TERINGAT KENANGAN SEWAKTU AKTIF BER DJ DULU

4/05/2011 12:43:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Di sebabkan hari ni streamyx server down tak boleh online siang tadi sempat la Sang Lekit kemaskini data - data dalam h.disk ni. Scan virus bagai.. Masa dok skodeng - skodeng file dalam partition D tetiba jer teringin nak dengar mp3 yang dah lama berarkib. Jarang dah nak dengar or upload mp3 baru. Tak macam dulu... Pastu ada something yang buat Sang Lekit tetiba jer teringat kenangan semusim lalu.

Masa aktif ber Dj kat online radio. Sebenarnya kenangan ni 2 3 menjak di bangkitkan kembali oleh Nyah Zulfikar. Entah mana minah/mat yang bagitau dia Sang Lekit ni dulu seorang DJ online radio. Online Radio jer bukan dj kat era, hotfm, suriafm bagai. Radio Internet jer.. Takde la gempak mana. Yang buat Sang Lekit betul - betul rindu sangat kegemilangan tu bila terjumpa satu mp3 iklan promo menggunakan suara Sang Lekit sendiri tapi editing bukan sang Lekit yang buat la. Sebenarnya banyak iklan promo online radio yang guna suara Dj Lekat Lekit ni tapi semuanya dah di kurung dalam CD malas nak selongkar lagi. Ni pun nasib jumpa satu dalam h.disk. Mesti korang nak dengar macam mana suara Sang Lekit bila on air.. Tapi ni bukan masa berdj. Ini just rakaman untuk iklan promo jer

Clik Button > untuk dengar

Ha.. amacam! Sumbang mambang tak?? Dulu kalau listener radio Frenzy suka cakap suara Sang Lekit ni serak - serak basah. Ye ker? Yelah kot.. Pada yang sentiasa mengikut blog ni sejak mula ia bertapak maka dorang akan tahu la Sang Lekit pernah menjadi salah seorang Dj online radio yang di beri nama Frenzy. Sebab awal penubuhan blog ni banyak cerita pasal online radio yang lekit Dj jer... Tapi bila dah pencen, temanya dah bertukar. Ini cuma entri imbauan jer untuk di kongsi bukan nak menunjuk - nunjuk yer.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

9 comments:

  1. auwww...jatuh ati ngn sore akk..
    kte pon t'ingin nk jadi dj..
    tapi blum berkesempatan..
    hehehe:)

    ReplyDelete
  2. nak klik kat butang mana nak dengar nih>? takleh klik pun...

    ReplyDelete
  3. ko ni Nyah selalu nak kena beri lebih perhatian. ko tgk button yg mcm ni > kat sebelah kiri tu ko clik

    ReplyDelete
  4. aloh online dinihari tak dapek nak klik nnt terjaga plak org² yg sedang tidur..

    ReplyDelete
  5. xjumpeeee powwwnnn.. jenuh dah tengok kiri kanan atas bawah.. tak jumpa jugak :(

    ReplyDelete
  6. la ye ke..nape tak teruskan usaha itu..kawan akak pun ada sorang dj..nun kat xfm

    ReplyDelete
  7. sebab suara besh.. ohw dj upanya!

    ReplyDelete
  8. whoaaaaa suara best la.. lagi best dari ab fana... :P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com