ANDAI INI POST TERAKHIR...

11/22/2010 11:15:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

"Sampaikan salam.. Buat semua.. Salam terakhir.. Salam teristimewa.. Kepada kau yang tersayang.. Pada teman yang ku kenang.. Pemergian ku ini tak di rancang..."

Mood : Syahdu
Level Mood : ==--- (Ntah la macam level volume lak)

Pekehelnye yong?? tetiba jer kuar lirik lagu Salam terakhir ni.. Apa kau dapat mesej ajal dah nak sampai ker?? (Ajal datang tak bermesej yer) Ntah la tetiba jer terpikir semua ni. Bagaimana kalau ini entry yang terakhir aku?? Manalah tau kan..?? Tengok sihat jer.. Esok pagi orang bangun, aku tak bangun2 lagi?? Apa perasaan kamu duhai kengkawan ku?? Apa yang kamu rasa nak buat kalau kamu berkesempatan hari ini berkata or berbual dengan aku?? Apa yang kamu nak katakan pada aku buat kali terakhir??? Apa yang kamu akan berikan aku untuk hari terakhir ku ini??

Pernah tak korang terfikir camtu?? Selalunya orang akan terfikir setelahh seseorang itu pergi.. Baru la dia teringat nak buat tu, nak cakap ni, nak bagi tu & nak minta ni. Tapi seakan akan terlupa bila seseorang tu masih segar bugar di depan mata. Bila dah takde banyak pula kesalan yang datang sebab tak sempat itu ini dengan seseorang tu. Kenapa kita tak sematkan di hati, setiap hari aku nak buat ni.. nak bagi tu.. nak cakap ni.. & nak tanya tu kat someone ni.. Manalah tau esok aku tak sempat lagi. Tak dia.. aku yang pergi. Semua tu kuasa Ilahi. Takde orang tahu tarikh nak mati.

Aku kalau boleh nak manafaatkan sebaik mungkin masa yang aku ada dengan orang - orang yang tersayang.. Namun kita manusia kadang - kadang terikat dengan komitmen.. membataskan segala apa yang ingin kita lakukan. Tapi tak bermakna alasan itu di jadikan untuk kita langsung tidak ada masa buat mereka2 yang tersayang. walau masa terlalu terhad.. Tapi masihada cara untuk kita mendekatkan diri dengan orang yang tersayang. Takde alasan untuk kita kata tak ada masa.. sibuk.. tak sempat. Cuma kena bijak memanafaatkan masa yang ada. Hargai orang yang tersayang selagi mereka masih ada disisi. Andai ini post yang terakhir aku.. Cuma aku nak katakan.. "Kalau ada jarum yang patah jangan di simpan di dalam peti, kalau ada silap dan salah jangan di simpan dalam hati" Wah berpantun lak kan??

2 comments:

  1. takut pulak bile ckp mcm tu...
    saya doakan awk pnjg umur ;D

    ReplyDelete
  2. Insyaallah.. saja jer terpikir. sebab tu buat entry ni

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com