SUAMI KEMBALI MENIDURI ISTERI SETELAH MENINGGAL DUNIA

10.3.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Pelik kan?? Alkisah seorang akak yang musykil setelah kematian suaminya.. Dia mendakwa di datangi suami dan menidurinya selepas 3 bulan meninggal dunia. Mak di ajukan soalan ni kepada yang pakar..

Soalan si akak : Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

Jawapan yang arif : Adapun mendatangi isteri dalam maksud ia benar-benar sedar dan yakin bahawa itu adalah suaminya maka ini adalah tidak mungkin dan tidak boleh berlaku kerana orang yang telah meninggal telah berpindah ke alam baqa’ – alamul khulud – yang bermula daripada kubur.Kalaupun berlaku sungguh, ia akan berlaku, tetapi bukan daripada suami. Tetapi ia dilakukan oleh makhluk lain yang bernama Qareen. Qareen ini memang wujud, dalam al-Qurannul Karim, terdapat istilah Qareen ini sebanyak 12 kali. Misalnya kita merujuk kepada Surah as-Shaffaat, ayat 51 yang bermaksud, salah seorang daripada yang telah meninggal yang menghadapi balasan Allah S.W.T, mengakui dengan mengatakan bahawasanya, adalah pada diri saya dahulunya ada Qareen. Qareen dalam tafsir seperti al-Qurtubi dan al-Maraghi, disebut sebagai kawan atau teman yang begitu rapat. Ertinya, insan yang menjadikan Qareen sebagai teman rapatnya maka dia telah mendapat sejahat-jahat teman. Qareen adalah satu jenis daripada jenis-jenis Jin ataupun Syaitan.
Pada umumnya, apabila manusia bersahabat dengan syaitan serta meminta tolong daripadanya dan berbagai-bagai lagi, maka jadilah dia Qareen. Oleh itu, selepas daripada kematian manusia, Qareen ini akan melakukan berbagai-bagai perkara yang tidak baik termasuklah dia boleh menganggu keluarga si mati dan mendatangi isterinya sebagaimana rupa suami terdahulu.

Untuk lebih penjelasan tentang isu ni sila clik :  Bolehkah roh suami kembali meniduri isterinya yang masih hidup?


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

10 comments:

  1. nice information... i don't know before this...

    ReplyDelete
  2. kalau cerita2 sebegitu selalunya dikaitkan dengan orang yang pelihara hantu raya...hanya Allah (s.w.t) juga yang lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  3. bole ke camtu..hantu raya agaknye??

    ReplyDelete
  4. info yang bagus....macam mana la makcik tue boleh tido lagi dengan husband yang dah lama meninggal...seram siot

    ReplyDelete
  5. hmm perkongsian pintar tapi serammmmmmmmm

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!