LAHIR BAYI DI PUSAT LATIHAN PLKN & HAMPIR TERMAKAN PIZA SKRU

5/28/2011 11:33:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Biasa la pagi - pagi kalau ada masa baca akhbar online dulu. Bukan tujuan nak kupas kupis dalam blog jer, lagipun bukan hari - hari sang lekit buat kupasan pasal artikel akhbar sekarang ni tapi sekadar mengambil tahu apa yang berlaku dalam negara, luar negara & isu - isu semasa.

Dua artikel dalam kosmo online hari ni menarik minat sang lekit nak kongsi dengan semua. Satu kes di Pasir Mas, dimana seorang pelatih PLKN melahirkan & menyembunyikan kelahiran seorang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi tersebut. Aduhai.. Lepas ni PLKN kena lebih peka semasa pengambilan pelatih baru. Bukan setakat ujian kesihatan, Ujian kehamilan pun kena di buat juga supaya tak berlaku benda - benda macam ni. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI)

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Lagi satu kes.. skru dalam piza. Menu terbaru piza ker?? kekekekeke. Macam mana la skru boleh ada dalam piza yang di pesan pelanggan. Ke masa dorang masak piza ada skru kat mana2 alat memasak tertanggal?? Nasib tak tertelan cik abang kita tu.. (Clik untuk membaca artikel sepenuhnya DISINI)
AHMAD menunjukkan sebatang skru yang terdapat di dalam piza jenama terkenal di rumahnya di Seksyen 10, Shah Alam semalam.

Kedua - dua kes ni adalah dari punca kelalaian. Tak kira pelatih PLKN yang melahirkan & menyembunyikan bayi sehingga menyebabkan kematian bayi(Peliknya sampai lahir & meninggal bayi tersebut takde orang tahu sedangkan ia berlaku di pusat latihan tersebut) tersebut mahupun piza berlaukkan skru tu. Manusia akan bertindak selepas kejadian.. Kalau tak jadi perkara - perkara macam ni mungkin pihak berwajib masih pejam mata soal tahap kesihatan pelatih PLKN & tahap kebersihan makanan yang di jual pada pelanggan.

Semoga kes - kes macam ni lebih membuka mata mereka2 yang berwajib & kita sebagai pengguna & masyarakat awam pun harus peka & berhati - hati.

8 comments:

  1. alahai...masih ada lagi kes buang bayi nie...igtkan dah ok. tak kira lah kat mana2 pun, sama2 kita membanteras jenayah ini.

    ReplyDelete
  2. err.. aduhai remaja.. kerana malu.. bayinya terkorban..

    skru dalam piza? errkk!!!

    ReplyDelete
  3. b4 ni xde lak org peknen kut..so mende ni kira br lah utk pelajar and pelatih plkn..hopefully undang2 plkn akn diperketatkan..bdk2 zmn skrg pn mcm dh maju semcm...sume nk mencuba..xtakut dosa...hehh~ =___=

    ReplyDelete
  4. kesian betul budak yang bersalin tu..
    kenapa la tak de sapa yang pedulikan perut dia.mak ayah dia tak sedar perut dia besar..
    pengurusan plkn pun tak perasan perut dia besar..
    dia memang tak kan buka mulut bagitau dia mengandung..
    siapa nak mengaku bila buat salah..???tapi orang sekeliling la yang sepatutnya sedar..

    ReplyDelete
  5. nonon787 .. ni bukan kes buang bayi la... tapi sorok aje... :) ngeee~~~~

    ReplyDelete
  6. pelik..takkan takde orang sedar pun pelatih tue bersalin.

    ReplyDelete
  7. doktor yg cek pelatih tu mesti cek sambil lewa..
    psl skru tu mmg x patut..adoyai..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com