KASIH SAYANG TANPA SEMPADAN

9/29/2010 01:55:00 PM suria lekatlekit 0 Comments



Video ni aku terjumpa masa search kat youtube. Banyak kali aku tengok & share kat fb juga. Memang benar2 menyentuh perasaan. Saya terharu sangat. Singa yang di gambarkan sebagai binatang yang garang & ganas. Namun dia dia besarkan oleh 2 orang insan, lahir kasih sayang antara haiwan ganas ini & manusia.

Memperlihatkan bahawa haiwan yang tidak berakal ini mampu menghargai orang yang membesarkannya. Tidak pernah melupakan kasih sayang yang tercipta antara mereka. Walau berpisah & di pertemukan semula dia masih mengenali 2 insan yang pernah menjaga, memberi makan & kasih sayang kepadanya.

Mungkin bagi sesetengah orang ia hanya sebuah paparan biasa Tapi bagi aku ia cukup menyentuh perasaan & penuh dengan nilai2 kasih sayang. Mengingatkan aku pada Mak & Ayah.. Jika haiwan itu mampu mengingati setiap jasa tuannya satu ketika dulu, adakah kita seorang anak sudah cukup membalas segala budi & jasa ibu & ayah kita?? Sesungguhnya.. Tiada harta di dunia dapat membayar segala jasa ibu bapa membesarkan kita,namun dengan menghadiahkan segaris senyum di wajah mereka bila memandang anaknya yang kian dewasa dengan sempurna & tidak melupakannya mungkin sudah cukup bagi mereka.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESILAPAN YANG TAK DI TAJA

9/28/2010 06:12:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Patut la sejak seminggu lalu aku dok apply takde respond. Yang ada cuma satu jer kat email. by call punya reply semua email2 aku langsung takde. Dalam hati dok pk.. demand la company skang. Dulu kalau aku apply (walau kat online jer) selalu reply balik. Kebanyakkan by call. By email jarang sangat. Rupanya aku tersalah taip hp number. Uwakakakakakakaka

Op's! it's my bad

Tu dia mukadimah.. sapa pun tak tau apa benda aku cok bebel kan?? Alkisahnya cari keja la ni. Aku banyak tengok iklan2 keja dari mudah so banyak yang aku apply melalui email. Dah seminggu aku dok apply sana sini. Yang respond satu jer kat email. Pelik gak kalau mengikut pengalaman yang lepas banyak juga call aku dapat untuk panggil interview. Ni satu call pun takde. Pelik..

Kalau camtu tunggu sampai reput pun takde reply

Nak dijadikan kisah tadi aku check balik resume aku buat.Konon2 nak edit bagi strong skit la.. Memang la tak strong kalau No. hp aku bermula dengan 017 jadi 012. So, how nak dapat kalau orang contact aku kan?? Punya la lalai... Padan muka aku!

Tetap maxis gitiew..

Moral dari cerita ceriti aku ni.. Jangan buat keja nak cepat siap jer. Check dulu! Kalau tak macam ni la jadinya. Tapi aku dah check cuma aku suka silap bagi no 012 jer. Bukan dalam resume malah kadang2 kat orang pun aku silap bagi walhal aku guna 017. Nyanyuk rupanya aku!

Nak buat camna.. penyakit 'lupa' aku ni susah nak di sembuhkan

Apapun.. Yang silap dah silap. Apa bleh buat. Betulkan & cuba lagi apply. Ada rezeki.. pasti ada la yang call panggil interview kan??

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NI APA PUNYA CIKGU LA

9/27/2010 04:08:00 PM suria lekatlekit 0 Comments



Cikgu Shida namanya. Cikgu ker?? Kalau cikgu cenggini perangai.. Camna la student dia yer?? Agak tidak senonoh aku tengok video2 miming dia ni. Kadang2 tengok macam tak betul pun ada minah ni. Kalau betul la dia cikgu pasti cikgu2 lain turut termalu. Mula2 aku dapat video ni dari FB. Aku try search nak save video ni tapi aku jumpa banyak lagi video miming sewel dia ni

Ada yang cakap kelakar tapi bagi aku pelik & macam orang sewel jer. Banyak video2 yang dia upload kat youtube. Search jer TeacherShida.

Bagi korang lucu ker?? Kalau dah over camni dah macam orang gila. Tepuk dada tanya selera yer. Sikit pun aku tak rasa nak gelak.

Pada Cikgu Shida ni.. Bawa2 la ubah skit perangai cam kera kena belacan tu. Kalau betul dia cikgu memalukan skolah jer. Lawak pun berpada la. Geli aku tengok. Bertudung kemain tapi perangai beruk jer.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JOM BIARKAN BLOG ANDA DI SELUBUNGI SERAM

9/26/2010 04:39:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Skang ni musim cerita seram kan.. Tak kira la drama, telefilem, filem semua nak buat cerita hantu & cerita seram. Tak kira la seram ganas, seram sejuk atau seram2 bulu idung.. Berlumba2 ni produser filem terbit filem berkisahkan makhluk halus or cerita2 dari alam ghaib. Ada yang seram2 celah gigi, ada yang boleh tahan seram jugak la hingga bulu ketiak pun bleh meremang gitiew & ada seram pada tajuk cerita jer walhal ceritanya kanak2 bawah 4 tahun tengok sorang2 pun leh terlena. Tak kisah la.. Maybe trend skang.

Konon2 seram la.. ceh!

Bagi yang taknak ketinggalkan menghasilkan keseraman adalah aku.. Lihat header blog aku tu??? Tak de la seram mana tapi tetap bertemakan misteri nusantara gitiew. Walaupun tema bertukar ganti tapi model tetap sama, Uolls. Muka sendiri! Amik ko takde peluang la orang lain nak jadi model header blog aku. Bukan apa Uolls.. Aku ni bukan jenis berduit sangat. Nak harap bonus dari nuffnang tu pun dah bapa bulan takde berganjak pun angkanya. Aku pun bukan paham sangat nuffnang ni main pacak jer. Orang lain yang bleh buat side income dengan nuffnang ni maybe yang glemer2 blaka kat arena berblogging ni kan?? Kang letak muka orang tak tentu pasal di tuntutnya lak royalti kat aku. Tak di tuntut royalti, di saman pulak tuntut ganti rugi. Mana nak cekau duit. Den bukan anak arwah sosilawati yang harta berjuta2 ringgit malaysia tu. So, di sebabkan itu maka guna la muka yang tak payah bermodal. alasan gitiew! (Padahal nak interframe muka sendiri jer).

Bila agaknya nak merasa tengok cek dari nuffnang ni kan??

Tersebut pasal Arwah jutawan kosmetik yang terkenal tu.. Kat sini sebagai saudara semuslim marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah pada Arwah. Aku pun takde la buat entry khas pasal kes Pembunuhan kejam tu, so menyelit dalam entry ni alang2 dah sebut nama beliau kan.. Aku nak ucapkan takziah la kepada keluarga Arwah Sosilawati. Moga di beri semangat & kekuatan pada mereka dalam menempuhi Ujian Tuhan yang besar ini.

Semoga Tuhan mengampuni dosa2 beliau & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman

Iklan sebentar menyimpang pada topik asal pasal header blog baru aku tu. Mula2 memang la nak guna pic yang pelbagai action tapi kemalasan telah melanda sebahagian dari kudrat ku nak edit satu persatu gambar tu maka aku guna satu pic jer pastu dia copy paste. Tetap nak buat walau malas tu! Takpe la.. Janji ikut trend filem skang. Seram gitiew! Pada blogger2 sekalian korang taknak ke menyeramkan blog korang nak header2 bertemakan seram?? Jom pakat ramai2 kita mengerikan blog masing2 walau entry takde la puaka sangat.

Ni la rupa asal gambar sebelum di conteng arang ke mukanya untuk di jadikan header blog

Inilah aktiviti bosan aku di petang hari ini. At least ada gak benda aku nak buat. Takde la sewel sangat aku menghitung jam kan?? So, Uolls selamat berpetang semua. Bubye..

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAUGEH PUNYA PASAL

9/26/2010 11:58:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Ada baca entry aku kat bawah ni sal taugeh?? kalau tak baca sila membacakan diri anda sesegera yang mungkin sebab entry ni ada bau2 kentut dengan entry yang sebelum ni.

Amacam, ada bau ker??
 
Lepas baca kisah sal taugeh tu trus rasa loya nak makan taugeh. Aku bukan penggemar taugeh namun sesetengah masakan kadang2 lebih sedap di makan dengan taugeh contoh char kuew teow kan?? Tanpa taugeh rasa macam tak lengkap la nikmat char kuew teow tu.

See.. ada taugeh kan?? char kuew teow kalau takde taugeh rasa tak lengkap lak
 
Memandangkan masih terbayang2 apa yang aku baca tentang penanaman taugeh bagi sesetengah tauke taugeh ni.. terus rasa loya. Semalam ada gak keinginan nak nak makan char kuew teow tapi ingat taugeh jer terus cancel selera aku ni. Yelah... sapa sanggup beb! Air kencing tu bukan mineral water ke hapa ker nak menjamah dengan penuh nikmat. Apa jer masakan yang berkaitan taugeh buat masa sekarang tekak aku masih belum bleh terima.

Maaf hanya mangkuk jamban jer bleh terima taugeh buat masa ni

So, pada korang kat luar sana.. terutama penggemar sayur taugeh hati2 ketika membeli. Ikut la tips yang di beri sekiranya anda terlalu kepingin tahap dewa dewi bintang tiga nak makan taugeh. Walau bukan semua pengusaha taugeh buat macam tu tapi bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kan??

Ni la cara orang bercucuk tanam taugeh.. Rasa nak selamat tanam & makan sendiri. Tak susahkan??

ha.. Pada penanam taugeh yang macam tu.. Amik iktibar. Taktik kotor & amat pengotor tu telah di ketahui umum & di sebarkan. Yang sudah tu sudah la... Buang air kencing amik air paip je buat siram pokok taugeh. Buat apa tipu pembeli.. Keja camtu tak lama. Lambat laun orang tau gak. Sapa rugi. Rasanya bukan orang muslim jer rasa geli & jijik nak makan taugeh yang di serap dengan air kencing malah apa jenis bangsa pun akan rasa jijik. Takde orang sanggup minum air kencing beb! Lu sendiri pun takkan sanggup, kan?? Well.. Renung2 kan. Selama berniaga.

 Taukeh.. Lu try dulu minum air urine ni baru lu jual taugeh urine lu tu! Busuk punya orang!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PADA MEREKA YANG GEMARKAN SAYUR TAUGEH.. AWAS MUNGKIN TAUGEH ITU DI SIRAM AIR KENCING

9/23/2010 02:51:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.hmmm rangup...... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane.dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.kepututsan yg mungkin boleh didapati...
lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing.dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnyalangsung tak guna urine sebagai baja.
ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip.siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.
dan kenapa taugeh jodik mangsa?sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya.tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan

proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja. tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis.tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...
so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching
dgn taugeh2 bumiputera.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

aBBy Komen : Info ni aku dapat dari facebook. Sebab ia amat menarik & berguna pada semua so aku copy paste kat blog. Pada Uolls.. Jangan lak terpedaya dengan taktik kotor sesetengah pengusaha tanaman taugeh yang dah tentu tak seagama dengan kita. Hati2.. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK SUKA DENGAN RUTIN HARIAN BARU KU

9/22/2010 05:00:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Petang - petang hari gini kalau ikutkan rutin sebelum ni aku masih lagi mengular kat opis.. Wah, aku rindukan kerja.. kerja ok! Bukan opis lama tu.. Aku rindukan nak kerja. Tak sanggup rasanya bersorangan menghitung setiap minit tunggu en hubby balik. Mengadap benda alah ni pun sampai tak tau nak buat apa dah. Kejab2 baca akhbar online, tengok resepi.. jenguk2 fb.. baca2 blog.. Wah.. sesungguhnya aktiviti itiew selalunya aku buat sambil keja. Arghhhhhhhhhhhhhhhh.... Bosan!

Biarpun kadang2 aku macam buat keja kat opis tapi sebenarnya aku takde keja pun

Macam mana la orang boleh duduk berkurung dalam umah tiap2 hari yer??? Bagi mereka2 yang dah ada family besar lain la banyak keja umah nak di buat sampai tak cukup masa. Tapi bagi yang macam aku ni??? Sesungguhnya nikmat keja bukan hanya boleh dapat gaji tiap2 bulan tapi boleh jugak mengelakkan orang jadi sewel tak tau nak buat apa, kan???

dont know what to do.. So, tongkat dagu

Bila keja kalau cuti rasa best sangat... Nak bangun pagi bukan main liat kalau hari keja. Rasa macam dalam syurga kalau boleh tido puas2. Tapi bila tak keja.. boleh tido puas2.. boleh rehat sampai sewel.. Rasa tak best pulak. Korang yang baca blog aku ni tolong doakan aku cepat dapat keja baru agar aku kembali melakukan rutin harian macam biasa yer... Alah sorang satu doa, 10 orang dah 10 doa.. 30 hari sorang dapat 30 doa untuk aku kalau 10 orang doa untuk 30 hari dah dapat 300 doa. Okey la tu kan??? Orang kata 44 kali kita doa, insyaallah termakbul. Erkk.. betu ke ni???

Doa2 kan la akak cepat dapat kerja yer adik2

Nak tulis pun dah tak tau apa nak tulis.. So, continue counting la!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERCIPTA UNTUKKU

9/22/2010 04:05:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

kau tercipta untuk ku

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

I'M BACK

9/22/2010 01:01:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

Lama jugak aku tinggalkan blog tanpa sebarang khabar berita harian, metro, sinar, harakah juga lain2... Mana hilang??? Tentu ada yang tanya walau tak ramai pun hingin nak amik tau sal aku, kan???

Ada ke pelangut yang prihatin kat aku ni???

Tak gi mana2 pun.. Balik kampung.. Lepak2.. Jadi hidangan nyamuk malam hari.. Layan kucing2.. realese tension.. Maka pulang la aku kepangkal jalan.. Maybe disini la kampung kedua ku.. KL. Nak wat camna dah berhubbykan orang sini kan???

Bak kata orang bando.. Utan batu

Takde story mory raya.. Pic raya pun tarak sebab aku lagi banyak tido dari beraya. Lupakan jer kisah raya aku tahun ni.. Apapun 1st raya tanpa arwah ayah. No more bihun sup utara yang sedap hasil air tangan ayah. Betapa aku merinduinya.. Semoga Ayah tenang disana. Still miss u & really2 missing U, Ayah!

Masih merasai kehilangan mu.. Ayah

Sekembalinya aku dari kampung tercinta, maka bermula kerjaya baru aku sebagai suri rumah & penganggur. Terpaksa aku pilih "Resign" sebab terpaksa amik cuti panjang tu ari untuk menyetelkan semua perkara. At Least pengorbanan itu maybe memberi hasil yang terbaik untuk aku. Mungkin aku hilang kerja.. Tapi aku masih ada mereka2 yang tersayang, dia yang tercinta & semua yang di kasihi disisi. Eleh.. Ada rezeki nanti ada la kerja lain. Buat masa sekarang sambil2 skodeng keja lain, lepak2 la kat umah walau memang bosan tahap babon.

Bermenung durjana la.. Apa lagi nak buat??

So, bermula saat ini maybe takde lagi cerita ceriti sekitar tempat kerja,mengumpat sambil belajar.. Merindui opis aku yang dulu tu?? Tak sangat! Lagipun suasana keja kat situ makin bosan & banyak habuk2 yang menyakitkan mata & pandangan. Apapun yang masih kekal kat situ.. Moga happy la. Tak lama lagi pelangut2 di situ maybe dapat kawan2 baru... admin baru (ganti aku la). Korang pandai2 la jarum agar dapat kepentingan yer.. Alah! Macam tak biasa! Op's...

Op's masih gitiew

So, pada Uolls yang merindui ku... Moga terubat rindu dengan entry tak seberapa sekadar mengumumkan pengembalian jari celupar ini ke arena blog. Ada ke yang rindu aku????
Belom terlerai jari puaka ku

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PURA - PURA JUMPA BAYI.. WALHAL SENDIRI YANG BERANAK & BUANG

9/20/2010 06:09:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

JITRA: Helah seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berpura-pura konon menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di belakang dapur rumahnya di Taman Rasa Sayang, tidak menjadi apabila dia akhirnya mengaku membuang bayi itu ketika disoal siasat polis, kelmarin.
Sebelum ini, remaja berusia 20 tahun itu mendakwa tidak sihat selain muka pucat dan tidak bermaya bergerak menyebabkan polis mengesyaki sesuatu mencurigakan sebelum dia akhirnya mengaku melahirkan bayi berkenaan.


Suspek masih belajar semester ketiga di sebuah IPTA di Selangor itu dipercayai meletakkan bayi seberat 2.8 kilogram yang baru dilahirkannya di bahagian luar pintu dapur rumahnya sebelum masuk semula ke dalam rumah untuk mandi.

Difahamkan, suspek melahirkan bayi berkenaan di rumah terbabit seorang diri sebelum mengambil keputusan meletakkan bayi itu di luar rumah bagi mengelak dikesan ahli keluarganya.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 5 petang kelmarin sebelum bayi itu ditemui setengah jam kemudian selepas disedari ibu dan adik-beradik suspek yang sebelum itu mendakwa terdengar tangisan bayi ketika mandi.

Bagaimanapun, ibu suspek berusia 40-an menghubungi ambulans untuk memaklumkan penemuan bayi perempuan yang cukup sifat dan masih hidup itu untuk dibawa ke hospital
Bayi perempuan itu kemudian dibawa ke Hospital Jitra (HJ) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan sihat.


Selain itu, polis turut menemui cebisan daging dipercayai uri bayi terbabit di lokasi kejadian dan mengambilnya sebelum dihantar ke HJ bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, remaja perempuan berbadan kecil itu dikatakan menyembunyikan kandungannya itu dengan memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak diketahui keluarga kerana bimbang dimarahi.

Katanya, keluarga suspek terkejut apabila anggota polis yang datang ke rumah untuk mengambil keterangan memaklumkan bayi itu sebenarnya anak kepada remaja berkenaan.

“Keluarga remaja itu mendakwa langsung tidak tahu kejadian itu kerana tiada tanda-tanda yang suspek hamil, malah turut mendakwa datang haid bulan lalu.

“Selain itu, suspek mendakwa dia trauma sebaik menemui bayi itu menyebabkan keluarganya tidak mengesyaki apa-apa,” kata sumber berkenaan.

Berikutan itu, suspek ditahan polis kira-kira jam 8.30 malam kelmarin dan dibawa menjalani pemeriksaan lanjut di hospital sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan polis sudah menahan ibu bayi berkenaan bagi membantu siasatan.

“Suspek kini direman empat hari bermula semalam dan masih dirawat di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman berkata, bayi perempuan itu kini di bawah jagaan pihaknya selepas kes dimaklumkan polis.

“Bayi berkenaan diberi perlindungan JKM buat sementara dan kami masih menunggu siasatan polis,” katanya.

Komen Aku : Taktik dia memang agak boleh di banggangkan.. Aparah!

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ZAITON SAMEON MENGAKU PAKAI SUSUK

9/20/2010 06:01:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

Terkejut beruk kami mendengar pengakuan berani daripada Zaiton Sameon dalam rancangan Galaksi baru-baru nie. Rupa-rupanya kak Zaiton Sameon memakai susuk semasa zaman kepopularitian dia untuk mendapatkan lebih banyak show. Kalau tak silap pendengaran kami, susuk tersebut di pakai di tekak, kaki dan beberapa tempat lain.


Rasanya inilah pertama kali ada artis Malaysia yang mengaku bab-bab pakai susuk nie. Memang jujur dan ikhlas pengakuan Zaiton Sameon nie. Harapan kami agar semua susuk-susuk yang dipakai oleh Zaiton nie telah dibuang. Jangan dibawa sehingga ajal menjemput nanti.
Harap-harap kalau ada artis-artis lain yang pakai susuk atau apa-apa benda yang berkaitan untuk melariskan diri sendiri, jadikanlah kisah hidup kak Zaiton sebagai satu pengajaran. Memanglah time tue dapat show banyak dan duit melimpah-limpah masuk, tapi akhirnya tak ke mana juga. Takderlah kaya raya. Susah jugak hidup. Semoga ianya jadi pengajaran

Tapi kami agak terkilan sebenarnya dengan wartawan TV9 yang dengan direct je tanya soalan “Betul ke Zaiton Sameon gila” kat tuan punya badan. Nampak macam kurang ajar sangat. Tak patut betul tanya soalan macam tue. Satu Malaysia tengok pulak tue.

Komen Aku : Dari dulu aku tengok Akak Eton ni takde la cantik sangat pun.. Orang cakap orang pakai susuk, bila orang lain pandang dia nampak cantik.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com