CERITA HANTU TERLALU BANYAK BUAT CIKGU PENING KEPALA

4/10/2011 05:41:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Kita sedia maklum kan kat tv, pawagam or kat mana - mana sekarang ni penggiat filem/drama/telemovie semuanya berebut - rebut nak buat kisah hantu/seram bagai ni. Kat tv dah hampir tiap - tiap hari ada drama bersiri seram ni. Budak - budak la paling ghairah nak tengok.. tak terkecuali, kakak budak, abang budak, mak & bapak budak pun turut join sekaki.

Pengaruh cerita seram ni bukan sikit.. kalau tak, takkan stesen tv berebut rebut tayang cerita seram ni kan?? Sebab ada sambutan la dorang tayangkan tapi tahukah korang kesannya pada cikgu di sekolah. Kenapa Sang Lekit highlight cikgu & sekolah?? Alkisahnya bermula dari...


Tu rungutan dari salah seorang cikgu merangkap kawan satu sekolah sang lekit dulu. Mana tak pening kepala cikgu kalau nak pergi tandas dalam satu masa sampai 10 orang dengan alasan takut hantu. Rasanya stesen televisyen Malaysia or penapisan filem Malaysia ni kena kaji balik la tentang lambakkan filem/drama seram yang di tayangkan. Nampaknya ia membawa kesan negatif kepada golongan kanak - kanak & juga pelajar. Kenapa semua ni berlaku..??

Sebab kalau dah terlalu banyak di dedahkan dengan cerita - cerita seram.. pemikiran dorang tak banyak sikit pun terpengaruh juga. Memang tak di nafikan kewujudan jin, syaitan & iblis ni tapi dengan lambakkan filem/drama seram yang di tayangkan tu seolah - olah mengangkat hantu/pontianak/jin/polong & bagai ni sebagai satu makhluk yang amat di takuti sehingga kita terlupa tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.

Rasanya Malaysia patut kurangkan tayangan filem/drama seram ni bagi tidak memberi kesan negatif pada kanak - kanak & pelajar. Dah tu sebab terlampau banyak.. filem/drama seram ni semakin tak berkualiti pula. Sampai dah takde idea nak buat cerita tapi tetap nak buat tu. Macam filem Ratu the movie. Totally filem sampah yang hanya menyemak panggung (lekit tengok kat youtube jer.. nasib baik kat youtube kalau kat panggung dosa maki hamun je dapat). Ikhlas komen sang lekit. Walau bukan filem hantu tapi temanya tetap suspen & seram. Boleh tahan la kalau nak tengok hantu kak limah balik rumah tapi bagi sang lekit filem tu pun belum cukup mantap untuk di katakan filem terbaik walau dah jadi fanemona salah satu watak dalam filem tu iatu usop wilcha.

Wah pada penggiat seni jangan marah Sang Lekit pulak.. ni cuma pandangan peribadi seorang penonton. kekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

11 comments:

  1. macam2 kalau dah tkut..cuba ajak budak2 tu tgok citer Hantu Kak Limah..konpem pastu tak takut///hehehe

    jom baca
    Tegur Terasa..Tak Tegur Salah

    ReplyDelete
  2. setuju dengan entry ni. bagi kite yg dah tua ni, mungkin la tengok drama hantu-hantu melayu ni macam tengok drama lucu, namun bagi kanak-kanak ia adalah sesuatu yang boleh mengganggu dari segi perkembangan emosi diorang. bayangkan lah, sampai nak ke tandas pun takut.. elok latu.. kalau tak dikaji semula, lama-lama generasi anak-anak ni akan jadi anak bangsa yang lemah dan penakot!

    cite seram dah la tak berape... hmmm... ntah ape2 ntah...

    ReplyDelete
  3. ni peranan parents..parents sepatotnye pantau la anak2 mereka tengok crite mcmane..jgn bg tgok cte2 seram kalau depa penakot...ni hnye pd pndapat sy.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam..hehe..asik kebetulan je...haa..entri terbaru SkY pun mengulas psl nie..=.=" hurm..lambakan cerita begini byk burk dari baiknya.sekadar berhibur oke..tpi jgn berlebihan :-)

    HANTU DAN DIMANA RELEVANNYA TERHADAP KITA

    ReplyDelete
  5. kita yg dah besor pon takut sekali hahhh! hehehehhe.. even genre horror comedy but still leh takotkan budak2.. buat citer sains fiction ker.. ok gak kan! ehhehe

    ReplyDelete
  6. ye la..
    bnyk sngt skrg ni citer tv genre cmni.. xde pilihan, pusing2 pun situ jgk tengoknya..

    ReplyDelete
  7. jangan haraplah saya nak tengok citer hantu ni... impaknya besar terhadap orang penakut macm saya.. jadi elakkan saja dari tempah ketakutan

    ReplyDelete
  8. teringat awal thn 1990-an dulu kan diorg sekat citer hantu dgn fantasi drpd disiarkan kat tv dan wayang malaysia... rasanya dekat 10 thn negara kita takde keluar filem hantu dan fantasi... mungkin sebab nie la bila sekatan tu dah takde, penerbit filem bergila2 nak buat citer hantu skg nie...

    ReplyDelete
  9. haha...faham sangat ,kadang-kadang mereka lebih banyak hantu dari kita...

    ReplyDelete
  10. mmng bnyk cerita hantu. I pun naik bosan

    ReplyDelete
  11. tu la..kalo dah terlalu taksub..tp..industri hiburan x harus dipersalahkan..ntah la..pening2..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com