TAHYUL ALAF BARU (siapa sebenarnya Jin atau Siapa sebenarnya Siti Balqis??)

31.10.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

KISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN..
Petang - petang dah dekat senja menjelang baru terasa nak clik kat akhbar sinar harian. Lagi tertarik dengan Isu Siti Balqis.. Lebih menarik kali ni.. Nak komen pun tak tau apa kata aku copy & tampal jer artikel tu kat sini..


Cerita makhluk halus tidak akan berakhir
- ROHMAN SHAARY

Saya sebenarnya tidak bertujuan membicarakan makhluk halus secara rinci. Telah saya tulis sebuah buku (pada akhir dekad lalu), judulnya Suluh Peraba, dan pemikir-pemikir seperti Jaafar Rahim, Ainon Mohd, Othman Puteh, A F Yassin dan Muhammad Haji Salleh telah menyebut makna kandungan buku tersebut. Ketika itu saya bermaksud mahu mengatakan bahawa zaman orang bunian atau yang sejenis dengannya telah berakhir.

Masih saya ingat, Jaafar Rahim mengatakan, tahyul sedia ada ketika itu akan berganti dengan tahyul baru. Jadi, beliau tidak bersetuju pandangan atau agakan saya bahawa tahyul akan berakhir.
Saya berkerut-kerut dahi mencari makna atau maksud kata-kata Jaafar Rahim. Lama kelamaan saya faham. Perkembangan terbaru kini kian menyebabkan saya lebih faham.
Baru-baru ini, Malaysia dihebohkan berita Siti Balqis Mohd Noor yang berulang kali hilang. Saya mengikuti berita kehilangannya disertai atau diselit kisah misteri, antaranya ialah jatuhnya batu yang berharga (Berita Harian, 26 Oktober menyebutkan ‘bola batu hijau’) di dalam rumah keluarga Balqis. Ibu Balqis, Norizan Said berpendapat ‘bola batu hijau’ itu mungkin umpan oleh jin untuk melalaikan sesiapa saja.
Puncak bagi kisah Balqis (jika hendak dipindah ke bentuk karya kreatif) bukanlah benar-benar puncak, tetapi anti-klimaks. Siti Balqis yang dikatakan berada di puncak gunung di Kedah, sebenarnya berada di rumah kawannya (yang bernama Norwaniza Ramli) di Ulu Kelawang, Jelebu. Polis berjaya menemuinya.
Pencarian Balqis dengan bantuan polis adalah tepat, sesuai dengan abad ini. Inilah yang mahu saya tegaskan apabila (lebih 10 tahun dulu) saya menghasilkan buku Suluh Peraba. Sekali lagi saya sebutkan, bahawa Jaafar Rahim benar-benar memahami buku itu. Beliau yakin tahyul abad baru akan terus ada, namun berubah wajah. Perhatikan perubahan pada tahyul dalam kisah Balqis ini.

Pertama, jika pada abad lepas, seseorang yang dipercayai hilang secara betul-betul ghaib, baru dianggap kerja makhluk asing. Jiran memberitahu Balqis dilarikan dengan kereta, dan itu pun masih dianggap kerja makhluk halus.

Apa yang lebih menarik, dia masih melakukan kerja moden, iaitu menghantar SMS. Ibunya ada mengatakan, Balqis tetap menghantar SMS ketika dighaibkan jin (Berita Harian, 26 Oktober 2010). Sekarang sudah jelas makna 'tahyul bentuk baru' yang dikatakan Jaafar Rahim.

Berita Harian, 29 Oktober melaporkan penemuan Balqis, antara lain menyatakan bahawa di dalam beg pakaian gadis itu, ada 10 ketul batu delima. Penemuan batu-batu itu secara tidak langsung sudah menjawab dari manakah datangnya batu yang dikatakan jatuh dari bumbung rumahnya. Balqis mempunyai idea yang bernas dalam melaksanakan misinya.

Apabila tiba pada tahap ini, barulah kita sedar perlunya berfikir sebagai novelis, atau sebagai penulis skrip drama, bukan seperti ahli masyarakat biasa. Balqis berfikir secara dramatis.
Buku Suluh Peraba telah dijadikan skrip drama oleh Zakaria Ariffin. Saya fikir, jika Zakaria masih berminat, kisah Balqis pasti mengilhamkan.
Karangan tentang pengalaman seumpama Balqis memerlukan persediaan berbeza. Semoga akan tertulis karya sedemikian, yang akan memberikan sumbangan fikiran dan imaginasi bermakna dalam masyarakat kita yang dahagakan persembahan hebat.

P/S : Agak rumit untu saya komen disini namun Siti Balqis memang seorang yang berjiwa seni.. kekekeke. Boleh jadi penulis skrip sebab jalan ceritanya sungguh detail. Apapun.. betul or salah, Hanya dia & Allah saja yang tahu. Yang baik kita jadikan teladan.. Buruk sama - sama jadikan sempadan. Untuk mengingati diri saya juga semua.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SEEKOR MANUSIA VS SEORANG KUCING

31.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Layakkah manusia itu bergelar seorang?? Arghhh.. terlalu lembut untuk ku panggil seorang, malah rasa macam tak layak juga di gelar seekor manusia sebabnya hatinya seperti iblis & jiwanya juga bagai syaitan. Biar pun aku agak lambat mengikut kisah makhluk Tuhan yang di kejami oleh satu manusia yang berhatikan iblis & berjiwakan syaitan ni namun aku tetap nak kongsikan kisah & pandangan aku kat blog ni.

HERO YANG DI KEJAMI

Pada mulanya aku amat takut untuk membaca kisah si Hero yang di tulis Papanya di dalam sebuah blog sebab aku tahu pasti terpahat satu kisah yang amat pilu. Sebolehnya aku tidak mahu tahu sebabnya.. Aku tak sanggup! Aku tak sanggup untuk membayangkan atau melihat kekejaman manusia pada seekor haiwan. Pasti aku menangis & sukar nak lupakan apa yang aku lihat & Baca. Namun, aku ingin tahu juga.. Apa yang berlaku di sebalik dua kaki depan Hero yang kudung. Bagai di sentap.. Airmata bertakung.. terbisu seketika. Ya, Allah betapa kejamnya makhluk yang paling sempurna ciptaan Mu, yang di kurniakan akal & fikiran menghukum seekor kucing begitu hanya kerana mencuri makan seekor ikan di restorannya. Tak terbayang betapa derita Hero.. Betapa dia menahan sakit takhkala itu.. Mujur ada insan mulia seperti PH (PAPA HERO) membawa pulang HERO selepas dia di buang dalam keadaan yang menderita. Dimana kakinya masih merah dalam kesan darah selepas di potong. Di jaga & di ubati sedaya yang ada. Sehingga Hero sihat & hidup dalam penuh kasih sayang walaupun dia tidak lagi sempurna.

Ya, Allah.. ku pohon pada Mu balasan setimpalnya pada manusia itu.. Moga pembalasan itu menginsafkan dia & perkara itu takkan berulang lagi kepada makhluk2 lain ciptaan Mu di dunia ni. Moga tiada lagi haiwan - haiwan lain menjadi mangsa & menerima nasib seperti Hero. Moga balasan itu setimpal penderitaan yang di tanggung Hero. Amin...

P/s : Aku tak dapat mengulas panjang.. Hati ku bertambah sebak bila menulis kerana fikiran pasti terus menerus membayangkan bagaimana deritanya Hero. Itulah sebab aku tak mahu langsung membaca atau melihat video - video haiwan di kejami. Sesungguhnya aku tidak kuat untuk membayangkan penderitaan mereka. (Clik disini untuk membaca kisah Hero : Kisah Sebenar Antara Aku Dan Hero )

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JIN KENA FITNAH

29.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Mentang - mentang la dia penah buat salah dulu.. Tak abis - abis nak salahkan dia (Jin). Jin pun dah malas nak usik - usik anak dara Terengganu tu.. Pasti kecik hati Jin di tuduh larikan Siti Balqis lagi ke Gunung Jerai.

Polis menunjukkan bukti tiket bas.. So, terbukti Jin tak salah
Lagi kisah anak dara sorang ni yang dulunya di ganggu ramai Jin & selalu di sorok kat tempat - tempat pelik. Mesti korang tak lupa kan kisah Siti Balqis ni. Tadi belek - belek sinar harian (Aik.. dah berpalik tadah dari HM ker??) teruja la dengan satu artikel pasal minah sorang ni. Tak pasal - pasal Jin kena fitnah sebab dia. Sendiri larikan diri, Jin pulak di tuduh. Berdosa orang yang tuduh Jin tu tau. Alkisahnya... (clik untuk membaca artikel : Siti Balqis ditemui, tidak dilarikan makhluk halus

Ahad lalu Siti Balqis di laporkan hilang lagi.. Maybe sebelum ni dia asyik di culik Jin so family dia ingat Jin tu yang buat hal lagi la. Tapi alih - alih minah tu sendiri yang lari ke rumah kawannya yang di kenali melalui majalah remaja pada tahun 2005. Bukan Jin bawa terbang Siti Balqis tapi dia sendiri yang naik bas pegi ke Ulu Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, dimana bertempatnya kawan nya itu. Polis mengesan melalui panggilan yang di buat kepada rakannya itu.

Tu la tak baik tau tuduh2 tanpa bukti. Terlalu percaya pada benda2 ghaib ni pun kadang - kadang tak elok. Ingatkan budak ni cuma ada masalah dengan dengan gangguan Jin tapi rupanya dia sendiri pun ada masalah. Lari dari rumah tanpa pengetahuan mak bapak. Menyusahkan semua orang. So, pada adik - adik dont try this at home. Kang mak bapak ingat korang kena sorok dengan Jin alih2 jumpa dah tak jadi orang jadi jin lak (Mana la tau mati kena bunuh ker?? Jenayah skang makin banyak Dik Oooi..). Moral dari cerita ni.. Sebelum membuat spekulasi apa - apa harus la siasat dulu. Jangan main tuduh jer.. Macam kes awek cun yang tak nak kawen aritu. Family dia tuduh bekas tunang ada kaitan dengan kehilangan anak daranya tapi sebenarnya minah tu yang lari ke KL sebab taknak kawen. Tak pasal - pasal keluarga orang tanggung malu dengan tuduhan camtu. Dah tu bagi statement tanpa usul periksa kat media. Skang amik kau! Sapa yang malu balik. Untuk renung saya & semua.. Tuduhan mestilah beserta bukti kalau tak jadi fitnah. Apa hukum menfitnah orang adik - adik?? Ya.. betul.. Dosa Besar. Sekian makaseh.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HAPPY NYE DIA BILA KENA GANTUNG

28.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Sukenye dieeeee.. Bila hakim cakap dia kena hukum gantung sampai mati (gantung takkan sampai nazak je kot kan?? Mesti la sampai mati). Macam kanak - kanak diberi gule - gule gitiew...

Wah apa kes pulak kali ni?? Korang mesti tertanya apa la yang nak di kupas kupis lagi oleh cik puan lekat lekit ni. Ingat dah dah abis siri mengupas ngupis ni, kan?? Ni alkisah.. Tadi rajin pulak nak menjenguk Kosmo Online. Belek - belek la apa yang best kat situ. Terjumpa la satu berita ni berkenaan seorang pakcik yang di jatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh jirannya empat tahun lalu. Yang best uncle sorang ni.. statement yang kuar dari mulut dia selepas hukuman di jatuhkan adalah... (drumm plessssssssssss!!) Nasibla... Wah uncle rilex je lu kena hukum gantung. Macam menang BMW dalam pertandingan teka silangkata lak. Yang paling tak bleh blah ni.. Siap dia bleh toleh kat tersenyum sambil mengangkat bahu ke arah abang kandung, isteri dan anaknya yang turut berada di situ selepas mendengar penghakiman. memang cool gila orang tua ni. Orang lain menggigil satu badan kalau tahu nak kena hukum mati, ada yang meraung sampai pengsan.Tapi rilex jer dia. Alah.. dalam hati sapa tau kan?? Mesti berdeuk debak jantung. Melainkan dia cukup tiket untuk masuk syurga.. So, mati tu jadi perkara yang di nantikan la. Hanya dia & Tuhan jer yang tahu.. So, Uolls yang teringin nak baca artikel ni bleh la clik : Tiada sesalan di wajah pembunuh

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DUA PULUH LAPAN (28)

28.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Diam tak diam.. sedar tak sedar.. Pejam celik.. tido.. bangun.. duduk.. berdiri.. Jalan.. Berlari.. 28 Oct 2010 kini tiba mengenapkan usianya 6 bulan. Terlalu sekejab rasanya.. Bahkan inai di ibu jari kaki pun still tak abis lagi walau dah di hujung kuku. Dah setengah tahun aku bergelar Isteri kepada Shahrul Bin Abdul Karim.


Selama enam bulan yang penuh suka duka.. adengan tepuk tampar, tergolek terguling.. Alhamdulillah, masih ada jodoh antara kami hingga saat ini bahkan aku lebih rasa bahagia kini. Syukur pada Allah.. Memelihara hubungan kami hingga ke hari ni. Tiada apa2 celebration untuk ulangtahun perkahwinan yang ke enam bulan ni.. Tapi kebahagian, keharmonian & senyum & tawa suami itu adalah hadiah yang tak ternilai bagi aku. Moga Tuhan sentiasa merahmati, melindungi & melimpah kurniakan rezeki dalam rumahtangga kami.


Thanks sayang belanja tengok wayang & makan Mc Donald semalam walaupun aktiviti tu kita slalu buat dari sebelum kawen lagi. Secara kebetulan 28 adalah tarikh keramat dalam hidup kami.. 28 Mei (birthday my hubby) 28 Aug (my birthday) & 28 April (our Anniversary).

MY BESTFRIEND, LOVER & HUBBY

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KAU LAGI!!

28.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Lagi - lagi muka kau yang aku jumpa.. Dah bertahun aku rasa macam terlepas dari mimpi ngeri bila aku tak payah lagi tengok muka ko, serempak dengan ko or kena buli dengan ko, alih - alih ko makin dekat lak dengan hidup aku sekarang. Maybe dulu neraka bagi aku cuma kat sekolah, sebab kat situ la aku terpaksa mengadap ko & hadapi dugaan dari kesetanan ko. Kenapa la Tuhan asyik nak temukan ko dengan aku lagi. Kali ni seolah - olah nak dekatkan aku dengan ko! Gila! Setan pembuli aku nak jadi kakak ipar aku??? Aku tak yakin ko bukan lagi setan, tapi ko tetap setan. Aku harus selamatkan abang aku dari beristerikan setan bertopeng malaikat ni.

Tu dia salam dengan maki hamun orang.. ko kenapa??? Korang ni kan cepat sangat panik tau. Bila masa lak aku ada abang.. Kalau aku dah takde abang mana nak datangnya kakak ipar ni?? Tu umpama sinopsis midnite movie yang aku tengok dengan hubby semalam kat cathay cineplex the curve, damansara. YOU AGAIN. Korang dah tengok?? Pada yang belum gi la tengok. Cerita ni kategori comedi & drama. Not bad.. kira komedi dia bleh la buat kitorang gelak.

Alkisahnya seorang gadis bernama Marni agak skema, hodoh, berspek mata besar,berjerawat & sering di buli oleh Joana, ketua pasukan sorak di high school. Abis jer skolah di marni success dalam study & berjaya memegang jawatan tinggi. Nak di jadikan cerita masa dia nak balik bercuti untuk perkahwinan abang dia William, baru dia tau bakal kakak ipar dia adalah orang yang sering membuli dia masa di high school dulu. Dia tak yakin Joana dah berubah, so demi menyelamatkan abangnya dari berkahwin dengan pompuan pembuli tu dia buat satu plan yang buat segalanya jadi kecoh sehari sebelum William & Joana di ijabkabul. Pada masa yang sama.. Makcik Joana baru tau yang Mak si William & Marni ni musuh dia masa high school juga walau pada mulanya dorang ni bestfriend. Kalau korang nak tau perjalanan cerita & kesudahannya jemput la ke pawagam berdekatan yer.. Tapi takde tayangan amal, so kena beli tiket. Nak murah jangan pegi hari minggu.

Selain unsur - unsur kelakar yang mampu buat korang gelak.. paling - paling pun tersengih cerita ni juga menerapkan mesej2 yang baik.. seperti hubungan kekeluargaan, saling lindung melindungi adik beradik & apa yang penting cerita ini menekankan mesej bahawa tak salah kita memberi peluang pada musuh untuk berbaik. Jangan menilai orang dari sejarah silamnya kerana semua orang boleh berubah. Beri peluang & jangan menghukum seseorang kerana kesilapan lalu.

Apapun cerita ni takde langsung unsur sex yang melampau.. Atau adengan romantis yang keterlaluan. Sesuai di tonton seisi keluarga. So, pada yang ada anak - anak kecik takyah was - was nak bawak anak pegi tengok cerita ni. Apa lagi.. tengok jangan tak tengok.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ADOI.. SAKITNYEE

27.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Hari ni takde nak kupas kupis apa2 isu dari HM mahupun apa - apa akhbar sebabnya kesihatan kurang memuaskan. Sejak semalam belakang badan, berdekataan bahu kanan rasa sakit sangat & effect bila nak bernafas rasa ketat & sakit. Tak tahu la kenapa. Nak kategori sakit apa pun tak tau. Maybe salah gerak kot.. Tapi napa effect bila bernafas lak. Rasa macam something yang menekan bahagian dada padahal sakit berpunca dari bahagian belakang badan di posisi bawah bahu kanan.


Nak duduk, nak baring nak meniarap & nak buat apa pun susah. Cepat rasa penat jer.. aduhai. Cepat la sembuh. Aku cuma sapu yoko - yoko je tempat sakit & untuk memudahkan pernafasan aku sapu vicks. Untuk temporary.. kalau berlarutan terpaksa la mengadap encik/cik/tuan/puan doktor. Takut ada penyakit lain lak. Apapun ia berlaku dengan tiba - tiba jer. Yang malas nak jumpa doktor ni bukan apa selagi benda tu tak serius, tak separuh mati, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh ketawa... paling dia suruh tarik nafas sambil scan guna Stethoscope, ketuk tempat sakit skit.. Pastu bagi ubat makan (tahan sakit), ubat sapu.. itu jer. So, tunggu 2 3 hari lagi.. Kalau still camtu baru pegi untuk rawatan susulan.

tu nak check tang mana doktor.. sakit kat dada sal perut lak di scan ni???
 
Malam ni plan nak tengok wayang dengan hubby tapi kalau kesakitan ini melampaui batasan maka batal la. Kalau bleh bertahan lagi.. jalan! Hope ianya akan ok esok hari.. Jangan sakit lama - lama ia pastikan membatas pergerakkan, mengurangkan idea untuk berblogging & sekaligus mematikan mood untuk melakukan rutin harian seperti biasa. Sakit pun ujian, jangan merungut. Setiap penyakit ada penawar. Hadapi dengan tenang & tabah.

Today's mood : sick but i'm not in bad mood.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SI KEMBAR KU KINI TUNGGAL

26.10.10 Suria Lekatlekit 1 Comments

Ku sangka tiga rupanya empat.. Yang satu lagi tak perasan terselit celah kulit kacang. Ni hubby aku punya keja dera hamster2 aku makan kacang. Nasib baik malam tu aku dengar bunyi tangisan kecil.. kalau tak dah arwah walau hayatnya juga tak panjang. Alkisah dari entry yang lepas.. ( clik untuk baca entry lalu : SEKIAN LAMA MENANTI.. 20.10.2010 AKHIRNYA AKU DAPAT KEMBAR 3 )

Ni la hamster yang beranak & tak pandai jaga anak tu
 
Satu demi satu pergi meninggalkan aku. Apakan daya sudah tertulis mereka hadir seketika cuma.. Ni mak dia punya pasal!! Tak pandai jaga anak. Last - last tinggal satu jer.. Nampak sihat. Itu je harapan aku nak tengok dia membesar bagai juara sebab ini kali pertama aku ada baby hamster. Tadi aku bersihkan penginapan dorang.. tengok si kecik tu nampak aktif. Dah laju berjalan. Tak tergolek2 lagi. Sungguh comel walau blom berbulu. Mak dia pun sama.. Asyik nak kuar dari case je.. apa kes?? Dia macam kurang menyanyangi anak - anak dia. Masa mula - mula aku asingkan lepas dia bersalin meroyan jugak. Nak bawak anak dia masuk case bersama ayahanda baby tu. Mana bleh.. Kang digigitnya si kecik tu. Dah lama - lama skit kurang la meroyan tapi macam nak tak nak jer dia jaga baby dia. Aku pun tak paham sangat perangai hamster.

 Kalau Uolls yang tak penah tengok.. camni la rupa baby hamster tapi bukan hamster aku la

Apapun dari empat tinggal satu.. Nak buat camna. Takde rezeki. Sedih juga.. Hari2 aku tengok progress dorang. Menurut info, kadang - kadang ibu hamster akan makan anaknya sendiri tapi hamster aku skit pun tak cuit daging anak dia just dia  kurang kemesraaan jer. Dia jaga pun gitu - gitu jer. Takpe maybe 1st time dia jadi mak.. So kurang pengalaman. 2nd time kalau dia camtu gak memang sah - sah hamster ni just nak bersosial je taknak ada komitmen yang melibatkan kekeluargaan. Nak kena hantar pegi kaunseling le camtu. Hope yang satu akan kekal satu.. Jangan lak jadi 0. kang den yang meroyan.

Baru aku tau hamster aku yang camni rupanya jenis syrian.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU PENGKID LARIKAN STUDENT

26.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Apa nak terkejut zaman sekarang ni kan?? Cikgu.. Dulu profesion ini sangat mulia di mata masyarakat. Cikgu umpama ibu bapa kedua anak - anak.. Tapi cikgu sekarang, kebanyakkan memilih profesion guru sebab sukar mendapat pekerjaaan lain. Ini realiti.. Yang berlaku di sekeliling kita. Atitute guru sekarang banyak di pertikaian hanya kerana golongan yang tidak ikhlas untuk menjadi pendidik. Orang yang camni dalam mind dia fikir.. Janji ada keja, ada gaji sudah.

Kasih seorang ibu ayah.. Sanggup terbang ke kuching cari anak padahal anak dok horey2 dengan pengkid

Guru maknyah... Guru pengkid.. Guru samseng.. macam - macam jenis guru dah wujud kat sekolah ni. Kalau kat sekolah yang membimbing pun ada nyah, ada pengkid & ada samseng yang di bimbing nak jadi apa??? Pun begitu bukan semua cikgu camtu.. tapi segelintir ini umpama nila yang tertitis dalam susu yang putih & suci. Menyelak HM online hari ni.. Alangkah kesiannya tengok sorang student yang cemerlang dalam pelajaran terkulai di pangkuan cikgu pengkid ni. (clik untuk baca artikel : Lari ikut cikgu pengkid ). Sanggup lari meninggalkan keluarga, sekolah.. Ikut cikgu pengkid tu pergi bercuti ke kuching. Cikgu menda kalau camni. Ko dah tau dia student & perlu kesekolah untuk masa depan, yang ko gi bawak lari budak tu napa?? Ko pk ko bleh jadi cikgu kalau tak sekolah dulu??? Macam tu gak budak tu?? Ni la contoh cikgu yang hanya anggap profesion guru hanya sekadar pekerjaan bukan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Menjadi guru hanya sekadar untuk di bayar gaji

So, apa nak pelik kalau cikgu shida tu terkinja - kinja macam beruk mak yeh kategori pop yeh - yeh & menganggap perbuatan dia normal. Langsung tidak rasa kelakuannya itu sedikit mencalar imej seorang guru dengan statement2 bodoh nya sebelum ini. (sorotan entry yang lepas : Cikgu Shida Oh Teacher Shida ) Di antara spesis2 cikgu yang akan buat student jadi warga lorong, warga clubbing, warga kaki lima.. Inilah dia. Diantara spesis2 cikgu yang bakal di sepak, di herdik & di caci oleh student nya sendiri sebab mereka yang buat martabat seorang guru itu jadi serendah di bawah tapak kaki. Bila pelajar mula rasa hilang hormat.. Mereka akan mengajar balik cikgu tu. Kalau cikgu yang di tegur membalas teguran dengan "teman tak peduli apa orang nak cakap".. Maka jangan terkejut kalau pelajar korang akan cakap balik pada korang "saya peduli apa dengan cakap cikgu".Tak semua cikgu macam tu.. Namun yang sedikit inilah umpama racun, yang meracuni tanggapan masyarakat pada guru. Moga KPM lebih selected di masa akan datang untuk memilih bakal2 guru. Jangan biarkan profesion mulia ini tercemar dengan spesis makhluk perosak macam mereka.

Makhluk perosak harus di musnahkan sebelum dia memusnahkan kita

P/S : aku juga seorang pelajar yang bermasalah dulu tapi tak semestinya aku harus mengheret orang lain untuk menjerumuskan diri ke arah yang pernah aku lalui dulu. At Least aku mengakui perbuatan aku dulu tidak baik & tidak layak menjadi contoh. Tak macam cikgu shida... Dah benda tu terang2 nampak buruk, kenapa nak minta orang lain terima dari sudut positif pula.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AKU SANGAT SUKA CICAK.. tapi cicak kini sangat berharga

25.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Dulu sapa peduli?? Ada yang geli.. ada yang jumpa di pukul sampai mati (Ye ker?? Main tibai je ni). Sekarang, apa jadi?? Semua orang cari.. Sebab?? Harganya tak terbilai dek jari.. Musim mencari cicak tokek or kat kampung aku panggil dia POKKA. Aku pun sebelum ni tak tau nama binatang tu.. Alkisahnya balik cuti raya puasa lepas.

Ni la rupa binatang tu
 
Adik aku riuh cerita pasal boipren dia yang skang sibuk cari cicak pokka/tokek ni. Katanya harga mahal skang di pasaran. Maka ramai la kawan2 si boipren adik bongsu aku ni memulakan operasi memburu cicak tu. Mula - mula aku tak peduli sangat. Tak hingin pun nak kongsi kat blog. Sebab rasa macam kelakar. Yelah bukan senang nak dapat cicak tu. Baik ko pergi cari keja.. Dah tentu tiap2 bulan ada gaji dari mengharap seketul duit akan jatuh dari hasil memburuk cicak tu. Tapi tengok isu ni makin di perkatakan ramai so aku nak juga kongsi - kongsi dengan korang. Apa khasiatnya cicak Tokek/Pokka ni. Jom kita kupas kupis..

Aduhai.. den bukan ajak kopek/kupas bawang la cik kak..
 
Cicak tokek mungkin spesies yang jarang didengari oleh masyarakat tempatan tetapi haiwan itu mempunyai nilai tinggi di pasaran kerana didakwa mempunyai khasiat mujarab untuk merawat pelbagai penyakit termasuk HIV/AIDS,sakit kulit dan asma.cicak itu mencecah berat 350 gram ke atas, ia boleh mengeluarkan satu enzim yang mampu mengubati penyakit HIV dan AIDS.Harga bagi seekor cicak tersebut di pasaran boleh mencapai RM3 juta jika berat haiwan tersebut mencecah 500 gram.

 Agak2 kalau beso ni sampai tak 500gram

Ha.. kau! Mana tak gila budak - budak tu sampai sanggup berkampung dalam hutan malam - malam buta cari tokek/pokka ni?? Harga dia bleh terkuar biji mata tengok. Tapi kita kena fikir.. kenapa offer dia tinggi?? Sebab dia bukan macam cicak yang dok melepek kat dinding or syiling umah yang senang2 kita lastik. Spesis ni susah nak dapat. Kalau cicak dinding harga camtu dah lama aku kaya sebab aku memang handal menangkap cicak tanpa membunuh atau memutuskan ekornya. Skill ni dari kecik lagi aku ada sebab memang hobi aku suka main dengan cicak lepas aku puas main, belai2 aku lepas balik. Teringat aku satu peristiwa nakal masa kecik. Aku & member baik aku (siti) kasi inject cicak dengan minyak angin panas (yang warna merah). Aku tak tau la mana siti dapat jarum injection tu, baru lagi dalam plastik. Masa tengah lepak2 aku biasa la pantang nampak cicak terus aku kejar sampai dapat. Siti ni spesis pompuan biasa yang geli pada serangga2 camtu. Aku je luar biasa skit.. Tak reti nak rasa geli. Bila aku tangkap idea siti pun sampai. Apa lagi doktor memulakan rawatan la. Inject sedas cicak tu pastu lepas.. Terhuyung hayang dia jalan pastu aku dah tak tau hidup ke or jadi raksasa cicak tu.


Kalau la cicak yang aku inject tu jadi spesis & sebesar ni.. Wow! meniaga cicak lagi kaya dari meniaga unta.

Cicak buat aku ingat memori zaman kanak - kanak ku yang sangat aktif & nakal. Tapi minat aku pada cicak takde la di zaman kanak - kanak jer.. Sampai masuk sek men pun aku still lagi main - main dengan cicak. Lagi satu kisah nakal ku masa sekolah menengah dulu.. Ada sorang member lelaki kat sekolah aku ni. Kalau bab gaduh.. dia la kedepan. Memang tak takut mati.. Tapi alahai.. kalau dengan cicak, dia bleh lari pusing padang 5 round sebab tak tahan geli. Alkisahnya.. aku ni memang bab mengenakan orang bleh dapat award juga la. Tu pun skill dari kecik. Aku dah tau kelemahan dia.. Maka pada satu hari aku siap2 tangkap cicak dari umah bawak gi skolah. Masa lepak - lepak kat pondok rehat lepas abis skolah, aku curi2 masukkan cicak dalam pencil box dia kemudia aku pura - pura cakap macam ada something gerak2 dalam pencil box dia sebabnya aku nak suruh dia buka. Bila dia buka apa lagi melompat terus lari semahu2nya pusing padang. Tak tahan geli. Aku apa lagi.. ketawa tahap gaban. Bleh gegar bangunan skolah time tu.

Cicak pun turut ketawa melihat beliau begitu.. kekekekeke
 
Itulah serba serbuk kisah aku & cicak & sedikit info tentang cicak yang menjadi buruan sekarang. Orang kata bunuh cicak dapat pahala.. tapi sampai sekarang aku masih belum sampai hati nak bunuh cicak. Kalau aku tangkap pun aku main kejab aku lepas balik. Pernah aku bela telur cicak sampai menetas. Anak dia kuar kaler itam. Bagi aku comel.. tapi bagi korang mesti jijik kan?? Apapun setiap orang takkan sama walau serupa. Kan???

Cicak ekor bercabang camni ada pernah kongsi bilik dengan aku dulu.. hari2 aku nampak dia

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENA CERAI TALAK 3 SAMBIL BERMANDIKAN AIR KENCING SEBAB MASAK TAK SEDAP

25.10.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Pagi - pagi lagi dah menjenguk HM Online.. Bukan niat hati nak copy & tampal semua cerita dari HM tapi bila dah baca ada yang menarik nak di kupas - kupis makan jari pun berpuaka la kat sini.

Punca aku menaip laju.. dengan bantuan jari2 puaka

Pada Uolls yang dah selak HM harini pasti dah baca kisah Isteri kena kencing, lepas tu di ceraikan dengan talak tiga gara - gara masakan dia tak menepati selera suami. Tajuknya pun dah bunyi kejam apa lagi bila membaca artikel ini (clik untuk baca : Kencing muka lafaz talak tiga ). Tak tau jantan spesis apa mamat tu kan?? Apa yang merumitkan lagi perkahwinan dorang kat oversea gitiew (maybe siam) tanpa di daftarkan kat sini. Pasti merumitkan proses penceraian walau dah di ceraikan, kan???


Menurut maklumat dalam HM lagi kadang - kadang wanita tu di belasah dengan sebab - sebab yang tak logik macam lewat buka pintu bila laki dia balik. Wanita tu pernah melarikan diri sebab tak tahan dengan perangai laki dia mengalahkan raksasa tu tapi bila di pujuk2 dia balik & selepas 2 minggu pulang ke pangkuan suami kejadian yang sama berulang kembali. Yelah.. nak salahkan dia pun tak boleh. Bila dah terikat dengan ikatan suami isteri sebolehnya mampu ikatan tu berkekalan. Nak - nak lagi bersusah payah dorang kawen oversea tapi suami yang di sangka insaf rupanya pelakon serba boleh.

 Kalau spesis raksasa kena kawen dengan ultrawoman jer.. baru ada akai kena fire hari - hari. Isteri tak masak, ko yang rentung

Apapun wanita itu dah terlepas dari neraka dunia bila raksasa itu menceraikannya. So moga kehidupannya selepas ini akan lebih baik & moga apa yang menimpanya di jadikan panduan untuk masa depan. Duhai para suami.. Ingatlah isteri adalah peneman mu dunia & akhirat (Insyaallah). Mereka di jadikan dari rusuk mu bukan untuk menjadi raja, bukan juga untuk menjadi hamba tapi untuk di jadikan pendamping setia hingga ke akhir hayat. Wanita dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Hargailah & lindungilah Isteri anda seperti mana mereka menghargai & melindungi kehadiran anda dalam hidup mereka.

Semoga wanita itu menemui lelaki yang mampu membahagiakannya

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AKHIRNYA ARIEL (peterpan) AKAN DI BEBASKAN

25.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Dah dekat tengah malam baru sempat nak skodeng HM online. Bukan apa Uolls siang tadi aktiviti merayap telah di jalankan walau kurang berjaya sebab cuaca agak sedih (hujan) hari ni. Takde apa nak kongsi sangat pasal merayap tu sebab takde adengan yang menarik nak di cerita ceriti.

Jangan bercerita dalam semak, nanti aktiviti merayap pasti berlaku

Berbalik kepada operasi mengskodeng HM online, yang terkena pancing di blog melekit ku hari ni adalah kisah Ariel Peterpan. Tentu korang pun ikuti kisah skandal seks dia dengan 2 selebriti Indonesia, Luna Maya & Cut Tari. Khabar yang aku skodeng dari HM online katanya Ariel akan di bebaskan Jumaat ni setelah empat bulan berhoneymoon dalam lokap. Suka la tu??? (khas untuk penyokong setia Ariel) Apapun semoga Ariel mendapat iktibar dari apa yang terjadi & cepat2 menikahi Luna Maya & tidak mengulangi apa yang pernah berlaku. Sesungguhnya.. Allah itu maha Pengampun lagi Maha Penyanyang. Semoga Ariel bertaubat lepas ni. Untuk baca artikel sila clik : Ariel boleh bebas Jumaat ini

gabungan 3 serangkai ini mencetuskan kontroversi paling hangit di Indonesia

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Saya blogger baru

24.10.10 Suria Lekatlekit 8 Comments


Saya mengalu - alukan anda untuk datang bertandang menjenguk blog saya yang tidak seberapa untuk berkongsi pendapat & pandangan setiap entry yang saya post kan disini. Tidak hanya mengumpat ngumpit sambil belajar, malah isu - isu semasa yang di kupas kupis oleh saya juga untuk di kongsikan bersama semua pelawat di sini. Yang baik kita sama - sama teladani.. Yang buruk sama - sama kita mengambil iktibar.

P/S : konsep berblogging ni bukan untuk tatapan sendiri.. Itu konsep diari berkunci zaman dulu - dulu. So setiap blogger punya satu harapan yang sama.. Iatu di kunjungi. Tipu.. Kalau hanya menulis untuk tatapan sendiri di blog. Baik setting sebagai private. Kan Uolls.. So, happy blogging.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PAPA.. I'M SO TOUCHING

23.10.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sejak bila aku panggil Ayah dengan panggilan PAPA ni?? Buang tebiat ke hapa!! Oh.. No.. No.. not my dad but ini kisah seseorang yang berhati mulia & berperikemanusian yang tinggi & tak semua orang memiliki hati yang macam dia. Alkisahnya bermula...

inilah PAPA atau nama di facebook nya Albakri Almustaffa. (hope PAPA tak kisah saya pinjam gambar PAPA untuk entry ni)

Semalam sempat jenjalan kat blog orang.. clik punya clik jumpa la satu blog ni (kucing terbiar dot com)  Dah sedia maklum aku ni memang peminat binatang apa lagi kucing sebab aku membesar pun dengan kucing - kucing. Hampir semua adik beradik aku terjebak dalam minat yang sama kecuali akak sulung.. ntah sejak bila dia mula alah dengan bulu kucing aku tak pasti tapi dia pun seperti kami 5 beradik yang lain. membesar dengan adanya kucing2 di dalam rumah. Tak lepas peluang aku skodeng la apa yang ada dalam blog tu. Sungguh tersentuh hati ku.. hampir berhujan airmata jugak la. Ya, Allah betapa mulianya insan yang mengelarkan dirinya PAPA ini. Di punggut kucing - kucing terbiar, yang berkudis, berulat, berkurap.. di jaga, di beri ubat, di beri rawatan & di beri kasih sayang. Kalau orang lain sanggup berhabis beribu ringgit semata mata nak beli pets ni tapi tidak PAPA. Duitnya banyak di habiskan untuk membela nasib - nasib kucing terbiar. Kalau korang nak baca sila clik kat tajuk blog yang aku dah masukkan link tu.

Amin yang berkudis & berkurap

PAPA juga ada membela seekor anjing yang di punggut semasa kecil dengan keadaan berulat di mulut. Anjing tu namanya Aman. Kini Aman dah besar, cantik & comel. PAPA juga membela seekor kucing yang bernama Amin yang berkurap & berkudis di badan. Tapi sekarang kurap & kudis Amin dah hampir sembuh. Dan PAPA juga ada membela seekor lagi kucing bernama Adik yang matanya dah buta & tak dapat di selamatkan lagi. Banyak kucing - kucing PAPA yang hasil dari kucing - kucing terbiar yang di kutip untuk di beri kehidupan yang lebih sempurna.

Aman

Betapa besarnya nilai kemanusia beserta minat kepada haiwan dalam diri insan bergelar PAPA ni. Tak semua orang sanggup untuk melakukan demikian. Betapa murahnya rezeki PAPA kerana sentiasa ada sumber untuk menampung kos kepada kucing - kucing terbiar ini. Siapa PAPA?? Aku tak kenal dirinya secara peribadi.. Tak pernah berbual malah cuma baru semalam aku berkenalan dengan blog nya. Namun aku yakin PAPA adalah insan yang berhati mulia & penuh kasih sayang dalam dirinya. Andai ada peluang ingin sekali aku menjenguk rumahnya. Melihat sendiri bagaimana dia menguruskan anak - anak kesayangannya itu.

Adik yang buta

Mari kita renungkan bersama.. Kita sanggup berhabis duit membeli kucing - kucing yang mahal, hamster2 yang tak kurang tinggi kos nya untuk di miliki (hamster2 yang mahal la) tapi berapa orang di antara kita sanggup melakukan kebajikan seperti PAPA?? Malah ada yang sanggup menyepak kucing - kucing terbiar bila datang mengesel di kaki meminta sedikit makanan bila kita sedang makan dia kedai, gerai ataupun restoran. Malah ada yang memandang jijik pada kucing - kucing berkudis, berkurap, berulat bila kucing itu lalu di sebelah kita. Berapa kerat sangat manusia seperti kita yang sanggup memberi makan pada kucing terbiar walau di rumahnya ada kucing - kucing yang berbulu tebal & comel di beri makan makanan yang mahal. Paling menyedihkan.. ada di antara kita yang bernama manusia sanggup menyiksa haiwan - haiwan ni. PAPA adalah insan yang terhebat bagi aku. Moga niat murni PAPA akan di hitung di hari pembalasan nanti. Moga anak - anak yang PAPA punggut itu mendoakan PAPA dia beri kebahagian dalam dunia & akhirat & di murahkan rezeki.

Ni di antara kucing2 PAPA

Walau banyak video - video penderaan haiwan yang di sebarkan secara meluas sekarang takde satu pun aku sanggup menonton. kenapa??? Sebab aku lebih tersentuh bila melihat & aku akan mengambil masa yang lama untuk melupakan sebab itu aku takkan melihat. Aku tak sampai hati. Kepada manusia2 durjana itu aku harap mereka sedar & segera la bertaubat.untuk PAPA yang hebat itu.. tabik springg buat PAPA. U're the greatest PAPA.

 This is for you PAPA

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ANTARA KASIHAN & KEKELAKARAN... dia hanya manusia

22.10.10 Suria Lekatlekit 4 Comments

Tu la.. Mak dah pesan. Hati kena kuat kalau nak jadi public figure ni. Even tungau kat pusat pun orang akan nampak apa lagi kalau jerawat kat muka.  Jom kita check apa tak kena dengan minah sorang ni..

Muka dah cun.. licin, gebu & menawan
|
|
 Badan pun cantik
|
|
Pinggang pun ramping bak kerengge gitiew
tapi................................................................
|
|
|
|
|
|
|
|
|

spoil~~~ kaki berparut kudis (Awat cheq tak pakai stokin cover kaki)
|
|
ketiak basah di khalayak ramai.. alahai.. panas sangat kot

Artis pun manusia kadang - kadang tak sedar dengan kejadian macam ni.. Tapi dah jadi artis kena la terima yer cik fazura. Nanti pakai dedoran yang bleh serap peluh yer. Kesian memang kesian.. mesti dia malu giler tapi kelakar bila tengok artis di usik macam ni.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PULANGKAN..

22.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

 Kisah ini di ambil dari post kawan - kawan di Fb.. Kesahihan cerita ni tak dapat di pastikan, tapi cukup memberi pengajaran & keinsafan. Jom kita sama - sama menyelami, mempelajari & memahami sebuah kisah... KALAU TAK SUKA PULANGKAN..

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….

Lumrah sikap manusia yang jarang menghargai apa yang ada di depan mata sungguhpun kilauan cukup memperlihatkan kesucian & kecantikkan yang di miliki. Kita akan menyedari setelah kehilangan.. Hargailah insan - insan di sisi kamu.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JIN SEKARANG MAKIN AKTIF DENGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

22.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Lagi Jin menganggu student. Kali ni kat sekolah di Mersing lak (Clik untuk membaca artikel : Lembaga rambut panjang ) Lembaga berupa seorang wanita berambut panjang bersama kanak - kanak (maybe anak dia kot) di belakang dewan Sekolah Menengah Anjung Batu (SMKAB) di sini, pagi semalam mencetuskan histeria membabitkan lebih 10 pelajar sekolah berkenaan.


Dah macam trend kena histeria sekarang ni kan?? Jin  macam best je dok ganggu budak - budak sekolah ni. Maybe inilah aktiviti kokurikulum golongan makhluk halus sekarang. Apapun jika tidak di ganggu, di seru.. Makhluk ni pun tak datang. Mesti something yang dorang buat. Sebab pengalaman aku masa skolah dulu.. kejadian histeria ni kebanyakkan berlaku di sebabkan budak - budak sengal main permainan di panggil Spirit Of The coin. Permainan itu hanya memerlukan syiling 20sen, satu kertas lukisan yang di lukis abjat A - Z dan 0 - 9. Permainan tu harus la membaca mentera dalam bahasa Inggeris untuk menyeru spirit itu datang. Kehadiran spirit itu akan menyebabkan syiling 20sen yang di letakkan jari telunjuk semua pemain sedikit terangkat. Bila spirit tu datang, boleh la tanya apa - apa soalan pun. Dia akan mengheret jari si pemain membentuk perkataan2 dari abjat di kertas lukisan untuk memberi jawapan. Syarat permainan tu tak boleh angkat jari selagi spirit tidak mahu berhenti bermain. Sekiranya syarat tu di ingkar.. kata dorang la spirit tu akan menganggu. Tu pun salah sebab punca kejadian histeria dia sekolah.


Permainan dia lebih kurang sama macam dalam video ni tapi amaran keras jangan meniru aksi ini dimana jua anda berada.

Namun kejadian di Mersing tu menurut pengamal perubatan yang merawat pelajar tu, lembaga tu menjadikan kawasan belakang Dewan sekolah tu sebagai tempat tinggal dorang.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

IBU KUAT MAKAN DI DAKWA NYANYUK

22.10.10 Suria Lekatlekit 0 Comments

Arini agak awal membelek HM online so, ada artikel yang berkesinambungan dari artikel semalam yang aku kupas kupis tentang 9 anak yang buang ibunya dengan alasan kuat makan. (entry semalam >> TAK MAMPU BELA IBU KUAT MAKAN )

kesinambungan kisah semalam
Dah 1 Malaysia kutuk, keji, marah, caci, maki & simpati.. baru la Si anak yang bongsu datang ke pusat jagaan warga emas tu memberi penjelasan. (clik di sini untuk membaca artikel >> ABANG TAK AMANAH )1st thing isu duit pencen arwah ayah dia. katanya, bukan semua 9 beradik tu kebas duit pencen ayah dia tapi sorang abang dia yang pelahap je buat camtu. Siap dengan pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Tetap muka depan HM gitiew
si anak bongsu ni cakap mak dia dah tua & nyanyuk.. so, apa dia cakap tak boleh terima 100%. Ye ker?? Entah la kan?? Kalau nyanyuk.. Mesti orang - orang kat pusat penjagaan tu tau keadaan si ibu tu tapi artikel semalam takde pun highlight yang orang tua tu nyanyuk. Apapun korang je tau apa betul apa yang salah.

Maybe nak tutup kesalahan sendiri di tuduh ibu nyanyuk.
Sekarang Si ibu tu telah di bawa pulang kerumah anaknya di Masai. Menurut anak bongsu tu dorang pun belum decide nak hantar si Ibu kat rumah orang tua2 lain or nak jaga sendiri. Dengan alasan ibunya perlu penjagaan rapi kerana lumpuh, pernah di hantar ke pusat jagaan harian tapi kos nya mahal, rm1200 sebulan.
9 ORANG ANAK tolak SORANG ABANG YANG TAK AMANAH bahagi DENGAN RM 1200 = RM 150 per month for 1 person >> Tapi kalau dah takde duit RM 150 pun jadi di luar kemampuan. Nak2 lagi anak perempuan yang dah kawen & tak bekerja. Tapi itu cuma calculation jer.
Yang menjadi persoalan.. kenapa sampai kuar muka depan paper baru menjelma si anak menuntut ibu & membuat penjelasan?? Kenapa baru tahu si abang menyeleweng guna pencen arwah bapak yang sepatutnya menjadi hak ibu setelah semua orang tahu?? Sungguh caring yer anak - anak ini sampai 1 Malaysia tahu, baru dorang pun tahu apa yang berlaku. Kalau tak rasanya Ibu tu dok la kat situ makan hati. Sampai nak beli minyak angin pun takde duit. So, Uolls.. Fikir - fikir kan la. Apapun bagus la kisah si ibu ini mampu buat anak - anak dia sedikit celik. Moga Si Ibu tidak lagi di biarkan kat rumah orang tua - tua.

Hope takkan berulang lagi kes camni.. & si ibu akan berbahagia di samping anak, menantu & cucu cucunya. Amin

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JIWA KACAU BLOG REVIEW.. 1st time aku join menda2 camni selama berbeloging

21.10.10 Suria Lekatlekit 2 Comments

Blogger2 tegar semua meh kita try join ni.. Bagi mendapat promosi free Join la program terbaru .. Jiwa Kacau Blog review (sebenarnya aku pun baru jab2 tadi bersuai kenal dengan blog tu setelah menskodeng belog makbudak) untuk menggalakkan manusia2 datang melagut di blog anda. Apa guna menulis blog kalau untuk di baca sendiri.. Baik tulis diari yang ada mangga & kunci. Cara nak join senang.. semudah menggoreng telur.. Tidak sesusah memasak western food. Caranya anda perlu klik button kat bawah ni...







Antara undang - undang yang termaktub untuk menyertai  program ni adalah..
  1. Copy code (amik kat jiwa kacau blog)  pastekan ke dalam blog anda…
  2. Letakkan juga link di sidebar anda (wajib)…
  3. Buat post ringkas tentang program ini…
  4. Follow blog, Twitter atau Facebook (Tidak diwajibkan)
  5. Kalo post dah siap, komen dekat page ni beserta link ke post anda…
  6. Setiap minggu blog2 yang terpilih akan direview secara percuma oleh Jiwa Kacau…
  7. Terbuka hanya kepada blogger2 dari Malaysia sahaja…
  8. Jika tidak mengikot step2 diatas secara automatik akan ditolak penyertaanya…
Pada Uolls sekalian blog.. Let's cuba cubitan.

    2 Komen Melekat:

    KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

    Damn.... you are soo UGLY

    21.10.10 Suria Lekatlekit 3 Comments

    Yes.. I'm not pretty woman. Bila masa lak aku cakap aku cantik ekk?? Wah ini adalah serangan peribadi ekoran entry aku yang mengkritik cikgu shida. Comment di youtube tu baru 2 hari lepas.. Bila aku check dalam email. Alkisahnya...

    Tu dia cucu cicit ready nak dengar story nenek
     
    Ni cerita zaman moda rumaja.. Sebelum nikah & masih anak dara. Aku ada la belajar2 buat video clip mengguna gambar2 aku di Movie maker. Macam cikgu shida buat tu.. Tapi masa tu cikgu shida pun aku tak kenal lagi. Tapi bukanlah video miming.. Just gambar2 jer di iringi dengan lagu Akulah Sinderela nyanyian Amelia (AF). Tujuan aku upload just nak bagi someone tu tengok hasil kerja aku.. Masa tu aku bukan paham sangat youtube tu. Main upload jer.. Sampai skrg pun tak penah aku check jumlah view sebab aku bukan gila rating.

    Ni la komen si insan itiew.. Pasni rating video aku lak naik tak semena - mena. Uwakakaka

    Tetiba tadi facebook aku tak bleh log in. Saja check email kot2 ada masalah FB aku. Secara tak sengaja nampak la email ntah mamat/minah mana kutuk rupa aku buruk katanya. Celah gigi pun aku tak terasa. Suka hati la dia nak cakap aku cantik ke buruk ke? Tapi bila check email baru 2 hari lepas, 90% aku rasa comment lepas geram jer tu. Kan aku ada tulis berkaitan cikgu shida & video miming baru2 ni. Tetiba video aku yang dah bertahun tak penah dapat comment.. ada lak comment. Well.. bukan tuduh tapi jawapan semakin pasti.

    Tak tau tetiba tak bleh log in.. site maintenance katanya

    Aritu aku ada gak letak video tu kat blog ni tapi aku dah buang semalam masa kemas2 blog ni. Dah semak sangat blog aku buang la apa yang tak berkenaan sebab ikut tips yang Ben Ashaari bagi. Secara tak sengaja lak tu.. Tup.. Tup arini baru terperasan comment tu kat email aku. Mesti manusia tu ingat aku terasa or takut di kutuk. Takde maknanya. Apapun.. comment la apa yg korang rasa, pada aku takat benda2 camtu masih berselera aku makan. Tak menjejaskan kestabilan politik negara mahupun keamanan bumi. Apapun thanks la sudi comment. Akhirnya ada juga orang sudi view video dalam arkib aku tu.

     Kepada pengkomen itu.. tengkiu sebab bagi aku bahan untuk menghapdet blog

    3 Komen Melekat:

    KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!