KEYWORDS TAK SENONOH.. TAPI DAPAT BE

31.12.10 Suria Lekatlekit 13 Comments

Aku pun pelik.. kalau check keywords blogs aku kat blogspot stats or nuffnang mesti keywords yang tak senonoh ada. Aduhai.. Nak kata aku guna perkataan lucah tak juga. Tapi keywords tu takde lucah tapi rasa kurang senonoh skit la. Kekekekekekeke.. Tu la ko lekit dulu ada orang mention nama lekat lekit tu macam lucah skit bunyinya ko tak caya. Erkk.. ada kena mengena ke dengan semua tu?? Tak tau la.. Jom kita check keywords hasil printscreen dari nuffnang..

Apa yang pasti keyword Bontot memang sejak dulu lagi berkait rapat dengan blog aku. Pelik lak!
Tapi takpe.. Keywords tu boleh dimaafkan sempena tahun baru sebab nuffnang juga bermurah hati untuk memberi aku BE yang keempat setelah kembali active berblog sejak 2 - 3 bulan ni... Jom tengok aku dapat kempen apa lak kali ni...

Usaha tangga kejayaan bukan escalator kejayaan tau. Kejayaan yang aku dapat tak semudah tu, Ok!

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

IDOL 2010.. MISI 2011

31.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Diakhir2 jam meniti 2011 ni lekit nak share dengan korang tentang idol 2010 lekit & misi 2011 saya.. 

Dalam perjalanan seorang blogger aku menjelajah banyak blog & membaca pelbagai kisah juga melihat macam - macam bentuk penulisan blogger lain. Baru dorang tau rakyat Malaysia banyak berbakat dalam bidang penulisan even masa skolah tak score A pun dalam karangan. Kekekekekeke.. Dalam persinggahan demi persinggahan ada satu dua blog yang rasanya menarik cara penulisan beliau & tertarik juga cik lekit dengan cara dia berblog. Dua perkara berbeza yer.. Penulisan & cara berblog. Aku amat suka highlight yang 1st adalah penulisan dalam blog.

Yang menarik minat si lekit untuk melekat membaca entri beliau dek kerana cara penulisan beliau adalah Blog Rasa Hati iatu pemiliknya Aku suka sangat panggil dia Nyah even dia lelaki sejati yang bermisai janggut ala2 Rajni khan gitiew! Entri terbaru dia ni memang masih lagi mengkekalkan penulisan yang terbaik bagi cik lekit. Bahasa.. Cerita & Intipati nya memang cik lekit suka. Apa yang di ketengahkan dalam setiap entri takde nampak streotype atau plagiat mahupun menumpang kontroversi atau populariti yang sedang hangat di perkatakan. Entri - entri beliau lebih bersifat pandangan peribadi & cara penyampaiannya tersendiri. Kagum sebab aku pun masih tak mampu menulis macam tu lagi. So tahniah pada Idol Pertama Aku.. Blog Rasa hati.

Idol kedua lekit.. Ramai rasanya menjadikan dia Idol dalam berblog ni. Orangnya kalau di sebut bukan asing lagi di kalangan blogger. Cara dia berblog memang aku kagum. Even dengan entri yang simple.. Blog yang simple & penulisan yang simple mampu menarik minat ramai untuk menerjah blog beliau. Beliau seorang yang kreatif bagi aku kerana menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Seorang yang banyak membantu blogger lain dengan kreativiti & kelebihan yang beliau ada buat aku semakin kagum. Biarpun ada pertikaian dari blogger2 lain yang mengganggap beliau mengambil kesempatan pada blogger2 yang baru bertapak dalam dunia blog ni, tapi aku respek la dengan beliau sebab beliau berjaya dengan menggunakan blog & diri sendiri. Tidak menumpang Tuah mana2 pihak. Dari berkat usaha beliau sendiri beliau mampu meletakkan blog beliau di antara blog2 yang menjadi perhatian ramai tak kira Fan or haters. Beliau patut menerima pujian sebab berjaya kerana diri sendiri bukan kerana orang lain. Beliau tu tak lain tak bukan En Ben Ashaari la.

Cukup dua Idol tu untuk tahun ni.. Berpindah pula pada Misi 2011.

Misi 2011 lekit sebagai seorang blogger adalah untuk menghasilkan penulisan yang baik & di terima oleh orang lain sebagai pembaca. Untuk lebih kreatif mengulas tentang isu - isu semasa & cerita2 yang berlaku di sekeliling aku. Traffic adalah perkara kedua.. Bagi aku Misi Utama adalah penulisan aku. Jika penulisan aku mampu menjadi yang terbaik di mata pembaca maka secara automatik traffic, Pageviews akan meningkat. Itu adalah bonus dari kejayaan penulisan seseorang dalam blog. Aku nak juga rasa orang yang jadi follower aku tu adalah dari kalangan yang minat dengan penulisan aku. Sebab itulah kepuasan bagi aku bila menulis. Hope 2011 akan memperlihatkan kejayaan aku dalam berblog ni. Pasal Nuffnang.. aku percaya ia tetap berpokok pangkal dari kreativiti seseorang untuk menarik minat orang datang ke blog sekaligus memberi bonus pada tabung nuffang. Senang cakap.. Kalau orang suka kita, orang akan datang. Nak buat orang suka.. Perlu kreatif la. Misi aku untuk lebih kreatif pada tahun 2011.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SUAMI SAYA BUKAN PENJAGA GOL

31.12.10 Suria Lekatlekit 3 Comments

Suami saya bukan penjaga gol bola sepak, bola jaring, bola tampar.. (erkk bola tampar ada gol ker??) futsal mahupun apa2 gol.. Suami saya cuma seorang suami kepada saya yang orang tak kenal pun sebab tu la saya tak pemes, Ok!

Saya nak berangan sekejab.. Kalau la suami saya tiba - tiba menang Hero Remaja.. Then saya bagitau semua orang itulah suami saya yang ensem lagi kacak bergaya, Mesti follower blog saya mencanak tak hingat punya. FB saya mesti kena buka 2 account then mesti saya terpaksa buat fanpage untuk suami saya then saya lah adminnya. Kan?? Kan?? Kan??? Tapi macam mana la suami saya nak menang hero remaja kalau dia tak pernah pun masuk rancangan tu.

Saya mula terfikir kalau dulunya si jejari runcing.. Follower dia takde la ribu riban.. Then lepas Pasukan Malaysia Menang sekelip mata semuanya berubah. Saya mula tertanya - tanya.. Kalaulah penulisan dia sehebat Hanis Zalikha & Ben Ashaari.. Maybe dari dulu lagi dia dah pemes mengalahkan pakwe dia, kan?? Saya mula tertanya lagi.. Kenapa orang follow dia?? Just nak dapatkan cerita2 peribadi dia dengan pakwe dia yang dah pemes tu ker?? Atau just nak tunjuk dorang mula minat dia?? Minat dia ke minat pakwe dia?? Tak baik tau korang... Dulu korang tak pandang blog dia walau dia selalu update pasal percintaan dia.. Napa bola menang je korang berpusu - pusu add dia. Lepas ni kalau Pasukan Malaysia kecundang.. korang nak remove ke diri korang dari follower dia??

Keikhlasan pengikut mula di ragui. Apapun yang pasti mereka yang follow blog jejari runcing selepas Pasukan Malaysia jadi juara tu bukan sebab suka penulisan jejari runcing dalam blog just suka pakwe dia jer. Kan?? Ala2 hero korean lagi. Ramai la mula nak menenggek, kan?? Jangan terkejut la jejari runcing kalau pasni kawan yang bau2 kentut pun tetiba canang dia kawan baik kamu. Semuanya nak menumpang populariti je tu. Yang pernah terlanggar bahu pun akan ngaku penah tido sebantal dengan kamu.

Semua tu adalah lumrah.. Bila sesuatu atau seseorang mula menjadi perhatian ramai maka ramai juga la orang mengaku kenal & rapat dengan kita. Saya pernah ke blog Jejari runcing sebab dia pernah datang ke blog saya & tinggalkan kesan jari dia tapi saya tak pasti lak saya follow ke tak dia. Kekekekekekeke.. Saya memang seorang pelupa.

Apapun jejari runcing kini secara tak sengaja akan menghadapi satu kehidupan yang takde privacy lagi. Kemana, Dimana, Buat apa akan jadi perhatian. Katanya dia dah bersedia dari mental & fizikal menghadapi fan & haters. Bagus lah! Semoga tabah berdamping dengan insan yang popular yer.

P/S : Nak kena kerah laki den lak main bola ni.. Mana lah tau bleh tumpang sekaki bila dia dah glemer!! Uwaaaaaaaaaa! Mak tak sanggupNyah! Sekarang pun Mak rasa banyak saingan dah. Tidakkkkkkkkkk!!!

Penambahan Gula : Ini Bukan entri dengki atau menjatuhkan mana2 pihak yer. Just sekadar pandangan peribadi & persoalan2 yang di jawab oleh diri sendiri. Apapun saya bersetuju dengan pendapat "Itu adalah rezeki Cik Jejari Runcing". Tuah dia, kan?? Tuah kita mungkin dari segi lain lak..

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LELAKI 30-an BELASAH BUDAK 6 TAHUN SEBAB LUDAH BMW

31.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Alah.. takat ludah, macam la reput BMW kau tu! Apa jenis jantan la kau, kan?? Dengan budak 6 tahun pun ko nak belasah. Dayus tahap kritikal la lu beb!! Lagi baik kau kau berak kencing dalam pampers la.. Sebab kau lagi bodoh & tak matang dari budak 6 tahun tu!! Apa kes Lekit marah - marah ni?? Ni la nak kupas kupis..

Alkisahnya seorang budak dari rumahnya tingkat 1 meludah sisa makanan dalam mulut lepas terkena la kereta nan mewah iatu BMW seorang lelaki 30-an ni. Bila Jantan ni tau budak tu yang ludah terus la dia serbu rumah budak tu then belasah budak tu sampai nyawa - nyawa ikan walau cuba di sabarkan oleh Bapak Saudara budak tu tapi tak di pedulikan malah dia terus belasah adik ni sehingga puas hati. Alasannya sebab buat keta BMW dia kotor.

Apa punya bahlol la Jantan tu kan?? Esok mati kubur sekali dengan BMW tu.. mana tau bleh guna kat padang Masyar nanti ker?? Cuma kotor macam tak boleh cuci!! Akibat di belasah..doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Moga Jantan Keparat tu mendapat hukuman setimpalnya. Biar tergadai semua BMW dia tu..

Kalau korang nak baca berita sepenuhnya sila clik : Belasah sampai lembik

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HARI - HARI TERAKHIR KU..

31.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Hari ni adalah hari terakhir aku disini.. Hari terakhir aku dalam usia ini.. Esok, sudah tiada lagi. Bukan mungkin tapi pasti.

 Tu dia.. ayat macam tengah gali lubang kubur sendiri je kan?? Alhamdulillah.. kalau mampu gali lubang kubur sendiri sebelum mata terpejam sebabnya 1 tak menyusahkan orang lain, kedua jimat kos.. ke-3 mungkin itu kelebihan yang Tuhan bagi sebab mampu gali kubur sendiri. Mana ada orang mampu buat camtu, kan??

Aduhai.. pehal lak cerita pasal mati ni. Kalau boleh nak lagi hidup. Hari ni adalah hari terakhir kita di 2010.. Esok takkan mungkin datang lagi 2010. Takkan terkurang lagi usia.. Takkan ada lagi apa yang ada pada 2010. So, hari ni sangat la sesuai untuk korang mula pack segala memori tahun ni.. Nak - nak lagi memori yang tak hingin di kenang tu. Dah tutup buku! Yang bermusuh sila bermaafan.. Yang bercinta sila berkahwin.. Yang baru berkenalan sila rapatkan hubungan.. Yang belum berpunya sila cari calon.

So, di kesempatan yang ada ni.. Meh la kita buat macam hari raya.. bermaaf - maafan sesama kita. Bukan apa.. Masuk tahun baru.. Maka semuanya baru. Kita cipta satu kisah baru untuk tatapan hujung tahun nanti. Sebab apa?? Mesti banyak contest, GA atau segmen hujung tahun berkenaan Memori sepanjang tahun. Betul tak?? Baru la fresh apa yang tulis.. Takde la cedok memori 5 - 6 tahun lepas nak buat entri. Kekekekekeke

Okies Uolls di kesempatan ni Saya yang melekit di sini ingin mengucapkan selamat tahun baru buat semua. Mari kita buat pertanyaan skema ala2 sekolah dulu.. Apa Azam Tahun Baru?? Mesti semua cakap best2 je kan padahal.. Setiap tahun yang yang update azam.. tapi terlaksana nan-ado jugak.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TERSIPUT SIPUT MALU

31.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Mari buat aksi muka anak dara yang malu2.. (ala2 siput kan bila dia terispu2 malu) Jadi oleh sebab tu maka saya ciptakan perumpamaan melekit, Tersiput siput Malu.

Apsal kau tetiba felling anak dara ni Lekit?? Bukan anak dara ekk?? kekekekekeke.. Ok berbalik pada cerita tersiput siput malu ni.. Sapa punya angkara ni buat perempuan yang kurang kemaluan jadi termalu?? Siapa?? Cakap??

Tadi ada la acara berborak kosong kat FB jab dengan seorang akak bernama Kak Ida. Dia ni salah seorang anak bekas cikgu muzik sekolah rendah aku dulu, Cikgu Adenan. Adik Kak Ida ni Classmate aku masa darjah enam dulu. Apa yang aku perasan tentang anak - anak cikgu Adenan ni dari kecik sampai besar memang jenis tak sombong & peramah. Ok berbalik kepada cerita kak Ida.. Kak Ida ada mengeluarkan satu statement yang berbaur pujian gitu.. camni bunyinya.. erkk.. takde bunyi.. tulisannya...


Best ke Blog saya ni kak?? Aduhai terharu biru unggu kelabu la kejab.. Rasa malu pun ada bila orang minta nak belajar sedangkan ilmu yang ada pun takat basic jer kan?? Kekekekekekeke. Akibat dia memuji maka nak review balik blog dia. Jangan tak tau kak Ida ni ada blog jugak tau dalam sibuk2 dia urus suami & anak2.

Okies.. Kak Ida ni adalah seorang script writer Drama & filem melayu. Dah lama jugak la beliau terjebak dalam gejala penulisan skrip ni. Kalau korang nak tahu apa drama  - drama yang pernah di tulis oleh kak ida ni.. Tak kira yang lama atau pun baru korang boleh la melawat blog beliau di http://adzairda.blogspot.com

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SAYA DALAM TOP 5

30.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Wah tersenarai dalam Top 5 blogger paling laris macam goreng pisang.. Sungguh itu statement menipu semata - mata. Apa yang betul??

Okies lekit tercalon dalam Top 5 Kontest Gambar paling lucu << Clik untuk melihat entri tersebut.

Korang dah tengok muka - muka baboon yang aku pertaruhkan, kan?? Jadil sila la undi & tengok pula gambar yang tercalon dapat Top 5 kat sini lak >> Top 5 Gambar Paling Lucu sekiranya korang rasa layak ler si lekit menang.

So, ramai - ramai la pakat undi.. Jangan termiss walau sorang pun yer!! Kekekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Memori 2010 Seorang Blogger

30.12.10 Suria Lekatlekit 5 Comments

Memori 2010 Seorang Blogger

Biarpun blog ni di lahirkan pada Mac 2009 Namun hanya aktif pada tahun 2010 umpama kelahiran semula selepas ianya on & off.. Kadang2 update kadang2 takde.. 2010 pun ia jadi hyperactive dalam bulan October kalau tak silap & entri yang mencecah 100++ dalam sebulan bermula dari bulan November & bermula dari Novemberlah peningkatan jumlah views & follower menampakkan hasil termasuk juga tabung nuffnang.
Sepanjang siku liku perjalanan seorang blogger melekit ni.. Takde banyak sangat la dugaan yang mampu buat aku menyorok bawah katil then menangis teresak - esak. Semuanya berjalan sederhana & takde lopak - lopak sangat. Kira jalannya sentiasa di turap agar lancar tapi tak licin sampai buat aku atau orang lain tersungkur dalam blog melekit ni.
Namun masih juga terpalit sebuah kisah yang amat taik juga la.. Namun takde la parah sangat. Just mendapat warning dari cik Anon (Anonymous) tentang isu dari akhbar kosmo yang aku kopek. Biarpun takde ciri - ciri plagiat kat situ siap bagi kredit lagi kat sumber asal, namun menggigil juga hujung kuku sebab aku pun bukan paham sangat protokol2 berblogging ni. Tapi hati yang gundah gulana akhirnya terjawab oleh blogger dimana memperjelaskan maksud plagiat. Disitulah aku tahu.. Aku tak bersalah, Ok!
Membuat orang lain terasa dengan tidak sengaja.. Itu juga adengan muram yang berlaku sepanjang aku berblogging ni. Hati orang mana sama tahap kekenyalan & kekentalannya. Dalam halus mulus kata2 pun kadang - kadang yang mudah tersentuh akan terasa. Rasa bersalah ada even sekali fikir rasa macam takde lak salah. Just memberi pandangan peribadi jer.. Bukan point mana2 pihak pun. Lalu jiwa nan rakus ni membuat keputusan.. "Biarlah.."
Lain - lain memori di blog ni adalah kawan - kawan blogger yang sudi bertenggek & membaca taipan melekit sekligus mengomen dengan rakus & jayanya. Hari demi hari nampaknya semakin mendapat sambutan yang menghairahkan jugak la. Thanks to all my friends,followers & visitor.
Tu je la kot memori sebuah blog aku sepanjang 2010.

Korang mesti tertanya tanya apakah makna di sebalik coretan melekit ni?? Ia adalah sebuah segmen dari anjuran Dauspozi dot com. << Clik je situ kalau nak join.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ENTRI TUNJUK PANDAI & BERLAGAK OTAI

30.12.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Pandai ker?? Otai ker?? Tak lah.. hanya blogger di pinggir longkang lagi. Sekadar mencuba yang terbaik & berkongsi pandangan peribadi dengan blogger2 lain jer. Apa kes ni lekit?? Kes ni takde kat mahkamah atau dalam rekod2 polis yer.. Ni kes biasa jer.. Maybe salah faham kot.

Kadang - kadang jari si melekit ni secara sengaja atau tak tertaip sesuatu pandangan yang secara tak sengaja membuatkan ada pihak terasa (mungkin) then tercetuslah salah faham. Maybe blog yang masih di pinggir longkang ni bagi sesetengah pihak blom layak lak nak bagi pandangan pada blog lain.(Ye ke??) Blog sendiri pun still tak cantik & menarik ada hati kan nak tegur blog orang.

Okies disini lekitkan nak jelaskan.. maybe ada entri yang bagi pandangan peribadi atas kelemahan2 blog lain hasil dari BW lekit ni buat ada pihak terasa hati. (Minta maaf dulu yer..) Macam isu right clik, Verification words, Isu Template (Yang mengomen pasal tulisan kecik kat entri, Sidebar lagi besar & banyak dari ruang blogpost), Isu widget2 yang memberatkan blog, Isu Tajuk entri yang menipu, Isu attached resit yang menunjuk2 & banyak la. Itu hanya padangan peribadi.. Bukan niat nak menjatuhkan mana2 pihak mahupun bersifat dengki. Lagipun Saya tak pernah highlight mana2 blog atau blogger setiap kali membuat entri berkaitan ala2 teguran & pandangan terhadap blog & blogger lain. Just share apa yang saya rasa terbaik dari pandangan mata seorang blogger seperti saya jer.

Sekiranya entri2 yang bersifat demikian membuat ada pihak yang terasa atau marah saya minta maaf. Blog korang hak korang, ok. Saya tidak memaksa mana2 blogger menerima pandangan saya, sekadar berkongsi sahaja apa yang saya tahu. Saya bukan la seorang blogger yang berjaya menempatkan nama blog saya sebaris dengan mereka2 yang dah di kenali. Saya takde niat nak berlagak Otai atau pandai. Saya akan tetap menulis apa yang saya rasa nak tulis mengikut pandangan peribadi saya & terpulang pada korang untuk menilai & menerima dari sudut positif atau negatif. Seperti biasa entri ni tidak point mana2 blog atau blogger. Cuma maybe kalau ada yang salah faham, maka di perbetulkan dengan penjelasan ni.

P/s : Niat si lekit cuma membantu apa yang aku tahu & mampu.. 

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENJARING GOL TERBANYAK KURANG POPULAR KAT BLOG

30.12.10 Suria Lekatlekit 12 Comments

Semua highlight Goal keeper sebabnya awek dia seorang blogger. Then berpusu - pusu entri pasal Goal keeper & si jejari runcing tu. Sehingga kita terlepas pandang kejab untuk lihat mereka - mereka yang menjadi penyumbang terbesar pada Kejuaraan ni. Lekit yang tak minat bola terus la amik pot cari isu yang masih bertemakan Bola tapi.. dari sesuatu yang kurang blogger ketengahkan.

Rujukan adalah akhbar online ler.. Sebab aku bukan kenal pun pemain bola sepak ni. Tengok pun tak.. Tapi bagi menghargai mereka2 yang mengharumkan nama negara tak salah aku amik sepot dua untuk lekat kat blog aku ni.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak dan menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini,

SAFEE bangga dengan gelaran sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Tanpa Gol takkan la Malaysia akan di angkat sebagai Juara, kan?? Takkan hanya Goal keeper jer yang halang gol dari pihak lawan akan membuatkan Malaysia Juara kalau takde penjaring gol dari pasukan Malaysia. Sebab orang lain asyik highlight Goal Keeper so aku nak promot cik abang ni. Solo lagi ker dia?? erkk bukan untuk aku la.. Kalau dia solo lagi, korang try2 la ekjas. Bagi yang solo jugak yer!! Apapun tahniah  yer encik Safee.

Sumber rujukan (Kosmo) : Safee tak sangka

Penambahan Gula : Dapat info si Safee ni dah kawen. So takde borang kosong lagi untuk anak dara. Terfikir kalaulah wife si safee ni ada blog, twitter & fb confirm beriban orang follow, kan??? 

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BERIMAGINASI TENTANG KONSEP PERKAHWINAN PEMAIN BOLA

30.12.10 Suria Lekatlekit 11 Comments

Aduhai.. imaginasi mengarut mula menguasi pikiran. Tetiba je terfikir konsep perkahwinan kalau pemain bola nak kawen. Rupa pelamin, baju & bagai la.. Jom layan imaginasi merepek aku kejab.

Kalau la Si Goal keeper & si Jari runcing nak kawen.. Untuk menyemarakkan semangat kebolaan tu apakata mereka menggunakan konsep padang bola juga dimana pelamin di reka ala2 Jaring gol gitu. Baju bercorak jersi bola tapi dalam design baju pengantin juga. Hantaran hendaklah semuanya bertemakan bola iatu bulat2. Majlis kawen di adakan kat tengah padang bola. Pengapit haruslah memakai uniform refree. Bahan renjisan adalah air peluh.. Arghh tu dah mengarut sangat. Mesti menarik & unik lagi2 pelamin tu. Bayangkan jaring Gol di hias cantik2 untuk di jadikan tempat persandingan dua mempelai.

Untuk pemain dari posisi lain juga boleh menggunakan konsep yang sama. Tapi jangan la bagi tetamu makan rumput lak tau! Tu dah lari dari konsep. Tapi setakat nak bagi bola sebagai saguhati kat tetamu kira boleh di terima lagi la mengantikan telur or gula - gula.

Ini cuma imaginasi merepek yang lekit sesaja nak share ngan korang.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

UNTUNGNYA JADI AWEK ORANG TERKENAL.. UNTUNG KE??

30.12.10 Suria Lekatlekit 9 Comments

Sana sini blogger dok kecoh pasal sorang blogger ni awek kepada Goal Kepper pasukan bola Malaysia. Bila Malaysia jadi Juara, bukan takat pemain jer.. Yang berkaitan dengan pemain pun terkena tempias populariti tu. Mesti rasa bangganya dapat jadi awek dia, kan?? Rasa beruntung sangat. Betul ke??

Betul ke si awek rasa beruntung or rasa bertuah bercampur gaul dengan resah?? Yelah.. Pakwe dah glamour ni.. Sana sini akhbar pacak muka dia, Tv tayang wajah ensem dia. Akan jadi buruan para gadis.. Maybe juga para artis gitiew! kekekekekeke.. Yolah.. sikit2 dah nampak trend artis sekarang suka mamat - mamat bola ni. Maybe nak tiru macam Beckham & Victoria kot. Tapi si gadis tetap akan berprasangka baik kan?? Dalam hati memotivasikan diri bahawasanya Si Dia cuma setia pada yang satu. Moga kata2 hati itu menjadi doa yang di makbulkan la yer.. Pun begitu aku percaya dalam hati dia tetap la di selebungi misteriiiiiiiiiii.. Op's di selubungi resah juga kalau2 godaan terlalu banyak menduga perhubungan yang terjalin. Tapi percaya pada Jodoh yer.. Andai dia di cipta untuk mu, maka disisi kamu juga dia bertempat. Kalau risau sangat sila ikat kuat2.. Hehehehehehe.

Para - para gadis pemburu di luar sana.. Buru la yang solo molo yer. Ramai lagi tu.. Yang Goal keeper sila senaraihitamkan dalam list anda yer. Sebab yang lain2 aku sendiri pun tak tau dorang dah berpunya ke atau tak. kekekekekekekekekeke. Apapun setiap kejayaan dan kemahsyuran itu ada negatif & positifnya. Bila menjadi perhatian, langkah pula perlu di atur dengan cermat agar tidak hanyut dek arus kemahsyuran tu. Moga Si Jari Runcing & Si Goal Keeper di panjangkan jodoh hingga jabatan tangan kadi seterusnya ke akhir hayat yer. Tahniah juga pada pasukan Bola Malaysia walau aku tak ikuti pun perlawanan tu.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SAYA GAY, SAYA TAKUT, OK!

30.12.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Pengakuan berani kena pijak oleh seorang Gay dalam klip videonya saya gay, saya ok kini bertukar menjadi saya takut ok! Selepas di kecam oleh pelbagai pihak tentang kenyataan tu video Youtubenya pihak moderator blog itu mengambil keputusan untuk memadamkan video Pengakuan Azwan Ismail kerana bimbang akan keselamatanya serta takut pihak berkuasa mengambil tindakkan.

Hasil tuaian Google
Tapi yang tak best pihak moderator blog tetap mempertahankan golongan bernafsu songsang seperti Gay & lesbian. Bagus la.. Konon mulia sangat la tu memperjuangkan nasib golongan tu untuk menggalakkan para gay atau lesbian turut menikmati kehidupan mereka sebagai manusia bernafsu songsang. Adalah lebih baik kamu guna pendekatan ini untuk menormalkan kembali nafsu songsang dorang dari kamu dok mempertengahkan golongan ini dengan harapan masyarakat menerima dengan hati yang terbuka.

Sekiranya kamu rasa kamu di pihak yang betul, tak mungkin kamu takut atas ancaman & tindakkan undang - undang yang bakal mereka kena. Kamu sendiri tahu ia salah & bukan sesuatu yang boleh di terima secara umum. Dah la dorang songsang, di songsangkan lagi dengan memberi medan pada mereka untuk rasa di terima dengan keadaan yang tidak normal. So, lepas ni takde dah korang boleh ulang tayang video Saya Gay, Saya Ok sebab nya kini dah bertukar saya takut, ok! kekekekekekekeke

Para songsang di luar sana.. Bukan mengeji atau menyisihkan korang tapi cubalah untuk kembali kepada fitrah. Jadilah seperti apa yang di jadikan. Untuk kebaikkan kamu juga. Meneruskan kehidupan songsang tidak menjamin apa2 buat korang. Korang tak mampu hidup normal macam orang lain seperti berkeluarga & berzuriat jika nafsu songsang itu tidak cuba di bendung. Pada mereka yang kononnya mempertahankan hak golongan songsang ini, cukup la tu! Kesiankan golongan ni.. Jangan di sesatkan lagi perjalanan hidup dorang.

Rujukan (Harian Metro Online) : Klip video jurutera mengaku gay dipadam

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KERANA SEGELINTIR YANG BERPELUH, SELURUH RAKYAT DAPAT REHAT

30.12.10 Suria Lekatlekit 9 Comments

Yang kejar, yang sepak, yang taduk, yang tangkap, yang bermandi peluh tak sampai pun sepuluh orang tapi yang dapat rehat satu Malaysia, kan??

Apa kes melekit. Pepagi buta tuli ni dok meroyan.. Takde la sana sini riuh rendah cerita pasal cuti umum Jumaat ni atas kemenangan Pasukan Bola Malaysia. Semua pakat hora horey bagai la.. Cuti sapa tak suka. Lain la orang yang tak keja macam aku ni. Always cuti tau! Tapi bukan aku tak pernah kerja.. then aku tau perasaan orang2 yang bekerja bila time cuti. Nikmat tu tak tergambar dengan jari2 menaip gitu. kekekekeke

Apapun korang patut buat entri khas & say thanks kat pemain bola pasukan malaysia. Kalau tak kerana dorang berpeluh ketiak kejar bola tu takde maknanya korang nak dapat cuti. Apa lagi semua peminat fanatik cuti sila buat entri khas ucap terima kasih kat pemain bola pasukan Malaysia cepat. Biar bersepah entri tu kat blog list aku. (bagi mereka yang aku follow la).

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MANGSA GUNUNG MERAPI DI KRISTIANKAN

30.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Majlis Ulama Indonesia (MUI) di Jawa Tengah yang mendakwa berlaku proses kristianisasi di kalangan mangsa Merapi. MUI mendapat maklumat ada kumpulan mubaligh Kristian yang mengambil kesempatan terhadap tempoh pemulihan mangsa Merapi untuk mempengaruhi mereka supaya memeluk agama Kristian.Berdasarkan siasatan pihak MUI, kumpulan mubaligh itu tidak menjalankan misi mereka ketika keadaan darurat ekoran letupan Gunung Merapi, tetapi bergiat aktif mendekati mangsa yang melalui tempoh pemulihan akibat bencana itu. 

itulah artikel yang aku kerat - kerat kat HM online. Berita ini memang mengejutkan walau kita juga pernah di kejutkan dengan kes - kes macam ni kat Malaysia. Orang kafir sentiasa mencari peluang untuk mempengaruhi umat Islam dengan musibah yang di terima untuk menganuti agama mereka dengan cara menggunakan pendekatan melalui bantuan. Niat mereka cuma memancing dengan umpan yang amat - amat di perlukan mangsa bencana macam tu.

Bagi mereka yang cetek ilmu agamanya pasti mudah terpengaruh lebih - lebih lagi yang tinggal di kawasan pendalaman di indonesia sana. Kita juga sedia maklum di indonesia banyak perkahwinan campur antara muslim & non-muslim dah memperlihatkan bagaimana sistem kehidupan disana. Bagaimana seorang anak yang ada ibu dan ayah yang berbeza agama untuk mendalami Islam, Kan?? Jadi pengaruh2 dari luar amat mudah menyerap masuk kedalam diri mereka. Moga kita di jauhkan dari perkara - perkara macam ni & sama - sama kegiatan mubaligh kristian di Indonesia yang cuba menjerat orang Islam untuk Murtad mampu dia benteras secepat mungkin.

Untuk artikel sepenuhnya sila clik : Mangsa Merapi dikristiankan

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MANGSA CULIK & PENCULIK ORANG YANG SAMA

30.12.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Aduhai manusia!! Apa kelakar lak taktik nak menguji cinta sang suami sehingga sanggup menculik diri sendiri then ikat tangan kaki amik gambar bagai mms kat laki dia lepas tu minta wang tebusan.

Tak ke kelakar bunyinya. Tak payah la nak test husband sampai camtu sekali. Kan hubby dah report polis jadi kes lain lak. Manalah hubby tau ko cuma trick jer semata mata nak test kesetiaan suami. Dia risau keselamatan kau jer..

The end cerita ni polis berjaya mengesan penculik tu.. dan terbongkar la penculik & mangsa culik adalah orang yang sama. Tapi benda ni tak jadi kat Malaysia. Nun kat Sepanyol sana.

Nak baca artikel asal sila clik : Wanita culik diri sendiri uji cinta suami

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGAKUAN DERHAKA MELALUI SURAT

30.12.10 Suria Lekatlekit 3 Comments

Kasih ibu walau ibu tiri pun sanggup bergadai golok demi insan bernama anak tapi anak tak kenang budi ni membalas sebaliknya. Apa isu ni?? Jom kita kupas kupis...

BUKTI...surat didakwa dihantar Maria memberikan alasan kewajaran tindakannya terhadap keluarga.
Hari ni lambat skit menyemak akhbar. Ntah napa macam terlupa sekejab arini takde kupas kupis isu dalam akhbar. Okey berbalik kisah pengakuan derhaka melalui surat ni alkisahnya seorang banduan wanita yang sanggup menipu bapak kandung & mak tiri dia sehingga menyebabkan rumah mak bapak dia hampir di lelong dah abis barang kemas mak tiri dia tergadai dengan alasan dia memang patut buat camtu kerana membesar kurang kasih sayang & perhatian dari keluarga sehingga dia terjebak dalam aktiviti negatif dan melahirkan anak luar nikah. Pengakuan tersebut di buat melalui surat yang di kirim kepada mak bapak dia.

Erkk... kalau dorang tak sayang kau dah lama ko merempat tepi jalan akak Ooi. Dia sendiri pilih jalan hitam nak salahkan mak bapak lak. Alasan kurang kasih sayang tu terlalu skema la beb! Kalau mak tiri tu benci kau takkan dia sanggup gadaikan barang kemas dia untuk kau. Ni la jenis manusia cuba menutup kesalahan sendiri dengan menunjuk kesalahan orang lain. Kau sendiri pilih jalan hidup yang merosakkan diri Jangan nak salahkah orang sebab kau jadi jahat lak. Kau dah besar tahu apa baik & buruk malah pernah masuk penjara takkan tak belajar lagi dari kesilapan lalu. Orang macam ni memang jenis bebal & susah nak sedar diri. Semoga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada dia.

Begitulah lumrah kehidupan.. 1 jari yang menunding kearah orang, empat jari lagi di sorok. Yang di canang hanya salah orang tapi salah sendiri yang berkajang tak pula di lihat. Moga menjadi pengajaran pada kita semua.

Rujukan (harian metro) : Surat anak derhaka

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENAPA TAKDE ENTRI MELEKIT TENTANG BOLA?

29.12.10 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bila aku BW tak kira la blog pompuan or laki2 ni 90% yang aku jumpa mesti cerita pasal bola. Kan tengah hot isu lazer.. isu hacker.. semua ni berkait rapat dengan perlawanan bola antara pasukan Malaysia & Indonesia. Tapi Melekit yang suka mengupas ngopek isu semasa ni tak pula kupas isu bola kan?? Sebab apa??

1. Tak reti nak cerita pasal Bola selain tau bola tu bulat & di sepak terajang oleh kaki2 manusia

2. Tak kenal pun pemain bola tak kira la yang famous satu dunia atau kat Malaysia ni.

3. Tak tau undang - undang permainan bola or step2 dia. Yang tau sepak jer..

4. Tak pernah pun tengok bola.. takat jeling2 jer

5. Alasan yang paling munasabah adalah aku tak minat Bola. Kalau wrestling tahun 90-an tu aku boleh gak kupas kupis.

Tu la antara sebab kenapa aku tak langsung sentuh isu pasal perlawanan bola antara pasukan Malaysia & Indonesia. Bila baca pun tak tau nak komen apa. Jadi Blur on the spot. Kekekekekekeke

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SIAPA SALAH? CIKGU SHIDA? PENYOKONG CIKGU SHIDA? ATAU YANG TIDAK MENYOKONG CIKGU SHIDA?

29.12.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

So, meh kita kopek dengan kejam isu sapa salah ni. Lekit cuba tidak memasukkan elemen kebencian pada cikgu shida even tak minat sekalipun tapi cuba mengupas dari sudut pandangan peribadi terhadap isu ni. Kita kopek secara adil & cuba menjadi bijaksana kejab.. (Bijak sangat la kau lekit!!)

Kesalahan pertama kita ambil dari segi teguran yang di buat keatas cikgu shida yer... Berkenaan isu yang cikgu shida ketengahkan dengan mengeluarkan statement bahawa orang yang menegurnya itu seolah - olah mengambarkan Islam itu sempit. Kita semua tahu Islam itu tidak sempit tapi ada adab & batasannya. Kita tidak boleh menafikan hukum sebab hukum takkan berubah sampai bila - bila. Cara teguran yang di buat mengikut pembacaan lekit ni pada permulaannya agak manis tapi di akhiri dengan statement yang maybe melukakan perasaan cikgu shida then menyebabkan ada berlaku serangan balas dari pihak yang terluka. Mungkin mesej yang nak di sampaikan oleh si penegur tidak sampai kepada orang yang di tegur kerana penyampaiannya salah dan menyebabkan ada hati telah terluka & tak mampu di terima secara positif then hanya mengambil yang negatif untuk menjadi pertikaiannya demi meletakkan dirinya sebagai pemenang dalam pendebatan itu.

Kesalahan kedua adalah yang di tegur iatu cikgu shida sendiri.. Cara dia membalas teguran itu telah mengundang pertikaman lidah apabila cuba membenarkan apa yang salah. Mempertikaian Agama itu sendiri then mengajak pengikut untuk sama - sama menegakkan kesalahannya. Sepatutnya seorang guru yang terpelajar macam cikgu shida bijak untuk menjawab balik teguran - teguran itu dengan cara yang educated di samping tidak mempertikaikan apa yang sudah termaktub dalam hukum Agama. Sekiranya cikgu shida ingin menjadi entertainer, dari disini la dia perlu asuh dirinya bagaimana berdepan dengan situasi dimana apa yang di buat itu menjadi pertikaian. Sungguhpun mereka manusia biasa namun kelebihan yang mereka ada seperti di kenali ada buruk & baiknya disitu. Mahu tidak mahu itu cabaran yang perlu di tempuh oleh seseorang yang di kenali kerana dia telah memilih jalan itu. Jika dia sudah melatah begini.. Bayangkan jika satu hari dia di kenali di media2 massa seperti seorang artis bagaimana dia menjawab spekulasi & kontroversi yang melanda dirinya. Ambil contoh seperti Dato Siti Nurhaliza yang bijak mengatur kata dalam setiap isu berkaitan dirinya tak kira ianya negatif atau positif. Tuturnya tidak menyakiti hati mana2 pihak biarpun dia disakiti kerana dia sedar itulah harga yang perlu di bayar bila dia memilih menjadi orang yang di kenali. Jangan jadi seperti artis yang jahil mengeluarkan statement sehingga di gam. Cikgu shida nampaknya lebih bersifat seperti artis jahil itu. pada cikgu shida.. Kamu sudah di kenali, So, bijak la mengatur kata2 dalam membalas setiap teguran yang di buat samada positif atau negatif.

Pada semua tak kira menyokong atau tidak termasuk diri saya sendiri.. Soal Agama janganlah di jadikan seperti bola yang boleh di sepak terajang sesuka hati untuk membuat jaringan gol sebagai matlamat untuk menjadi pemenang sehingga tersasar dari hukum. Apa yang benar akuilah kebenaranannya, Jangan menidakkan kerana ia takkan berubah sampai bila - bila. Jangan menggunakan istilah yang berkaitan Agama yang tiada dalam hukum. Mungkin pemahaman orang yang cetek ilmunya seperti saya akan mudah terpesong. Masing - masing ada salah silap. Entri ini sekadar renungan & untuk di jadikan pengajaran buat diri sendiri & semua yang membaca. Kita di kurniakan akal.. Yang waras sila la berfikiran secara waras. Andai ada hati yang terasa terlebih dahulu saya mohon maaf.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APAKAH NILAI MARUAH SEORANG GADIS HANYA TERLETAK PADA DARA??

29.12.10 Suria Lekatlekit 7 Comments

Kadang - kadang hati tertanya - tanya apakah maruah seorang gadis itu cuma pada 'DARA'?? Kalau hilang dara seolah - olah seluruh kehidupan tu musnah. Tak pelik la ada yang sampai sanggup bunuh diri atau melakukan perkara yang semakin merosakkan diri bila sudah kehilangan DARA.

Macam mana pula DARA yang di ragut tanpa rela?? Kita nak kategorikan dia sebagai tak bermaruah ker sebab dah takde dara?? Tak kan?? Atau seseorang yang menyesali atas ketelanjuran sehingga kehilangan sesuatu yang berharga sebagai seorang gadis. Adakah label tidak bermaruah itu harus di tampal hingga ke mati?? Tak kan...??

So, Maruah bukan terletak hanya pada DARA. Dia meliputi seluruh aspek dalam diri seorang gadis tu. Biarpun masih terjaga DARA nya tapi sikap & perilaku yang mengundang tanggapan negatif juga akan menampakkan kecacatan pada maruah seseorang juga. Maruah akan kembali bersih sekiranya ketelanjuran itu di akhiri dengan kesalan & taubat. Selagi ada peluang untuk berubah & mengubah, masih ada kesempatan untuk bersihkan maruah yang tercemar. Hidup ini tidak kejam seperti yang kita sangka.

Bukan menggalakkan seks bebas atau secara rambang tapi sekadar mengingatkan pada semua & diri sendiri juga.. Sesungguhnya kehilangan DARA itu bukan satu kemusnahan sehingga tak mampu di perbetulkan lagi. Bagi mereka yang tak memiliki dara jangan la terus menghukum diri sebagai seorang yang kotor untuk selamanya.. Selagi di beri peluang bernafas selagi itu harapan masih ada untuk membetulkan segalanya. Mungkin belajar dari kesilapan itu lebih bermakna untuk di jadikan panduan pada diri sendiri & orang lain.

So, para lelaki.. jangan la menghukum seorang gadis hanya kerana DARA. Berilah peluang & ruang untuk mereka berdepan dengan kehidupan yang adil. Bimbinglah sekiranya mampu.. Beri la sokongan & kekuatan. Cara penerimaan kita juga kadang - kadang mampu membantu mereka untuk memperbaiki diri. Tapi kalau sendiri yang memang selesa hidup macam tu.. No komen la! Soal dara or maruah bagi orang2 camtu dia sendiri je tau nak tafsirkan macam mana, kan??

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENDEBATAN ANTARA CIKGU SHIDA, PENYOKONG CIKGU SHIDA & YANG TIDAK MENYOKONG CIKGU SHIDA

29.12.10 Suria Lekatlekit 24 Comments

Kalau dulunya just tak minat cikgu shida ni pasal memang tak minat tengok video miming dia dengan aksi2 yang janggal bagi seorang pendidik tu.. Just tak minat pasal tu je kan. Sebab suka or tak tu hak peribadi.. even artis pun ada orang suka & tak. Tapi sekarang makin takut pula dengan statement cikgu shida yang dah makin popular ala2 artis gitu. Kenapa?? Mengapa?? Haruskah begitu?? Anda tentukan.. Jom kita baca komen pendebatan antara cikgu shida, penyokong cikgu shida & yang tidak menyokong cikgu shida. Di jemput semua yang menyinggah pada entri ni untuk memberi komen tak kira yang suka atau tak dengan cikgu shida.











Ada mata pandang, ada hati nilai & ada akal fikir... Kita ada lima jari pada sebelah tangan.. Pilih la samada untuk menunding satu jari pada orang & 4 jari pada diri sendiri atau untuk menggunakan kelima2 jari mengira salah silap sendiri. Untuk peringatan diri sendiri juga semua.. Biarlah aku bukan seorang yang sempurna, masih belajar untuk memperbaiki diri.. Moga Tuhan lindungi diri ku dari menidakkan apa yang benar & menyiakan sesuatu yang salah. Aku takut hati ku menjadi semakin buta.. akal ku menjadi semakin tidak peka menilai antara dosa & pahala. Sesungguh iman ini belum cukup kental namun jangan ia semakin terhakis biarlah ia semakin bercambah dari hari ke hari.

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

WAJARKAH KECILKAN BLOG POST & LEBIHKAN RUANG PADA SIDE BAR??

29.12.10 Suria Lekatlekit 3 Comments

Kenapa orang jenguk blog kita?? Jawab dulu sebelum isu ini di kopek rakus oleh kekejaman jari lekit ni. Kenapa?? Mengapa?? Adakah semata - mata untuk bersiar siar menikmati widget2 comel?? Atau sekadar menonton iklan?? Atau mengintai side bar??

Jawapanya tentu sekali sebab nak baca entri.. Tu tujuan utama walau ada yang just BW nak up traffic tapi kalau entri menarik orang sangkut juga kan?? Okies sekarang masa untuk merobek dengan kejam tentang isu Ruang blog post yang kecik. Kalau korang tak familiar sangat dengan nama tu.. senang kotak entri korang la.

Trend sekarang sebab terlalu banyak yang dorang nak paparkan di sidebar.. Dorang akan amik space blog post untuk menampung ruang sidebar. Ada yang 2 ruangan side bar kiri & kanan.. ada yang 2 ruang side bar tapi satu side jer tak kira kiri atau kanan atau ada yang still guna satu ruang side bar tapi lebih menyerlah sidebar dia dari blog post.

Kalau dari pandangan lekit yang kejam lagi poyo ni la... Lekit lebih suka blog post menyerlah & besar berbanding side bar. Tulisan pun lekit guna size 14 tau! Biar senang orang baca. Sebab aku nak highlight kan entri yang aku post.. Sidebar tu macam papan tanda kat tepi jalan yer untuk panduan tapi yang penting jalan raya kena besar baru selesa nak memandu kan?? Macam tu pandangan melekit aku ni pada sebuah blog. Bila masuk blog tu kadang - kadang tulisan kecik.. Mau terjojol bijik mata nak baca pastu dia punya blog post sempit yang amat. Yang banyak sidebar. Kiri kanan dia pacak macam2 gadget & widget. Perlu ker??

Sidebar umpama kehendak & blog post umpama keperluan. Korang pernah belajar kemahiran hidup kan masa kat sekolah. Antara kehendak & keperluan, yang mana lebih penting. Merujuk kepada blogger yang berjaya macam En BA.. memang simple sangat blog dia tapi kenapa dia tetap menjadi perhatian blogger?? Kuasanya pada entri. Tak kira la dia nak buat apapun melalui entri dia tapi tetap senjata dia adalah apa yang dia tulis. Betul tak??

Tak salah kita nak letak sedikit penyeri di sidebar blog tapi jangan sampai menenggelamkan ruangan blog post. Blogger takkan berjaya dengan hanya blog yang warna warni sahaja kalau apa yang di tulis takde tarikan. Then salah satu nak menarik orang membaca adalah dari segi ruang di blog post juga. Kalau mengganggu keselesaan pembaca.. Entri yang bagus pun kemungkinan terpinggir. Betul tak??

Ini sekadar pandangan peribadi & tidak point mana2 blog atau blogger. Kalau yang terasa terlebih dahulu jari puaka melekit ini memohon ampun. Just share apa yang aku rasa baik & terbaik pada pandangan mata aku ni je.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APA YANG MELEKAT LEKIT 2010?

29.12.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

tetap lekat & lekit kan?? Meh kita kupas kupis & kopek balik apa yang melekat lekit sepanjang 2010 ni...

Selain aku lebih aktif berblog pada tahun 2010, sehingga berkenalan dengan ramai blogger & nuffnang juga. Dan berjaya meragut BE baru - baru ni apa lagi yang ada di sekitar tahun 2010.

Selain menempuh kehidupan yang cukup menduga pada tahun 2010.. kemudian meniti sedikit demi sedikit kebahagian hasil dari kekuatan & kesabaran aku.. Tarikh - tarikh keramat dalam hidup aku adalah..

24 April 2010
Pemergian Ayah tercinta secara mengejut pada malam itu.. Kebetulan aku balik kampung hari tu untuk menyelesaikan borang nikah bersama hubby. Sungguh.. hampir rapuh kekuatan yang ada sebaik menerima khabar & melihat sendiri jasad ayah yang kaku tak bernyawa di hospital kemudian di bawa pulang kerumah, di mandi, di kafan, di kuburkan, & di talkin. Tidak kering airmata menempuh ujian getir itu. Namun aku redha.. Janji Tuhan dengan Manusia sudah tertulis begitu.

28 April 2010
Segala perancangan tidak terjadi seperti yang di rancang. Aku sendiri tidak menyangka bahawa 2010 akan mengakhiri zaman bujang ku.. kerana takde langsung perancangan perkahwinan malah takde langsung majlis pertunangan atau perjanjian awal tentang perkahwinan aku. Di awal April.. Semuanya jadi secara tiba - tiba bila suami aku sendiri menemui ayah & mak menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan aku pada penghujung bulan Mei. Namun atas perbincangan keluarga aku, Ayah bersetuju untuk mengadakan majlis nikah sekaligus majlis pada 6 Jun 2010. Namun pemergian Ayah telah mengubah segala perancangannya. Bukan aku yang membuat keputusan ini.. Tapi semuanya keluarga yang memutuskan untuk menikahkan aku pada 28 April 2010 dan majlis tetap di adakan seperti perancangan awal arwah Ayah pada 6 Jun 2010.. Namun tanpa Ayah.

Tarikh - tarikh lain atau peristiwa2 lain sepanjang 2010.. bagai debunga je dalam hidup aku. Dua tarikh keramat ini sahaja yang terpahat kukuh dalam ingatan. Pemergiaan Ayah benar - benar memberi kesan pada seluruh kehidupan aku. dua tarikh keramat ini bagai satu kejutan dalam hidup aku.. Semuanya terjadi tanpa di rancang. Aku redha.. Aku terima.

Apa yang melekat dan melekit di sekeping hati ini sepanjang 2010 banyak mengajar aku tentang nilai sebuah kesabaran & ketabahan. Biar di terpa dengan pelbagai ujian (tak semua aku boleh kongsikan) namun aku masih mampu mengorak langkah sehingga ke hari ini. Moga 2011 matahari muncul lagi dalam hidup ku.. Insyaallah.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TUTORIAL MEMASAK NASIK SAMBIL BERBLOGGING

28.12.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Okies..di sebabkan banyak blog & ramai blogger yang suka berkongsi tutorial & resepi bagai.. Lekit pun nak bagi tutorial jugak. Walau nampak remeh tahukah korang masih ada anak dara, maka  dara & anak teruna & bapak teruna yang tak tau macam mana nak masak nasik putih.. Nasi minyak.. nasi beriani.. nasik himpit bagai korang tak yah tanya la. Kalau nasik putih pun mentah lagi or jadi bubur maka secara rambangnya & lazernya aku mengatakan bahawa mereka ini memang tak tau masak nasik.

Okies pada blogger yang tak tau macam mana nak masak nasik.. Pastikan beras, periuk or rice cooker ada. Kalau semua tu ada pastikan bekalan air kat umah anda juga ada. Sebab semua bahan & peralatan ini adalah wajib ada untuk masak nasik yer.

Masukkan beras seberapa banyak korang nak.. Agaknya Oberoi perut tu lepas isi la. Then cuci bersih2 pastu masukkan air. Guna sukatan secara tradisi yer.. Menggunakan jari.. jari mana ikut suka hati tapi haruslah tangan kanan. Ukur beras dalam periuk dulu.. then sebanyak mana level beras mengikut ukuran jari korang, banyak tu la sukatan air yang di perlukan.

Sekiranya anda nak berblogging sambil tunggu nasik masak.. Di cadangkan guna rice cooker untuk mengelakkan hangit. Jangan jadi macam jiran misteri aku, hari2 bau nasik hangit. Lepas tu berblogging la sampai kontot jari. Pada yang takde rice cooker.. buat alarm setiap 5 minit gi check nasik kat atas dapur. Insyaallah tak sempat hangit.

Mesti ada yang mencebil & pelik kenapa lekit buat entri ni?? Moral of the story.. Kadang - kadang kita memandang sesuatu perkara itu remeh sebab kita sudah arif tentang perkara tu, tahu ke korang perkara yang kita anggap remeh itu kadang - kadang berat bagi orang lain yang masih belum tahu. Even masak nasik.. Tapi boleh ke orang yang tak reti masak nasik jadi pandai masak nasik kalau tidak di beri tunjuk ajar atau belajar?? Korang bleh ke baca kalau tak kenal abc atau alif ba ta?? So, tak semua perkara remeh bagi kita, remeh juga bagi orang lain. Sentiasa gunakan konsep sharing is caring. Insyaallah ilmu yang ada akan berkembang & berkat.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Entry Penyertaan Blog List Dauspozi.com

28.12.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

 

sekarang blog list Dauspozi dibuka untuk para blogger, tak kiralah blogger baru ke, blogger lama ke, blogger kaya mahupun blogger miskin. So saya blogger merempat bleh ker join?? Kekekeke.. Mestilah boleh. Mari menjawab soalan yang di beri..
  • Dari manakah korang kenal blog Dauspozi.com?
  • Hasil Blogwalking.. clik punya clik.. then sampai ter clik blog Teruna suci.. semak entri beliau then jumpa segmen ni kemudian clik link rujukan yang di beri seterusnya berkenalanlah saya dengan blog Dauspozi. Tapi tak kenal rapat2 lagi.. Baru jeling - jeling & senyum - senyum jer. :) 
  • Kenapa korang nak join blog list Dauspozi.com?
  • Untuk memeriahkan lagi blog saya sekaligus menambah kenalan di antara blogger. Dan statement yang tak tipu punya adalah untuk meningkatkan jumlah PV & traffic. Semua blogger pun camtu. Tipu la kalau cakap tak, kan?? 
  • Apakah tujuan sebenar korang menulis blog?
  • Tujuan sebenar adalah sebab minat menulis, mengarang, menaip & mahu penulisan saya jadi pembacaan orang lain untuk di nilai demi mempertingkatan mutu & keunggulan saya dalam penulisan blog. Sungguh tak tipu ni. 
  • Siapakah 3 blogger yang menjadi sumber inspirasi korang?
    Blogger yang menjadi sumberi inspirasi saya sebenarnya banyak sebab setiap blogger & setiap entri yang saya baca adalah berbeza setiap hari. Setiap blogger juga adakalanya membuat kupasan yang menarik, dan kadang2 tidak. So, setiap blogger pada setiap hari kualiti penceritaan mereka tidak consistent sangat. Kadang - kadang bagus & menjadi sumber inspirasi saya & kadang - kadang entri yang sekadar lepas batuk di tangga atau lebih senang asal update jer. Tapi atas syarat saya senaraikan juga blogger yang sering menjadi rujukkan & inspirasi saya iatu Ben Ashaari, Rasa Hati & Kucing terbiar dot com.
Okies selesai sudah soalan yang diberi.. Kalau korang rasa berminat nak join segmen ni sila clik : Dauspozi

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SAGUHATI MELEKIT UNTUK TOP 1 PENGOMEN TERBANYAK

28.12.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Hari ni mood nak godek - godek gambar.. edit2 takat aku tau.. memang ada. Nak buat header sendiri pepagi tadi lagi dah siap godek - godek. Mood tu ada lagi.. Pepetang sambil BW terfikir gak nak bagi something buat mereka yang rajin menaip kat entri melekit ni.

Nak buat untuk semua top 10 belum ada masa then aku just pilih komentar terbanyak je la. Rasanya afdal sangat la buat header untuk cik adik tu sebab dia pun memerlukan, kan?? kekekekeke. Actually ni just saguhati yang takde harga apapun. Nak bagi hadiah mahal2 den belum mampu. Nak buat GA pun rasanya belum sampai tahap tu lagi... So, bagi award & bagi menda2 camni la kat kengkawan blog tanda terima kasih.

So, Pemenangnya.. Dia ni memang rajin comment entri akak lekit dia ni. Seorang yang sederhana sifatnya, amat merendah diri & penggunaan bahasa dalam blog dia juga amat la menenangkan si pembaca. Bukan macam blog melekit ni.. Serba serbuk melekit. kekekeke. Kagum dengan pencapaian blog beliau takat ni. Walau baru ber aktif dalam blog tapi berkat usaha & kerajinan beliau.. beliau dah boleh duduk di tahap yang boleh bernafas. Follower pun not bad. Apapun tahniah deqdeq.. Beliau yang dulu pernah minta cik lekit jadi cikgu blog beliau sampai cik lekit rasa malu lak.. sebabnya cik lekit sendiri pun blom khatam. Just suggest dia apa yang perlu dia buat la.. Nak ngajo den sendiri pun blom konvo. Tak gitu!

Ni khas untuk deqdeq.. Kesian pula tengok header lama dia yang aku buat. Tak betul setting nya. Then ni setting baru & wajah baru yer deqdeq.. Transparent background header hope takde la perkataan ter hide lagi macam header lama. Hope deqdeq suka.. kalau tak suka, kena suka jugak! Kekekekeke

Top 1 Pengkomen terbanyak blog melekit. Cik Deqdeq
Hanya ini sahaja yang termampu di beri sebagai tanda terima kasih atas sokongan anda. Pada yang lain bukan tak terima kasih tapi korang semua dah pandai2 buat header sendiri. Pulak tu cantik2 belaka.. So, malu la den nak buat header yang comot untuk korang. Tapi deqdeq.. Dia masih belajar nak buat. So, sementara dia nak khatam bleh la dia guna dulu header cik lekit ni, kan???

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APA ADA DALAM SAMPUL ITU?? SUNGGUH MISTERI..

28.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Tadi nak turun buang sampah then singgah la jab post box kat bawah check kot2 ada surat cinta ke hapa ker.. (Kau berani dapat surat cinta lagi!!). Buka la post box tu sambil ada sorang mamat dok edar menda ntah kat post box.. (Maybe flyers kot). Lantak kau la! Depan2 ko aku campak flyers2 sampah yang tak berkenaan, ok!

Bila check tu ada la satu sampun yang bertulis nama & alamat seperti demikian rupa...
Ternyata nama tu nama aku then memang untuk aku ler
Aku pun apa lagi menderap tapak kaki ni naik tangga balik umah.. Tak sabar nak buka surat ni. Macam 1st time dapat surat lak kan?? Excited tahap babon gitu. Then bila buka... Jumpa satu Nota ringkas...

Ooo.. Rupanya datang dari penganjur contest ni..

Contest Qarl's 15 Projects 2010

Betul la aku terpilih sebagai pemenang saguhati.. Aaii.. takat dapat nota terima kasih jer.. Kata ada souvenir dari singapore... Memang ada!! Ni ha..

Comel kan key-chain ni. Jauh ni terbang dari Singapore

Apapun thanks yer pada En Qarl atas pemberiaan sungguh bermakna. Contest pertama yang Cik Lekit berjaya meragut hadiah. Tak lupa juga contest 1st cik lekut jadi winner... CuteNose. Dah dapat topup tu pagi semalam. Wah... Best kan kalau dapat hadiah??

Apa yang Aku perasan adalah dua2 contest ni aku ada menggunakan gambar bersama en lekuk. Tumpang tuah beliau lak kot.. Kekekekeke

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Happy Anniversary Lekit & Lekuk

28.12.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Happy Anniversary lekit & lekuk. Tu dia sejak bila lak laki aku dapat gelaran lekuk ni?? Wah.. diam tak diam dah 8 Bulan perut aku.. erkk.. apa kena mengena dengan perut lak ni. Bukan itu la!

28 Dec 2010 genaplah 8 bulan usia perkahwinan Puan Suria & Encik Shahrul. Rasa macam baru semalam dok try baju pengantin. Belek - belek baju pengantin yang hanya sekali je pakai tu dalam almari.. 28 adalah tarikh keramat dalam hidup kami (Puan Lekik & Encik Lekuk yer.. (Nama gelaran baru hubby den). Sebabnya tarikh lahir aku 28 Aug, Hubby 28 Mei & tarikh nikah kami 28 April.

Walau masih berdua.. belum ada tanda - tanda untuk bertiga apatah lagi berempat berlima & beramai - ramai.. Tapi kami tetap bahagia & masih bersama. Masih berpegangan tangan bila berjalan.. So, masih takde apa yang mengubah kehidupan kitorang. Hope kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga. Berani kau cakap pasal syurga kalau amal sejengkal cuma!! Apapun setiap hari aku cuba juga untuk berubah kearah kebaikkan & takde manusia yang tak mengidami syurga kan??

Apappun untuk En. Shahrul.. Selamat Hari Ulangtahun perkahwinan yang ke 8 Bulan. Ingat ke tak tu?? Tak ingat luku kepala kang!!

Happy Anniversary (Yang ke 8 Bulan pada 28 Dec)

P/S : Bulan ni punya Anniversary semua lapan.. 8 Bulan, 28 Haribulan... campur dengan tarik lahir kitorang 28 Aug & 28 Mei dan tarikh nikah 28 April..

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ILMU HALIMUNAN DI PRATIKKAN

28.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sejak minggu lepas lekit dah belajar satu matapelajaran baru kat umah.. Kekekekeke. Subject apa tu?? Ilmu ghaib ker?? Atau ilmu halimunan?? Lebih kurang camtu la.

Hasil BW.. Ainismaira kalau tak silap share pasal software untuk buat transparent header.. Then tanpa berlengah atau berlenggang kangkung lagi aku pun terus la download software tu. Hasilnya... (sila scroll keatas balik untuk melihat result dari hasil pembelajaran aku.

Itulah header baru.. Transparent dia punya background. Ala - ala subject halimunan gak ni.. kekekekeke. Sebenarnya header yang lama tu aku dah buat transparent tapi orang tak bapa perasan la sebab header lama kan. Sama jer.. So korang kalau nak download software ni sila clik http://www.gimp.org/ . Tutorial sila la semak kat blog Ainismaira.

Hasil Tuaian Melekit

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUDAK ENAM TAHUN JADI GURU

28.12.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Hanya dalam tempoh enam bulan dalam pengajian semasa berusia empat tahun seorang kanak - kanak berusia 6 tahun kini bergelar seorang guru. Wah hebat kan?? Guru apa ni melekit?? Ko jangan nak propa lebih - lebih ok! Takat guru masa main masak - masak ko jangan nak Gimik besar besaran sangat.

Erkk.. mana ada guru main masak - masak la. Ni Ha.. Seorang kanak - kanak berusia 6 tahun dah jadi guru Yoga. Bukan guru bidang pendidikkan yer.. Cis! Tercabar cikgu2 kat sekolah kan?? Alkisahnya..

Seorang kanak - kanak ni berjaya di kesan bakatnya oleh Pelatih budak itu, Hari Chetan yang berusia 67 tahun semasa dia menjadi muridnya semasa berusia empat tahun.

"Dalam tempoh enam bulan latihan, dia mengejutkan orang ramai kerana dia berjaya melakukan posisi yang sukar dengan mudah dan sempurna," kata Chetan. 

Kini dah hampir 2 tahun kanak - kanak ini mengajar Yoga pada golongan dewasa. Tapi korang jangan lak cari budak tu nak berguru Yoga dengan dia sebabnya bukan kat sini tapi kat New Delhi sana.


Rujukan (Kosmo) :  Guru yoga paling muda di dunia

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MATI DUA KALI CUMA KESILAPAN MANUSIA

28.12.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Kepakaran manusia takkan mampu menandingi kepakaran pencipta  (Allah). Sesungguhnya takde manusia yang hidup & mati 2 kali cuma sering di kaitkan dengan bagai mati hidup semula bila manusia itu menerima musibah yang besar hingga dia terfikir takkan berpeluang lagi hidup waktu tu tapi dengan kuasa Allah maka dia masih di beri kesempatan untuk hidup.

Ok.. terbang dengan belon panas jauh sikit ke Brazil yer tentang seorang wanita tua yang di sahkan mati kemudian tiba - tiba hidup semula ketika dalam keranda kemudian mati selepas dua hari. Ini membuktikan manusia sering membuat kesilapan.. sebabnya maybe warga emas itu cuma koma then ada kesilapan teknikal kat mana - mana maybe dia di sahkan mati. Tup.. tup dah siap keranda bagai, bangun pula si tua ni then mati balik selepas 2 hari.

Tuhan takkan pernah membuat kesilapan.. Setiap manusia yang hidup sudah di tulis hari kematiannya. Bila tiba masanya takkan lewat atau cepat walau sesaat. Kita manusia walau bergelar pakar sekalipun ingatlah kepakaran kita tidak mampu menandingi Pencipta. Jangan angkuh dengan kelebihan yang di beri kerana apa juga yang kita miliki hari ini adalah pinjaman dari Nya.

Rujukan (Harian Metro) : Wanita tua mati kali kedua

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TUKAR AGAMA SEBAB KESEMPITAN HIDUP

28.12.10 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bunuh diri pernah di cuba, kemudian hampir menukar agama kerana terpengaruh dengan kehidupan mewah yang di gambarkan rakan pun pernah di fikirkan.. Semua ni sebab kesempitan hidup. Wah kesempitan hidup juga buat manusia berfikir sempit. Ini kisah yang terjadi pada sebuah keluarga malang..

SEMPIT...Shahrul bersama isteri, Aishah Ismail dan anak mereka di bilik tidur yang disewa di Kota Damansara.
Akibat perniagaannya sebagai pengendali makanan di kantin sekolah di Kedah mengalami kerugian, seorang suami juga bapa kepada 3 anak ni pernah mencari jalan pintas untuk keluar dari belenggu masalah dengan cuba memakan 60 biji pil tidur & menelan peluntur pakaian tapi berjaya di halang si isteri. Lepas tu tak cukup dengan tu dia juga pernah terfikir nak tukar agama bila di pengaruhi rakan tentang kehidupan mewah. Namun Iman yang ada maybe buat dia masih ingat Tuhan. Kini Si Ayah terpaksa bersetuju menyerahkan anak dalam kandungan isteri kepada keluarga lain demi masa depan anak kerana dia tak mampu. Sebelum ni anak keempat beliau telah pun di serahkan kepada keluarga angkat dan di beri ganjaran sebanyak RM2000.

 Keluarga ini hanya menumpang di bilik sewa bersama 3 anak yang lain. Bayangkan Uolls.. Bilik sewa tu bukan la besar mana pun.. Terpaksa bersesak 5 beranak ni. Nak salahkan dia bagi anak kat orang lain pun tak boleh.. Kadang - kadang kesempitan hidup memaksa kita melakukan sesuatu yang kita tak rela. Kita yang tak melaluinya maybe boleh mencebik & mendabik dada berkata.. "Aku susah macam mana pun takkan bagi anak aku kat orang!" Tapi si bapa maybe tak sanggup meratap lagi cahayamata tidak membesar seperti bayi - bayi lain yang dapat merasa nikmat susu sedangkan anaknya terpaksa mengisi perut dengan apa adanya biarpun hidangan itu cuma ubi kayu & air sejuk.

Dengan pendapatan yang hanya RM 780 ringgit untuk menyara semua keperluan  mustahil ia mencukupi kan?? Moga keluarga ni di murahkan rezeki & di beri keselesaan hidup demi meneruskan kehidupan dengan sempurna. Kita yang bernasib baik takkan mampu merasa bebanan yang terpaksa di tanggung, so jangan mencebik apatah lagi mengeji.

So, untuk berita asal sila clik : Nekad beri anak dalam kandungan

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SIAPA SELALU MASAK NASIK HANGIT?

27.12.10 Suria Lekatlekit 10 Comments

Confirm tak guna rice cooker sebab adalah mustahil bagi pengguna rice cooker elektrik akan masak nasik hangit. Betul tak?? Kalau hangit jugak.. memang magic of the year la.. Tapi tak mustahil mentah. Sebab kat umah aku(kampung la) dulu rice cooker tu mungkin dah kategori warga emas kan.. kalau masak nasik lebih dari sekali (secara berganti - ganti) confirm yang kedua tu mentah. Tapi skang takde la lagi sebab dah tukar rice cooker baru. Ni kisah nasik hangit.

Pinjam En Google
Kat umah aku (sini. bukan kampung yer) boleh kata kerap sangat aku terbau nasik hangit. Tak tau la dari rumah sapa... umah sebelah kiri ke, kanan ke, depan ke atau selang 2 3 buah rumah ker.. Aku tak pasti sebab aku tak jalankan sebarang siasatan terperinci. Tapi kalau bau colok yang tiap2 hari menusuk hidung aku.. aku boleh agak dah umah sapa. Sebab kat barisan umah aku ni ada sekeluarga india beragama hindu yang alim. Pagi & maghrib je confirm bau colok. Tu tak pelik sebab dah tau.. Ni nasik hangit. Sapa punya keja?? Anak dara mana?? Or mak dara?? Tak mustahil anak teruna atau bapak teruna. Tapi memang menjadi misteri sampai sekarang.

Takkan kot hari - hari masak nasik hangit. Aduhai.. kalau dah gitu gayanya better la guna rice cooker kan?? Silap2 bukan takat nasik je hangit umah pun boleh hangus. Nak2 lagi umah macam umah aku ni.. berkembar dinding & ada 15 tingkat semuanya. Kang umah dia hangus.. berisiko skali umah aku pun hangus even aku menyewa tapi barang - barang dalam umah ni tak sewa tau. Sdn. Bhd punya.

Misteri ni masih menyelubungi aku.. Kadang - kadang jenguk jugak kat lubang ampai tu. Konon - konon nak kesan bau tu dari arah mana tapi tak juga dapat detect. Kalau dapat pun aku nak buat apa?? Ketuk pintu umah dia then cakap.. Napa selalu masak nasik hangit?? Camtu?? Arghh.. tak kuasa aku! Arini pun aku terbau lagi nasik hangit tengahari tadi. Agaknya hari2 la dia kena gosok periuk bekas hangus tu kan?? Keraknya confirm keras.

Misteri sungguh bau nasik hangit ni. Agak - agak korang sapa punya keja?? Dari umah sebelah kiri or kanan or depan??

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ANAK YATIM LIMA BERSAUDARA

27.12.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Bila dah janji kena tunaikan.. Bila dah tengok kena buat review.. Kekekek.. Macam wajib je kan?? Okies ini berkenaan teater yang aku gembar gemburkan semalam. Teater bertajuk Lima Bersaudara. Teater ni teater kanak - kanak yang berkonsepkan teater muzikal. Sebabnya aku tengok banyak lagu selingan dalam setiap babak. So, memang kategori teater muzikal la. Pelakonnya 90 % adalah kanak - kanak yang sangat berbakat & comel - comel belaka. Lebih - lebih lagi watak kuda laut walau takde dialog pun cuma bergerak2 je tetap comel aku tengok adik kecik tu.

Sinopsis dari teater bangsawan lima saudara ni mengisahkan tentang 5 orang kanak - kanak yatim yang terdiri dari 3 orang lelaki & 2 orang perempuan yang di tempatkan di sebuah penginapan Balai Pengajian yang di jaga oleh Tok Guru. Mereka di ajar ilmu kehidupan, persilatan, pengubatan, ilmu agama serta peraturan keturunan di raja sebabnya semua anak - anak yatim ni dari keturunan raja. Ada sorang kanak - kanak yang bernama Nalza yang sangat degil memberontak untuk keluar dari pusat pengajian tersebut. Nalza memang tidak di senangi rakan - rakan yang lain sebab dia nakal & suka cari gaduh. Then tiba satu hari ada 2 beradik kanak - kanak yatim baru menyertai pusat tersebut. Adik perempuan tersebut jatuh sakit akibat terlalu sedih sebab kematian ibu bapanya telah koma.. Lalu Tok guru mengarahkan 3 kanak - kanak lelaki tersebut termasuk abang kepada adik yang sakit tu pergi mencari penawar. Disitulah mereka mula belajar berdikari, bekerjasama & berbaik baik sesama sendiri. Sebenarnya penawar itu takde pun kat luar just Tok Guru nak bagi pengajaran pada dorang untuk belajar tolong menolong antara satu sama lain & berbaik - baik umpama saudara sendiri. Then sepulangnya 3 kanak - kanak lelaki tersebut dengan hampa.. Tok Guru pun berjaya menyembuhkan adik yang sakit tu. Tu la sinopsis melekit aku secara tak formal.

Apapun Gimik masa babak kelima agak menarik bila pelakon memulakan babak di bawah pentas di celah - celah penonton yang ramai. Tarikkan dalam persembahan pula adalah masa persembahan selepas babak pertama iatu tarian dari makcik2 & pakcik2 yang agak otai. Yang bestnya teater kanak - kanak ni adalah pentas yang penuh kalerful & kostum dorang. Lebih - lebih masa babak hidupan laut. Comel - comel belaka budak2 tu. Nak2 lagi kuda laut. Aduhai.. memang cute gila! Persembahan yang agak menarik juga adalah persembahan jenaka pupet dari si kembar seiras dari sabah. Memang kelakar dorang & betul2 seiras.

Apapun tahniah kepada Panggung Bandaraya Kuala Lumpur di atas acara penutup bagi tahun 2010 yang agak menarik. Tahun depan.. Hope teater bangsawan di teruskan. Apapun teater bangsawan sentiasa dapat sambutan ramai.. Buktinya sentiasa penuh panggung kalau teater bangsawan berbanding teater lain. Okies jom aku share gambar - gambar yang sempat aku snap. << Clik untuk melihat gambar>>

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KICAP CICAK JADI HIDANGAN SEKELUARGA

27.12.10 Suria Lekatlekit 8 Comments

Selalu kita dengar kicap soya.. kicap masin, kicap manis, kicap pekat & kicap cair tapi tak pernah lagi la kita dengar kicap cicak.. Wah! Bukan tokek je mampu di gunakan untuk bidang perubatan malah cicak dinding pun ada gunanya buat kicap. Mampukah anda menelan kicap cicak ni?? Jom kupas kupis..

Alkisahnya sebuah keluarga loya & hampir termuntah bila mendapati kicap yang hampir abis di gunakan terjojol seekor bangkai cicak ketika si isteri cuba menambahkan perisa dalam nasi goreng dengan memasukkan kicap tersebut. Bayangkan Uolls.. dah dekat nak abis baru jumpa bangkai cicak dalam botol. Aduhai.. mau seumur hidup trauma nak makan kicap ni.

credit to : http://abushahid.wordpress.com/2010/12/27/awas-kicap-berperisa-cicak/
Sah - sah pengusaha ni memang tak menitik beratkan soal kebersihan kalau tak takkan la sampai bangkai cicak terlepas dalam botol kicap. Kicap apa aku sendiri pun tak tau.. Tapi pada semua sebelum nak beli kicap try goncang2 dulu then perhati betul2 mana la tau ada lagi cicak yang dok berenang berirama dalam botol tu.

Apapun sesapa yang nak baca artikel asal & lebih terperinci beritanya sila clik : Kicap bangkai

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MUKA BURUK PUN BOLEH MENANG??

27.12.10 Suria Lekatlekit 5 Comments

Ntah kan?? Muka buruk pun boleh menang kan?? Sebabnya bukan pertandingan ratu cantik atau lelaki kacak sebab tu muka buruk boleh menang. Confirm la yang cantik, control ayu, control macho memang takkan terpilih langsung. Apa lekit merepek kan?? Mesti korang tak paham kan??

Ni ha.. lekit dapat 1st winner ratu paling muka buruk kekekekeke.. Bukan itu tajuk contestnya ;a. Untuk contest CuteNose. Cute ke?? Kekekekekeke.. Nak tau tak gambar apa yang aku pertaruhkan. AMaran pesakit jantung mahupun lemah semangat harus kuatkan semangat yer...

N la wajah2 huduh yang lekit pertaruhkan

Tak sangka gambar ni bawak tuah lak dapat 1st winner.. Tak caya korang try clik : CuteNose winner

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGGEMAR STOKIN DAN SELUAR KETAT (LEGGING)

26.12.10 Suria Lekatlekit 3 Comments

Aku.. tak fikirkan cinta.. tapi aku suka stokin & seluar ketat. Sapa tu?? Alah dari sendukkan lirik tu pun korang bleh teka.

Sapa lagi kalau bukan pelakon yang amat berbakat tapi penyanyi yang amat tak berbakat. Tak kenal jugak!! Aduhai.. Tu la budak yang kurus & kecik molek orangnya. Kenal?? Tak kenal juga??? Okeylah.. Dia adalah liyana jasmay. Berlakon memang thumb up tapi menyanyi thumb down. Setuju tak??

Bukan nak cerita pasa lakonan or nyanyian dia just tertarik dengan isu kat kosmo tentang liyana yang ada lebih 50 pasang koleksi stokin & legging.



Koleksi legging dan sarung kaki milik saya sangat banyak, rasanya mencecah lebih daripada 50 pasang, ada bermacam jenis dan warna tetapi warna yang paling banyak ialah hitam. Saya jatuh cinta dengan legging sejak dua atau tiga tahun lepas, rasanya lepas balik dari London. Di sana saya jumpa satu butik yang menjual bermacam-
macam jenis legging dan saya fikir itu satu fesyen yang hebat. << Statement dari liyana Jasmay (kosmo)


Banyak tu.. Fanatik giler la beliau dengan legging & stokin ni kan?? Aku pun ada dua jer tu pun buat pakai tido jer.. kekekekeke


So, sesapa yang berminat nak baca artikel asal sila clik Liyana miliki 50 seluar ketat

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MEH SINI NAK CERITA

26.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Meh sini nak cerita.. aku dah pun selamat berguling - guling kat umah sendiri ni. So, terjawab la soklan napa sepanjang hari ni & semalam takde midnite update. Sabtu malam kan dah bagitau dalam rewang malam nak tengok teater.. Then lepas tengok teater berdesup balik umah in-law. Stay kat sana satu malam.. then malam ni balik ke sarang la.

Sebab material semua belum di sediakan.. bahan - bahan semua masih berbungkus.. So, terpaksa la tengah2 malam sikit buat review pasal teater 5 bersaudara tu. Gambar still dalam camera then nak kena select & compress dulu kalau tak jenuh nak upload masuk. Tapi yang tak best sepanjang teater tu aduhai ada sorang anak dara sunti ni.. Umur katanya 11 tahun nak masuk 12 tahun (2011). Tu pun aku dengar hasil perbualan dia dengan sorang pakcik kat sebelah dia. Sepanjang teater dia asyik mengomel je cerita perjalan cerita tu. Apa jadi lepas ni.. apa jadi lepas tu.. watak dia ni macam tu.. watak dia ni macam ni.! Tiga empat ratus kali juga la aku paling & jeling nak dengan isyarat supaya dia diam.. Tapi aduhai sekejab je diam bila nampak muka aku pastu dia terus la jadi tukang karut lagi. Rasa macam nak luku je kepala dia. Budak pun budak la bukan berhingus lagi. Dah masuk zon anak dara dah tu. Maybe dia dah tengok hari Jumaat teater tu.. sebab persembahan teater tu bermula Jumaat hingga Ahad. Dia ni kalau bawak masuk pawagam confirm kena baling dengan kasut sebab kalau korang duduk sebelah.. depan mahupun belakang.. tak kira la janji dekat dengan dia korang mesti hangin juga. Dari belum start teater sampai habis teater dia punya mengomel.

Aduhai. pada mak bapak.. akak atau abang yang bawak adik anak cucu anak buah bagai pastikan bagi warning awal - awal kalau nak masuk pawagam or panggung teater bahawasanya sepanjang pementasan adalah di larang buat bising. Apapun dah teater kanak - kanak kan, maka banyak la mak bapak & anak - anak,ye tak?? Pasal review teater tu.. tunguuuuuuuuuu!!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

500 BLOG

26.12.10 Suria Lekatlekit 10 Comments


Lagi dari segmen BA. Walau agak lewat join hopr masih ada tempat kosong lagi ler.. Sebab ni pun bersiaran live at umah in law

Berkenaan diri saya. Seorang blogger biasa yang bukan bekas artis atau manusia yang pernah di landa kontroversi. Sudah berkahwin.

Kenapa saya jadi blogger??
Jawapan yang tak perlu nak jawab or cover line sebab bermulanya blog ini adalah saya memang minat menulis & mengarang. Kalau nak cakap pasal duit.. Blog ni terlebih dulu lahir hampir setahun lebih baru terpacaknya iklan nuffnang.

korang nak join sila clik : 500 Blog

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

REWANG MALAM

25.12.10 Suria Lekatlekit 6 Comments

Wah tajuk macam minah rewang lak kan??? Gimik sangat la tu lekit!! Okies bukan nak cerita pasal nak gi merempit.. Itu adalah adengan pilih jalan hitam yer. Tak sesuai. Nak2 lagi bini orang kan?? Mau kena pelangkung dengan laki nanti.

Rewang malam ni Insyaallah kalau takde aral melintang pukang maka pukul 8.30 Malam ni ada terpamirlah wajah ku di panggung teater DBKL untuk menonton teater bangsawan bertajuk "Lima Bersaudara". Tengok teater bangsawan ni sangat2 memberi kepuasan berbanding tengok cerita melayu klasik kat tv. Betul!! Tak caya malam ni pegi kat DBKL.. pastikan awal skit beli tiket dulu. Macam aku last week lagi dah beli. Dont worry tiket tak semahal tiket teater kat Istana budaya malah lagi murah dari tiket wayang. Just RM5 per person.

Kalau korang nampak tulisan pada poster ni abaikan kesilapan teknikal tu.
Untuk maklumat lanjut korang boleh refer sini yer : Pementasan Teater Bangsawan "Lima Bersaudara"

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TIPS MENINGKAT PV/TRAFFIC & MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA BLOGGER DENGAN WIDGET YANG KITA PACAK

25.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Okeis  pagi ni lekit nak share tips yang lekit sedang gunakan sekarang. Contest segmen atau apa saja yang yang berkaitan dengan 'Tag" mesti korang akan cari kawan - kawan untuk di "Tag" kan?? Korang tau salah satu cara bagaimana korang nak tingkatkan PV/Traffic di blog korang sekaligus meramai & merapatkan hubungan antara blogger. Kita akan rasa di hargai bila di tag. Bermakna orang tu bagi perhatian & peluang untuk kita join segmen/contest yang di sertai. 

Jangan hanya Tag orang yang biasa kita tag jer.. Orang yang singgah kat blog kita even menjerit kat shoutbox jer pun atau just tinggalkan jejak kat widget exchange link jangan pandang hujung mata. Sebab masa ni la kita harus gunakan apa yang ada di blog kita. Jangan setakat kalau orang tu just exchange link kat blog kita.. kita pun exchange link je kat blog dia.. kalau orang just singgah jerit kat shoutbox.. kita pun serang balas benda yang sama. Hanya berkomen pada blogger yang komen entri kita atau yang follow. Bila time tag menge'tag' ni kita bagi kelebihan pada mereka2 yang aktif berkomen atau rakan2 blogger yang rapat. Cara tu tak meluaskan perkenalan kita dengan blogger2 lain.

Cuba korang bila join sesuatu segmen/contest/GA bagai ni usya kengkawan yang exchange link kat widget korang pacak, yang jenjalan kat shoutbox then tag dorang. 90% akan clik link yang korang alert dorang tentang dorang di tag. Kelebihannya dari segi PV/Traffic juga. Kelebihan lain dorang akan berbalas - balas komen atau tag dengan blog korang. Tak caya korang try. Setiap contest/segmen/GA cuba tag orang yang berbeza. Cara ni juga membantu kita untuk saling kunjung mengunjung & berkomen di blog.


 Salah satu rujukan yang boleh kita gunakan untuk tag rakan. Tak guna pacak jer bagi nampak meriah walhal kita tak manafaatkan kehadirannya di blog kita. Jangan tipu la korang BW refer benda alah ni 100%. Betul tak??

 Ni paling popular rakan baru yang lawat blog kita. Dorang akan jerit2 kat sini. Bagi merapatkan hubungan antara blogger korang boleh guna kawan - kawan baru untuk tag dorang. Mesti dorang rasa di hargai.. then seterusnya akan menghasilkan perhubungan yang menguntungkan kedua - dua belah pihak.

Tak guna blog semak dengan widget kalau hanya untuk menjadi perhiasan. Gunakan sebaik mungkin apa yang kita pacak kat blog. Selamat mencuba yer... Sharing Is Caring. I'm So caring... kekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DUA BERADIK SELUDUP JANTAN MASUK BILIK

25.12.10 Suria Lekatlekit 7 Comments

Mana tak hancur berkecai.. berderai.. lumat.. hati mak bapak bila dorang sendiri tengok anak dara tido dengan jantan dalam bilik. Nak2 lagi dalam umah sendiri. Kalau mak bapak jenis kurang sabar.. rasanya lunyai dorang di kerjakan selunyai hati mak bapak yang kecewa dengan anak dara dorang tu. Jom kita kupas kupis

Alkisahnya.. Dua beradik seludup boipren masing - masing masuk bilik.. (Maybe time mak bapak dorang dah nyenyak lak kot). Tapi Naluri ibu ni macam magic, kan?? Terasa lak si mak nak jenguk anak2 dara dia dalam bilik.. Bila di jenguknya, alangkah terkejut anak2 dara dia tido berpelukkan dengan pasangan masing2 macam hubby & wife. Lalu di kejutkan la si bapak suruh tengok sendiri.. Then bapak yang berang tapi masih dalam kawalan terus report polis.. dua orang jantan tu di tahan reman & boleh di dakwa sebagai kes rogol sebabnya anak dara dua orang tu masih bawah umur. Baru umur 13 & 15 tahun. Yang jantan tu lak 17 & 20 tahun.

Aduhai.. kalau kat umah sendiri pun tak menjamin anak - anak ni tak melakukan seks bebas, kat mana lagi nak kurung dorang kan?? Takkan la kat ikat kat pinggang berpaut pada anak tu 24 jam. Apapun remaja sekarang terlalu berani tu la susah. Terlalu berkeyakinan tinggi taktik dorang tu confirm berjaya. Then terjadi la benda - benda camni. Okies la Uolls.. Korang nak baca artikel yang takde cacat celanya sila la clik : Dua beradik peluk kekasih

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GAJI PELACUR RM 3K SEBULAN

25.12.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Wah.. Bleh tahan yer.. Basic aku dulu pun tak sampai RM3k gitu... Hanya menyundal di lorong dapat RM 3k sebulan. Lebih pada cukup nak beli susu anak ni.

Alkisahnya seorang pelacur yang berwajah sederhana menjalankan aktiviti pelacurannya di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu memperolehi RM 3K sebulan tanpa perlu bekerja waktu pejabat atau ikut jadual. Tapi walau dia boleh dapat RM1juta pun setahun.. Hasil duit itu takkan berkat. Mana ada pelacur yang kaya raya.. Last2 bila tua hidup melarat. Di kaki lima juga la dorang cari rezeki.. Tapi bukan melacur. Bila kulit dah mengelebeh.. urat dah kendur, energy dah takde.. Jadi la peminta sedekah. Tapi bukan semua peminta sedekah tu bekas pelacur tau! Hanya segelintir.

Sebenarnya apapun alasan melacur.. (kecuali akibat terjerat dengan sindiket & takde jalan nak melepaskan diri) Memang susah untuk di terima. Alasan nak menyara anak.. Nak menyara hidup.. kesempitan hidup bagai ni bukan satu tiket untuk dia menjadi pelacur & harap orang boleh terima pekerjaan dia dengan rasa simpati. Sebabnya banyak lagi kerja lain boleh buat. Tukang sapu tu pun lagi mulia.. Napa tak pilih keja mulia even cuci toilet pun kalau niat nak menyara keluarga?? Takde alasan yang boleh di terima "Kenapa dia jadi pelacur?" Semuanya berpokok pangkal dari diri sendiri jugak. Macam takde keja lain nak buat..

 Sumber rujukan (Kosmo) : Melacur untuk beli susu anak

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APA CERITA TENGAH MALAM NI??

25.12.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Masih blur.. Baru terbangun dari tido.. tertido awal tadi masa tengah BW. Ha.. kau! BW sampai lentok aku di buatnya. Mukin cuaca yang sejuk buat tertido tapi di sebabkan kerap berjaga tengah malam.. terbangun lak kan?? Spoil betul tengah syok - syok tido.

Mimpi tido tadi.. Mimpi balik kampung.. lepas tu lepak kat atas motor arwah ayah yang selalu guna pegi masjid. Aduhai.. Rindu bertandang lagi. Damailah Ayah di sana.. Kerinduan begini takkan berakhir kerana dia Ayah ku.

Sambung BW tapi tak banyak blog pula aku ada mood nak berkomen even aku still membaca entri dorang. Nak jerit kat shoutbox pun rasa malas. Ni cuma entri warm up.. Maybe kejab2 lagi jumpa la entri hot2 skit kot. kekekekekekeke

Oh.. ya pasal entri Disable right clik tu tengok ramai juga feetback dengan pendapat masing - masing. Ada yang terus buang disable right clik tu & bersetuju dengan pendapat aku. Ada yang buat survey samada perlu buang atau kekal kan mengikut pilihan pengunjung blog dorang la. Apapun pilihan di tangan anda.. Kalau selesa teruskan.. Kalau rasa ianya tidak berbaloi maka buangkan. Tapi bagi aku.. Isu takut di plagiat atau gambar di curi menyebabkan dorang activekan disable right clik memang sangat tidak berbaloi & menyusahkan jer.. Lagikan account kita orang bleh hack ni kan cuma disable right clik. So tepuk dada tanya selera.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APAKAH PERUBAHAN TEMPLATE AKAN MENGANGGU KEMPEN mCPM NUFFNANG YANG SEDANG BERLANGSUNG?

24.12.10 Suria Lekatlekit 6 Comments

Kan aku baru tukar template baru yang lebih comel berbanding dulu & mendapat pujian yang berbukit bukau oleh rakan2 sperblogkan.. (Ini cuma perkataan melekit yang di layak langsung di gunakan dalam karangan bahasa melayu di sekolah yer). Tapi aku ragu - ragu juga sebab aku dapat BE & kempen tersebut sedang bernari2 dia blog aku ni.. Sebabnya aku rasa macam pernah terbaca pengubahan template & header juga memberi kesan pada kempen mCPM. Then aku memang peramah & suka sangat menginterview helpdesk nuffnang ni maka untuk mendapat kepastian yang sahih.. bukan mitos2 atau gosip2 liar aku hantar la pertanya berikut di kaunter pertanyaan nuffnang (email ke helpdesk ler).

Apakah kempen mCPM yang sedang berjalan di blog akan terganggu atau di batalkan sekiranya mengubah template?? Lebih kurang camtu la soalan aku kan dan jawapannya adalah...


The campaigns won\'t be retracted but generally if you change your template, just make sure you insert the codes of our ad units back into your blog as soon as you can to prevent and failure to display the ad and affecting your maximum earnings from that campaign assigned by advertiser.

So, bermakna ia tidak mendatangkan kemudaratan la pada kempen yang sedang berlangsung.. Pada mereka2 yang ala2 bendul macam aku tentang nuffnang ni hope benda ni memberi pengetahuan kepada korang. Sharing is caring.. well.. i'm so caring person, gitiew. Biarpun soalan ni macam bengap je kan tapi adalah lebih baik bertanya dari berlagak macam pandai padahal tak tahu, kan??

Tapi aku perasaan pasal helpdesk ini.. Kau tanya la dalam bahasa melayu pun dia akan jawab tetap dalam English. Bermakna dia paham melayu tapi tak tau cakap melayu kot.. kekekeke Just Joke!!

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *