HADIAH HARI IBU DARI SEORANG ANAK DERHAKA

7.5.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Bersempena hari ibu ramai anak - anak yang memikirkan hadiah istimewa untuk menghargai jasa ibu & tanda kasih sayang mereka pada seorang insan yang melahirkan & membesarkan mereka namun berlainan dengan sebuah kisah penuh pilu seorang ibu ni.

Hadiah yang di terima seorang ibu ni adalah hadiah airmata yang cukup menyayat hati bila beliau di halau anak tunggalnya dari rumah banglo yang di beli oleh arwah suaminya dan rumah itu di pindahkan hakmilik kepada anak tunggal lelakinya atas dasar kasih sayang, kerana menggunakan duit dari akaun bersama arwah suami untuk perbelanjaan seharian & perubatan. Ibu ni terpaksa menggunakan duit simpanan arwah suaminya kerana sejak arwah meninggal dunia anaknya tidak lagi memperdulikan dia. Akibat dari tu si anak menuduh ibu makan duit haram kerana beliau berpendapat sebagai anak tunggal lelaki beliau mendapat bahagian yang paling banyak. Dua beranak ni sering bertengkar & lebih memburukkan keadaan bila si isteri (menantunya) turut campur tangan & menyebelahi suaminya. Sebab terlalu marah si anak menghalau si ibu.

Kini merempat la si ibu di rumah adiknya. Teringat sang lekit pada arrwah ayah. Biarpun arwah ayah dah takde namun dia tak tinggalkan kami adik beradik dalam kesusahan. Dia tak tinggalkan mak dalam kedaifan. Alhamdulillah.. biarpun harta pusaka dah pun di bahagikan kami adik beradik tidak pernah bergaduh pasal harta atau duit peninggalan arwah. Setakat ni kebajikan mak semuanya cukup. apa yang boleh di beri balik pada mak dari hasil titik peluh arwah ayah.. kami sepakat untuk bagi. Mak adalah harta yang paling berharga. Tapi kenapa masih ada anak yang sanggup membuang ibu sendiri hanya kerana harta yang di tinggalkan si ayah?? Sedih kan??

Rujukan : Harian metro

10 comments:

  1. kejam seorang anak bkn sj letak pd kkerasan smpai cedera berdarah yg nmpk d mata, tp mnitiskn air mata mak krn sakit ati pun dh dikira sngat2 kejam dan derhaka..
    moga Tuhan mnjauhkn kita dr sifat2 bgini..andai bburuk perangai kita, anak2 kita nnti mngikut jejak yg sama..

    ReplyDelete
  2. tergamak dia halau mak dia dari rumah ish2

    ReplyDelete
  3. sedihnya kisah ni.bahaya tu!anak sendiri pun blh makan ibunya balik.bahaya.mungkin akibat terlalu dimanjakan.jadilah sebegitu.semoga mereka yg berbuat demikian dpt hidayah drpdNya. :)

    http://blogriffzam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. byk da h skang ni perangai macam nihh.. dunia da nk kiamat..

    ReplyDelete
  5. org tu akn terima balasan di akhirat kelak.!

    ReplyDelete
  6. org gitu mmg layak ditembak dgn senapang gajah.. aim kat kepala otak dia yg bangang tu..

    ReplyDelete
  7. anak derhaka. akan dibalas tuhan

    ReplyDelete
  8. aaduyai...derhaka sungguh anak ni..kesian kat ibu dia..

    xpelah..dpt 'ganjarannya' nnti dr allah..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!