KEPERCAYAAN TAHYUL ORANG DULU DULU TERHADAP TUMBUHAN

22.5.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Wah sejak dua tiga hari ni sang lekit asyik mengopek isu - isu mistik jer.. Apa kes?? Dah nak jadi ahli kumpulan seekers ke mengkaji kejadian mistik & misteri ghaib. Tak juga. Cuma berkongsi sesuatu yang pernah di amalkan nenek moyang kita yang rasanya tak wajar lagi kita mengamalkannya. Mungkin ramai yang tak tahu termasuk diri sendiri tentang kepercayaan karut dulu.. jadi entri2 macam ni sekadar untuk pengetahuan bukan untuk amalan tapi untuk kita menilai & berfikir di mana relevannya dan apa alasan terciptanya kepercayaan karut orang dulu - dulu.

Okies hari ni sang lekit nak kongsi tumbuhan yang di kaitkan dengan mistik & pernah menjadi kepercayaan orang dulu - dulu (mungkin masih ada yang mengamalkan sehingga hari ni).

Hasil carian google. Sekadar hiasan

POKOK BUNGA CEMPAKA
1. Disarankan menanam pokok bunga Cempaka. Kononnya pemilik rumah yang menanam pokok cempaka di halaman rumah akan merasa tenteram dan damai dalam kehidupan hariannya bersama keluarga.
Pendapat melekit : Nak percaya macam mana sedangkan ramai yang takde pokok bunga cempaka kat rumah pun hidup bahagia hingga akhir hayat.

POKOK BAWANG
2. Dilarang menanam bawang. Menanam bawang di halaman rumah akan memberi pengaruh yang menyedihkan iaitu pemiliknya akan selalu ditimpa kesusahan.
 Pendapat melekit : Mentang2 la bawang ni kalau di hiris akan menghasilkan menyebabkan mata kita pedih & berair sampai hati dorang kaitkan pokok ni dengan punca kesedihan. Airmata bukan mengalir sebab sedih jer.. suka pun orang menangis juga

POKOK LADA
3. Dilarang menanam pokok lada. Pokok lada di halaman rumah akan memberi pengaruh kepada pemiliknya seperti pertengkaran dan perselisihan diantara ahli keluarga.
Pendapat melekit : Almaklum la lada kan panas tapi jangan jadikan pokok ni punca bila berlaku perselisihan faham atau pertengkaran pula. Ramai yang tak tanam pokok lada kat halaman rumah pun bertengkar sampai ada berbunuh bagai. Jadi dinama relevannya kepercayaan ni??

POKOK PINANG MERAH
4. Disaran menanam pokok pinang merah. Orang yang menanam pokok pinang merah, dikatakan memperolehi keuntungan dan rezeki. Selain itu boleh dijadikan tangkal terutama kepada orang yang bermaksud tidak baik seperti ilmu hitam, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.
 Pendapat melekit : Ramai orang yang dah kaya raya tapi tak semua pun tanam pokok pinang merah. Jadi kesimpulannya tak logik. Nak dapat untung & rezeki kita kena usaha & tawakal kepada Allah. Bukan tanam pokok pinang merah banyak2 lepas tu duduk rumah goyang inul

POKOK BUNGA MATAHARI
5. Disarankan menanam pokok bunga matahari. Kerana ia dapat memberi kebahagian dan kedamaian serta keharmonian rumahtangga kepada orang yang menanamnya.
 Pendapat Melekit : Yang bahagianya sebab tengok bunga matahari yang kembar mekar memang cantik. Tu kesan psykologi kot bukan sebab ada kuasa mistik yang menyebabkan semua tu berlaku. 


MENUNJUK POKOK BUNGA & BUAH - BUAHAN
6. Dilarang menunujukkan bunga pokok-pokok buah-buahan. Perbuatan itu akan membuatkan bunga-bunga tersebut berguguran dan pokok tidak akan berbuah.
 Pendapat Melekit : Kalau percaya juga pasal benda ni memang tak tahu la nak sekolahkan macam mana. Cuba fikir.. Kalau betul la dengan menunjuk pokok bunga & buah - buahan rasanya hampir semua pokok dalam dunia ni tinggal batang & dahan jer

POKOK BETIK
7.Dilarang menanam pokok betik di halaman rumah. Menanam pokok tersebut di halaman rumah akan mengakibatkan pemilikya mendapat sial. Segala hasil usaha tuan rumah akan merosot hari demi hari.
 Pendapat melekit : Depan pagar rumah Sang Lekit kat kampung ada pokok betik tapi takde pula sampai macam tu jadinya kehidupan kami sekeluarga. Alhamdulillah semakin hari semakin baik.

POKOK ANGGUR
8. Dilarang menanam pokok anggur di sekitar rumah. Perbuatan ini dikatakan akan membawa akibat pada tuan rumah iaitu kehilangan mata pencarian.Jika anda seorang peniaga dilarang menanam anggur dihalaman rumah maknanya segala perniagaan anda akan jatuh bangkrap.
 Pendapat Melekit : Mungkin sebab ni la bila orang takde kerja atau menganggur menggunakan istilah tanam anggur bagi mengambarkan dia takde pendapat tapi bukan alasan untuk kita percaya mitos ni. Tanam pokok anggur juga boleh menjana pendapat

POKOK BELIMBING
9. Dilarang menanam pokok belimbing. Pemilik rumah akan selalu diganggu roh halus yang jahat.
 Pendapat melekit : Kat rumah sedara di kampung ada tanam pokok belimbing di halaman rumah tapi jarang pula nak dengar kisah misteri dia di ganggu roh jahat.

POKOK JAGUNG
10. Dilarang menanam pokok jagung dihalaman rumah. Pemiliknya akan selalu dapat penyakit dan selalu bertengkar dengan tetangga ataupu keluarga sendiri.
 Pendapat melekit : Sakit tu datangnya dari Allah untuk menguji hambaNya. Pasal bergaduh tu.. takkan la nak bergaduh tanpa sebab. Kalau ko tanam pokok jagung depan halaman rumah orang memang tu cari gaduh namanya. Kekekekekeke

POKOK KEMBOJA
11. Dilarang menanam pokok kemboja di halaman rumah. Selain daripada menimbulkan kesan yang menyeramkan seperti terasa berada di tanah perkuburan. Ia juga akan mengundang roh jahat datang menggangu. Memiliki bunga kemboja yang berkelopak ganjil juga dikatakan dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
 Pendapat Melekit : Ramai dah tanam pokok kemboja sebagai hiasan halaman rumah. Mentang2 la pokok ni dulunya popular kat kawasan kubur, maka dorang fitnah pokok berbunga cantik ni penyebab roh jahat datang ganggu.

POKOK BULUH
12. Dilarang menebang pokok buluh waktu tengahari. Buluh yang akan digunakan akan cepat rapuh dan patah.Memiliki buluh tidak berubang dianggap sebagai penangkal kepada ilmu hitam.
 Pendapat Melekit : Mungkin ada alasan saintifik kenapa buluh yang di tebang waktu tengahari cepat reput. Mungkin sebab tengahari panas kot. Tangkal2 ni dah tau semua tu kurafat.

POKOK CIKU
13. Disaran menanam pokok ciku kerana pemilik rumah akan selalu dihormati masyarakat.
 Pendapat Melekit : Kalau perangai elok, keperibadian terjaga tak perlu tanam pokok ciku memang orang2 macam ni akan di hormati.

POKOK KENANGA, MELUR & HALIA
14. Disaran menanam pokok kenanga, melor dan halia kerana ia berguna sebagai penangkal untuk ilmu hitam seperti sihir, tuju-tuju, guna-guna dan sebagainya.Disaran menanam halia di halaman rumah untuk tujun menghalau roh halus.
 Pendapat melekit : Dari Allah ia datang, dengan izin Allah juga ia terjadi & kepada Allah juga kita harus meminta pertolongan.

POKOK BERINGIN
15. Dilarang menanam pokok beringin di halaman rumah kerana dipercayai menjadi tempat bersemayam roh-roh jahat.
 Pendapat Melekit : Pokok - pokok besar dari dulu sampai sekarang di kaitkan dengan hantu. Sebab dia besar & mengerunkan kot kita sering menakutkan diri sendiri dengan membayangkan pontianak, langsuir bertenggek sambil mengilai atas pokok tu.

POKOK WIJAYA KUSUMAH
16. Disaran menanam pokok wijaya kusumah (terdapat di puncak gunung). Dikatakan memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah terutama jika sedang mekar.
 Pendapat Melekit : Tak tau apa pokok ni. Nak komen pun susah

POKOK BUNGA MAWAR
17. Disaran menanam bunga mawar kerana ia dapat memberi rezeki yang banyak kepada pemilik rumah.
 Pendapat melekit : Memberi rezeki memang betul tu pun kalau bunga mawar ni di tanam untuk jadi sumber pendapatan. Jadi memang la memberi rezeki

DAUN SIREH
18. Menggantungkan daun sirih ketika menghadapi seseorang. Khabarnya orang yang ditemui itu akan mendengar apa yang kita cakap.Memasukkan daun sirih ke dalam kasut untuk dipijak ketika mengikuti ujian dapat menimbulkan ketenangan dan meninggalkan rasa simpati pada diri kekasih dan calon mertua.
Pendapat Melekit : Ni ala2 macam ilmu pengasih lak kan..  Tapi dimana logik daun sireh dengan semua mitos di atas.

POKOK KELADI BESAR
19. Menanam pokok keladi besar di empat penjuru rumah dapat menghindari pencuri masuk rumah.
Pendapat Melekit : Kalau setakat pokok keladi yang letak kat penjuru rumah nak di jadikan pak guard rasanya tak perlu upah security lagi. Tanam je pokok keladi kemudian letak je kat penjuru rumah, kan??

Sekadar berkongsi info & pandangan peribadi. Kita di kurniakan akal untuk berfikir.. maka gunakanlah untuk menilai sesuatu perkara sebelum mempercayai atau mengamalkannya.

Rujukan : HALAQAH

Pesanan Melekit : Kalau rasa nak share entri atau info yang di cedok dari blog mahupun mana2 laman sesawang sila la ucapkan terima kasih dengan memberi sedikit cenderahati pada si empunya artikel yang korang cedok. Sang lekit pun banyak artikel & info cedok.. selain di buat olahan semula, sang lekit memang mengamalkan sistem link kan balik ke sumber asal. Dok BW jumpa jugak dua tiga blog yang mencedok tanpa backlink. Yang boleh detect sumber dari blog melekit ni.. tajuk pun sama, apatah lagi isi kandungannya. 

10 comments:

  1. rumah skang sume batu.. da xde ruang nk tanam mende2 ni.. haha :)

    ReplyDelete
  2. oh macam tu ke?baru tau hari ni pas baca entri awk..bagus untuk pengetahuan am ni.:) tq

    Jom baca ni :Gambar sekitar pertunangan Khairul Fahmi dan Aimie Harmelia..

    Jom baca ni :INSPIRASI : Blogger Ibu dan Anak.. Hanis Zalikha dan Nani Rostam..

    ReplyDelete
  3. wah, bagus jugak cik lekit sharekan info cenggini. Tapi tak pernah dengo lak masyarakat kat tempat saya amal kepercayaan tentang tumbuhan ni, kalo ubi gadung tak boleh makan suka-suka adela...ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  4. Err yang ini akak tak pernah dengar pulak..sikit pun tak pernah. rumah akak kan dekat dgn rumah emak mertua, jd selagi ada ruang tanah kosong..habis dia buat tanaman..sume ada yg lekit cakap tu..keliling rumah dia tanam..Rasanya tak de apa lak pulak..tp seronok bila kita kutip hasilnya..

    ReplyDelete
  5. Err yang ini akak tak pernah dengar pulak..sikit pun tak pernah. rumah akak kan dekat dgn rumah emak mertua, jd selagi ada ruang tanah kosong..habis dia buat tanaman..sume ada yg lekit cakap tu..keliling rumah dia tanam..Rasanya tak de apa lak pulak..tp seronok bila kita kutip hasilnya..

    ReplyDelete
  6. hahaha, duduk rumah goyang inul bila nak kaya kannnn?? hahahah

    wahh makin kritis dan kreatif la penulisan ko skrg ni nyah... i loikeee....

    entry ni memang eye-opening la..suke...

    ReplyDelete
  7. banyak nye...
    tapi 1 pun tak penah dengar...huhu...
    http://87fasha.blogspot.com/2011/05/video-hamster-roborovski-sand-bath.html

    ReplyDelete
  8. huhu..tp pokok ketapang &pokok kapas mmg cma x suke..seram!

    ReplyDelete
  9. x pernah pulak sy dgr kepercayaan mcm nih..

    ReplyDelete
  10. Dalam rumah saya saya ada letak sepohon pokok ketapang yang saya tanam di dalam pasu. Mak Mertua saya kata orang-orang tua percaya pokok ni makhluk halus suka duduk. Ada tak siapa di sana yang tahu dari segi Syariat benda ini mempunyai kebenaran. Atau ianya sekadar tahyul/cerita2 org tua.

    Fuad

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!