DALAM BERBLOG TAKDE ISTILAH KAWAN ATAU LAWAN

2.3.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Rancak tengok blogger bergaduh... Sana sini cuba menegakkan pendapat masing - masing. Lekit ni jenis bz body jugak.. kalau ada isu kontroversi je cepat - cepat nak ambil tahu. Nak tau juga apa kes?? Taknak rasa ketinggalan. Tapi Dalam pergaduhan blogger ni terus terang Lekit takde angkat sepanduk untuk mana - mana pihak samada menentang atau menyokong cuma mencari positif & negatif terhadap sesuatu isu tu.

Sebab tu dalam berblog Lekit taknak gariskan siapa kawan siapa lawan. Apa yang baik Lekit jadikan contoh yang buruk kalau berkemampuan menegur sama - sama kita tegur untuk kebaikan & keuntungan bersama. Bukan la menegur atau mengkritik itu bermakna benci & dengki. Tapi sekadar memberi pandangan & pendapat untuk kebaikan bersama. Nak terima or tak terpulang. Takde paksaan.

Dan menyokong itu tidak juga bermakna membodek atau mengampu. Bergantung apa yang di lakukan. Kalau memang ia mendatangkan kebaikan & keuntungan tak salah kita menyokong untuk sama - sama menikmati kebaikan & keuntungan tu. Dalam pada masa yang sama.. Kita manusia ni mana ada yang sempurna. Mungkin hari ni kita melakukan sesuatu yang baik, tak mustahil esok kita tergelincir sedikit. Pada masa itu lah kita perlu ke prihatinan orang lain untuk menegur agar kita tahu dimana silap & salah untuk memperbaiki kelemahan.

Dan bagaimana pula kalau seseorang itu melakukan 2 perkara dalam satu masa yang sama?? Disamping dia melakukan benda yang mengundang keburukkan, dia juga buat sesuatu yang membawa kebaikan?? Pada aku.. tegur yang buruk, terima yang baik. Pada aku apa yang baik tetap akan baik, yang salah tetap akan salah.

Nak senduk kata - kata dari status FB Nyah Zulfikar.. " kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya kita perlu bertegang urat." Betul.. Setiap orang punya pendapat sendiri, tak kisah la pandangan kita berbeza. Dengan bertukar - tukar pandangan secara positif akan lebih membawa keuntungan dari masing - masing berdebat secara tidak sihat & mengundang perang lidah yang takde kesudahan yang baik.


Sebab tu Sang Lekit menggunakan konsep tiada istilah kawan atau lawan dalam berblog. Apa yang baik.. tetap lekit sokong, yang buruk tetap Lekit bantah. Aku pun bukan baik.. Tapi cuba jadi yang terbaik walau belum lagi layak bergelar yang terbaik tapi sama - sama memperbaiki dari masa ke semasa.

16 comments:

  1. kan kan..,

    tapi takpe..takda emo pun dgn org lain...=)

    janji jgn kacau org..

    ReplyDelete
  2. k.aina setuju...inilah sempadan maya. menerima yang baik dan menolak yang buruk dengan teguran membina bukan menyisihkan...

    ReplyDelete
  3. kakD setuju 200%..
    padalah kakD tak tau pun sapa yg kawan sapa yg lawan ni...hehehehehe..
    kakD skg memang bz sikit nk BW pun tak dan...tapi kdg2 tu rindu jg pd N3 kwn2 ni...

    ReplyDelete
  4. dunia blogger ni kecik je..kita gado sesama kita bkn org luar tau..mcm no point nk gado sesama blogger..x kemana pun kan..huhu~

    ReplyDelete
  5. betul2 sebab berblog ni kan hnye smntare..

    ReplyDelete
  6. dunia blogging bukannye sempadan untuk bertengang urat..huk3

    ReplyDelete
  7. harap harap benda ni tak terjadi pada kita.. =)

    ReplyDelete
  8. yerla mana² blog pun yg den masuk den amik yg den suko (yg positif)..maner² yg den rs mcm tak elok den tolak tepi..takde mana² belog pun yg den bonci..setiap belog ada kelebihan masing² dan cara tersendiri..ada belog santai den suko..ada belog sarkastik den suko..ada belog ilmiah pon den baco..semuolah den suko..

    ReplyDelete
  9. x suke gado, nak baik dengan semua ;-)

    ReplyDelete
  10. suka baca entry lekit.. :)
    jom baca entry nie lak..share opnion..

    http://bambam-story.blogspot.com/2011/03/blogger-berhaluan-kirikanankirikanan.html

    ReplyDelete
  11. yg penting wat hal sendiri sudah. peace ;D

    ReplyDelete
  12. Tu la Nyah.. geli perut tengok budak2 ni gaduh.. tapi kan, lepas belek2... rupenya banyak yg budak2 lagi pun... belasan tahun.. ada yg sekolah menengah pun lagi....biasala remaja memberontak :)

    p/s kita mungkin berbeza pendapat, tapi tak semestinya kita perlu bertegang urat..setuju!....

    Thanks sudi Tag :P

    ReplyDelete
  13. hmmm ada juga yang nak bergaduh gaduh kat blog kan ;P

    ReplyDelete
  14. tak suka yg jenis suka mengkritik secara terbuka. kritik pun kena ada cara jugak, jgn main hentam je kan :)

    ReplyDelete
  15. btl tu abby...tp cma ttp berkwn dgn semua org..
    -kwn bkn lawan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!