MITOS MISTIK & MISTERI KUCING HITAM

5/23/2011 04:39:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

 Kucing hitam.. Korang mesti pernah dengar kisah seram, mistik & misteri yang berkaitan dengan kucing hitam ni. Mentang2 la dorang hitam, nampak tak cute tapi seram ( pada pencinta kucing macam sang lekit kucing hitam tetap menarik) maka lahirlah cerita2 dogeng pasal kucing hitam ni. Ada kepercayaan orang melayu percaya kucing hitam ni selalu berdamping dengan jin & syaitan untuk tujuan yang jahat. Orang tua2 dulu percaya kalau kucing hitam langkah mayat, maka mayat tu akan hidup semula. Kita sedia maklum semua tu kepercayaan karut, jadi jangan taksub & percaya sangat, ok!

Sekali lagi sang lekit nak kopek isu pasal mitos, mistik & misteri kucing hitam ni mengikut kepercayaan dari sesetengah negara, kaum & bangsa. Sekadar berkongsi info bukan untuk di percayai tapi untuk pengetahuan am sahaja yer. Jom kita kopek dengan rakusnya.

Hasil carian google

1. Jerman
ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu.
Komen Melekit : Kalau dah sampai ajal.. Tak payah tunggu kucing hitam lompat, memang akan datang juga kematian. Ni mesti kes ada kucing mana2 yang nakal main lompat atas katil orang yang memang dah nazak & tunggu masa jer.. Lepas tu kebetulan pulak tak sampai seminit kucing tu lompat, orang tu pun meninggal maka terhasilah kepercayaan macam ni.

2. Normandia,
mereka percaya apabila dalam perjalanan Anda melihat seekor kucing hitam yang sedang berjalan di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa Anda akan diserang suatu yang luar biasa.
Komen Melekit : kalau tengah malam gelap gelita nampak ke kucing hitam?? Oo.. lupa ada cahaya bulan. Di serang pun mungkin kucing tu yang menyerang anda mungkin sebab ada terlalu takut sampai terpijak ekor dia. kekekekeke

3. Finlandia,
masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitamlah yang membawa jiwa manusia ke alam baka.
Komen Melekit : Karut!

4. China,
kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin.
Komen Melekit : Belum wujud lagi selsema kucing tapi mungkin sebab bagi mereka yang alah pada bulu kucing tu yang mereka mitos macam ni kot. Mentang2 la korang tak boleh bermanja2 dengan kucing, sampai hati fitnah dorang yer.

5. India,
jiwa yang di lahirkan semula dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api.
Komen Melekit : Lepas tu korang pula akan di lemparkan ke dalam api neraka sebab menganiaya sesama makhluk. Kejam!

6. Bengali
percaya bahawa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam yang disakiti akan menyakiti wanita itu juga.
Komen Melekit : Apapun perbuatan ada balasan. Mungkin mainan perasaan sebab terlalu takut selepas menganiaya kucing tu sampai berfantasi sesuatu yang menakutkan diri sendiri.

7. Celts
percaya bahawa kucing hitam dapat meramalkan  masa depan.
Komen Melekit : Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku seminit lagi apatah lagi masa depan. Hanya Allah yang tahu.

8. Druids
pada masa Inggeris kuno percaya bahwa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya kemudian di hukum menjadi seekor kucing hitam.
Ada juga kepercayaan lain, yang mengatakan bahwa kucing hitam ini merupakan salah satu penyamaran para penyihir. Walaupun tidak ada saksi yang pernah menyaksikan ada penyihir yang berubah menjadi seekor kucing hitam atau seekor kucing hitam yang berubah menjadi seorang penyihir, tetapi mereka mengatakan bahawa suatu hari mereka menyakiti seekor kucing hitam dan kucing hitam itu terluka, dan keesokan harinya mereka menemukan luka yang sama di tempat yang sama kucing itu terluka pada seorang wanita.
Komen Melekit : Ada bukti? Ada saksi? Takde kan?? Maka tipu.. nama pun mitos, semua tu dogeng yang di reka2 kemudian menjadi kepercayaan

Kepercayaan lain mengatakan bahwa kucing hitam adalah pasangan para penyihir untuk melakukan perbuatan sihir. Mereka akan terbang dengan sapu lidi mereka dan menyebabkan ribut. (Rujukan : 8 Mitos Kucing Hitam dari Berbagai Bangsa di Dunia )

Secara logiknya kucing hitam tidak mempunyai apa - apa kuas mistik sebab dia di lahirkan oleh kucing juga. Mempunyai sifat & fizikal yang sama macam kucing2 lain cuma warnanya sahaja hitam. Teringat sang lekit kisah masa kecil2 dulu, masa tu tengah kecoh pasal orang minyak kot.. Maka ada sesetengah orang percaya kucing hitam tu adalah jelmaan orang minyak & suruh bunuh kalau masuk rumah. Terfikir juga sang lekit macam mana yang bela kucing hitam macam kat rumah sang lekit.. walau masa tu memang agak terpengaruh dengan cerita seram orang minyak tu tapi kasih sayang terhadap anak bulu hitam ku takde la sampai sang lekit buang apatah lagi bunuh kucing hitam tu.

8 comments:

  1. yg komen melekit pasal kepercayaan india tu paling best.. hahaha

    wahhh entry ko, musim mengupas dunia mistik eh?

    ReplyDelete
  2. mitos. umah saye ade kucing itam sekor kak. sy dah start suke kucing :)

    ReplyDelete
  3. itu cuma kucing hitam jela takde apa2 super power pn..merepek je mitos2 tu semua..

    ReplyDelete
  4. nak buat cmna dah kepercayaan depa mcm 2...dah terang lagi bersuluh mengarutnya...

    ReplyDelete
  5. kecik2 dulu..kalau nmpk kucing itam mesti cabut lari..sbb bajet dia bertukar jadi ahli sihir!hahahahahha.. tak senonoh betul perangai den! T_T'

    ReplyDelete
  6. macam2 manusia ni..
    kucing itam pun boleh jadi masalah besar pada depa..
    kulit depa itam tak pulak depa rasa nak lempar ke diri sendiri ke dalam api..

    ReplyDelete
  7. kucing hitam smart. nampak gagah gitu..

    tapi waktu malam paling tak best. dia nyorok, susah nak detect..

    kat rumah ada sekor dulu, tapi dah mati..

    ReplyDelete
  8. kucing itam??cma x penah lagi jumpa kucing berbulu hitam semua bulu2nye..
    mesti ade secoet kaler putih..
    kate emak,kucing itam yg bulu dia semua kaler bebetul hitam mmg ade sesuatu kat kucing tu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com