TAK PERLU BAYAR MAHAL.. KEPUASAN DI JAMIN. post yang ke 1,000

24.3.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Apa benda yang murah & mampu menjanjikan kepuasan tu?? Pesanan penaja sila kemaskini otak anda.. Pastikan ia berada di dalam keadaan waras, bersih & positif kerana entri ini tiada kena mengena dengan sebarang aktiviti kurang sihat atau lucah.

Seperti ramai yang tahu Lekit adalah peminat teater bangsawan yang bertiket murah.. Dah lama rasanya tak menjenguk panggung teater DBKL. Last week ada teater bangsawan Siti Zubaidah tapi malangnya Sang Lekit ada urusan di kampung so ter skip la teater tu. Ramai antara blogger - blogger yang lebih gemar tengok wayang dari tengok teater, kan?? Bagi yang belum cuba menikmati tayangan teater ni mungkin beranggapan ia membosankan. Tapi apa kata korang cuba dulu baru buat penilaian & keputusan? Sebab bagi Lekit tengok teater ni memang menjamin kepuasan la sebab semua lakonan secara live tak action & cut.

Pada korang yang di sekitar KL ni kalau nak cuba merasai nikmat menonton teater boleh la berkunjung ke panggung teater DBKL sebabnya ada 7 tayangan teater bakal di pentaskan.

teater Tasik Dayang (22 hingga 24 April)
Mestika Bumi (20-22 Mei)
Alang Buana (10-12 Jun)
Opera Primadona (15-17 Julai)
Hikayat Malim Deman (23-25 September)
Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober)
Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober)

Tiket cuma berharga RM5 jer untuk seorang. Kalau Sang Lekit lebih suka seat yang depan sebab tengok teater kalau duduk belakang tak best sangat sebab tak nampak rupa pelakon dengan jelas. Menonton teater ni sesuai tu semua golongan so pada yang ber family tak perlu risau kalau nak bawak anak - anak pun sebabnya sepanjang Lekit terjebak menonton teater ni, teater yang di pentaskan takde lagi unsur2 18sg,sx,pl or sebagainya.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

P/S : Jadual pementasan di rujuk melalui harian metro jika berlaku sebarang perubahan pada jadual pementasan Sang Lekit tidak bertanggungjawab yer.

Dengan entri ni maka genaplah entri yang ke 1000 di blog Apa yang melekat lekit hari ni. Yahoo...

7 comments:

  1. best laa kt sana sebab ada teater.. kat cni jarg ada teater.. kalau ada pun, budak UMS yg slalu buat tp itu pn jarg2... teringin gak nak pergi tengok.. hehee

    ReplyDelete
  2. tak pernah cuba lah sang lekit.. sebab biasa tengok wayang je

    ReplyDelete
  3. wahh giler banyak tu..

    p/s macam suka jugak dengan teater tp buat m,asa leni tak sesuai lol

    ReplyDelete
  4. Saya suka tengok wayang :)....

    ReplyDelete
  5. akak...mcm teringin je nak cuba tgk juga...

    ReplyDelete
  6. wohhha! dah seribu post. terbaik lah :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!