BEZA DULU DAN SEKARANG

17.5.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Bersempena kejayaan meraih followe ribu riban (macam banyak sangat 1k tu kan??) sang lekit nak buat review sikit terhadap blog sendiri. Boleh gitu?? Tu dia bagi publisiti kat blog sendiri. Apa salahnya..

Hasil carian google

Kalau dulu blog ni memang agak merapu merapan. Takde la isu2 penting sangat di tulis. Pembukaan blog ni banyak tulis kisah2 sang lekit ber dj kat online radio. Kisah - kisah peribadi yang tak berapa peribadi, kisah - kisah kat tempat kerja, kisah - kisah luahan hati yang tak puas hati. Kiranya time tu apa yang di tulis agak kebudak budakkan. Waktu tu juga sang lekit masih banyak tak faham tentang blog, etika berblog tapi sang lekit memang rajin baca blog yang panas2 penulisannya. Yang Outspoken katanya.. Memang sang lekit minat penulisan macam tu tapi waktu tu ilmu belum cukup untuk menulis dengan penulisan macam tu.

Berkenaan templates, widget, gadget kat blog ni juga agak semak. Memang takde sebarang iklan yang sang lekit pacak dulu sebab sang lekit tak tahu fungsi. Mula terjebak dengan aktiviti memacak iklan di blog bila sang lekit tengok cantik juga ada iklan kat blog. Tujuan nak cantikkan blog jer. Konon stylo la. Memang sang lekit mula memacakkan ikaln nuffnang. Tahu mampu menjana pendapat tapi tak pernah pula study macam mana pendapatan tu di jana melalui iklan di blog ni. Tapi akibat terlalu banyak membaca pasal iklan nuffnang kat blog maka terhasut juga nak belajar buat duit dari nuffnang ni.

Dulu blog ni memang agak bising dengan player radio online. Al-maklum la DJ. Akibat dari banyak membaca komplen dari blog2 orang lain berkenaan player radio yang buat bingit telinga orang sang lekit buang la. Masa buang tu memang dah tak aktif ber dj kat radio online. Pasal widget yang takde faedah & memberatkan sang lekit mula buang sikit demi sikit. Lama - lama tinggal apa yang tinggal sekarang la.

Bab penulisan kalau dulu dari kisah2 peribadi yang merepek, kisah2 aktiviti online,lepas tu berganjak sedikit kupas kupis pasal artikel - artikel akhbar & sekarang mula berjinak2 untuk mengopek secara umum tentang isu - isu blog, blogger, isu - isu semasa di sekeliling sang lekit. Melalui pembacaan & pemerhatian sang lekit belajar untuk menulis. Minat menulis/mengarang ni bukan sejak ada blog jer.. malah ini minat semulajadi dari sekolah lagi. Kalau dulu sang lekit banyak mengarang cerpen & puisi tapi di abdikan dalam buku kosong buat koleksi peribadi jer.

Apa yang penting adalah terus belajar memperbaiki kelemahan kerana takde seorang pun manusia yang lahir terus jadi hebat. Jangan menilai masa lampau tapi terus memajukan diri untuk masa depan. Dalam belajar kita harus terima kritikan bukan hanya pujian. Apa juga matlamat yang penting jangan putus asa. Tak kisah korang berblog sekadar nak cari pendapatan sampingan, nak popular, nak apa sekalipun paling penting adalah usaha & cuba cari kekuatan pada sesuatu perkara yang korang buat.

Ini cuma secebis pengalaman yang sang lekit lalui selama berblog dari tahun 2009 (walau tahun tu tak berapa nak aktif macam sekarang). Bukan nak tunjuk berlagak atau otai sekadar berkongsi mungkin boleh di jadikan panduan pada orang lain.

10 comments:

  1. teringat lagi zaman dulu, blog ko nyah.... kaler kuning merah hijau semua bagai.. heheheh :)

    ReplyDelete
  2. wakakakaka.. tp mak rasa time blog mak la paling cantik!

    ReplyDelete
  3. memang minat menulis rpenye..?? keep it up! =)

    ReplyDelete
  4. kah3 tak sempat tengok kaler2 tu...

    ReplyDelete
  5. kalo follower mOondah 1000+ nanti nak buat review mcm ni jgk la...sekarang baru 75...tapi sume best2 dan rajin kOmen...sayang sume follower mOon!

    ReplyDelete
  6. thniah akk da 1k!! :)
    hehe..kite pon same blog sjk 2009..tp still penulisan x btol..
    wah!mmg minat menulis..bagus2 :)

    ReplyDelete
  7. tahniah..teruskan berblogging.. macam klakar jugak bila pikir balik time start berblogging

    ReplyDelete
  8. hehe..berkaler2 pun pengisian semakin hari semakin mantops..
    suka suka suka..

    ReplyDelete
  9. matang seiring usia. Sesuai kot nak gambarkan tu dengan blog. Makin berusia blog tu , makin ada perubahan dalam penulisan entri.

    kalau nak cepat naik/kaut follower ramai salah satunya buat entri maki hamun ejek sesama blogger. itu yang aku perasan la lately ni. Entah apa jadahnya nak gaduh2. Padahal kenal pun tidak. kalau kata nak menegur, dalam islam di sarankan menegur secara berhemah.

    masing2 dgn cara masing2, sampai masanya kena berubah, ubahlah.

    masa aku start buat blog satu je niat aku. Bukan nak kaut follower, duit, nama cuma nak jadikan blog ni tmpt aku luahkan perasaan/tekanan sbb di dunia realiti aku manusia yg jarang berbual dgn org lain.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!