MAYAT BERAT SEBAB JIN MENUMPANG DALAM KERANDA

5/31/2011 12:15:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Sempat layan TV rancangan tanyalah Ustaz di TV9 dengan tajuknya Sakaratul Maut bahagian 2. Tertarik dengan soalan dari penonton & jawapan yang di beri ustaz (Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz) tentang ringan & berat jenazah yang di usung dalam keranda apakah ada kaitan dengan dosa & pahalanya.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Menurut Ustaz, Tiada kaitan dosa & pahala si mati dengan berat atau ringan jenazahnya semasa di usung ke tempat pengebumian tapi kata ustaz pernah terjadi jenazah menjadi berat di sebabkan ada jin atau iblis yang menumpang di dalam keranda. Ini berkaitan dengan amalan si mati semasa hayatnya yang menjadikan jin sebagai pendamping, kawan atau khadam. Mungkin Jin belaannya.

Kerana ingin tahu lebih lanjut berkenaan perkara ni sang lekit pun cuba la search berkenaan perkara tersebut maka terjumpa la satu artikel ni yang juga menyatakan mayat berat atau ringan tiada kaitan dengan amalan si mati. Kita sering di dedahkan di dalam filem, drama, surat khabar dengan azab2 di terima si mati yang berkaitan dengan dosa yang di lakukan semasa hayatnya. Salah satunya jenazah menjadi berat buat kadang - kadang pemikiran kita sudah set, ringan jenazah seseorang maka dia seorang yang mulia dalam hayatnya kalau berat maka dia banyak membuat dosa semasa hayatnya sedangkan asas ini tiada dalam syarak. Untuk membaca artikel berkenaan ni sila clik DISINI. sebabnya artikel tu tak dapat sang lekit copy & paste jadi untuk penjelasan lebih terperinci korang clik la link tu yer..

Moga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat kepada kita & menambah ilmu. Sang Lekit pun sebelum ni tak tahu tentang ni. Mungkin ada juga antara kita yang di luar sana pun macam sang lekit jadi rasanya ada baiknya ia di kongsi bersama.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR NIKAH SALIH YAAKOB DENGAN ISTERI KE EMPAT

5/30/2011 08:12:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Hari ni kita rilex2 dengan entri santai je di blog melekit. Santai2 yang hot. Yelah asyik dok kopek isu - isu hangat, hangit & hangus jer boleh terbakar juga blog ni. So, bagi membuat senaman merenggangkan otot2 blog yang sentiasa tegang jom kita layan cerita sensasi ni.

Siapa tak kenal dengan pelakon, penyanyi, pelawak & penyampai radio sinar ni. Yang baru - baru mengemparkan kita dengan khabar bakal bernikah dengan gadis muda untuk kali ke 4. Sekarang ni bukan lagi angan2 atau perancangan tapi sudah jadi kenyataan. Apapun selamat pengantin baru pada salih yaaakob & emy. Moga bertambah meriah la dengan kehadiran isteri ke 4 sebagai acara penutup kuota salih yaakob.





Gambar di culik dari : Media Malaya

P/s : Lepas ni abang salih dah tak boleh nak jeling2 untuk cawangan baru dah. Mesti lega kan si Emi. Alang kepalang nak bermadu biar jadi yang terakhir.. kekekekeke. Just Joke!

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AGNES MONICA MENINGGAL DUNIA?

5/30/2011 02:01:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Sebuah laman blog,mendakwa, penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica meninggal dunia Sabtu lalu selepas diberi ubat berlebihan oleh doktor. Berita kematian Agnes yang berusia 24 tahun itu mencetuskan kegemparan kepada peminatnya terutama di laman jaringan sosial Twitter semalam.

 Agnes Monica. Hasil carian google

Jangan panik wahai peminat Agnes Monica kerana beliau masih bernyawa cuma meninggalkan hospital selepas menjalani rawatan kecederaan pada punggungnya. Semua tu cuma gosip semata - mata. Mungkin laman blog tersebut sekadar bergurau atau dia gila traffic kot sampai sanggup menyebarkan gosip kematian pelakon & penyanyi comel lagi lincah dari seberang ni.

Berpada - pada la dalam menyebarkan khabar angin wahai blogger. Orang yang hidup di katakan mati agak melampau jugak la. Kita doakan semoga Agnes baik - baik aja yer...

Rujukan : Harian Metro
                 Kosmo
 

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TABIK SEJUTA IMPIAN

5/29/2011 08:34:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Sempat layan tv tadi walau sang lekit bukan la jenis yang minat sangat menonton TV.. Jarang sangat la sang lekit nak tumpu satu2 cerita tanpa berkedip mata apatah lagi tercongok berjam - jam lamanya depan tv tu. Tadi tadi sempat la layan rancangan Sejuta impian di tv3 yang berkonsepkan memberi Dana untuk tujuan kebajikan.

Hasil carian google

Ada empat orang peserta.. 3 daripadanya berjaya memperolehi dana yang di perlukan seorang gagal kerana tidak menyakinkan juri dana tersebut untuk tujuan kebajikan. Kita cerita yang gagal dulu.. Beliau ni seorang pengusaha pusat latihan penguasaan bahasa Inggeris. Dana yang di minta paling tinggi antara semua peserta iatu RM100K bagi tujuan mempromosikan kursus yang di anjurkan seperti iklan, kos untuk mengadakan kursus di dua negeri iatu KL & melaka, kos penginapan beliau & pembantu beliau tapi kursus yang di anjurkan tetap di kenakan yuran yang agak tinggi kepada peserta iatu RM1k++. Memang tak nampak sangat dana yang di pohon bukan untuk membantu orang awam tapi lebih kepada membantu perniagaannya sendiri. Keputusan juri untuk tidak meluluskan dana yang di pohon memang agak wajar disitu. Tapi di belakang pentas bila di interview katanya dia tak kisah dapat atau tak dana tu tapi sekurang - kurangnya dia dapat publisiti percuma dengan sertai rancangan sejuta impian tu. Apa yang sang lekit fikir.. itu yang sebenarnya matlamat dia. Aduhai.. Manusia ni macam - macam taktik, kan??

Juri rancangan sejuta impian. Hasil carian google

Tertarik dengan seorang peserta, lelaki berbangsa cina yang memohon dana sebanyak RM20K bagi tujuan membela nasib haiwan terbiar. Kos - kos yang di senaraikan seperti pembiayaan untuk membina laman web,pengkasian haiwan tersebut, kos untuk membayar upah pada pembantu & kos untuk mempromosi kempen yang di jalankan bagi tujuan memberi kesedaran pada orang ramai tentang haiwan terbiar. Niat dia memang sang lekit tabik.. Memang untuk kebajikan & juri juga membuat keputusan yang tepat bila meluluskan permohonan dana beliau. Kalau bukan kita manusia yang membela nasib haiwan, siapa lagi, kan??

Bagus rancangan sejuta impian ni.. Salah satunya menyediakan dana kepada mereka yang layak bagi tujuan kebajikan dari dok bagi ratus ribu kat orang tergedik - gedik, terkinja - kinja kat atas pentas sampai berpeluh ketiak tu. Bukan sikit dah rancangan realiti tv berbentuk hiburan sekarang ni.. Bayangkan la berapa banyak dah pembaziran kat situ tanpa sebarang faedah pun. Sekadar mencungkil bakat manusia2 yang kepingin sangat nak jadi glamour. Adalah lagi bagus memperuntukkan duit tu pada dana - dana macam dalam rancangan sejuta impian ni. Sekurang - kurangnya duit yang di salurkan tu kearah yang lebih baik, kan??

Ini cuma pendapat peribadi & kupasan seorang penonton bagi pihak sang lekit jer.. Kalau ada mana - mana pihak terasa hati dengan penulisan sang lekit dalam blog ni, terlebih dahulu sang lekit pohon maaf yer.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENJELMA SEBAGAI ANJING BILA SUKA MAKI, CARUT & CAKAP KEJI

5/29/2011 06:36:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Sekarang kita tahu macam jadi satu bahasa rasmi di Malaysia tak kira la sesetengah ahli politik, Orang tua, orang muda, kanak - kanak sekalipun suka sangat menuturkan kata - kata kesat yang berunsurkan caci maki, mencarut & kejian. Nak - nak lagi kalau dekat - dekat pilihanraya semasa ceramah kempen di jalankan. Rasa macam dialog biasa maki hamun tu dalam sesetengah ceramah kempen pilihanraya. Sehingga mereka terlupa seorang pemimpin itu menjadi contoh pada anak buahnya, kan??

Petang - petang hari macam terjumpa pula satu artikel yang berkenaan perkara tersebut rasa ada manafaatnya di kongsikan disini walau pada mula rasa cuak takut hati2 tisu yang terasa Sang Lekit sedang mengumpat perangai dorang tapi bila fikir balik apa nak di takutkan kalau kita menyebarkan sesuatu yang baik & tidak mengaibkan sesiapa, kan??

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Antara dosa lidah ialah,Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela. Beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); "Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).Memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah: "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"
Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejiny. (Rujukan : CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI)

Moga perkongsian dari hasil pembacaan sang lekit ini boleh kita sama - sama jadikan panduan & peringatan untuk melangkah kearah kebaikan. Walaupun sang lekit tahu pasti ada Mak enon & Pak Meon (Anonymous) yang akan datang kemudia komen dengan pertikaian sang lekit yang konon macam baik sangat berkongsi artikel yang berunsurkan keagamaan sedangkan diri sendiri pun tak cukup sempurna tapi sang lekit tak kisah. Yang penting dengan membaca, melihat & mendengar sesuatu yang baik sikit demi sedikit memberi keinsafan & kesedaran selain menambah ilmu untuk berubah kearah kebaikan, Insyaallah.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BANGGA JADI BUDAK JAHAT

5/28/2011 08:39:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Dulu masa zaman sekolah kalau ada kawan - kawan yang berjaya masuk club, disko, pub, ada love bite kat leher atau tempat2 yang lain yang tersembunyi terutama bawah sikit pada paras leher tu (faham - faham je la yer) dengan bangganya dioarang akan bercerita pada kawan - kawan lain.

Kisah yang pertama bila diorang berjaya meloloskan diri berhibur dalam club, disko atau pub ni. Sang Lekit ingat lagi kalau di kalangan kawan - kawan sekolah sang lekit dulu zaman tu yang selalu meniti kat bibir diorang yang berjaya merendah club yang bernama SOUL ni riuh la bercerita pasal soul. Kononnya diorang ada abang la.. akak la.. yang boleh cover dorang kat situ. Lepas tu mula la mengayakan aksi tarian yang kononnya popular kat club tu. Orang - orang lain yang dengar rasa.."wah hebat dia boleh masuk club walau umur baru 15 tahun, termasuk la sang lekit walau seumur hidup sang lekit tak pernah jejak kaki mana2 club atau disko apalagi pub.

Kisah yang kedua paling popular di kalangan budak - budak lelaki.. Dengan bangganya diorang akan membuat pengakuan berani mati dengan tujuan nak tunjuk betapa berani & hebatnya diorang kalau berani ambil dadah, minuman mabuk atau apa - apa yang berkaitan dengannya. Bunyi luahan tu standard macam ni.. "aku ni bukan baik sangat.. apa yang aku tak try. Semua aku dah try... dot.. dot.. tettt... tett.." Kalau yang kononnya pernah langgan bohsia atau buat seks dengan mana - mana perempuan, paling - paling pun cium mulut apa lagi dengan bangga & tanpa segan silu la berkongsi pengalaman. Selain tunjuk hebat depan kawan - kawan, tu la cara mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk sama - sama menjebakkan diri.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAHIR BAYI DI PUSAT LATIHAN PLKN & HAMPIR TERMAKAN PIZA SKRU

5/28/2011 11:33:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Biasa la pagi - pagi kalau ada masa baca akhbar online dulu. Bukan tujuan nak kupas kupis dalam blog jer, lagipun bukan hari - hari sang lekit buat kupasan pasal artikel akhbar sekarang ni tapi sekadar mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara, luar negara & isu - isu semasa.

Dua artikel dalam kosmo online hari ni menarik minat sang lekit nak kongsi dengan semua. Satu kes di Pasir Mas, dimana seorang pelatih PLKN melahirkan & menyembunyikan kelahiran seorang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Aduhai.. Lepas ni PLKN kena lebih peka semasa pengambilan pelatih baru. Bukan setakat ujian kesihatan, Ujian kehamilan pun kena di buat juga supaya tak berlaku benda - benda macam ni. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI)

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Lagi satu kes.. skru dalam piza. Menu terbaru piza ker?? kekekekeke. Macam mana la skru boleh ada dalam piza yang di pesan pelanggan. Ke masa dorang masak piza ada skru kat mana2 alat memasak tertanggal?? Nasib tak tertelan cik abang kita tu.. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI)
AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.

Kedua - dua kes ni adalah dari punca kelalaian. Tak kira pelatih PLKN yang melahirkan & menyembunyikan bayi sehingga menyebabkan kematian bayi(Peliknya sampai lahir & meninggal bayi tersebut takde orang tahu sedangkan ia berlaku di pusat latihan tersebut) tersebut mahupun piza berlaukkan skru tu. Manusia akan bertindak selepas kejadian.. Kalau tak jadi perkara - perkara macam ni mungkin pihak berwajib masih pejam mata soal tahap kesihatan pelatih PLKN & tahap kebersihan makanan yang di jual pada pelanggan.

Semoga kes - kes macam ni lebih membuka mata mereka2 yang berwajib & kita sebagai pengguna & masyarakat awam pun harus peka & berhati - hati.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HAIWAN VS MANUSIA (SIAPA LEBIH KEJAM?)

5/28/2011 12:25:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Bila manusia bunuh haiwan, dera haiwan, aniaya haiwan tanpa sebab.. Tiada sebarang tindakkan tegas di ambil. Kalau masyarakat dengan majoriti yang ramai bersuara baru la pihak berkuasa mula bekerja tapi kes selesai dengan hanya permintaan maaf secara terbuka, mengakui kesilapan kononnya & menyesal katanya.

Bila haiwan serang manusia, cederakan manusia, bunuh manusia mungkin sebab dia rasa terancam.. Haiwan itu akan di tangkap, di kenakan hukuman samada di kurung atau di bunuh dengan alasan ia merbahaya kepada manusia.

Haiwan tidak berakal walau berotak.. Manusia punya kedua - duanya.. akal & otak. Haiwan bertindak untuk melindungi diri, manusia kadang - kadang bertindak sekadar suka hati macam hobi. Dunia umpama milik manusia.. kerana di kuasi manusia. Hidupan lain umpama menumpang harta manusia sedangkan dunia bukan milik sesiapa, Milik yang Maha Esa untuk semua makhluk & ciptaaNya.

Hasil carian google. sekadar hiasan

Kisah pengkid siksa & bunuh seekor anak kucing VS kisah seorang kanak - kanak di cederakan seekor anjing, mari kita renungkan antara pengkid & anjing tu siapa yang lebih kejam sebenarnya?  anjing itu mungkin di tangkap & di bunuh.. atas alasan merbahaya kepada manusia, bagaimana dengan pengkid tersebut? Apa hukuman yang dia dapat bila dia juga merbahaya kepada haiwan yang lemah? Apakah dia juga di tangkap & berkemungkinan di bunuh dengan alasan yang sama seperti anjing tersebut? Itu sesuatu yang mustahil... Dan tak mungkin dia di kenakan hukuman macam tu.

Hasil carian google

Entri ini terilham bila sang lekit baca satu entri bertajuk Yang Mana Satu Yang Betul...? Anjing tu 'Baham' Budak ataupun Selamatkan Budak...? di blog kakimotong dot com.

Sekadar renungan buat kita yang bernama manusia yang di lahirkan sempurna akal & fikiran.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ARWAH PULANG SELEPAS 3 HARI DI KEBUMIKAN

5/27/2011 01:36:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Seorang pengamal ilmu hitam yang telah di kebumikan pulang kerumah selepas di hantar lelaki yang menemuinya di kawasan perkuburan selepas tiga hari di kebumikan. Kepulangan warga emas yang berusia 75 tahun tersebut mengejutkan keluarga, jiran tetangga & orang kampung yang ketika itu sibuk untuk mengadakan kenduri untuk arwah. Ada jiran yang bertempiaran lari ketakutkan sebaik melihat jasad warga emas yang berpakaian serba putih & jasadnya masih berkeadaan baik pulang ke rumah pada waktu maghrib. Sebaik pulang kerumah warga emas tersebut di katakan meminta makanan. Selepas di beri makan warga emas tersebut meminta untuk pulang. Selepas di hantar kekuburnya, arwah hanya berdiri di hadapan kubur beberapa ketika & hilang. Yang peliknya kubur arwah dalam keadaan baik & tiada sebarang tanda2 ia di gali untuk keluar.

Faizal Diman, 75 di katakan pulang kerumah selepas 3 hari di kebumikan.

Mereka percaya jelmaan makhluk yang seakan warga emas itu adalah angkara jin kerana arwah pernah membela jin sebagai khadam semasa hayatnya.

Kubur arwah masih dalam keadaan tidak terusik

Dari cerita ni haruslah kita ambil iktibar. Manusia yang telah mati takkan kembali ke dunia dalam apa juga bentuk sekalipun kalaupun ada hanya jin & syaitan yang ingin menyesatkan. Ingatlah jangan menggunakan jin sebagai perantaraan, kawan atau khadam. Amalan syirik & khurafat ini bukan sahaja di tegah oleh agama malah ia mengundang kesan buruk kepada pengamalnya. Meminta la kepada Allah sesungguh segala isi dunia ini milikNya.

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik : Mingguan Warta Perdana

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR

5/26/2011 11:07:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Haruskah bergelar seorang pakar untuk menjadi penilai atau memberi pendapat secara peribadi pada sesuatu perkara tu? Kalau macam tu la syarat untuk mengeluarkah hujah & pandangan peribadi maka ramai yang dah langgar peraturan dalam menulis blog sebab ramai juga yang bagi pendapat secara peribadi terhadap sesuatu perkara yang dorang nak komen.

Hasil carian google

Kenapa isu ni di bangkitkan.. Takde apa sekadar berkupas kupis & kopek untuk perbincangan umum sahaja bukan untuk cari pasal yer. Katakan korang menonton satu filem kat pawagam yang dari sudut kaca mana korang filem tu memang bosan & tak best. Lalu korang pun taipkan satu entri berkenaan apa yang korang tonton & menyatakan pendapat korang secara jujurnya terhadap cerita tersebut & mendapat komen dari seorang makhluk yang mengatakan anda perlu memahami terlebih dahulu tema cerita tersebut sebelum membuat penilaian samada ia menarik atau tidak. Apa perasaan anda??

Mesti pelik kan?? Mungkin kita tak grade dalam bidang tu.. tapi apa yang di hasilkan & di jual tu kepada golongan seperti kita yang hanya tahu menonton bukan membikin. Haruskah kita mendalami sesuatu yang bukan dari bidang kita semata - mata untuk memahami apa yang di sampaikan dalam sesebuah cerita sekaligus melayakkan kita untuk menilai & memberi pendapat tentang produk tersebut. Rasanya tak perlu sampai macam tu. Kalau pembikin pakar dalam bidang dorang, maka dorang tahu untuk menghasilkan produk/cerita yang bagaimana boleh menarik minat orang sekaligus memudahkan seseorang yang menonton/menggunakan produk/cerita untuk memahaminya.

Tak perlu menjadi seorang pakar kalau sekadar untuk menjadi juri awam. Dah nama pun juri awam bukan juri profesional maka pandangan, pendapat & penilaian pun secara peribadi mengikut citarasa sendiri la. Takkan kau makan cekodok mak piah yang tak sedap, kau kena cakap sedap juga dengan alasan kau tak reti buat jadi ko takde hak nak cakap tak sedap, kan??

Kesimpulannya.. Kita tak perlu menjadi seorang pakar untuk memberi pandangan & pendapat peribadi. Apakah citarasa yang lahir secara semulajadi dalam diri kita harus ada kelulusan tinggi macam degree/master/PHD paling selekeh pun diploma?? Takkan kan?? orang tak tau baca & tulis pun ada citarasa sendiri. Kalau dah benda tu tak best/tak sedap/tak menarik.. Itu hak orang untuk memutuskan bagi pihaknya sendiri. Tepuk dada tanya selera (pepatah lapuk jer yang mampu).

Sekadar renungan :
Mari kita kaji apa kena entri ni dengan komen dari cik/en anon ni?? Ni la komen sentap paling lucu.kekekeke

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA CHEESE CAKE

5/26/2011 01:44:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Kerana cheese cake 1 hari semalam blog ni tak ber update. Tapi apa kena mengena cheese cake dengan tak update blog?? Adakah sang lekit bertungkus lumus memasak cheese cake sampai tak sempat nak update blog??

hasil carian google. sekadar hiasan

Bukan pasal masak cheese cake.. Malah cheese cake tu hanya beli je kat jusco. First time makan memang sedap.. tapi second time makan tetap sedap cuma lain pula jadinya. Malam 24hb hubby balik dengan membawa buah tangan cheese cake. Makan bersama hamster & hubby. Tapi bertuah hamster & hubby selamat cuma sang lekit lepas makan cheese cake tu terus sakit perut & muntah2. Tak syak pula sebab cheese cake sebab hubby makan ok jer..

Perut semakin sakit & tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi.. Jadi sang hubby bawak la pergi hospital sungai buloh. Memandang sang lekit tengah pregnant & kitorang pun tak syak sang lekit kena keracunan makanan sebabnya pertama, sang hubby ok je lepas makan cheese cake tu, kedua sang lekit tak mengalami cirit birit cuma sakit perut & muntah2. Risau la kandungan yang ada masalah.

Sampai hospital masuk unit kecemasan & bersalin. Kat situ semua ibu - ibu mengandung yang hanya tunggu masa nak bersalin cuma sang lekit jer yang membawa kandungan 6 bulan. Setelah doktor & nurse buat check up pada kandungan.. & kandungan semuanya ok takde masalah.. Doktor syak keracunan makanan. Suruh bermalam kat wad 1 hari tapi sang lekit minta nak balik. Lagipun wad memang penuh.. terpaksa melepak kat katil di bilik kecemasan tu jer bersama ibu2 mengandung yang menanti nak bersalin jer.

Sampai dekat pukul 9 pagi baru selesai semua proses keluar wad tu baru boleh balik. walau perut masih sakit & muntah2 tetap daku taknak tidur kat hospital. Dah la sakit nak mampus masa ambil darah. Tak sama rasa macam ambil darah kat klinik masa buat pregnant check up tiap2 bulan. Dua belah2 tangan pula tu kena suntik. Memula tangan kanan tapi darah pula kedekut masa tu taknak keluar.. beralih kat tangan kiri. esoknya habis dua2 belah tangan sakit & sengal termasuk la badan. Tidur 1 hari semalam kat rumah di temani hubby.

Bangun pagi ni kesan suntikkan dua2 belah tangan nampak lebam2 tapi sengal2 dah kurang. Rasa ngeri terhadap jarum suntikkan kembali. Aduhai.. mesti memberi kesan untuk next month check up ni! Tu pun masa kat hospital doktor nak masukkan air tapi sang lekit cakap tak payah & menipu sikit cakap perut dah ok sikit walhal memang still sakit & muntah2 masa tu. Kes takut jarum punya pasal. Tapi apa yang menakutkan sang lekit bila tengok muka ibu2 yang menunggu nak bersalin.. semuanya asyik berkerut dahi je. Nampak memang menahan sakit walau ada yang masih boleh berbual & berjalan kesana sini. Itulah detik2 yang bakal sang lekit lalui nanti. Takuttttttttttttttttt!!

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SANGGUP KE JUAL SUAMI RM1 JUTA?

5/24/2011 08:03:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Membaca review filem dari blog KitaFM tertarik pula sang lekit nak buat kesinambungan tentang entri tu tapi seperti biasa dengan penulisan & pendapat peribadi sang lekit sendiri. Takpe la kalau ada yang anggap sang lekit ni asyik mencari ilham dari sumber orang lain jer yang penting saya sang lekit sedaya upaya untuk menghasilkan sendiri jalan ceritanya, kan??

Hasil carian google

Berbalik pada tajuk entri sang lekit " Sanggup ke jual suami RM1 juta?" Sanggup ker? RM1juta tu bukan RM1k apatah lagi RM1.. Sapa tak nak RM1juta kalau ada orang nak bagi kan?? Tapi mana ada orang nak bagi RM1juta macam tu jer kalau takde balasan. Sebagai pertukarannya korang harus la sanggup di madukan & berkongsi suami. Sanggup tak puan - puan? Perkataan madu la paling di geruni kebanyakkan perempuan yang bergelar isteri. Sedikit sangat wanita kat luar sana sanggup di madukan dengan rela hati. Termasuk la sang lekit.

Suami umpama harta juga bagi sang lekit. Jika ada nilai dalam ringgit malaysia dapat membeli suami ku.. Maka tak mustahil ada orang akan membelinya. Tapi dalam hati ini belum pernah tercatat harga seorang suami dalam nilai ringgit atau harta benda. Jawapan tulus.. Setakat ni memang sang lekit takkan sanggup di madukan. Sampai sang lekit takut nak bayangkan kalaulah satu hari aku terpilih menerima dugaan sebegini.. Aduhai, menakutkan. Terpaksa berkongsi segalanya dengan orang lain. Cukup! Tak sanggup ok!

Betapa murahnya harga diri, maruah & nilai cinta & kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya sehingga sanggup meletakkan tanda harga yang tak mustahil mampu di beli orang lain. Terang - terangan harta & kekayaan mendahului kasih sayang terhadap suami. Seolah - olah syurga juga boleh di beli dengan harta & wang. Betapa malangnya bagi seorang suami memiliki isteri yang macam tu sebabnya.. Jika harta duniawi lebih mengatasi cinta pada suami maka takde yang mustahil bila suami itu papa kedana dia juga akan kehilangan isteri.

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa.. kaya & mewah. Tu tak di nafikan. Tapi tak semua orang sanggup menjual suaminya demi meraih semua tu. Tapi bukan sesuatu yang pelik atau aneh lagi kalau wujud isteri2 yang macam tu di zaman sekarang. Realitinya memang ada. Tak tahu la dalam hatinya ada apa.. Tapi yang pasti biji mata hitamnya cuma nampak $.

Sumber Rujukan : BERAPAKAH HARGA SEBUAH CINTA? BILA ISTERI SANGGUP JUAL SUAMI???? 

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA DAH RASA DIRI TU TERLALU POPULAR..

5/24/2011 03:05:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Ikut resminya padi.. makin tunduk bila semakin berisi, Insyaallah akan lebih di hormati & di kagumi. Tapi tak ramai yang ikut padi walau majoriti rakyat malaysia memang makan nasi. Bila di kenali sikit mula hilang arah.. Rasa diri umpama sebutir bintang yang paling bersinar kat muka bumi ni. Walhal kejayaan yang di kecapi, populariti yang di miliki baru seciput berbanding orang lain yang dah berjaya dengan gemilang, terbilang & cemerlang sampai boleh kumpul aset juta - juta lemon.

Tidak merujuk pada sesiapa tapi kisah ini di ambil dari seseorang juga yang bernama manusia. Tak perlu di sebut siapa sebab tak berapa penting untuk kita tahu. Tahu la diri tu di kenali ramai.. peminat berpuluh - puluh ribu tapi tak payah la bajet hot sangat. Baru selangkah dalam alam di kenali dah rasa macam di puncak sangat sangat dah. Tak boleh di tegur.. Kenyataan pun dah semakin riak.. mula buat aktiviti ala - ala macam artis.Yelah.. dia rasa dia dah terlalu ramai peminat kan??  Tu belum lagi menang anugerah bintang popular bagai.. Bayangkan la manusia macam ni satu hari tetiba tercalon pun cukup walau tak menang dalam anugerah2 macam tu.. Entah macam mana la reaksi dia & kenyataan2 dia kan??

Mungkin terkena kejutan budaya kot membuatkan sipolan ni rasa diri dia terlalu hebat & boleh buat sesuatu yang orang lain tak boleh buat. Bila di kritik sikit di cabarnya orang buat apa yang dia sedang buat. Di tegur sikit di katakan orang tu dengki dengan kejayaan yang dia kecapi. Tak semua kritikan & teguran itu berunsurkan dengki & cemburu.. Sebagai seorang yang kononnya di kenali harus la bijak mengatur kata - kata. Orang menilai seorang publick figure dari perbuatan & juga apa yang di ucapkannya.

Tak payah berlagak sangat dengan kejayaan yang baru secubit tu.. Perjalanan masih jauh. Masa makan nasik tu cuba la bayangkan padi yer... semakin tunduk bila berisi. Insyaallah anda akan di kenangi dalam senyuman...

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NUFFNANG KENA MENGAMPU BARU DAPAT BE KE?

5/23/2011 08:06:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Isu Nuffnang ni paling orang suka, kan?? Dah lama sang lekit tak buat entri pasal nuffnang sebabnya takde isu nak di bangkitkan memandangkan join contest tiket wayang pun dah tak pernah dapat lagi tiket free, BE pun dah takde masuk lagi, Tunggu proses cek nuffnang pun tak siap - siap maka dengan itu takde apa yang lekit nak cerita pasa nuffnang.


Tapi Sang Lekit perasan sekarang ni nuffnang memang macam kelam kabut sikit. Isu BE, kalau dulunya traffic yang kononnya boleh maintain 100UV sehari berpeluang cerah untuk terpilih bagi iklan kempen (BE) tapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya. Iklan tu kalau ikut dari penjelasan pihak nuffnang ia di beri mengikut pilihan advertiser. Kalau dia berminat nak bagi kat blog kita, dia bagi la. Dalam soal ni sang lekit terima sebagai rezeki. Kalau ada rezeki, ia akan datang juga pada kita.

Isunya sekarang nuffnang ni sebenarnya kena di ampu ke untuk dapatkan iklan kempen (BE) tu?? Dari hasil BW sang lekit, bila satu2 blog tu merungut tak dapat BE kemudian jadikan satu entri dengan menyebut banyak kali perkataan nuffnang dalam entri mereka, tak lama lepas tu akan terbaca entri yang berkisahkan BE yang baru menyinggah ke blog dorang. Seolah - olah pihak nuffnang memang mengharapkan publisiti macam tu dari sesebuah blog. Kalau macam tu setiap hari sang lekit pun nak selit satu entri yang merayu BE lah.. boleh?? Mana tau lepas tu BE masuk bagai hujan yang mencurah2. kekekekekeke

Nak bercakap pasal nuffnang selalu pun takde point sangat.. Takkan hari2 nak cerita pasal analitik blog yang di rujuk dari akaun nuffnang, keywords nuffnang.. Rasanya kalau selalu sangat cerita pasal tu macam menyemak blog pula. Apapun, Sang Lekit takde la kecewa sampai rasa nak berhenti berblog sebab takde BE dari nuffnang cuma entri ni terilham bila terfikir nuffnang seolah2 memang nak di beri publisiti macam tu di blog. Kalau betul la apa yang sang lekit fikir.. jom la kita rebut peluang mengampu nuffnang untuk dapatkan BE. Tak salah.. tapi berpada2 la sebab blog ni bukan orang clik untuk baca cerita pasal nuffnang & BE jer. Kang lebih2 sangat cerita pasal nuffnang & BE, orang jemu langsung apa pun tak dapat. kan??

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MITOS MISTIK & MISTERI KUCING HITAM

5/23/2011 04:39:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

 Kucing hitam.. Korang mesti pernah dengar kisah seram, mistik & misteri yang berkaitan dengan kucing hitam ni. Mentang2 la dorang hitam, nampak tak cute tapi seram ( pada pencinta kucing macam sang lekit kucing hitam tetap menarik) maka lahirlah cerita2 dogeng pasal kucing hitam ni. Ada kepercayaan orang melayu percaya kucing hitam ni selalu berdamping dengan jin & syaitan untuk tujuan yang jahat. Orang tua2 dulu percaya kalau kucing hitam langkah mayat, maka mayat tu akan hidup semula. Kita sedia maklum semua tu kepercayaan karut, jadi jangan taksub & percaya sangat, ok!

Sekali lagi sang lekit nak kopek isu pasal mitos, mistik & misteri kucing hitam ni mengikut kepercayaan dari sesetengah negara, kaum & bangsa. Sekadar berkongsi info bukan untuk di percayai tapi untuk pengetahuan am sahaja yer. Jom kita kopek dengan rakusnya.

Hasil carian google

1. Jerman
ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu.
Komen Melekit : Kalau dah sampai ajal.. Tak payah tunggu kucing hitam lompat, memang akan datang juga kematian. Ni mesti kes ada kucing mana2 yang nakal main lompat atas katil orang yang memang dah nazak & tunggu masa jer.. Lepas tu kebetulan pulak tak sampai seminit kucing tu lompat, orang tu pun meninggal maka terhasilah kepercayaan macam ni.

2. Normandia,
mereka percaya apabila dalam perjalanan Anda melihat seekor kucing hitam yang sedang berjalan di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa Anda akan diserang suatu yang luar biasa.
Komen Melekit : kalau tengah malam gelap gelita nampak ke kucing hitam?? Oo.. lupa ada cahaya bulan. Di serang pun mungkin kucing tu yang menyerang anda mungkin sebab ada terlalu takut sampai terpijak ekor dia. kekekekeke

3. Finlandia,
masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitamlah yang membawa jiwa manusia ke alam baka.
Komen Melekit : Karut!

4. China,
kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin.
Komen Melekit : Belum wujud lagi selsema kucing tapi mungkin sebab bagi mereka yang alah pada bulu kucing tu yang mereka mitos macam ni kot. Mentang2 la korang tak boleh bermanja2 dengan kucing, sampai hati fitnah dorang yer.

5. India,
jiwa yang di lahirkan semula dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api.
Komen Melekit : Lepas tu korang pula akan di lemparkan ke dalam api neraka sebab menganiaya sesama makhluk. Kejam!

6. Bengali
percaya bahawa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
Komen Melekit : Apapun perbuatan ada balasan. Mungkin mainan perasaan sebab terlalu takut selepas menganiaya kucing tu sampai berfantasi sesuatu yang menakutkan diri sendiri.

7. Celts
percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan  masa depan.
Komen Melekit : Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku seminit lagi apatah lagi masa depan. Hanya Allah yang tahu.

8. Druids
pada masa Inggeris kuno percaya bahwa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya kemudian di hukum menjadi seekor kucing hitam.
Ada juga kepercayaan lain, yang mengatakan bahwa kucing hitam ini merupakan salah satu penyamaran para penyihir. Walaupun tidak ada saksi yang pernah menyaksikan ada penyihir yang berubah menjadi seekor kucing hitam atau seekor kucing hitam yang berubah menjadi seorang penyihir, tetapi mereka mengatakan bahawa suatu hari mereka menyakiti seekor kucing hitam dan kucing hitam itu terluka, dan keesokan harinya mereka menemukan luka yang sama di tempat yang sama kucing itu terluka pada seorang wanita.
Komen Melekit : Ada bukti? Ada saksi? Takde kan?? Maka tipu.. nama pun mitos, semua tu dogeng yang di reka2 kemudian menjadi kepercayaan

Kepercayaan lain mengatakan bahwa kucing hitam adalah pasangan para penyihir untuk melakukan perbuatan sihir. Mereka akan terbang dengan sapu lidi mereka dan menyebabkan ribut. (Rujukan : 8 Mitos Kucing Hitam dari Berbagai Bangsa di Dunia )

Secara logiknya kucing hitam tidak mempunyai apa - apa kuas mistik sebab dia di lahirkan oleh kucing juga. Mempunyai sifat & fizikal yang sama macam kucing2 lain cuma warnanya sahaja hitam. Teringat sang lekit kisah masa kecil2 dulu, masa tu tengah kecoh pasal orang minyak kot.. Maka ada sesetengah orang percaya kucing hitam tu adalah jelmaan orang minyak & suruh bunuh kalau masuk rumah. Terfikir juga sang lekit macam mana yang bela kucing hitam macam kat rumah sang lekit.. walau masa tu memang agak terpengaruh dengan cerita seram orang minyak tu tapi kasih sayang terhadap anak bulu hitam ku takde la sampai sang lekit buang apatah lagi bunuh kucing hitam tu.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MESTIKA BUMI

5/23/2011 01:29:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Ramai pelik kan kenapa pula tajuk entri sang lekit kali ni lain macam jer.. Selalu ada jer tajuk hot & spicy menjadi gimik. Okies kali ni entri blog melekit akan berkisah tentang teater untuk sekian kalinya. Malam sabtu lepas, sempat sang lekit meluangkan masa tengok teater mestika bumi kat panggung DBKL.

Maaf la kalau sang lekit cakap teater ni agak bosan & jalan ceritanya agak mendatar & slow yang menyebabkan 2 3 kali juga menguap. Walau ada adengan komedi dalam teater ni tapi tak banyak membantu untuk teater Bangsawan Mestika Bumi nampak menarik. Cuma mata terbeliak juga dengan kehadiran Arja Lee (Hero/Heroin Filem 2 Alam tu..) membuat persembahan nyanyian secara duet dengan salah seorang pelakon dalam teater mestika bumi ni. Boleh tahan la kemachoan Arja Lee tu.. Suara pun sedap.

Macam biasa kalau teater berkisahkan raja & puteri kayangan ni mesti puteri kayangan dengan tongkat sakti nya macam miss comet (cerita bersiri jepun awal 90an kalau tak silap) lepas tu boleh sumpah2 orang. Jatuh cinta dengan makhluk bumi.. berkahwin tapi bersyarat lepas tu makhluk bumi yang di kahwininya langgar janji maka terpaksa la si puteri kayangan balik ke tempat asal dalam tempoh yang lama, kemudian si jejaka yang kehilangan bini ni jadi hilang arah. Membawa diri cari bini merata hutan belantara.

Sebenarnya sang lekit malas nak buat review sebab teater ni agak kurang menarik perhatian sang lekit berbanding teater2 lain yang pernah sang lekit tengok so kalau korang nak tahu sinopsis teater ni sila clik kat SINI. Walaupun tak dapat 5 bintang dari sang lekit.. Tetap korang di hidangkan dengan gambar2 yang cantik semasa pementasan berlangsung. Jom tengok gambar2 yang sempat sang lekit snap.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEPERCAYAAN TAHYUL ORANG DULU DULU TERHADAP TUMBUHAN

5/22/2011 12:49:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Wah sejak dua tiga hari ni sang lekit asyik mengopek isu - isu mistik jer.. Apa kes?? Dah nak jadi ahli kumpulan seekers ke mengkaji kejadian mistik & misteri ghaib. Tak juga. Cuma berkongsi sesuatu yang pernah di amalkan nenek moyang kita yang rasanya tak wajar lagi kita mengamalkannya. Mungkin ramai yang tak tahu termasuk diri sendiri tentang kepercayaan karut dulu.. jadi entri2 macam ni sekadar untuk pengetahuan bukan untuk amalan tapi untuk kita menilai & berfikir di mana relevannya dan apa alasan terciptanya kepercayaan karut orang dulu - dulu.

Okies hari ni sang lekit nak kongsi tumbuhan yang di kaitkan dengan mistik & pernah menjadi kepercayaan orang dulu - dulu (mungkin masih ada yang mengamalkan sehingga hari ni).

Hasil carian google. Sekadar hiasan

POKOK BUNGA CEMPAKA
1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.
Pendapat melekit : Nak percaya macam mana sedangkan ramai yang takde pokok bunga cempaka kat rumah pun hidup bahagia hingga akhir hayat.

POKOK BAWANG
2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.
 Pendapat melekit : Mentang2 la bawang ni kalau di hiris akan menghasilkan menyebabkan mata kita pedih & berair sampai hati dorang kaitkan pokok ni dengan punca kesedihan. Airmata bukan mengalir sebab sedih jer.. suka pun orang menangis juga

POKOK LADA
3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.
Pendapat melekit : Almaklum la lada kan panas tapi jangan jadikan pokok ni punca bila berlaku perselisihan faham atau pertengkaran pula. Ramai yang tak tanam pokok lada kat halaman rumah pun bertengkar sampai ada berbunuh bagai. Jadi dinama relevannya kepercayaan ni??

POKOK PINANG MERAH
4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak baik seperti ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.
 Pendapat melekit : Ramai orang yang dah kaya raya tapi tak semua pun tanam pokok pinang merah. Jadi kesimpulannya tak logik. Nak dapat untung & rezeki kita kena usaha & tawakal kepada Allah. Bukan tanam pokok pinang merah banyak2 lepas tu duduk rumah goyang inul

POKOK BUNGA MATAHARI
5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.
 Pendapat Melekit : Yang bahagianya sebab tengok bunga matahari yang kembar mekar memang cantik. Tu kesan psykologi kot bukan sebab ada kuasa mistik yang menyebabkan semua tu berlaku. 

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH BAYI TERKENA BADI MAYAT

5/21/2011 12:17:00 AM suria lekatlekit 27 Comments

Terlebih dahulu sang lekit nak bagitahu, kisah ni sang lekit copy & paste dari FB. Kesahihan cerita sang lekit tak dapat pastikan, kewujudan badi juga sang lekit tak dapat nak kupas kupis sebab sang lekit takde info berkenaan perkara tersebut. So, sesapa yang baca ambil la iktibar. Yang baik di jadikan teladan buruk di jadikan sempadan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua used to say bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.
Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.
Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).
Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BACA AL-FATIHAH SETELAH KANTOI KHALWAT

5/20/2011 02:26:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Nak gelak ke..nak senyum ke.. nak marah ke.. or nak tahan semua tu?? Apapun memang kelakar kisah ni. Di sebabkan kelakar & ada moralnya yang boleh di jadikan teladan supaya di jadikan sempadan maka sang lekit nak kongsi dengan semua kat blog ni.

Alkisahnya seorang gadis ni kantoi khalwat dengan seorang kekasih dia kat sebuah rumah flat. Setelah di cekup si gadis ni terus membaca surah Al - Fatihah sebaik pintu bilik dia di buka. Mungkin gadis ni terlampau panik kot, maka terjadilah peristiwa lucu macam ni. Kalau di ikutkan apa kena mengena surah Al - Fatihah dengan situasi yang di hadapi waktu tu kan??

Pasangan kantoi yang di soal siasat

Walaupun agak kelakar tapi elok la di jadikan sempadan dari melakukan perkara tersebut.

Rujukan : Sinar Harian

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SPAM DALAM PETI SURAT TAPI BUKAN EMAIL TAU!

5/20/2011 12:55:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Kebiasaannya kita dengar perkataan spam ni selalu kat email inbox,FB atau apa2 yang berkaitan la jarang nak dengar spam peti surat kan?? Bukan peti surat dalam email tapi peti surat rumah. Apa yang sang lekit maksudkan dengan spam dalam peti surat ni jom kita kupas, kupis & kopek isu ni.

Hasil carian google

Bagi mereka yang tinggal di kampung memang jarang menerima spam2 di dalam peti surat tapi bagi mereka2 yang tinggal di kawasan bandar, pekan.. lebih2 lagi rumah flat, apartment & bagai ni memang akan banyak menerima spam dalam peti surat. Spam yang sang lekit maksudkan adalah catalog2, name card2, Flyers, iklan2 produk yang kadang - kadang menyemakkan peti surat nak - nak lagi orang yang jenis macam sang lekit ni.. seminggu sekali pun  kadang2 ter miss check peti surat. Bila check jer.. aduhai.. pinjaman along la,flyers kereta la, name card2 untuk pinjaman peribadi (sama la pinjaman along tu) macam sarang tikus.

Kadang - kadang bengang jugak sebab kita nak cari surat2 atau bil2 penting tapi terpaksa menyelam kedalam semak samun benda - benda yang takde kepentingan buat kita tu. Bukan takat mampu menyemarakkan perasaan bengang tapi benda2 macam ni juga penyumbang pada sampah sarap yang di buang merata - rata. Kalau macam kat rumah sang lekit ni.. dekat peti surat tu bukan permandangan yang pelik kalau kat lantai penuh dengan kertas - kertas hasil dari spam2 ni. Dorang main campak jer.. sebabnya setiap pagi & petang ada orang tolong kemas & buangkan sampah2 tu. Tapi sementara orang tu nak datang memang penuh warna warni la kat lantai tu dengan sampah2 spam ni.

kalau tinggal di flat atau apartment biasanya macam ni la peti surat dia. Yang pengedar spam ni main sumbat jer iklan dorang sampai tak muat pun di sodoknya juga. 
(Gambar sekadar hiasan)

Spam dalam peti surat takkan ada antispam untuk menyekat kemasukkannya. Lain la rumah yang ber security. Nak masuk pun kena pass dulu. Macam tempat tinggal sang lekit dulu ada security tapi tak memainkan peranan sangat sebab sapa2 datang pun boleh masuk tanpa di soal siasat apa2 pun. Cuma pakcik guard tu pacak kan diri kat satu meja di ground floor tunggu la kat situ sampai bertukar shift kemudian balik. Sekarang langsung takde security sebabnya memang fungsi beliau di disini.

Yang paling banyak mengedarkan iklan2 spam ni adalah pinjaman peribadi.. tak cukup dia selit celah pintu rumah, dia edar lagi dalam peti surat. Sang Lekit pun takde idea macam mana nak membenteras gejala spam dalam peti surat ni, sebab dorang hanya buat kerja dorang & di bayar gaji tapi keburukkan dari spam2 peti surat ni adalah mengundang sampah sarap di kawasan tempat tinggal kita la. Makin banyak spam di hantar makin banyak sampah di hasilkan setiap hari. Tak guna berkempen beg plastik jer, kalau yang lain tetap bersifat tak menjaga alam sekitar. Sekurang kurangnya beg plastik tu ada juga faedahnya. Boleh kitar semula buat beg isi sampah berbanding cebisan - cebisan kertas iklan yang kadang2 siconet. Nak buat balut gula2 pun tak lepas apatah lagi nak balut nasi lemak. Kecik2 cili padi.. walau kecil kalau dah banyak tetap menyemak. Kan??

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA LELAKI BERBEDAK

5/19/2011 07:53:00 PM suria lekatlekit 23 Comments

Ni bukan cerita lelaki lembut, lelaki patah atau lebih di kenali dengan pondan or makNyah ok. Ni al kisah lelaki yang memang lelaki.. Yang bernaluri lelaki, ber imej lelaki & bernafsu normal seperti lelaki.

Hasil carian google. Sekadar Hiasan

Selalunya lelaki yang straight ni jarang la kita nak tengok dia berbedak bagai pergi kerja atau keluar rumah kan?? Biasanya dorang lepas mandi jer.. pakai baju.. sikat rambut.. & siap. Takde pula nak tempek2 apa2 kat muka tu tapi masih ada segelintir lelaki yang suka berbedak (kecuali yang nak jadi raja sehari tu, biasa la kan??). Pelik ke?? Tak lah..

Dulu kat ofis Sang Lekit pun ada sorang mamat ni, teruna lagi (mengikut status la.. lain2 tak dapat nak pastikan. kekekeke) kalau datang ofis tu siap berbedak. Kadang - kadang berlip gloss lagi tau. Bedak tu bukan bedak tepung tapi compact powder lagi. Bila di soal siasat dia pakai jenama miyami (produk cosway). Bagi yang tak tau bedak miyami ni 2 way (Foundation+powder). Korang bayangkan la betapa gebunya kulit muka dia yang hitam manis tu bila di sapu bedak miyami 2 way ni.

Ni la rupa bedak miyami 2 way tu

Dulu lucu jugak tengok mamat tu.. dah la bercompact powder & lip gloss bagai.. Jalan pula kepit - kepit. Geng pula dengan akak - akak kat ofis tu. Tapi nak curiga naluri kejantanan dia.. selalu juga dok dengar cerita check in.. check out hotel dengan awek.. Op's. Bukan la nak mengaibkan dia cuma keliru dengan identiti. Sang Lekit bagitau aktiviti yang dia selalu cerita kat ofis tu bagi nak mengambarkan perwatakkan dia yang mengelirukan sang lekit jer.

Mungkin dia cuba menjadi lelaki sejati seperti yang di jadikan.. tapi pada yang sama naluri kegadisan tu pun ada sikit - sikit kot. Apapun dia tak cuba melawan fitrah, jadi dia sedaya upaya la kot cuba menjadi seorang lelaki. Tapi jangan jadikan teladan pula aktiviti sampingan dia tu dengan alasan tak mahu terjebak dalam pergaulan songsang hanya kerana memiliki sedikit kelembutan dalam naluri seorang lelaki. Tak elok tu! Banyak lagi cara lain boleh buat, kan??

Apapun ini cuma perkongsian kisah untuk pembacaan ringan bukan tujuan mengaibkan sesapa. Sekadar bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling sang lekit jer. Kalau ada mana2 pihak yang terasa dengan penulisan sang lekit terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA SEMUA ADA, KAU APA ADA?

5/18/2011 08:31:00 PM suria lekatlekit 32 Comments

Bukan la nak mengutuk mengumpat atau mengeji tapi sekadar menegur. Kalau menegur orang terkenal ni boleh ke kita dedahkan identitinya? Sedang apa yang di tulis pun sedia maklum terdedah pada umum & semua orang pun boleh membaca & lihat.

Masih lagi kisah tentang seorang cikgu popular dengan video miming nya. Terkebil - kebil biji mata sang lekit baca kenyataan terbaru di laman blog beliau. Ini antara kenyataan - kenyataan si cikgu itu yang buat sang lekit rasa.. "Dato siti yang berjaya dalam kerjaya seni dia pun tak pernah keluarkan statement macam ni.."


Yelah.. cikgu shida ada semua, sang lekit cuma ada blog jer. Apapun cikgu shida semua kenikmatan yang Tuhan bagi tu sekadar pinjaman untuk kita di dunia ni.  Kalau sekejab lagi Dia nak tarik semua tu pun takde kuasa yang boleh menghalang. Jadi, jangan la terlalu riak & bongkak. Bersyukur la dengan apa yang ada & merendah diri itu lebih baik dari mengeluarkan kenyataan macam ni. Cikgu kan dah terkenal, elok la di tampilkan dengan contoh yang baik. Lagipun cikgu seorang cikgu selain seorang artis.

Kan lebih bagus kalau kenyataan di atas di sebut dalam ayat yang macam ni.. Dari kutukan, kejian, makian, hinaan korang telah membakar semangat saya untuk meneruskan hobi saya sehingga berjaya meraih peminat yang ramai, jumlah view video2 saya yang berjuta2 lemon,dapat jumpa orang2 popular, dapat menulis dalam majalah, dapat liputan dari pihak media (TV & majalah) & dapat memikat hati penyanyi nombor 1 malaysia (Dato Siti). Kan sedap sikit bunyinya. Takde la tergamam sangat orang membaca (melainkan peminat beliau akan akan like banyak2 statement diatas).

P/s : tak tahu lak konsep menegur harus kita ada lebih dari seseorang yang nak di tegur itu ada. Kalau tak di label sebagai tidak layak.

**Bukan nak mengaibkan beliau tapi untuk buat kita menilai siapa yang terbaik untuk di jadikan icon. Kita sedia maklum publick figure/artis ni terlalu besar peranannya dalam masyarakat sebab dorang lebih mendapat perhatian dari orang lain. Bukan pelik lagi kalau kanak2, remaja & masyarakat kita cakap idola mereka.. artis sipolan.. pelakon/penyanyi sipolan.kan??

32 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAWATAN BERHANTU

5/18/2011 01:39:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Belek - belek harian metro online ni tertarik dengan satu artikel bertajuk Rintihan, hembusan dari lokap Mona. Ceritanya berkenaan lokap yang pernah di huni pasangan bomoh Mona Fandey, suami serta pembantu peribadi mereka yang di katakan berhantu.


Sekarang ni lokap itu di jadikan pakej pelancongan sebagai destinasi seram untuk lawatan berhantu bagi mereka yang berminat nak merasai keseraman itu sendiri. Kalau dulunya hanya popular di luar negara kini dah menular ke Malaysia selepas banyak sangat aktiviti paranormal yang memperkenalkan aktiviti tersebut kepada umum.

Pada pendapat melekit macam tak sesuai je aktiviti ni di jadikan pakej pelancongan. Salah satu yang kesannya adalah mengaitkan orang yang dah mati sekaligus mengaibkan mereka. Bila orang datang tentu sekali sejarah hidupnya di ceritakan. Bagi mereka yang melalui sendiri pengalaman ngeri di lokap tu akan membuat kesimpulan bahawa wujudnya hantu2 simati walhal manusia yang dah mati takkan menjelma lagi sebagai apapun di dunia ni. Urusan dunianya telah selesai yang ada cuma syaitan2 yang berusaha menyesatkan manusia.

Haruskah di tiru cara barat yang sememangnya kita tahu adat, budaya & cara hidup mereka tu tidak sesuai semata - mata untuk keuntungan tanpa memikirkan kesannya pada kanak - kanak, remaja & masyarakat kita? Apapun kita hanya orang kecil mampu berkata - kata di ruangan yang sempit, mereka orang besar yang memutuskannya.

Ini cuma pandangan & pendapat peribadi sang lekit sahaja.. Sang Lekit hormat kalau ada yang tidak setuju & membuat hujah & pendapat sendiri berkenaan isu ni. Terpulang la pada penilaian masing - masing.

P/s : Kalau yang tak kenal siapa mereka ni mereka adalah orang yang menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Rujukkan : Harian Metro

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA ATAS KATIL DI MALAM HARI

5/17/2011 09:29:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tajuk entri jer dah seram. Jangan ada yang cuma baca tajuk kemudian komen tak berani baca entri takut di selubungi misteri keseraman pada cerita yang bakal di baca ni. Atau jangan ada yang terlalu teruja dengan cerita atas katil lalu membayangkan ada adengan panas. Moralnya jangan menilai sesebuah cerita dari tajuk je. Harus baca dulu yer.. kekekekeke

Kes ni berlaku pada sang lekit sendiri. Ini sesi mengimbau kenangan semusim lalu juga. Zaman bujangan dulu. Sang Lekit punyai tabiat yang menurut makcik sang lekit warisan keturunan kot sebab arwah  Tok (nenek la tu orang kedah selalunya panggil Tok) sebelah ayah memang mengalami tabiat tersebut. Tabiat apa?? Jom kita kembali ke zaman nostalgia dalam mood spehia tone.

Hasil carian google. sekadar hiasan

Tabiat Sang Lekit suka terbangun tengah malam & makan. Tengah malam jer kalau terbangun wajib lapar walau mengantuk sangat pun. Tengah2 malam takkan la nak jadi chef kot. Walaupun kadang - kadang ada baki makanan siang tu macam nasi, lauk bagai tapi di sebabkan mengantuk maka sang lekit malas dah nak panaskan benda2 tu untuk makan. Penyelesaiannya cari makanan ringan atau biskut2. Perut lapar tapi mata mengantuk. Tetap kena makan. So,nak dapat kedua dua kenikmatan tu (tidur & makan) maka sang lekit bawa makanan tu masuk bilik makan sambil baring.

Bila dah baring, mata memang dah sedia maklum mengantuk tapi mulut masih mengunyah maka terjadi peristiwa makan sambil tidur. Belum sempat makanan habis di makan mata dah terlelap. Kadang - kadang biskut masih di pinggir bibir. Korang bayangkan la apa yang jadi ke esokkan harinya. Maka bersepahlah serpihan biskut atas katil & bantal. Datanglah tetamu - tetamu untuk menikmati bersama sisa - sisa makanan tu sekaligus menganggu ketenteraman tidur sang lekit. Kadang - kadang di gigit sang lekit bukan biskut. Kadang - kadang sampai masuk dalam telinga. Spesis yang tak lain & tak bukan itulah sang semut.

Tapi Alhamdulillah tabiat2 macam tu dah takde lepas kawen ni. Tabiat macam ni bukan pelik malah ramai yang ada perangai macam ni juga, kan?? Satu lagi masa kat kampung di usia remaja gitu sang lekit ada satu hobi iatu mengarang. Atas katil sang lekit dah macam library kadang2. Penuh dengan buku2 sastera untuk rujukan & buku2 kosong untuk mengarang. Sang Lekit lebih selesa mengarang dengan menulis di buku dari menaip kat pc dulu. Idea tu lebih mencurah tapi kalau depan pc dulu jadi blur jer. Tu pun tabiat buruk sang lekit akan mengarang sampai tertido. Selalu kena bebel dengan mak pasal benda ni sebab tido dengan buku bersepah atas katil. Kalau Sang Lekit kemaS pun buku2 tu still atas katil juga sang lekit susun sebab malam nanti senang nak sambung balik.

Itulah tabiat sang lekit masa zaman bujangan bila atas katil di malam hari. Korang mesti juga ada aktiviti atas katil sebelum tidur kan?? Op's tak termasuk aktiviti suami isteri tau! Takkan tu pun nak cerita kat orang kot. Itu Rahsia berdosa tau kalau cerita kat orang.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA DULU DAN SEKARANG

5/17/2011 04:17:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Bersempena kejayaan meraih followe ribu riban (macam banyak sangat 1k tu kan??) sang lekit nak buat review sikit terhadap blog sendiri. Boleh gitu?? Tu dia bagi publisiti kat blog sendiri. Apa salahnya..

Hasil carian google

Kalau dulu blog ni memang agak merapu merapan. Takde la isu2 penting sangat di tulis. Pembukaan blog ni banyak tulis kisah2 sang lekit ber dj kat online radio. Kisah - kisah peribadi yang tak berapa peribadi, kisah - kisah kat tempat kerja, kisah - kisah luahan hati yang tak puas hati. Kiranya time tu apa yang di tulis agak kebudak budakkan. Waktu tu juga sang lekit masih banyak tak faham tentang blog, etika berblog tapi sang lekit memang rajin baca blog yang panas2 penulisannya. Yang Outspoken katanya.. Memang sang lekit minat penulisan macam tu tapi waktu tu ilmu belum cukup untuk menulis dengan penulisan macam tu.

Berkenaan templates, widget, gadget kat blog ni juga agak semak. Memang takde sebarang iklan yang sang lekit pacak dulu sebab sang lekit tak tahu fungsi. Mula terjebak dengan aktiviti memacak iklan di blog bila sang lekit tengok cantik juga ada iklan kat blog. Tujuan nak cantikkan blog jer. Konon stylo la. Memang sang lekit mula memacakkan ikaln nuffnang. Tahu mampu menjana pendapat tapi tak pernah pula study macam mana pendapatan tu di jana melalui iklan di blog ni. Tapi akibat terlalu banyak membaca pasal iklan nuffnang kat blog maka terhasut juga nak belajar buat duit dari nuffnang ni.

Dulu blog ni memang agak bising dengan player radio online. Al-maklum la DJ. Akibat dari banyak membaca komplen dari blog2 orang lain berkenaan player radio yang buat bingit telinga orang sang lekit buang la. Masa buang tu memang dah tak aktif ber dj kat radio online. Pasal widget yang takde faedah & memberatkan sang lekit mula buang sikit demi sikit. Lama - lama tinggal apa yang tinggal sekarang la.

Bab penulisan kalau dulu dari kisah2 peribadi yang merepek, kisah2 aktiviti online,lepas tu berganjak sedikit kupas kupis pasal artikel - artikel akhbar & sekarang mula berjinak2 untuk mengopek secara umum tentang isu - isu blog, blogger, isu - isu semasa di sekeliling sang lekit. Melalui pembacaan & pemerhatian sang lekit belajar untuk menulis. Minat menulis/mengarang ni bukan sejak ada blog jer.. malah ini minat semulajadi dari sekolah lagi. Kalau dulu sang lekit banyak mengarang cerpen & puisi tapi di abdikan dalam buku kosong buat koleksi peribadi jer.

Apa yang penting adalah terus belajar memperbaiki kelemahan kerana takde seorang pun manusia yang lahir terus jadi hebat. Jangan menilai masa lampau tapi terus memajukan diri untuk masa depan. Dalam belajar kita harus terima kritikan bukan hanya pujian. Apa juga matlamat yang penting jangan putus asa. Tak kisah korang berblog sekadar nak cari pendapatan sampingan, nak popular, nak apa sekalipun paling penting adalah usaha & cuba cari kekuatan pada sesuatu perkara yang korang buat.

Ini cuma secebis pengalaman yang sang lekit lalui selama berblog dari tahun 2009 (walau tahun tu tak berapa nak aktif macam sekarang). Bukan nak tunjuk berlagak atau otai sekadar berkongsi mungkin boleh di jadikan panduan pada orang lain.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKHIRNYA CECAH JUGA 1000

5/17/2011 01:47:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Setelah bertahun, setelah macam - macam cerita, isu & kontroversi.. Akhirnya Blog melekit ni merasa juga cecah 1000++ follower. Memang agak lambat berbanding blog lain yang ada baru 3++ bulan berjaya meraih follower ribu - ribu. Blog ini hanya mempertaruhkan entri dengan kisah2 sendiri, isu - isu semasa yang di kupas kupis & isu2 yang di kopek dari sudut pandangan peribadi jadi tak pelik sangat follower lambat nak beranak pinak berbanding blog yang mempertaruhkan contest & GA.

Sebagai menghargai mereka2 yang sudi klik butang follow tu penghargaan ni di berikan kepada mereka yang berjaya menempatkan diri di follower yang ke 1000. Tak bermakna yang lain - lain tu tak di hargai. Tapi dah jadi satu budaya kat blog yang genap2 di war war kan. Apapun terima kasih pada semua yang menyokong blog melekit ni.. Semua komen, pandangan, teguran & nasihat selama Sang Lekit berblog amat sang lekit hargai termasuk la dengan kehadiran Anonymous. Mereka juga patut di hargai kerana kehadiran mereka tu kadang - kadang memeriahkan majlis di blog ni walau kebanyakkan cuma cari kelemahan untuk di kutuk. Tapi takpe adakala kutukkan tu membina, adakala juga macam satu komen kelakar itu di baca.

Yang bertuah kali kali ni adalah blog Baca dan Senyum. Blog beliau sangat simple & kemas termasuk headernya juga. Tak sarat apatah lagi berat, sila2 ringankan jari anda klik & berkenalan dengan blog Baca dan Senyum ni.

http://bacadansenyum.blogspot.com/

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JANGAN TANAM KUCING MATI NANTI KENA PANAH PETIR

5/16/2011 02:57:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

Terkejut kan baca tajuk entri ni?? Sang Lekit mula - mula terkejut juga bila ada seorang pengomen yang komen di entri sang lekit yang bertajuk GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM yang kata ada orang cakap kalau kucing mati tak elok di tanam nanti kena panah petir. Sebaiknya di hanyutkan saja ke sungai. Lepas tu Di Fb pun bila sang lekit upload gambar kucing di kafankan tu bagi komen yang sama. Masalahnya betul ker??

Inilah gambar yang di maksudkan

Kenyataan itu sama sekali tidak berasas apatah lagi sang lekit nak anggap ia relevan di guna pakai tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Buktinya cukup kukuh bahawa kepercayaan itu karut semata mata sebab sang lekit kat kampung memang banyak kucing dari kecil sampai la sekarang. Dah tak terkira banyak yang mati & di tanam kat kawasan rumah. Sekali pun rumah sang lekit tak pernah kena petir. Tapi kenapa timbul kepercayaan mengarut ni?? Jom kita kupas kupis isu ni.

Kepercayaan ni asalnya di reka oleh orang dulu - dulu sebab orang dulu - dulu memang cukup handal mereka cerita dengan alasannya sekali tanpa memberitahu sebab sebenar semata - mata nak elakkan anak - anak kecil, anak - anak muda melakukan perkara tersebut yang mendatangkan keburukkan. Contoh kita ambil dogeng pasal pakai inai siang hari. Kalau orang tua2 dulu cakap pakai inai siang - siang nanti inai tu tak merah sebab ayam tengok walhal sebenarnya kalau anak2 dara pakai inai siang2 hari macam mana la dorang nak buat kerja rumah, kan?? Itulah alasan & sebab musabab sebenarnya tapi punca sebenar telah di ubahsuai dengan mitos2 yang menakutkan agar perbuatan tersebut dapat di elakkan.

Berbalik isu pasal tanam kucing kat kawasan rumah akan menyebabkan rumah di panah petir ni, cuba korang fikir di mana datangnya kepercayaan mengarut ni & apa alasannya kepercayaan mengarut ni tercipta?? Pada pendapat melekit la kan... Mungkin kepercayaan timbul sebab orang dulu - dulu kan banyak tinggal kawasan yang masih belum membangun. Ada hutan berhampiran kawasan rumah, jadi banyaklah binatang liar pemakan bangkai ni. Untuk mengelakkan binatang liar datang ke kawasan rumah sejurusnya mengoret bangkai yang di tanam mereka mengambil keputusan untuk membuang atau menghayutkan saja bangkai haiwan tersebut ke sungai. Kalau haiwan yang tak manja mungkin tak jadi masalah tapi haiwan peliharaan dalam rumah selalunya memang amat di sayangi jadi bila dah mati rasa tak sampai hati nak hanyutkan kat sungai. Rasa biarlah matinya bertanda untuk jadi kenangan. Orang tua - tua dulu2 memang kreatif sebab tu la di reka cerita macam ni seterusnya menjadi kepercayaan anak cucu cicit mereka sampai hari ni. Nak - nak lagi kalau ada kes yang kebetulan jadi macam cerita yang di reka, makin percaya orang dengan kepercayaan karut macam ni.

Haruskah kita yang berakal & makin maju & moden ni percaya dengan perkara2 macam tu sedangkan banyak sumber rujukan yang boleh kita cari untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut. Lagipun dalam Al-Quran pun takde sebut kot (Maaf la sang lekit cetek sikit ilmu). Tapi kalau guna logik akal pun dah jelas memang merepek. Apa kaitan bangkai haiwan dengan petir?? Korang sendiri fikir la la yer.. Apapun yang karut marut ni kalau percaya lebih - lebih kang jadi khurafat pula. Sebelum memutuskan sesuatu perkara untuk di ikuti sila la kaji sahih & logik dulu. Setiap kejadian pasti ada alasannya. Inilah masa kita menggunakan akal & simpan kepala lutut untuk di gunakan pada tempat yang sepatutnya.

28 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PLAGIAT! HAK CIPLAK TERPELIHARA

5/16/2011 09:39:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Dulu pernah kecoh pasal isu plagiat. Copy paste artikel akhbar la.. copy paste entri orang.. curi artwork orang la... Tapi langsung tak bagi kredit pada sumber asal. Menimbulkan kemarahan pemiliknya.Dan kes macam ni masih wujud di arena blog. Kenapa jadi macam tu. Jom sang lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit.

Okies bagi pendapat sang lekit la.. Kenapa?? Kita sedia maklum dorang ni jenis orang berblog dorang pun nak berblog, orang dapat income dari blog dorang pun nak, orang dapat traffic blog yang banyak dorang pun teringin nak dapat macam tu tapi sebenarnya dorang ni takde bakat, takde indentiti & jenis memang tak di anugerahkan bakat mengarang tapi di sebabkan kelebihan yang dapat dari blog buat biji mata hitam dorang bertukar menjadi tanda RM atau $ maka terhasilah isu plagiat.

Kalaupun takde idea.. Nak cedok idea orang lain kenapa tak bagi kredit pasa sumber asal? Sebabnya dorang ni ada satu perasaan tamak haloba walaupun dorang dalam spesis pencuri. Dan la kutip hasil orang, lepas tu bolot sorang2. Kononnya tak bagi kredit pada sumber asal, Blog dorang akan di cari la bila seseorang tu nak cari artikel berkenaan perkara tersebut. Jadi dari situ dorang mampu menjana traffic & mungkin pendapatan juga dari hasil curian dorang.

Apa tujuan dorang berblog kalau dah memang takde bakat untuk menjadi seorang penulis blog? Dah cakap awal - awal tadi.. keterujaan dorang lebih kepada nak duit je. Kononnya dengan berblog boleh menjana pendapatan dengan mudah, nak - nak lagi tak payah perah otak cari idea buat entri sendiri. curi je hasil kerja orang. So, hentikan aktiviti memplagiat hasil orang lain tanpa mengucapkan terima kasih. Bukan terima kasih je sila link kan balik ke sumber asal untuk tampak lebih berhemah sebagai seorang blogger.

Apapun Sang Lekit tidak menyokong aktiviti plagiat ni. Perah & giat la mencari idea sendiri untuk berblog. Banyak sumber yang boleh di jadikan inspirasi menulis tak perlu mencuri & melabelkan sebagai hak sendiri. Sungguh kurang berkrim perangai macam tu, tau!

Hasil carian Google

P/s : Entri ini terilham bila terbaca pasal isu ni dia Fanpage sahabat blogger tadi.

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HIDUP KAU TAK BEST SEBAB TU KAU TAK CERITA

5/15/2011 12:54:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Wah dari tajuk entri mesti korang dapat teka pastinya ada isu hot & spicy yang sang lekit nak kopek dengan rakusnya, kan?? Takde la panas, pedas & perit sangat macam isu2 kat blog Nyah Zulfikar tu. Dia tu Sifu Sang Lekit.. So,tahap bahang entri dia lebih mengatasi entri sang lekit. Berpadanan la dengan ilmu yang ada.

Isu kali ni berkisahkan tentang blog juga. Mana – mana blogger yang tak berapa kenyal & kental jiwanya tu di nasihatkan jangan membaca takut timbul pula salah faham konon2 isu ni di adaptasi dari blog korang. Isu ni di kupas kupis secara umum yer tidak melibatkan mana2 blog atau blogger.

Okies berbalik kepada tajuk isu kita kali ni.. Ada yang berpendapat Sang Lekit jarang nak share kisah peribadi & kehidupan seharian kat blog & hanya tau menghentam & mengondem orang lain dengan isu2 berunsurkan pandangan & pendapat peribadi sang lekit ni menganggap sang lekit melalui rutin harian yang sangat2 membosankan, menderita & sentiasa dalam kemurungan. Jadi untuk mengubat semua kekecewaan hidup tu maka lahirlah entri2 yang bagi mereka berunsurkan umpatan.


Hasil carian google. Sekadar hiasan

Memang di akui blog melekit jarang nak share kisah2 peribadi tentang kehidupan seharian.. Kalau ada pun, kisah2 biasa yang tidak terlalu peribadi. Kenapa? Itu adalah prinsip sang lekit berblog. Kenapa harus cerita pada orang kisah2 peribadi yang mungkin menjadi senjata untuk orang lain jatuhkan kita, mungkin bukan hari ini tapi tak mustahil satu hari nanti. Berpada pada dalam menulis kisah peribadi.. Jangan sampai membuka rahsia sendiri, keluarga & saudara. Berpada pada juga kalau nak kongsi rutin harian jangan sampai ada yang bosan. Sebab tak semua rutin harian kita tu ada pengisian & mengiburkan. Betul tak??

Sebab tu la.. Sang Lekit hanya memilih kisah tertentu jer kalaupun nak kongsi aktiviti peribadi sang lekit. Sang Lekit banyak habiskan masa membaca & melihat apa yang ada di sekeliling sang lekit mungkin boleh di jadikan bahan membuat entri yang bermanafaat untuk di kongsi. Kalau dulu blog ni pun merapu meraban juga.. Tapi tak salah kita belajar dari kesilapan & cuba memperbaiki kelemahan. Ilmu itu takkan habis untuk di pelajari hingga akhir hayat.

Apapun sang lekit tak kata semua entri2 di blog melekit ni penuh pengisian & manafaat tapi cuba & belajar untuk menulis sesuatu yang berfaedah dari masa ke semasa. Apapun blog ni masih banyak kelemahan untuk di perbaiki. Teguran, pandangan & nasihat semua masih di perlukan. So,dengan meneruskan aktiviti menulis blog ni mungkin membantu sang lekit dari segi peningkatan dalam penulisan blog. Ini Cuma pandangan peribadi jer.. harap takde yang terasa hati.

P/S : apapun tema penulisan blog korang itu hak korang yer.. sang lekit Cuma memberi pendapat jer bukan nak paksa orang ikut konsep penulisan macam kat blog melekit. Mungkin cerita peribadi & rutin harian korang adalah kekuatan blog korang jadi teruskan la. Jangan ada yang salah faham pula tau

** Ini tak termasuk cerita2 nostalgia/kenangan yer.. Macam Nyah Zulfikar buat tu bagi sang lekit menarik, menghiburkan & ada pengisiannya. Tapi kisah nostalgia/kenangan pun kena tapis2 juga sebab takut tercerita aib sendiri, keluarga & sedara mara. Kalau nak juga cerita Sang Lekit ada satu idea jadi blogger yang macam Anonymous.. Menaip dalam misteri. So sapa2 tak tau.. kekekekekeke


21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com