TENGOK WAYANG FREE

11/25/2010 10:23:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Seperti yang di gembar gembur sehingga mencetuskan kontroversi.. Alahai, rasa macam artis lak ayat camtu. Just nak cerita pasa premier screening Rapunzel semalam jer.. Kan pasal tiket movie tu jadi isu, macam hot sangat jer nak guna perkataan kontroversi tu, Kan??


In 3D tu.. Jarang - jarang nak tengok wayang 3D bukan apa guna konsep berjimat cermat. Tak nak kalah kan?? Tapi dah dapat free tak perlu rasa membazir yer.. Kita layan jer walau nak masuk kena scan bagai.. hp, camera semua kena bungkus. Selalunya tengok wayang tak payah kena scan or berbungkus bagai.. Kali ni kena bungkus & scan bagai.. hubby macam merajuk jer kejab. Yelah.. HP tu kan macam bisnes partner dia dah. Dia bekerja dengan HP jer hari2 tak kira siang & malam. Tapi dia accept juga undang - undang nak tengok premier screening Rapunzel tu dengan alasan2 munasabah aku bagi la.

Nak tau jumpa sapa. Akak stoberi.. Nasib baik akak stoberi tegur kalau harap den ni susah sangat nak kenal orang. Cekla la katanya nampak kita tapi malu nak tegur.. Tak rock la Cekla tak kasi kita tengok dia. Kita sebenarnya mudah mesra & peramah..cuma susah nak kenal orang jer. So, kalau jumpa tegur yer & bagitau identiti yang boleh kita kenal kamu. Kan Akak stoberi kan?? Dia kata rasa besar lak bila di sebelah kita.. Yolah kita kan kenit jer mesti la dia rasa besar. Tu pasal kawan2 blogger yang kita jumpa..

Rapunzel punya movie not bad.. Nak - nak lagi tengok in 3D kan?? Rasa hidup jer cerita tu.. seketul2 kuar depan muka. Best ke tak best ker.. Apakata korang pegi tengok. Nak upload gambar semalam.. Tapi masih dalam Digicam.. petang - petang skit la yer.. Malas lagi nak godek2.

4 comments:

  1. cepat2 masukkan gambar..
    tak sbr nak tgk ni

    ReplyDelete
  2. gambar pun tak banyak.. ada sekeping dua jer nnti kita upload yer Cik Gallus

    ReplyDelete
  3. wuu bestnya tgk wayg free..sy pn jenis ssh nk kenal org..len kali klu nk gi event blogger kena smpn siap² gbr kt henpon..hihi~ =)

    ReplyDelete
  4. y@n@.. baru 1st time dapat... yelah maybe next time kita sama2 dapat jgn lupa tegur kalau terserempak yer

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com