SARI KATA HINA ALLAH.. ORANG BODOH MANA YANG BUAT NI??

8.3.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Bagus kerana aku tidak mahu menjadi Allah ini bodoh, Focker,” itulah terjemahan sari kata yang terkandung cakera padat video digital (DVD) filem barat lakonan yang ditayangkan di pawagam, Disember tahun lalu. Dialog asal berbunyi ‘I don’t want to be a stupid godfather’ (saya tidak mahu menjadi bapa pembaptisan bodoh) namun menyedihkan apabila sari kata yang terkandung dalam filem berkenaan diubah menyebabkan maksudnya menjadi lain. Sari kata yang menghina nama Allah itu didedahkan Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu (Pewaris) Pulau Pinang. Pengerusi Pewaris negeri, Sabaruddin Ahmad berkata, berdasarkan aduan diterima, dia dan beberapa ahli jawatankuasanya membeli DVD itu bagi menentukan kesahihannya.

Peterjemah mana yang bodoh sangat ni?? Kalau dah takde tauliah untuk jadi penterjemah bahasa tak payah la tunjuk pandai sampai mengundang kemarahan orang lain. Isu agama Isu sensitif.. Jangan ambil mudah! Tak tau la peterjamah sarikata ni Islam ke tidak.. Tapi kebodohannya buat orang lain hangin jer.

Rujukan (harian metro) : sari kata hina Allah

 
Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

9 comments:

  1. Itu la punca saya tak suka sarikata melayu. bukan org melayu yg buat selalunya..

    Entry terbaru padlie: Padlie masa muda-muda [Part IV]

    ReplyDelete
  2. Mereka hanya ingat untung saje... Mane diorg pikir pasal sensitiviti.

    ReplyDelete
  3. ikut suke aje translate cmtu...
    x tau nk komen pe agi..

    ReplyDelete
  4. salunya benda2 mcm ni org bkn melayu yg buat..
    tp kita tak tahu,kalau mmg or melayu bodoh yg buat ker..

    ReplyDelete
  5. kepala banar dorang ikut senang mulut dan tangan je nak translate jadi benda lain maksud..ade ke betul itu orang ??kompom tak betoii

    ReplyDelete
  6. hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

    ReplyDelete
  7. hai awak :) saye da join awak :) follow me back ok :) http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/rasmi-senarai-pasukan-f1-2011.html

    ReplyDelete
  8. aku penah tgk citer pirate of the caribbean diorg pi translate cetak rompak caribbean.. ampehh..

    p/s: ni cetak rompak punya vcd.. jgn maraaaa.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. aku penah tgk citer pirate of the caribbean diorg pi translate cetak rompak caribbean.. ampehh..

    p/s: ni cetak rompak punya vcd.. jgn maraaaa.. hehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!