JANGAN MEMBERI HARAPAN KOSONG YANG INDAH PADANYA

9.5.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Di lukai & melukai bagai satu perkara biasa dalam hidup kita. Macam - macam penyebab terjadi lukai di lukai. Ada sengaja.. terpaksa.. bergantung pada tujuan, niat & matlamat seseorang. Luka di lukai ni selalunya di kaitkan dengan  alam percintaan. Sesiapa sahaja yang pernah melalui alam percintaan kebanyakkan tak terlepas dari pengalaman terluka atau melukai, betul tak??

Hasil carian google

Okies.. apa yang sang lekit nak kopek kali ni adalah tentang jangan memberi harapan kosong yang indah kepadanya? Dari pengalaman masa zaman remaja gedik gedikkan dulu sang lekit pernah melalui situasi ni. Situasi macam mana tu?? Sang Lekit pernah rapat dengan seorang lelaki yang berbeza usia 10 tahun lebih tua dari Sang Lekit. Memang rapat & sangat rapat tapi tidak pernah declare sebagai kekasih. Teman tapi mesra. Dia pernah meluahkan perasaan pada sang lekit tapi di tolak mentah - mentah. waktu zaman remaja memang sang lekit akan jadi keliru dengan perasaan sendiri bila sang lekit mula sayangkan seseorang. Mungkin sang lekit tak percaya cinta & takut bila sahabat bertukar kekasih hubungan tu jadi tak kekal & Sang Lekit akan kehilangan dia. Padahal.. terpisah juga bila masing - masing mula buat haluan sendiri.

Dari pengalaman sendiri disini sang lekit nak berkongsi pandangan dengan semua dengan pendapat peribadi. Walaupun sang lekit tahu dia sukakan Sang Lekit lebih dari seorang kawan baik & sang lekit pernah menolak cintanya mentah - mentah tapi hubungan rapat antara kami masih juga berterusan. Sang Lekit tahu dia masih berharap & mencuba sedangkan sang lekit belum pasti mampu terimanya lebih dari seorang sahabat baik.

Persoalannya wayarkah kita memberi harapan pada seseorang yang begitu menaruh harapan tinggi pada kita sedangkan kita sendiri tak tahu samada mampu merealisasikan impianya atau tak?? Sebab kita selesa dengannya kita sayang untuk melepaskan dia pergi jadi kita terus melayan dia dengan baik & mesra tanpa berfikir perasaannya yang semakin hari semakin mendalam pula cintanya pada kita. Tidakkah itu kejam?? Kenapa harus kita melayan mesra orang yang kita tolak mentah2?? Kenapa tidak menjauhkan diri untuk tidak buat dia semakin terluka dengan harapannya? Sedangkan kita tahu dia di samping bukan untuk di cinta sungguhpun di kasihi. Dalam hal ni sang lekit berpendapat masa tu sang lekit lebih pentingkan perasaan sendiri sebabnya sang lekit sangat takut kehilangannya sehingga tak sedar cara sang lekit seolah - olah memberi harapan yang indah tapi kosong padanya.

Bagi mereka yang sedang berdepan dengan situasi macam ni nasihat sang lekit jika kita tahu hati kita tak mampu terima cintanya tapi pada yang sama kita selesa untuk berdamping dengan dia sebagai teman rapat elok la kita renggangkan sedikit keakraban tu untuk tidak buat dia bertambah terluka di kemudian hari bila kita temui orang yang kita cinta sedangkan dia masih berharap pada kita masa itu. Kalau di teruskan juga ia seolah - olah macam satu penganiayaan secara halus. Tapi kalau dia tetap nak mencuba walau kita cuba jauhkan diri.. itu terpulang pada dia la. Sebab itu pilihannya sendiri. Tapi jika kita seolah - olah terus memberi peluang tetapi sebenarnya tiada peluang untuk dia memiliki kita lebih dari seorang kawan eloklah kita korbankan juga perasaan kasih seorang teman itu demi kebaikan bersama.

Rasanya entri ni terlepas dari tanggapan buruk atau di anggap sebagai mengumpat la sebab sang lekit gunakan pengalaman sendiri untuk di jadikan contoh. Takde la la sapa2 yang tak berkenaan akan sentap tak tentu pasal kan?? Sekadar berkongsi pengalaman, pendapat & pandangan peribadi untuk kita sama2 jadikan teladan atau pedoman.

10 comments:

  1. betul.. jgn bg harapan pd seseorang kalo diri sendiri tidak pasti akan sesuatu keadaan tuh... sbb masa depan kite xkan dpt jangke... pengalaman lekit same ngan pengalaman JM :)

    ReplyDelete
  2. harapan ouh harapan. hehe.
    :)
    thnx,sbb sudi kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...

    betOi 2...dalam dilema mcm ni elok la kita kurangkan keakraban dengan si dia spya si dia x mharap...

    ReplyDelete
  4. betol lar..

    kekadang dorang nie suka bg harapan palsu dgn harapan bila dia dah takde saper2.. kita akan sntiasa ada utk dia.. pon satu kes jugak...time dah susah nak ingat.. --'

    ReplyDelete
  5. tp mengikut pengalaman sy sndr, lebih baik terus baik je walaupon dh tolak dia mentah2.. kurang2 sidia tahu diorang masih blh berbaik walaupon permintaannya di tolak.. jika kita dh ada pilihan sndr di masa depan, dia patot faham sbb kita pernah bgtau dia dulu.diorang hanya teman tp mesra.. kalu tolak dia, pastu cuba jarakkan hubungan, itu akan dianggap sbg satu penghinaan. dh la selama ni baik. tetiba minta kapel, kena tolak, pastu terus x rapat mcm dulu.. ini pengalaman sy dan sidia itu merujuk kpd lelaki~

    ReplyDelete
  6. pernah alami situasi macam ni satu masa dulu..tapi takpe, beliau pun dah kahwin..saye je tak kahwin2 lg..;p

    ReplyDelete
  7. sy pernah lalui keadaan ini..tp sy ckp pdnya yg sy mahu hubungan kami hanya kekal sbg shabat sbb kalau bercinta mungkin putus tp kalau sahabat akan kekal selamanya..tp akhirnya x kekal juga sbg sahabat sbb masing² dah berumahtangga..

    ReplyDelete
  8. suke entry ni :)
    Lebih baik bersahabat berbanding bercinta kerana persahabatan lebih kekal berbanding percintaan .

    ReplyDelete
  9. pilihlah lelaki yg lebih berusia 7-10 tahun lebih tua dari kita.. :)

    ReplyDelete
  10. ermm..pernah juga mengalami situasi macamni..tp belajar dari kesilapan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!