SEBUAH EPISOD RAYA

11/16/2010 06:31:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Tahun lepas punya cerita.. Raya puasa.. Raya Haji.. semua sorang diri kat KL. Raja Cina jer balik kampung... Tahun ni Raya puasa kat kampung.. Tapi tanpa Ayah lagi.. Raya Haji nampaknya di kl lagi.. 

Raya.. Kami sentiasa meraihkannya.. Tak meriah manapun tetap rumah terhias dalam suasana raya. Ayah sibuk masak bihun sup utara bila menjelang malam raya. Adik beradik yang lain amik posisi mengemas, menghias, membersih rumah. Ada yang terlentang tengok tv, malas nak buat sebab yang lain dah buat. Biasa la dalam adik beradik yang ramai, ada juga yang jenis curi tulang. Mak.. bila dia penat mula la membebel tapi tetap indah dalam kenangan. Bagai satu nyanyian malam raya. Makcik.. akan datang hantar tu hantar ni, amik tu amik ni.. Anak buah best dapat baju raya dari mak - mak sedara sepupu ayahnya. walau sepupu.. hubungan kami memang seperti adik beradik kandung. Abang anak tunggal makcik & kami semua adik beradik perempuan takde abang, takde adik lelaki.

Ya, Allah betapa rindunya kampung. Rindukan Mak.. Rindukan kakak & adik - adik.. Rindukan Makcik, Rindukan Anak buah, Rindukan kucing.. Rindukan riuh rendah rumah tempat aku di besarkan.. Yang paling Rindu.. Ayah!! Ayah.. Ayah.. Ayah... Sekiranya Ayah dengar.. Ini lah rintihan rindu anak mu. Kalau tahun lepas aku tak balik kampung Ayah datang menjenguk dengan Mak.. Tahun ni, takde lagi kedatangan tu. Ayah tak mungkin datang lagi menjenguk kehidupan aku disini. Ayah tak pernah lagi call tanya khabar.. tanya bila nak balik.. tanya ada duit ker?? (walaupun aku tak pernah minta duit selama aku berhijrah disini). Hanya suara mak.. selalu call, selalu bercerita itu ini, selalu mengadu macam - macam, selalu tanya khabar, selalu tanya bila nak balik. Ayah?? Tak mungkin ada lagi khabar darinya. Ayah.. Tenanglah kau disana.. pergi mu tidak langsung meninggalkan kami dalam derita. Pergi mu setelah selesai memikul Amanah Tuhan.. Mak.. Aku belum bersedia untuk kehilangan. Ya Allah panjangkan usia ibu ku.. Kami masih memerlukan mak. Kakak - kakak & adik - adik semoga kita bersatu. Srikandi Ayah ibu di harap membela semua nasib kita.

Raya.. datang mu adakala mengundang pilu.. Rintihan anak rantau sendirian menyambut raya. Tengkujuh seluruh jiwa. Tabah suria.. kuat suria.. Ini cuma dugaan jangan berputus asa di tengah jalan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com