APA KAU MEREPEK DALAM VBLOG TU NYAH???

11.3.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

wah.. hari ni buat julung - julung kalinya Sang Lekit singgah ke Itube tengok Vblog melalui Geng Blogger. Mula - mula tengok VBlog Blogger aku tetap aku. Starting dengan menyanyi lagi standing in the eyes of the world.. Lepas tu dia bagi ucapan sikit. Erkk.. bukan ucapan. Lebih kepada motivasi.. Bagus! Ada pengisianya di situ.. Kekurangan diri bukan alasan untuk kita tidak berjaya. Kan syukur?? erkk.. syukri.. erkk.. apa nama kamu yer?? lupa lak

Alang kepalang dah singgah.. Jenguk lagi apa yang ada. Tertengok VBlog sorang minah ni maybe student. Dari tajuk & pembukaan dia cakap pasal perbezaan pastu pertengahan dia cakap persamaan, lepas tu tetiba cakap pasal roomate dia, lepas tu sambung balik cakap pasal perbezaan, persamaan.. Pening pulak aku dengar bebel minah tu. Macam takde motif pun ada. berterabur jer.. Yang aku dengar banyak kali dia asyik cakap 'Aku bukan Alien".

Aduhai Dik.. Aku takde la anti VBlog even aku takde pun buat VBlog tapi pada korang yang nak post VBlog tu biar la ada motif, talent & pengisian. Jangan over or gedik.. Lebih - lebih gadis - gadis tu. Sebab Vblog yang sebegitu rupa la bakal jadi nila yang merosakkan susu sebelanga. Kesian Ben Ashaari juga kena hentam nanti, kan??

Apapun ni just pandangan peribadi jer.. Tak point mana2 individu. Kalau kata - kata ini bagai cili api tertenyeh kat mulut korang terlebih dahulu Sang Lekit minta maaf. Lepas ni sure ada orang pertikaikan.. Kalau Sang Lekit bagus sangat, Buat la VBlog. Tak bleh Dik.. Laki akak tak kasi. Lagipun akak takde talent depan camera ni. Kekekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

4 comments:

  1. huhu.. i like...bermotif itu penting...walaupun ct tak tahu sape empunya diri..tapi klau secara umum..cakap biarlah bermotif kan..nampak terpelajar sikit...

    puan lekit...memang nampak ikhlas arh...hehe...

    ReplyDelete
  2. hahahahahha... aper slhnya.. pacak berdiri 5 minit.. vlog jugak tuh..heeee~

    ReplyDelete
  3. hahhhahaha....dalam dunia ni kan ada macam2 ragam...so kita layanzzzzzzz...yg baik jdikn tauladan yg buruk jdikan sempadan..keep in touch fwen

    ReplyDelete
  4. (duduk depan Nyah lekit sambil main sep sep sep.. tom tom tom)...

    wahhh kita sependapat la.. i rasa nak muntah bila bukak2 je vid tu..rasa malu sendiri..kalau tuan vlog tak malu, aku yg tengok pulak yang malu..tapi..semua org yang jd Fan rasa segan nak cakap apa2.. sebab takut kene pulau, atau takut si dia terasa hati.. hehe.. budak2 suria oii.. budak2...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!