KAU TAK LAYAK CAKAP BEST ATAU TAK KALAU KAU BUKAN PAKAR

26.5.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Haruskah bergelar seorang pakar untuk menjadi penilai atau memberi pendapat secara peribadi pada sesuatu perkara tu? Kalau macam tu la syarat untuk mengeluarkah hujah & pandangan peribadi maka ramai yang dah langgar peraturan dalam menulis blog sebab ramai juga yang bagi pendapat secara peribadi terhadap sesuatu perkara yang dorang nak komen.

Hasil carian google

Kenapa isu ni di bangkitkan.. Takde apa sekadar berkupas kupis & kopek untuk perbincangan umum sahaja bukan untuk cari pasal yer. Katakan korang menonton satu filem kat pawagam yang dari sudut kaca mana korang filem tu memang bosan & tak best. Lalu korang pun taipkan satu entri berkenaan apa yang korang tonton & menyatakan pendapat korang secara jujurnya terhadap cerita tersebut & mendapat komen dari seorang makhluk yang mengatakan anda perlu memahami terlebih dahulu tema cerita tersebut sebelum membuat penilaian samada ia menarik atau tidak. Apa perasaan anda??

Mesti pelik kan?? Mungkin kita tak grade dalam bidang tu.. tapi apa yang di hasilkan & di jual tu kepada golongan seperti kita yang hanya tahu menonton bukan membikin. Haruskah kita mendalami sesuatu yang bukan dari bidang kita semata - mata untuk memahami apa yang di sampaikan dalam sesebuah cerita sekaligus melayakkan kita untuk menilai & memberi pendapat tentang produk tersebut. Rasanya tak perlu sampai macam tu. Kalau pembikin pakar dalam bidang dorang, maka dorang tahu untuk menghasilkan produk/cerita yang bagaimana boleh menarik minat orang sekaligus memudahkan seseorang yang menonton/menggunakan produk/cerita untuk memahaminya.

Tak perlu menjadi seorang pakar kalau sekadar untuk menjadi juri awam. Dah nama pun juri awam bukan juri profesional maka pandangan, pendapat & penilaian pun secara peribadi mengikut citarasa sendiri la. Takkan kau makan cekodok mak piah yang tak sedap, kau kena cakap sedap juga dengan alasan kau tak reti buat jadi ko takde hak nak cakap tak sedap, kan??

Kesimpulannya.. Kita tak perlu menjadi seorang pakar untuk memberi pandangan & pendapat peribadi. Apakah citarasa yang lahir secara semulajadi dalam diri kita harus ada kelulusan tinggi macam degree/master/PHD paling selekeh pun diploma?? Takkan kan?? orang tak tau baca & tulis pun ada citarasa sendiri. Kalau dah benda tu tak best/tak sedap/tak menarik.. Itu hak orang untuk memutuskan bagi pihaknya sendiri. Tepuk dada tanya selera (pepatah lapuk jer yang mampu).

Sekadar renungan :
Mari kita kaji apa kena entri ni dengan komen dari cik/en anon ni?? Ni la komen sentap paling lucu.kekekeke

16 comments:

  1. kesimpulannya , ko x layak bersuara dan ko melekit mcm pornstar

    ReplyDelete
  2. Cik/En Anon., dimana logiknya kamu ckp sy mcm pornstar & apa kena mengena pornstar dgn entri ni. Alahai Cik/En Anon yang sentap..

    ReplyDelete
  3. Ye betul. Nak komen boleh tapi jgn la pulak lebih2.

    ReplyDelete
  4. betul tu cik lekit... tak perlu nak jadi pakar pun unutk keluar pendapat... kita suarakan pendapat kita berdasarkan apa yang kita nampak... kalau orang lain tak setuju dengan pendapat kita takkan kita nak marah lak kan?

    ReplyDelete
  5. Sesiapa pun berhak menyuarakan pandangan dia. Kalau nak terima, trima la.. Kalau tak, diam je la.. Kalau takut nak bersuara sbb risau orang kutuk, sampai bila kita nak maju..

    ReplyDelete
  6. selagi kita waras..blh saja mengeluarkan pendapat.kita memberi pendapat mengikut pertimbangan akal..bukan sewenang2 yer.

    uik..anon sentap ke cik lekit?dia takut nak tayang url ..hehe.

    ReplyDelete
  7. ini lah keburukan kebebasan bersuara

    ReplyDelete
  8. kita demokrasi kan.... tapi suka atau tak suka tersangatla abstrak....
    aik anon je ke? cowardly the brave dog kah kah kah

    ReplyDelete
  9. tepat sekali, aku baru nak buat entry sebijik mcm idea bernas ko nih, tapi ko dah cover semua nyah...

    memang tepat apa yang ko katakan..

    takkan kita nak kena jadi engineer proton bila kita nak ckp kereta proton tak best? sedangkan kereta honda best?

    itu adalah customer preferences, citarasa pengguna. pengguna tak perlu jadi pakar untuk bagitau product apa yg dia minat

    kalau dah pementasan bangsawan tu tak bagus, tetap la jd tak bagus, tak peduli la usman awang ke, s.samad said ke, atau makcik jenab sekalipun yg nak keluarkan pendapat..

    pada anon yang komen mcm tu, baik pergi belajar lagi Research methodology dan sensory evaluation test method la wei...

    ReplyDelete
  10. hmmm... yang penting penulis ikhlas dan jujur. Dosa pahala commenter2 sekalian sekalian tanggungla sendiri . Tak suka, jangan baca, banyak lagi blog lain....:) pilihan di tangan anda readers!!

    ReplyDelete
  11. ape kes la tok anon nie..tah ape kene mengene melekat lekit ngan porn star??
    (pegi sekolah,tp x belajar la tu)
    opss...

    ReplyDelete
  12. oloh2...
    marah bebenar..
    kalau nak jadi pakar dlu b4 besuara..

    erm, alamtnya, tepaksa la dok diam2 jek sepanjang masa..

    k lah, nak p lekat slotep dlu.

    ReplyDelete
  13. lawak tul le anonymous ni. kalau nak mengutuk orang jer mesti komen as anonymous

    ReplyDelete
  14. Tak perlu jd pakar pun ssorg tu blh jd pakar dlm bersuara...Sbbnya adalah pengaruh yg kuat...Klu org ada pengaruh ckp apapun semua org sokong, klu yg takde pengaruh cakap apapun org xkan terima.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!