HARUS MENGUMPAT KALAU..

14.5.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Siapa kata mengumpat itu semuanya dosa. Tak juga.. Masa belek - belek FB di Fanpage Wajarkah  Cikgu **** Sebarkan Videonya untuk tontonan umum terbaca satu artikel bertajuk Mengumpat Yang Dibenarkan Oleh Syarak rasanya ada juga sang lekit kongsikan kat sini untuk panduan & pengetahuan semua.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Bukan la nak menyokong aktiviti mengumpat tapi sekadar menyebarkan apa yang boleh di jadikan manafaat untuk kita semua. Dengan perkongsian ilmu yang seciput ni moga dapat membantu kita sama2 memperbaiki diri. Jangan la menilai sang lekit dari imej sebabnya sang lekit pernah dengar ceramah Ustaz Kazim yang bercerita tentang seorang pelacur yang datang menemuinya menyatakan niat ingin bertaubat setelah insaf selepas mendengar ceramah2 ustaz kasim melalui vcd beliau.. Apa yang sang lekit nak sampaikan, tak mustahil orang itu boleh berubah jika dia mendekatkan diri dengan perkara - perkara yang baik atau membaca/mendengar sesuatu yang baik. Kan??

terdapat beberapa keadaan seseorang itu di haruskan untuk melakukan perbuatan mengumpat itu. Imam al-Ghazali dan Imam al-Nawawimenyatakan bahawa seseorang itu boleh melakukan perbuatan mengumpat dalam enam perkara yang di benarkan oleh syarak :

(1) Membanteras Kezaliman : Orang yang dizalimi boleh membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti khalifah dan hakim atau kepada orang yang mempunyai kemampuan terhadap individu yang menzaliminya agar kezaliman itu dapat dibanteras.


(2) Membasmi Kemungkaran : Perbuatan mengumpat yang bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran dengan katanya "si polan melakukan kemungkaran, maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Maka di bolehkan, dengan syarat tujuannya itu semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.



(3) Meminta Fatwa : Meminta fatwa dari seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada mufti.

(4) Memberi Peringatan atau nasihat : Memberi peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan dan kemungkaran seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.


(5) Orang Yang Menzahirkan kemungkaran atau Kejahatannya : Apabila seseorang itu menzahirkan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan, maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat akan kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkanya secara terang-terangan. Walaubagaimanapun kejahatan yang di benarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan sahaja. Adapun kejahatan lain yang dilakukan secara bersembunyi, maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

 
(6) Untuk Dikenali : Mengumpat dengan tujuan untuk mengenali seseorang, apabila seseorang individu itu dikenali dengan suatu aib yang ada pada dirinya, maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini di bolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Namun seandainya kemungkaran itu hanya berkaitan dengan Allah SWT yang tidak melibatkan sebarang kezaliman kepada orang lain, maka haram hukumnya kita dedahkan kejahatan yang disembunyikan tersebut, kerana dengan menyebarkan kepada masyarakat umum, ini akan mendedahkan aib seseorang. Selagimana kemungkaran itu tidak dilakukan secara terang-terangan, maka kita tidak boleh mendedahkannya kepada orang lain.

Untuk membaca artikel sepenuhnya anda boleh la clik DISINI

Tertarik dengan satu lagi artikel yang bertajuk  MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN SALING MENASIHATI di Fanpage yang sama rasanya elok la sang lekit kongsikan juga di entri ni. Bila kita berniat menegur perilaku buruk seseorang kadang - kadang kita takut sebab kita juga masih banyak kelemahan & risau jadi pertikaian. Bimbang Niat baik tu di ukur dari kekurangan diri tapi sebenarnya pendapat itu salah & tidak harus berlaku

“Aku pun ada banyak dosa, macam mana nak memberi nasihat kepada orang lain?”
Ketahuilah, syaitan akan bergembira dengan kata-kata kita ini. Sanggupkah kita memberikan kegembiraan kepada syaitan, sedangkan syaitanlah yang akan mengheret kita masuk ke neraka.
Ada sesetengah orang tidak tergerak hatinya untuk menasihati manusia, bahkan bimbang untuk memberi nasihat kerana merasakan dirinya terlalu banyak melakukan dosa. Kita merasakan diri kita tidak layak untuk memberi nasihat kepada orang lain kerana banyaknya dosa kita.
Ketahuilah, pemikiran seperti ini adalah satu kekeliruan dan sangat berbahaya.Jika kita mesti menunggu sampai seseorang itu bersih daripada dosa, barulah layak untuk menasihati manusia, maka tidak akan ada walau seorang pun di muka bumi ini yang layak untuk memberi nasihat setelah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Untuk membaca artikel sepenuhnya sila clik DISINI

Moga dengan perkongsian Ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat pada kita semua. Bukan berlagak baik, tunjuk pandai atau mendabik dada kononnya hebat tapi sekadar pesan berpesan sesama kita & diri sendiri juga.

10 comments:

  1. betul, pernah baca dalam Dr.Maza.. ada sesi mengumpat untuk membincangkan perawi hadis ..samada dia tengah smapaikan hadis palsu atau sohih..

    ReplyDelete
  2. betul lah tu...mengumpat harus digunakan sewaktu bagi nasihat atau dijadikan teladan, seeloknya nama dirahsiakan....tapi kalo sesuka je cerita keburukan orang lain, buat lawak jenaka..mana bulih....

    ReplyDelete
  3. dulu pernah jugak terfikir untuk apa nak nasihatkan orang sedangkan diri sendiri pun tak betul.. tapi hakikatnya biar seteruk mana pun kita kita boleh menasihati orang lain mana tau dengan nasihat kita itu sikit sebanyak membantu iiri sendiri untuk berubah ke arah yang lebih baik :)

    ReplyDelete
  4. berikan lah peringatan walaupun dengan sepotong ayat =)

    nice entri kak..moga dirahmatiNYA

    ReplyDelete
  5. owh macma tu ya tapi still lagi tak leh mngumpat kan.. sebab yang boleh mengumpat kalau nak laporkan tu je kan?

    tapi contohnya kalau kita tak de niat nak mengumpat tapi just luahkan perasaan itu di kira mengumpat ke tak eh?

    ReplyDelete
  6. ohhh..so xde lar bersalah kan bila org kata kita dok 'mengumpat' dia kalau kita niat nak beri peringatan n nasihat kan..

    nice entry lekit!nak like! :P

    ReplyDelete
  7. info yg bagus...
    bnyk yg TK x tau pasal pkara ni..
    trima kasih..

    ReplyDelete
  8. ini elok kena sedasssss kat cik piah tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!