PEMBERIAN MASA BERCINTA, IKHLAS KE MEMBERI??

1.3.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Masa bercinta.. Semua nak bagi. Tak payah tunggu hari lahir tiap - tiap bulan ada saja gift yang di bagi. Katanya ikhlas, tanda cinta, tanda sayang, tanda kasih. Ikhlas masa bercinta.. Berapa peratus sangat la kan?? Berdasar pengalaman sendiri & pembacaan kisah - kisah orang lain.. Sang Lekit nak kopek sikit pasal isu ni.

Lekit sejak umur belasan tahun memang la banyak dapat hadiah.. Tak kira la dari kawan mahupun ex-bf kan?? Kalau kad tu.. tak kira la kad raya or birthday berlagu - lagu. Besarnya sampai tak muat peti pos kat umah tu posmen nak sumbat. Hadiah ni tak tau nak cakap.. Macam - macam la. Dari sekecil2 kuman sampai sebesar2 alam.. Op's takde la besar alam.

CD la.. VCD la.. Handphone la.. T-shirt, tudung, baju, rantai emas.. aduhai.. tak ingat dah. Kalau di simpan tu penuh jugak la bilik stor. Tapi ada yang ntah kemana dah. Nak - nak lagi dah berhijrah dari desa ke kota ni. Dari kawan - kawan kebanyakkan lelaki la suka memberi.. Memang takde la dorang minta balik. Kebanyakkan lost contact. Bukan gaduh - gaduh. Ada cinta yang di tolak terus rajuk bawak diri menyepi sampai sekarang. Tapi kalau pemberian tu dari ex-bf.. Dari pengalaman aku sendiri semuanya tak ikhlas, ok! Kenapa Lekit cakap camtu.

Ikhlas ni umpama semut hitam di tengah malam yang gelap gelita. Sukar untuk kita nampak. Tapi akan nampak juga bila hari cerah & terang benderang. Bila sampai satu masa di mana cinta terputus tengah jalan korang boleh nilai sendiri sejauh mana keikhlasan sebuah pemberian tu. Lekit ni bukan la jenis hanya menerima tanpa pernah memberi langsung masa zaman cintan cintun. Tapi dalam sejarah hidup aku la.. Setiap apa yang aku bagi, tak pernah lagi la aku minta balik. Tapi berbanding dengan lelaki (merujuk kepada pengalaman sendiri).. Bila dah putus tu.. abis semua di ungkit. Di minta pulangkan. Bantal busuk yang dah lunyai pun kalau dari pemberian dia kalau boleh nak balik tu. Dahsyat kan??

Dimana letaknya ikhlas yang pernah di canang dulu??? Kau ikhlas selagi kau couple dengan aku je ke?? Tu bukan nama ikhlas tu namanya sogok. Konon menyongok camtu kau akan dapat cinta ni sampai akhir hayat la kot. Soal jodoh kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan.

Apa yang Aku dapat simpulkan kat sini... 90% pemberian masa bercinta adalah bukan kerana ikhlas.. Tapi menyongok untuk membeli cinta. Kalau la Lekit ni belum kawen & masih cari cinta, harus la ambil pengajaran. Tak payah terlalu menjadi penerima.. Tolak je apa yang rasa besar sangat pemberian tu. Kita tak tahu samada jodoh tu dengan dia or tak. Bila putus ungkit sana sini.. canang sana sini apa yang pernah dia bagi.. Kan mengundang sakit hati.

Pada yang memberi pun kalau sendiri tak dapat pastikan sejauh mana keikhlasan korang memberi baik korang simpan je duit tu. Takat bagi hari ni esok nak minta balik.. Ada lagi bagus tak payah bagi langsung. Tak Macho la beb! Ni cuma pengalaman, pandangan & pendapat peribadi Sang Lekit yang tak merujuk kepada mana - mana individu. Kalau yang terasa tu.. sendiri mau ingat la kan??

13 comments:

  1. siku 'cantek' mcm tuh lar..hahahahahha..

    ReplyDelete
  2. selalu sangat kawan2 bila kapel pastu break hadiah semua pulangkan or mintak balik. sungguh kelakar.!

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang terkeliru sama ada bahagia atau derita. :(

    ReplyDelete
  4. baca post suria terus kak ida ingat kak edie adik kak ida.. br2 ni lepas putus cinta ex gf dia hantar balik semua hadiah2 yg edie kasi kat umah mak kak ida.. sikit pun tak tinggal hahaha

    ReplyDelete
  5. buruk siku lah...dah bagi nak mintak balik, macam budak2...

    pemberian sewaktu bercinta tu ikhlas kerana ada udang di sebalik sepinggan mee...heheheh...

    LLG...lelaki macam tulah banyak sangat bezanya ngan pompuan kan. kita lebih ikhlas, lebih setia...(masuk lif tekan sendiri) tapi rasanya itulah kenyaataannya...

    ReplyDelete
  6. akak mesti feymes kan time remaje dulu. tu yg selalu dpt adiah, hehe

    ReplyDelete
  7. saye penah jmpe org camni..huhu..umpan ngn hadiah sbb nk dptkn cinte..die xmintak balik..tp lepas dh dpt cinte blah camtu je..ade gak org camni kn..nmpak sgt xhargai cinte..

    ReplyDelete
  8. wah...bez nyer lekit...banyak tol dapat adiah...mama dolu...xde pun owang nk bagi hadiah bagai sebab my exboypren...merangkap my exfiance...merangkap my husband now...sama2 belajar..anak yatim piatu..so xde banyak duit..so xmerasala adiah yg berharga...tapi yg penting kasih yg diberi kekal sampai sekarang...Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  9. tu namanya Rasuah cinta... hehehe..kalau zaman dulu kala.. ada beras pun dah cukup... tu pun kira rasuah cinta jugak... :P

    ReplyDelete
  10. sebab tengah sayang kan. bila dah putus egala bapak nak diungkit. kebiasaan cam gitu kan

    ReplyDelete
  11. he3..cma time zaman jahilliah dulu ade juga bgi gift2 ni...x mintak pun...tp bg..pnglama sebelum ni x penah lagi buruk siku...he3...

    ReplyDelete
  12. suke entry nih....







    jom singgah n follow belog saya...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. epi iklas kat saye kot! hakhak ;D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!