BLUR & BLANK

26.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH... 
NO IDEA TO UPDATE!

 
 Dah bapa hari aku cuba cari something untuk di cerita ceriti or di umpat umpit kat sini tapi entah napa totally 0 idea. Tak banyak aktiviti sepanjang bulan puasa ni.. Kat opis aku dah malas nak amik pot sangat.. Apakah itu petanda aku mula bosan dengan hidup??? huhuhuhuhu... So, dangerous kalau bosan dengan hidup ni

Mood raya pun takde.. Buktinya takde langsung preparation untuk raya. Rasa tak excited pun nak membeli belah untuk hari raya. Kenapa ekk?? What happen??  Entahlah.. di kelilingnya pelbagai persoalan hidup yang harus di jawab.. pelbagai perkara yang harus di beri perhatian & pelbagai.. pelbagai.. dan berbagai macam tuntutan hidup yang harus di laksanakan. Itulah tanggungjawab manusia.

Dah takde idea nak menulis lagi... need a lot of rest cause I'm so tired, so depress.. and so.. so.. so.. apa aku merepek ni??? Gua chow dulu la beb!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

WAH GAMBAR AKU JADI COVER ENTRY

23.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Macam biasa setiap kali buka blog aku akan check.. berita2 terkini or cerita2 terkitu kat blog2 yang ada dalam list aku & juga follower walau takde setiap hari follower aku bertambah pun. Sebulan sorang tu ada la.. Apa ko pk blog aku sehebat Azwan Ali nak hari2 berpuluh2 orang add sebagai follower??? Apapun aku sentiasa berterima pada yang add & sebagai balasan maka aku akan jenguk blog dorang & Add balik. Bleh gitiew...??

Aganya bapa tahun lagi la aku kena tunggu untuk dapat follower semeriah ni, kan??
 
Hari ni aku buka je ternampak la seorang hamba Allah yang mendapat hidayah ntah dari mana untuk add aku sebagai follower. Aku pun skodeng la blog Encik ini di blog http://padi-hijau.blogspot.com/ . Jenguk2 la entry dia.. Alamak??? Tersiput2 malu (tapi dalam hati kembang gak setaman) bila gambar hasil potong & cantum aku menjadi cover salah satu entry dia. Walaupun entry tu dah agak bersawang tapi den nak berterima kasih la sebab pic comot itiew sudi dijadikan gambar hiasan di entry anda.

Siap print screen ni entry Encik itiew.. kembang kuncup idung.

So pada Uolls yang berminat nak kidnap pic aku untuk di jadikan gambar kiasan pada entry korang sila la.. Aku halalkan. jangan korang superimpose jadi gambar bogel dah la yer.. Kang jadi konterversi lak.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BARU 10 BULAN DAH 20 KG... CAMNI KALAU 10 TAHUN.. ERMM

20.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Bayi 10 bulan seberat 20kg


BEIJING - Seorang bayi di China yang berusia 10 bulan memiliki berat sama seperti seorang kanak-kanak normal berusia enam tahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat bayi yang bernama Lei Lei itu mencecah 20 kilogram (kg) dan dia turut digelar Michelin Baby yang merujuk kepada maskot pengeluar tayar terbesar dunia dari Jerman yang bertubuh besar.
Menurut ibu bayi itu, Cheng Qingyu, anaknya mempunyai berat badan normal ketika dilahirkan namun disebabkan selera makan yang tinggi berat badannya bertambah sejak dilahirkan.
Lei Lei ketika ini berada di sebuah hospital di wilayah Hunan selatan China, yang merupakan tempat dia menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti punca beratnya bertambah.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MASAK MASAK RAMADHAN..

19.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Hari ni tajuk entry ala2 rancangan masakan lak yer... Bulan2 puasa ni bagi para isteri mesti akan pikir.. Nak masak apa berbuka nanti, kan?? Yelah.. salah satu cara menambat hati suami adalah dari masakan juga.. (walau den bukanya pandai masak sangat pun). So, setakat 3 hari berpuasa & bersahur bersama en hubby aku dah masak apa ekk... (nak refresh otak sat noh..)

Sambil2 idupkan api kat dapur kayu ni bleh pk nak masak apa
 
Isnin... Tak silap aku tak masak pun. Beli juadah kat bazar ramadhan jer. Selasa aku masak ketam masak cili padahal en hubby request ketam masak lemak cili api.. Aku dengar macam ketam masak cili. Apapun tetap abis semua ketam2 itu di belasah en hubby sehingga keboroian sekejab malam tu. dan malam tu juga en hubby makan lebih banyak dari biasa.

Lebih kurang camni la rupanya ketam masak cili aku
 
Rabu.. Masak juga. Aku masak ayam masak sambal dengan sup ayam serta sayur bayam. En. Hubby makan skit jer nasik dengan sup ayam sebab dia tak sihat. Kurang la selera makan dia semalam. Hari ni pun demam lagi tengah pk2 masakan apa yang sesuai untuk orang demam. Ingat arini pun nak masak sup lagi tapi sup sayur dengan sotong. Ok ker??? Ok la tu... Tak lupa peberet en hubby Udang goreng. Bila dah kawen, jarang aku fikirkan selera aku bila memasak sebab aku jenis boleh makan apa jer.. Selera en hubby lebih aku utamakan sebab dia ni agak cerewet bab makanan. Tapi macam musang skit.. Lebih berselera dengan ayam. Sebab aku ni tak kisah makan apapun.. So, ikut kan je apa dia nak makan.

Laki den makan ayam pun cuma kat 1 part jer... DADA
 
Apapun tengah skodeng2 resepi ni... kekekekeke.. al-maklum la baru dapat status puan maka semuanya nak kena belajar dari resepi. At Least masak jugak kan hari - hari berbanding hari2 tunjuk2 kat bazar ramadhan. Memang lebih jimat memasak berbanding tunjuk2 kat bazar tu. Kos memasak untuk berbuka dan sahur (pakej lagi walau 2 kali makan) lebih kurang berbanding kos tunjuk2 kat bazar untuk berbuka jer.. Belum lagi bersahur. Masa pun jimat sebab untuk bersahur boleh panas2 kan jer. Betul tak???

Tunjuk je mana suka..

Apapun selamat berpuasa Uolls.. Para2 isteri & ibu2 selamat memasak untuk En hubby memasing yer.. Chow Kit Road dulu..

Kalau sotong camni nak masak apa ekk??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TAHUKAH KAU RINGTONE KAU SANGAT MEMEKAK

18.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Tu dia.. tajuk entry pun orang tau alkisah yang nak di kisahkan. Bukan la nak mengumpat di bulan ramadhan yang mulia ni sekadar bercerita ceriti untuk di jadikan teladan. Senang cakap kita ke segmen mengumpat sambil belajar lah! Jom Uolls kita mulakan majlis..

Amik berkat.. Doa2 kan la jari puaka aku menjadi suci yer

Tahu la enpon ko mahal.. communicator katanya. Takde rm3k jangan berangan la.. tapi 2nd hand bleh la dpt 6-7 ratus skang ni. Kalau ye pun enpon ko mahal ko tak reti2 ke rendahkan volume ringtone kau tu. Dah la full song ko set kat ringtone kau tu.. lagi ko tak jawab selagi tu la memekak. Tolong la respek orang lain sama. Ni opis bukan rumah hak milik peribadi. susah kan kalau orang jenis tak reti respek orang.

Kang tego orang kata jeles.. Depa enpon bleh bukak katup.. cheq nye enpon tekan2 guna ibu jari jer
 
Bukan la niat nak mengumpat bagai tapi kalau dah hari2 camtu, nak2 pulak kadang enpon tu di biarkan jer bernyanyi kat situ lama - lama. Uolls sendiri pk la kan.. Kalau dah takde rasa hormat & pentingkan diri sendiri macam tu la jadinya.

Maybe dia taktau nak setting kot.. Dosa kan tuduh2 orang camtu
 
Moral dari kisah ni.. semahal manapun enpon korang, sesedap manapun ringtone korang tapi belajar untuk sesuaikan tahap nada dering itu mengikut suasana, tempat & situasi yang betul. Kita jangan anggap benda yang menyenangkan atau menghiburkan kita juga mampu menyenangkan & menghiburkan orang di sekeliling kita. So, jika ini di kategorikan mengumpat harap di ampun sebab aku just menulis apa yang terbuku di hati. Itu lebih baik kan dari berbuku lima hari2. Kekekekeke.. Hope no more tinju kasut kat opis yer! Bubye Uolls...

 Kalau rasa sedap sangat bunyi better la dengaq sorang2 dari dok memekak tak tentu pasal

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SELAMAT BERPUASA

17.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

agak lama jugak aku tak menghapdetkan blog ni.. Bukan apa Uolls.. minggu lepas seminggu aku bercuti kat kampung atas sebab2 yang korang tak yah la tau yer.. Puas den bercuti ni kat kampung. Ending story nye malam sebelum balik K.L si kasim gigit tangan aku masa aku cuba nak selamatkan dia dari kena belasah dengan dik cik. Bengkak juga 2 hari tapi arini dah kurang sebab dah pegi suntik kat klinik semalam. cuma skit2 je sakit dekat bekas gigitan dia tu.


Ni la wajah2 penjenanyah itiew...

Takde apa nak aku ceritakan kat blog ni.. kalau ada pun kisah2 yang dah basi.. Arghh.. Malas la nak ungkit bangkit lagi. Suasan keja makin membosankan membuatkan aura malas semakin menjadi jadi. Nak2 masuk la seko yenna (CRE baru tu). Tak abis - abis cari pasal dengan orang. Ada je orang dia nak sound. Memang dah spesis yenna camtu kot.. Dah malas nak cakap sal anak kelly Eng seko tu. Dia dapat sokongan padu dari bos so makin kurang ajar la jadinya. Nak cakap pasal En Bos pun malas sebab aku dah hilang respek dia. Well.. dia sendiri yang memberi teladan untuk tidak di hormati. Aku cuma keja sebab keja & gaji. Cukup time balik.. Nak keja separuh mati??? For what?? sorry beb company ni tak memberi apa2 faedah atau ganjaran untuk aku selain gaji. So, tak yah nak tunjuk rajin or membodek tak tentu pasal. Nak2 lagi bulan posa camni... Masa sentiasa sempit bagi golongan para isteri yang bekerja macam aku. Kekekekekeke...

Maaf yer tuan2 & puan2.. saya rushing ni nak balik masak
 
Apapun.. Biarlah mereka dengan cara & hal mereka. Masing2 pun tau betul salahnya. Kalau ko ngaku diri ko baik maka tunjukkan la kebaikan ko jangan hanya cakap tapi perbuatan ko cukup menderhaka, Kan, Uolls?? Apapun selamat berpuasa pada semua. Semoga bulan yang mulia ni memberi kita seribu rahmat. Amin...

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

USIK USIK ADIK PENGKID

6.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Nak gelak ke nak nangis or nak gelak guling2 sambil nangis??? Takpe la senyum je la ekk... Jenjalan kat FB memang best lagi2 FB aku yang accept segala jenis spesis manusia & jantina. Ada perempuan ada lelaki & ada juga 'JANTINA'. Paham ke Uolls apa itu JANTINA yang aku maksudkan??? Yer betul adik - adik.. tapi takut nak cakap. JANTINA adalah insan yang dilahirkan sebagai lelaki/perempuan yang bernaluri atau cuba menjadi seorang lekaki/perempuan. Eh.. eh.. bila masa lak I anti dorang?? nehi.. nehi... k! Contoh akak senduk.. I suka dia tau! Very da Puaka ninyang rapik dia punya coretan kat blog. I loikeeeeeeeeeeeeeeee..........

her/his name Kak senduk. Tengkiu!

Nak dijadikan cerita Uolls.. Jenjalan punya jenjalan terbaca la satu status adik peng tentang dia punya imaginasi ni.. (Uolls bacalah kat bawah yer..). Yang 1st comment i dia delete i tak sempat nak printscreen Uolls.. Tapi lebih kurang camni la comment i.. "U'r taste like a gurl.. Walau U try 2 be a boy u tetap gurl. Walau U cuba lawan arus, tapi sifat semulajadi U seorang gadis tetap ada." Lebih kurang camtu la.. Aku pun tak bapa nak ingat.



Pastu... macam biasa la kalau dah marah kena la block dari masuk ke FB dia. Memang agak kelakar.. perempuan tetap perempuan walau dia cuba jadi macam lelaki pun. Mungkin penampilan, cara & lain bleh ubah tapi perasaan dia tetap sama. Perempuan kan jenis berhati lembut & cepat touching.. see, dah terbukti. Dia tak mampu untuk berhati keras macam lelaki.

Takat Muka ganas hati tisu pun tak guna gak beb!
 
Kenapa pondan or maknyah jenis gurau kasar tapi tak susah nak sentap??? sebabnya diorang adalah lelaki & berhati agak keras even dorang try jadi pompuan, gaya macam pompuan, dress pompuan skalipun.

Tapi camna la kalau Muka tisu tapi hati ganas??
 
The point is.. kita dapat mengubah lahiriah tapi bukan rohaniah. Ekk.. betul ke apa aku tulis ni?? Arghh.. janji Uolls paham kan??? So, adik adik pengkid sekalian.. kalau nak jadi lelaki kena la berhati keras macam lelaki, tak bleh cepat touching. Kalau cepat touching kang asyik merajuk awek lak lari. So, sebelum akak kena luku dengan pengkid2 sekalian baik akak pun larik dulu!

Maaf.. I terpaksa memintas Uolls.. I takut kena luku.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HULURKAN TANGAN RINGAN KAN BEBAN

6.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

** Yani saya cuba membantu apa yang saya mampu.. Moga ia dapat meringankan beban yani. Pada anda di luar sana, sumbangan anda amat bermakna. Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi yani di blog beliau http://aliaharyanie.blogspot.com/.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KANAK KANAK 11 TAHUN YANG DI CULIK DITEMUI SEMULA

6.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

myMetro | Kakak ditarik masuk kereta

IPOH: “Sebuah kereta Perodua MyVi hijau menghampiri kami sebelum seorang lelaki keluar dan meminta kami menunjuk arah kedai terdekat yang menjual kad tambah nilai prabayar. “Dia tawarkan RM1 kepada sesiapa yang menunjukkan arah kepadanya. Tiba-tiba, dia menarik kakak yang berdiri berhampiran kereta dan menolaknya ke kerusi penumpang hadapan sebelum memecut kenderaannya,” kata adik kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang menjadi mangsa culik, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Taman Meru, mangsa bermain dengan adik lelakinya berusia sembilan tahun apabila tiba-tiba diculik sebelum ditemui semula oleh orang awam di taman permainan kawasan perumahan di Gopeng, kira-kira 45 kilometer dari sini, hampir tiga jam kemudian.

Sebelum kejadian, mangsa dan adiknya bermain berhampiran rumah guru al-Quran yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka. “Selepas selesai mengaji, saya dan kakak serta beberapa rakan bermain di tepi jalan bertentangan rumah guru.

“Saya pelik lihat lelaki itu menarik kakak masuk ke keretanya. Saya rasa lelaki itu orang jahat dan beritahu ustazah (guru mengaji) sebelum berlari pulang ke rumah beritahu keluarga bahawa kakak hilang,” katanya.

Keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Jelapang.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, mangsa menghubungi ibunya kira-kira jam 11 malam mengatakan dia berada di Gopeng.

“Mangsa dibawa ke Balai Polis Gopeng oleh seorang lelaki yang menemuinya berseorangan di taman permainan di Taman Kinta di Gopeng kira-kira jam 10.45 malam,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa berkata, dia terus ke Balai Polis Gopeng untuk mengambil anaknya sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu.

“Saya membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan dan dia dilaporkan stabil dan tiada kecederaan serius.

“Namun dia masih trauma dengan kejadian itu. Saya berharap polis menangkap segera penculik anak saya bagi mengelak kejadian sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya.

Sementara itu, guru al-Quran mangsa, Rapinah Yusoff, 59, berkata, dia menyedari kehilangan anak muridnya selepas diberitahu adik mangsa.

“Dia tidak pernah bersendirian dan sering dihantar keluarganya jika mahu ke mana-mana termasuk ke sekolah walaupun jarak dekat dengan rumah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu. “Kami sudah mengenal pasti suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500,” katanya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DIARI SEORANG ISTERI..

5.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

 Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.

Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.

Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"

Assalamualaikum.

Abang,

Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.

Ikhlas dari

Nur Nisa


Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.

Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

** touching membaca kisah ni.. aku culik dari FB. Untuk Uolls semua hargailah orang yang tersayang selagi mereka masih disisi..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TINJU TUMIT KASUT..(WWF)

3.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Salam Uolls.. huh sungguh berdebar hati ini. Nak tau napa?? Jom kita trus ke segmen.. cerita ceriti.

Jom Fan.. kita mulakan
 
Baru je jab2 tadi showroom di kejutkan dengan satu fighting. Bermula dari perang mulut.. kau kata aku, aku kata ko.. ko silap sebut "perempuan janda" tapak kasut lekat kat muka!! Apa ceritanya. Meh sini aku nak story..

Padan muka!!
 
Ianya berkisahkan tentang sales girl & C.R.E baru yenna yang mulut hanjs kuat komplen & berlagak sangat tu. Tau la tugas dia tapi ko nak bagi arahan pun berpada2 la. Siap suruh orang mop lantai pejadahnya. Tak guna bayar cleaner beb! Takat wipe2 habuk kat keta memang la tugas dorang tapi mop lantai rasa agak melampau juga. Arini dalam meeting dah bersuara komplen orang. Aritu sound aku. Maybe aku jenis tak suka nak bising bleh diam & biarkan ia berlalu camtu je tapi silap ko bermulut hanjs dengan mak singa amik kau tapak kasut lekat kat muka.

Skali dia mengaum.. kasut naik ke muka tau!
 
Aku tengok dua lawan satu. Ko cakap Perempuan Janda.. Ko silap sebab ada dua single mother kat situ. Nasib baik tak mampus ko kena lanyak tadi. Nak jadi hanjing gila pun pandang kiri kanan dulu. Ko pikir ko sound aku, aku diam orang lain pun akan diam la bila ko maki hamun dorang?? Amik ko!! Pastu tak puas hati ko masuk opis maki dorang pompuan Pund**. Nak report pakcik ko kat penang yang kononnya polis banyak paku. Nak kenakan mak2 dara itiew katanya. Pastu siap sindir2 katanya ada hantu jadi batu api.. Biasalah musim cerita hantu sekarang, maka banyaklah hantu2 berkeliaran. Lebih2 masuk lak staff langsuir cam ko.

Dua lawan satu.. Bukan cerita hindustand yer yang 1 tu akan menang
 
The ending story.. dorang bermaaf maafan juga tapi biasa la settle cuma depan je tu. Aku tau sangat la. Belakang mesti ngumpat ngumpit hingga akhir hayat la tu. Macam kisah si Godzilla dulu jugak. Sampai sekarang pun still camtu. Kalau perangai poyo & kerek tak tentu pasal, gitiew la jadinya. So, nak berlagak pun renung2 kan la. Siapa anda?? Bagus sangat ker???

Menangis airmata darah la ko yenna..
 
Apapun 1st time adengan ladies wrestling berlaku kat opis aku ni. Moral dari story ni.. Mulut jangan hanjing, Perangai jangan poyo & kerek tak tentu pasal & belajar untuk respect each other. So, kita tunggu esok apa kisah. Apakah berkesinambungan lagi kisah WWF ni??? Tunggu............


0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENA RASUK HANTU INDIA

3.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Melayu baca mantera Urdu

KUALA LUMPUR: Sebuah sekolah menengah di Desa Petaling di sini, terpaksa ditutup sementara selepas lebih 10 pelajar perempuan, seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita tiba-tiba diserang histeria, semalam.

Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.
Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat.

Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya.

Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan.

Serangan histeria itu bermula kira-kira jam 7.45 pagi apabila seorang pelajar perempuan tingkatan tiga, Atikah Abdullah, yang menghadiri perhimpunan pagi tiba-tiba mengamuk dipercayai dirasuk.

Keadaan dialami mangsa berjangkit kepada sembilan pelajar lain termasuk seorang pelajar lelaki dan seorang guru wanita ketika semua mereka yang juga rakan sekelas mangsa cuba menenangkannya.

Ini menyebabkan suasana di sekolah itu kelam-kabut seketika apabila semua mangsa menjerit kuat.

Sejurus selepas itu, Atikah cuba melarikan diri sebelum ditahan beberapa rakan dan gurunya.

Rakan mangsa, Mohd Fairuz Faizin Amran, 16, berkata sejurus kejadian itu, perhimpunan disuraikan dan mangsa dibawa ke bilik berdekatan.

Katanya, rakan serta guru membacakan surah Yasin menyebabkan Atikah tenang seketika sebelum kembali meronta, malah rontaan mangsa diikuti beberapa pelajar perempuan lain yang turut diserang histeria. Menurutnya, pihak sekolah membenarkan semua pelajar sesi pagi pulang pada jam 9.30 pagi dan sekolah dijangka dibuka semula hari ini.

“Mangsa dipapah pulang keluarganya selepas dimaklumkan kejadian itu. Pelajar lain yang diserang histeria juga dibawa pulang keluarga masing-masing.

“Sebaik tiba di rumah, Atikah masih meronta dan cuba keluar rumah untuk ke sebatang pokok berhampiran,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, mangsa merangkak dan menggelupur sebelum menjerit dalam bahasa Urdu supaya disediakan buah limau, epal hijau dan colok.

Dalam keadaan mata terbeliak ketika dipapah beberapa lelaki, mangsa memandang tepat ibunya, Suraya Abdullah, 33, sambil menjerit seolah-olah mahukan makanan.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ULEK MAYANG JADI SEMERAH PADI

2.8.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Weekend story kini kembali.... Apa habaq Uolls??? Dah berapa purnama aku dok pesan dont pekik terlolong cukup la sekadar menjawab dalam hati.

Please don't do that

Berbalik kepada kisah weekend aku yang sepatutnya plan nak tengok teater Ulek Mayang alih2 tengok teater Dramatari Semerah Padi lak.. How jadi camtu??? Aku dah tanya kat shoutbox mekar budaya napa tetiba teater Semerah Padi lak.. Kalau mengikut jadual persembahan teater ianya akan berlangsung kat DBKL pada hari tu.. Katanya...

Kalau dah begitu kata mu Tuan, apa daya hamba melawan.. cewah!

So, alang kepalang dah sampai depan Dewan panggung teater DBKL maka masuk jugak lah menyaksikan teater Dramatari Semerah Padi. Komen untuk teater ni Not Bad but aku kurang gemar teater musical ni. Banyak nyanyi2 & nari2. Tapi layan jer... Ni pic2 yang sempat aku snap

Ni semua pelakon2 atas pentas tapi bawah pentas pun ada pelakon..
saksikan pelakon yang bawah pentas lak..
|
|
|
|
|
|
|
|
|

 Memegang watak sebagai tukang komplen

Tukang ketawa kuat kuat
Keseluruhan cerita ni boleh la tahan.. Maybe kurang menikmati sebab frust tak dapat tengok teater Ulek Mayang so tengok gitiew2 jer la. Apapun tahniah pada semua yang terlibat. Bagi la ** untuk teater Dramatari Semerah Padi.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!