BERBEZA PENDAPAT TAK SEMESTINYA BERTEGANG URAT

27.3.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sebelum mengopek panjang.. Nak bagitau semua kata - kata pada tajuk entri tu di culik secara berhemah dari Nyah Zulfikar, kawan blogger sang lekit. Memandangkan apa yang Sang lekit nak kopek ni ada kaitan dengan kata kata hasil penculikkan tu maka dengan rasa samsengnya sang Lekit menculik buat sekian kalinya ayat2 itu.

Bila Isu Cikgu Shida di kupas kupis di blog melekit ni.. Memang tak dinafikan banyak jumlah clik pada entri tu. Sang Pengomen juga ada yang sokong & ada yang bangkang. Sang lekit tak kisah.. Penyokong atau pembakang di alu - alukan kalau rasa nak bagi pandangan, pendapat atau apa sahaja tapi harus la menggunakan bahasa yang tidak dalam kategori maki hamun atau lucah. Setakat ni Alhamdulillah entri terbaru berkenaan Cikgu shida ni mendapat komen - komen yang bagi Lekit tidak melampaui batas tak kira dari parti pembangkang atau penyokong.

Pada korang yang nak berkomen walau kita ada hubungan baik di alam maya ni lebih - lebih lagi sering kunjung mengunjung ke blog, Kalau rasa nak komen sesuatu isu yang korang rasa berbeza pendapat dengan melekit jangan la takut - takut yer. Insyaallah tak menjejaskan hubungan baik antara kita jika korang berkata kata dalam landasan yang betul lagi. Dalam apa juga hubungan pun tak kira family, suami isteri, kawan.. Tak semua pendapat kita sama tapi berdebat la secara aman. Perbezaan pendapat tak semestinya harus di akhiri dengan pergaduhan, kan??

Setiap pandangan walau berlawanan dengan pendapat Sang Lekit, Insyaallah Lekit tak akan mengTong Sampahkan tanpa menilai buruk & baiknya. Kita cuma manusia.. Ingat mengingati.. tegur menegur memang di perlukan. Bukan la kata Sang Lekit ni positif sangat, kadang - kadang touching juga dengan teguran orang tapi sekurang - kurang kata - kata & nasihat yang baik boleh di jadikan panduan mungkin bukan hari ni.. tak mustahil bila satu hari kita menyemak balik kesilapan lalu kata - kata itu boleh di jadikan motivasi.

Sang Lekit cuma seorang manusia tidak tidak sempurna dari segala sudut pun. Masih merangkak rangkak dalam mencari ilmu hidup & mati. Dan masih banyak kesilapan mengiringi perjalanan tu. So, entri ini bukan la berlagak baik yer.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

4 comments:

  1. errr. betol2..

    kita bebas mengeluarkan pendapat masing2..
    yang pasti kena la bertanggungjwab dgn apa yg dicakap..

    cikgu shida.. ckgu shida. lalala~

    ReplyDelete
  2. kalau nak komen, kenalah berpada-pada. Jangan menyunggingkan perasaan orang.. Peace no War.. :)

    Jom baca ni: 5 artis wanita paling seksi..

    ReplyDelete
  3. hehe..baguslah kalau lekit macam tu..sbb kadang² sy mmg takut jugak nak keluarkan pendapat yang tidak menyokong tuan punya blog..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com