab penggunaan melebihi limit yang di tetapkan. Nak tau ker?? Nak sangat ke tahu ni?? Betul ker...?? Korang memainkan kot..?? Ye.. nak tahu ni?? Ok.. ok.. meh sini aku nak kongsi kan...


Jeng.. Jeng.. Jeng... Kalau korang nak tau sangat clik je >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> Budak Botak. Kat situ dia nanti bagitau camna nak buat beruk anda kembali aktif walau penggunaan out of quota. Tak kisah beruk jenis apa korang guna.. semua bleh jer.. Bak kata orang sharing is caring.. I'm so caring Uolls!!

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DAN AKHIRNYA.. SI COMOT MENDAPAT AWARD

27.11.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

LOVELY BLOG AWARD

jangan jeles!! Minta perhatian semua.. Inilah award pertama si lekat lekit dapat Di tag oleh Akak stoberi yang sedang bercuta cuti kat mana ntah.. Maybe kat gunung gondol bertapa ilmu berblog.. kekekekeke.. Apapun thanks akak stoberi. Jangan lupa balik bawak buah tangan jangan buah hati tau!! So ada 5 Perkara Indah perlu di jawab dulu...

5 Perkara indah yang melekat lekit Di hati ku
1. Dapat Award ni yang di tag Akak Stoberi
2. Dapat Berblog Dengan Aman Damai
3. Dapat Kawan - kawan blog
4. Ada Blog sendiri
5. Ada orang sudi skodeng & follow Blog aku

macam biasa harus la memasang perangkap Melekit.. Mari lihat siapa yang dapat tag ni
cma shiema
Dedeq
Cik Gallus Gallus
Cekla
Cik Farah
SM Banjamin
Lyafrina
Cik Ila
y@n@

Amik - amik semua.. Lekat kat entry korang cantik - cantik pastu canangkan pada DUNIA.. kitalah kanak - kanak dumex membesar bagai juara

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BERPRASANGKA BAIK ITU AMALAN YANG BAGUS tapi..

27.11.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Siri menjelajah blog di petang hari.. Tertarik dengan isu kawan blog aku ni si deqdeq.. so aku nak buat kesinambungan isu tu dengan pendapat melekit aku sendiri.. Bleh kan deqdeq?? Deqdeq ada berkomen tentang isu cikgu shida, uncle seekers & Mantan Permaisuri Dan juga Dr Romzey.. Dia mengambil sikap berprasangka baik.. Bagus deqdeq.. Baik budaknya. Sentiasa positif. Memang bagus bersikap demikian tapi...

Ni pendapat melekit yer.. Bukan nak kondem sesapa. Memang kita harus berprasangka baik.. Namun pada sesuatu benda yang tak jelas niatnya. untuk tidak mengundang permusuhan ataupun perseketaan.. Tapi jika ia di susuli dengan kenyataan yang bercanggah, kenyataan yang mengundang pertikaian, kenyataan yang melawan hukum, kenyataan yang mengelirukan.. wajarkah kita untuk menerimanya secara positif?? Negatif jelas.. Ini bukan point pada Cikgu shida, Uncle Seekers mahupun Dr Romzey yer.. Sekadar pendapat secara umum. Bila sesuatu isu itu menjadi panas.. Maka ada yang menyokong & ada yang menegah.. Jika seorang bersuara.. di ikut 2 3 orang lagi menyokong untuk menegah.. Tapi yang menyokong untuk di teruskan lebih banyak maka ia di anggap sesuatu itu di terima secara positif & mungkin ada kebaikkannya disitu. Tapi sekiranya jumlah yang membantah mengatasi jumlah yang menyokong kita harus mengkaji & menilai semula sesuatu perbuatan itu. Mungkin pada niat betul tapi pada cara salah. Ia tetap SALAH bagi pendapat melekit ku. normal nya niat yang baik akan di susuli dengan tindakkan yang baik juga. Mungkin ada juga berniat baik.. tapi tersalah dari segi tatacaranya.. So, disitu akan timbul salah faham. untuk menstabilkan niat & perbuatan haruslah seimbang. Jika niat itu baik.. cari la jalan yang baik untuk di laksanakan. Insyaallah akan di terima secara positif.

Untuk berprasangka baik pada sesuatu yang kita tidak suka.. memang sukar. Kita tengok janggal, pelik, buruk & tidak sopan.. Jelas terpamir dari perbuatannya kalau kita mengeluarkan kenyataan mungkin niat dia cuma ini.. itu.. untuk kebaikan. Nampak sangat hipokrit kan?? Jika kita nampak perbuataan itu terang terangan salah, tapi still kita mencari alasan untuk membetulkannya sebab kita menyukainya.. Itu di namakan menegakkan benang yang basah. Jika kita lihat.. Apa yang di sampaikannya baik.. betul pada caranya.. kenyataannya berlandaskan sesuatu yang ada & logik tapi tetap nak menafikan.. Maka itu dinamakan Sudah terang lagi bersuluh atau baling batu sorok tangan (erkk.. aku pun tak pasti bleh ke guna perumpamaan ni). Biarpun apa yang di sampaikan seolah - olah menegur salah kita, jangan nafikan demi membela diri sedangkan kita tahu memang betul apa yang di katakannya.

Kat sini.. cuma aku nak katakan citarasa kita berbeza.. sama seperti pendapat & penilaian kita.. tapi kembali berpandu pada sesuatu yang betul untuk merujuk benar atau salah apa yang di buat atau di katakan. Jika ia betul.. Tetap akan betul selamanya DAN jika ia salah takde apa yang dapat mengubah untuk membetulkan sesuatu yang salah seperti HUKUM HARAM & HALAL. Kalau dah kata BABI itu haram.. jangan la dok percaya  Tok Guru Ajaran sesat yang kata HALAL MAKAN TULANG BABI lak. Dia takkan jadi HALAL sampai bila - bila sebab hukumnya dah macam tu. Alasannya yang di berikan kenapa Ia haram pun sudah JELAS. Apapun ini sekadar pendapat peribadi.. Bagus macam deqdeq berprasangka baik & setuju juga dengan pendapat dia.. Tapi kalau terlalu berprasangka baik sangat pun dalam zaman sekarang boleh HANCUSS juga sebabnya.. Kita dah jelas dengan laporan media.. Taktik penjenayah sekarang cukup licik. Dalam wajah yang penuh kasih sayang, tutur bicara yang sopan santun, perbuatan yang lemah lembut tapi kita tak dapat meneka niat JAHAT seseorang tu. Sebab tu banyak kes penipuan.. Sebabnya terlalu berprasangka baik. Apapun perbuatan harus la berpada pada.. sangka baik pun berpada pada.. prasangka buruk pun perpada pada juga. Tapi tonggak utama adalah diri sendiri. Pilihan di tangan kita sendiri. Tepuk Dada tanya selera.. guna akal bukan kepala lutut.

Pada Deqdeq.. Ha.. kita dah ada connection dari entry ni.. meh kita share link. So, pada yang nak baca pendapat Deqdeq lak sila clik Deqdeq (Part 1) Deqdeq (Part 2)

Apapun kami sebenarnya bestfriend.. Kan Deqdeq???

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

UMUR 3 TAHUN & 5 TAHUN DAH PANDAI JATUH CINTA

27.11.10 Suria Lekatlekit 6 Comments

Mak - mak & Bapak - bapak sila tinjau anak masing - masing yang berusia sekitar 3 - 5 tahun. Tengok dorang suka mengelamun ke tak?? Menyebut nama sang kekasih ker.. Bukan apa Uolls, sebab dunia semakin advance kanak - kanak pun semakin cepat matang. Kalau kita dulu umo 3 tahun.. Memori kabur - kabur lagi. Nak gatal2 dengan budak lelaki rasa tak tau la camna. Sekarang tak lagi... Buktinya?? Jom kita kupas kupis sekarang

Terbang jauh skit yer hari ni ke Dubai sana nu.. Bukan kat Malaysia.. Kanak - kanak perempuan berusia 3 Tahun dan kanak - kanak lelaki berusia 5 tahun menjadi pasangan bertunang termuda dengan persetujuan masing - masing. Erkk.. aku macam tak caya jer kanak - kanak ni cukup matang untuk buat pilihan tentang jodoh. Korang boleh terima ker?? Menurut Mak bapak budak laki laki ni.. Anak dia terpikat dengan sorang awek umur 3 tahun semasa mereka membuat lawatan keluarga. Balik umah si Hero 5 tahun ni jadi angau.. rasa rindu, sunyi tanpa si awek 3 tahun tu sampai taknak pergi tadika kalau awek dia takde. Pastu Mak bapak budak laki2 ni cal la mak bapak budak pompuan tu.. Then mak bapak budak pompuan tu cakap anak dia pun sama.. Dah menunjukkan tanda tanda angau. Then atas perbincangan tu.. dorang pun bercadang nak tunangkan budak - budak ni. Alahai.. Mak Bapak. Ikutkan sangat kehendak anak - anak. Dalam usia kanak - kanak camtu apa sangat dorang boleh fikir.. Yang kurang cerdik sekarang mak bapak bukan kanak - kanak tu.

So, kanak - kanak ini menurut perancangan keluarga akan di kahwinkan setelah usia kanak - kanak lelaki tu menjangkau 15 tahun. Keluarga kanak - kanak lelaki tu cakap akan sponsor semula perbelanjaan persekolahan dorang sehingga ke Universiti kelak. So kita tunggu lagi sepuluh tahun... Adakah cinta yang berputik di usia belum akil baligh apatah lagi berkhatan (erkk.. muslim ke dorang ni?? Tak pasti lak) berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Pada yang teruja pada artikel ni sila clik : Pasangan tunang termuda di dunia

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HIGHWAY MELEKIT KU YANG PENUH SIKU LIKU

27.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Ok.. meh kita check pengembaraan melekit hari ni (26 Nov) dan sepanjang minggu ni. Bukan sekadar menunjuk nunjuk walau kelihatan sebegitu rupa.. Sekadar memotibasi & memotipanas kan diri sendiri jer..  Boleh nampak peningkatan kalau di bandingkan dari yang sebelumnya. So, takde la banjir lagi kebot aku dok tadah air mata jer macam dulu.. Skang dah bleh sengih sampai telinga. Apapun aku masih blogger di tepi longkang yang menanti untuk keseberang melukut di tepi lombong.. seterusnya bersantai di tebing waterfall sebelum berjemur di swimming pool... (tu cuma perumpamaan melekit, level - level yang aku nak tujui sebagai seorang blogger jer..)

Stats 26 November 2010 (Top 10 Pageviews)

Stats 20 - 26 November 2010 (Top 10 Pageviews)

Biar tak sehebat korang.. Biar tabung nuffnang aku tak layak lagi nak cash out.. Biar aku masih di tahap buku lali tapi aku tetap berjalan dengan satu prinsip "USAHA TANGGA KEJAYAAN"

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Contest Mimik Muka MENARIK

27.11.10 Suria Lekatlekit 11 Comments

Aku paling suka contest - contest camni.. Nak tau sebab apa?? Aku suka amik gambar dengan mimik2 muka yang buruk - buruk, comot - comot & hodoh - hodoh belaka.. Sebab itu kan satu SENI jugak. (Statement minta kena pijak sampai lumat) Dari dok dalam arkib buruk jer gambar2 tu ada baik aku mempertaruhkannya. Kali ni anjuran 6 September (tu nama blog dia). Sebelum korang pengsan tengok mimik - mimik muka momok ku apakata kita tengok gambar cun dari banner penganjur dulu..

Tu dia comel kan?? Tu yang comel.. Bersediakan korang nak tengok yang comot lak.. Amaran pesakit Jantung tahap kronik sila pastikan ada ubat di sisi anda sebelum melihat aksi - aksi 18SC (seram & comot) ni.

^
^
^
Taraaaaaaaaaaaa....
Pengsan!!
Koma!!
Harap tak meninggal yer.. 
(Gambar ni diambil untuk meniru aksi bunny pemberian Boipren yang kini hubby. Maaf yer.. terpaksa sayang sebab pemberian orang tersayang. Kalau nak harap den wat koleksi menda alah tu.. Ada lagi baik den gi makan pizza dari beli menda - menda camtu)

Seperti biasa aku nak pasang perangkap melekit.. Jom kita tengok sapa mangsa - mangsa nya

Pada yang tak terkena tag perangkap melekit ni & mengidam nak join semuka.. Bleh la clik Contest Mimik Muka MENARIK untuk mengendap undang - undang yang termaktub dalam contest ni.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

REFILL PACK

26.11.10 Suria Lekatlekit 13 Comments

Pehal lu beb?? wah cam gangster lak mukadimah entry ni kan?? Saja je test tahap samseng.. Bukan apa kadang - kadang masuk blog orang awal - awal dah kena sound. Greeting tu alahai kadang - kadang bunyi cam kerek semacam.. Ada yang di tegur cara baik.. terima teguran & tukar greeting tu. Ada yang tak kisah.. Tapi takpe la tak memudaratkan sistem pencernaan otak aku pun.. Aku ok jer maybe orang lain tak OK mesti rasa menyampah.. erkk.. pasal cerita lain ni?? Saja jer intro.. Aku kan pengskondeng blog tahap medium. Abis semua kuman - kuman dalam blog orang aku nampak padahal blog sendiri lebih banyak bakteria buat pejam mata lak.. kekekekeke. Apa yang tak kena tegur.. Insyaallah untuk kebaikan bersama.

Ok berbalik pada tajuk UTAMA kita pasal REFILL. Apa itu REFILL adik - adik?? tengok kamus.. Jangan malas. Bercerita pasal refill semua orang tau kan Ada body syampu refill pack, pencuci lantai refill pack, febreez refill pack, printer ink refill.. Semua dah buat dalam bentuk refill sebab apa?? Maybe salah satu jimat.. Satu lagi untuk mengurangkan sampah kot. Botol - botol tu tak perlu buang & boleh guna untuk refill semula tapi korang perasan tak ada satu benda yang aku rasa sesuai & patut dia buat refill pack ni tapi takde.. (or maybe aku yang tak up 2 date tak tau la). Korang teka apa?? Semua salah.. (sebab aku tak dengar pun korang jawab).Hair Syampu.. korang pernah jumpa ke yang refill pack?? Aku tak pernah pulak.. Kan elok hair syampu buat dalam refill pack. Tak la bersepah tong sampah ngan botol2 syampu tu kan?? Harga Refill pack ni selalunya lebih murah dari dalam botol. Dah menjimatkan & membantu alam sekitar tu. Kenapa ekk takde or aku yang tak perasaan?? Kalau ada tolong khabarkan.. Loreal hair syampu kat mana ada refill pack. Takde la bersepah botol syampu tu kat umah aku.

So, kalau benar hair syampu belum ada refill pack.. Aku cadangkan ia di buat. Bukan pack syampu 50 sen yang kecik2 macam kat hotel tu.. Tu watper. Membazir jer. hehehe.. ada - ada saja kan melekit ni?? Refill pack pun jadi isu. Sebabnya aku kadang - kadang tengok botol syampu tu macam cantik jer.. Nak buang sayang, tak buang menyemak so terfikir la kan bagus ada Refill pack. Kan??Kan??Kan???

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KONTEST GAMBAR PALING LUCU

26.11.10 Suria Lekatlekit 3 Comments


 Ini contest anjuran http://noieizan.blogspot.com/2010/11/kontest-gambar-paling-lucu.html Dah nama pun kontest gambar paling lucu.. So, kena la letakkan gambar yang lucu. Actually, aku ni banyak koleksi gambar - gambar dengan memek muka yang huduh - huduh & comot.. Tak tau la lucu ke tak.. Penganjur cakap jangan bebel panjang - panjang.. So, let's kita tengok gambar - gambar tak senonoh aku

Gambar ni sure korang dah biasa tengok tapi tak tau apa aksi sebenarnya yang nak aku buat. Ni la gambar aksi Gajah yang cuba aku lakonkan.

 Kehodohan pada pic ni amat menyerlah.. Ni adalah aksi monyet nampak awek

Ni aku tak tau nak kategori aksi apa.. Maybe aksi orang gila meroyan kot

Ini je gambar yang bleh aku pertaruhkan sebabnya gambar lain susah untuk di jadikan tontonan  U  sebab aksi2 gila bleh buat korang takut dengan aku. So, Pihak juri jangan lupa kasi * banyak skit yer.

Tiba masanya melekatkan kawan kawan untuk kontes ni. Meh kita tengok sapa yang terkena lekitan ini

So pada Uolls yang nak join tapi tak terkena lak tag melekit ni Uolls bleh clik link kat atas tadi yer. Tarik Katup (tutup) 01 Disember 2010

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AWARD BLOG COMOT

26.11.10 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bila menjelajah kawasan tawanan.. Memasing dapat award blog cantik, blog comel, blog menarik.. award blog yang indah - indah belaka la.. Kiranya yang mendapat award mesti kembang sekolah (bukan sekolah se kolah air tu<< tempat takungan air yer..). Yang tengok tumpang senyum sampai ke telinga jer.. Sambil ucap tahniah bagai.. Dalam hati alahai.. malangnya nasib blog comot cam aku. Nak comel - comel tak pandai..

Thanks 4 read this
 
Takde ke anugerah Blog comot untuk blog2 macam aku ni?? Wah.. kalau ada mesti aku dapat tempat pertama kan?? erkk... napa nak malu?? Mesti bangga dapat anugerah walau comot skalipun. Mesti hargai.. So takde ke sapa2 nak buat award untuk blog comot. Kalau ada tolong calonkan lekatlekitgurl punya blog yer.. Saya bersedia menyahut cabaran merebut gelaran blog paling comot.

Bersedia menyahut cabaran
 
Sebenar comot juga satu seni.. eh! Apa lak tipu?? Ye betul comot itu satu seni.. walau compang camping, muka berlopak bagai.. sana sini berconteng.. Korang penah tengok lukisan abstrak tak?? warna dia macam - macam. Calit sini skit, sana skit.. kejab garis.. kejab macam kesan percikan jer.. Tapi tetap orang cakap SENI. Siap ada maksud tersirat lagi. So, comot juga satu SENI yer.. Ini adalah fakta melekit semata - mata.. Tiada kena mengena dengan orang yang melekat di seantero dunia. Kekekekekekekeke

Contoh Lukisan abstrak yang comot tapi penuh seni
 
Sebenarnya tengah bosan.. Nak kupas kupis macam malas je nak jogging baca paper.. So, blogwalking jer sambil baca kisah2 seharian orang lain. Tu yang tetiba terpancul idea nak buat entry pasa AWARD BLOG COMOT tu.. Abis sana sini orang tunjuk banner award blog cantik, comel dorang. Tak jeles sebab memang blog aku tak layak sebab comot. Ini pengakuan benar yer.. Bukan pengakuan minta simpati apatah lagi minta tapak kaki. Apapun pada korang yang dapat award blog cantik, comel, menarik.. Dari pemerhatian aku korang memang layak sebab aku pun tengok indah. Tahniah yer..

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ANAK TONG SAMPAH KINI BERGELAR PELAKON

26.11.10 Suria Lekatlekit 11 Comments

Tuah ayam nampak di kaki.. (nampak ker??) Tuah manusia siapa yang tahu kan??? Melalui dugaan sebagai anak terbuang.. Entah mana di lahirkan.. entah siapa ibu bapanya.. dimana kaum keluarganya.. Masih menjadi misteri. Dia hanya tahu di buang di tempat pembuangan sampah.. bernasib baik tidak menjadi makanan anjing liar atau biawak setelah semalaman bersejukkan & kelaparan di tepi timbunan sampah di temui oleh pasangan cina yang datang membuang sampah.. Lalu di selamatkan dan di hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Membesar sebagai seorang cina dengan nama Leong Swee Hsin, kemudian di ambil oleh keluarga angkat & di namakan Marven Tan Kwong Hsing. 2 tahun bersama keluarga angkat amat membahagiakan namun selepas 2 tahun.. Bapak angkatnya mengalami kerugian dalam perniagaan.. sering memukul dengan berbagai cara termasuk di hentak dengan botol arak dan di curah dengan air panas yang meninggalkan parut hingga sekarang. akibat tidak tahan, dia yang pada masa itu hanya berusia 7 tahun, melarikan diri kebalai polis dan dihantar ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras sehingga tahun 1994 sebelum dipindahkan ke Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak untuk menyambung pelajaran ke tingkatan satu.

Namun kesyahduan tidak dapat di sembunyikan takhkala tiba cuti sekolah dan aidilfitri dimana rakan - rakannya semua di lawati kaum keluarga. Hampir berputus asa dengan dugaan yang terpaksa di hadapi. Akibat ketandusan kasih sayang seorang ibu bapa pada Usia 14 tahun dia melarikan diri dari JKM untuk menjejak keluarga kandungnya. Dengan tanpa adanya kad pengelanan diri, dia mengalami kesukaran untuk hidup di dunia luar.. sering di tipu untuk mencari sesuap nasi dan hidup merempat. Pernah bekerja sebagai pelayan hotel dan menerima gaji sebanyak RM350 sebulan dan di beri sisa makanan pelanggan sebagai mengalas perut dan adakalanya terpaksa menyelongkar tong sampah untuk meneruskan kehidupan.

Dijadikan taruhan dalam acara minum arak.. Akibat kesempitan hidup dia tidak mampu menolak kerana habuannya masa itu RM1000 yang cukup besar angkanya bagi dia. Malam krimas 2005, dia menang besar, namun terlibat dalam kemalangan semasa pulang dan mengalami cedera parah.

Mendapat hidayah semasa dalam koma, di datangi mimpi aneh. Dalam mimpinya dia melihat Kaabah dan mendengar alunan suara yang sangat merdu. Selepas diazankan, ada seorang hamba Allah datang kepada dia dan berkata, 'belum ajalmu, belajarlah menghargai hidupmu'.Sejak peristiwa itu, Dia mula mendalami Islam dan bergelar Muslim pada Mac 2006.

Daripada ‘anak tong sampah’ yang pernah dicaci dan dipandang hina, Dia bersyukur kerana kini sudah memiliki perniagaan sendiri serta diberi peluang terbabit dalam lakonan. Itulah dia yang bernama Muhammad Khairul Hafiz Abdullah.Selepas membaca kisah hidup nya yang terpapar di akhbar dan kejayaan memperoleh kad pengenalan, dia dirisik beberapa produser filem tempatan dengan menawarkan peluang untuk berlakon dalam filem pendek.

Kini beliau bukan sahaja seorang pelakon malah menjadi seorang usahawan yang mengusahakan makanan sejuk beku seperti karipap, otak-otak, donat, popia dan kuih tradisional Melayu. Sesungguhnya setiap kejadian di dunia ni ada hikmahnya. Terpaksa melalui kepayahan hidup dari semenjak di lahirkan tidak membuatkan jiwa kental anak muda 23 tahun ini berputus asa biar pernah hampir berputus asa. Berkat kesungguhan & usahanya.. KINI ANAK TONG SAMPAH TELAH BERJAYA.

Rujukan :(kosmo) Derita anak gelandangan
              :(harian Metro) Rezeki mencurah

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BAIK, NAKAL & KREATIF

26.11.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Perbezaan watak/perangai/sikap/sifat/pe'el seseorang boleh di nilai melalui hasil seni .. Tak caya meh sini aku nak tunjuk

BAIK

|
|
|
|
NAKAL

|
|
|
|

KREATIF








Sebenarnya nak highlight kat lukisan pada secawan kopi tu jer.. Cantik & kreatif kan?? Jom kita try kat umah.. Lukis je apa - apa.. Muka suami ke, muka nyamuk ker.. lipas ke.. anak ker... & tengok hasilnya. Macam Yo Yo je pandai, kan??

P/S : Ni cerita pasal lukisan yer... Teringat masa umo 6 tahun.. Masa mula2 kenal cikgu & skolah. Balik tadika conteng dinding lukis ayam.. Sebab masa kat skolah cikgu ajar lukis ayam. Rasa dah pandai sangat.. Maka nak tunjuk kreativiti di dinding umah... Akibatnya.. kena marah dengan mak. Ha.. cikgu ajar lukis ayam kat buku bukan dinding.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENEMUAN BARU MANUSIA BUKAN TIRUAN

25.11.10 Suria Lekatlekit 18 Comments

Ha.. kau!! Kau orang tiruan ke orang asli?? Jawab?? Jawab?? Pilihan hanya dua jawapan tu jer... Kena pilih salah satu tak bleh pilih yang lain - lain, ada paham??? Sesi menghabiskan paperjogging.. Siang tadi baca paper jugak tapi tak abis.. belek2 gitu jer.. Malam sambung balik cari isu nak kupas - kupis. Tetiba tanya tiruan ke asli mesti korang pun kebengonggan kejab kan?? Yelah.. aku takkan taip sesuatu yang takde kaitan.. Ni nak kopek la isi kandungannya...

wahai gadis - gadis yang tak suka lelaki tak tulen.. disini ada untuk kamu jejaka yang bukan tiruan. Tapi Nun jauh Di Peru.. Di belantara Hutan Amazon. Sanggupkah kamu?? Tak sanggup?? Takper... Alkisahnya pihak berkuasa Peru menemui sekumpulan orang asli yang baru sejak setahun lalu tapi di sembunyikan penemuan tu. Menurut mereka, sekumpulan orang asli baru tu di temui ketika mereka menjalankan operasi menjejak pembalak-pembalak haram di Hutan Simpan Kugapakori Nahua, Amazon.Orang asli itu bertutur dalam bahasa yang tidak difahami pakar-pakar antropologi dan mereka juga tidak mempunyai nama. Pendedahan mengenainya dibuat pada minggu ini, setahun selepas petugas-petugas sebuah institut antropologi di Peru berinteraksi dan melakukan kajian secara rahsia ke atas mereka. Kaum orang asli itu tinggal di dalam pondok-pondok yang dibina daripada rotan dan daun palma. Mereka masih menggunakan lembing dan panah untuk memburu dan mengamalkan kehidupan berpindah randah.Orang asli itu dipercayai berasal dari Asia Utara yang melintasi Selat Bering sekitar 9,000 tahun sebelum masihi.

So pada yang masih - masih mencari teruna tulen yang bukan tiruan... Meh aku nak kenalkan dua jejaka orang yang bukan tiruan ni.. Kalau berkenan sila bagitau.. Operasi peminangan akan di jalankan... kekekekekeke

Kata nak lelaki tulen.. nama pun orang asli dah tentu BUKAN TIRUAN

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *