MUDA TAK SEMESTINYA BUJANG

14.5.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

**Ini entri draff. Terilham masa blogspot tengah koma jadi bila idea datang maka sang lekit manafaatkan di M.word dulu sebelum ilham ni hilang dari ingatan**

Zaman sekarang ni ramai lelaki/perempuan yang mengakhiri zaman bujangnya di usia muda. Walau muka masih lagi Nampak kebudakkan tapi tak mustahil dorang ni dah jadi mak bapak budak.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Laman sosial sekarang banyak terjadi kes – kes tipah tertipu atau curang mencurangi pasangan masing – masing. Tak semua orang akan letak status Relationship tu married. Ada yang masih rasa nak jaga saham takut orang taknak add or approve dorang sebagai friend maka masih banyak lagi yang cuba sembunyikan status sebenar mereka. Itu memang reality terjadi.

Kadang – kadang kita tengok awek/pakwe yang cun/hensem ni, Nampak muda remaja lagi nak – nak lagi tengok status single lepas tu add kita ajak berbual, berbalas mesej bertukar nombor telefon terus la kita percaya bulat – bulat yang diorang ni memang single & available. Semestinya dia takkan bagitau status sebenar dia. Di tambah pula si gadis/jejaka ni umpama tanam tebu tepi bibir.. Ayat dia tak payah cakap la. Boleh kena diabetes.. Cukup manis. Di campur, darab, bahagi tambah & tolak muka dia yang memang menawan tu maka dengan mudahnya kita melentok liuk.

Berhati hati wahai semua yang menjalinkan hubungan melalui alam maya ni. Jangan terus bulat – bulat percaya sampai langsung tak siasat latar belakang sipolan tu. Tangkap leleh, tangkap cintan membabi buta & akhirnya kecewa kerana tak sangka. Tengok rupa mudah remaja, tengok umur belum la tahap Bangka tapi tak semua yang muda remaja itu masih bujang statusnya.

Sebelum nak menjalinkan hubungan serius dengan seseorang tu elok la di kaji, di nilai, disiasat & di periksa betul – betul. Setakat tertipu dengan ayat – ayat manis ok lagi kalau tergadai segala apa yang ada tu macam mana?? Lepas tu baru tahu rupanya sipolan tu dah berkahwin anak dah sedosen. Ha.. kau! Moral dari isu ni jangan menilai status seseorang dari usia & rupa sebabnya zaman sekarang dah takde apa yang mustahil boleh berlaku.

Entri ni sekadar buat renungan. Pesan berpesan sesama sendiri. Tidak merujuk kepada mana – mana pihak, individu,blog mahupun blogger.

P/s : Pesanan ni bukan untuk mereka2 yang berkenalan secara online jer.. Yang di luar alam maya pun kena berhati hati sebab orang yang dah berpunya/kawen ni bukan gantung surat nikah kat leher or ada cop kat dahi. 

11 comments:

  1. pernah terkena.. laki orang dikatanya duda! padahal sudah berbini..hampehhh!

    ReplyDelete
  2. memang bbhaya...
    agak keliru dgn gmbr anda..

    ReplyDelete
  3. gambar sekadar hiasan.. takde maksud apa2.. tu gambar kawan kat Fb jer

    ReplyDelete
  4. that gamba....very................

    ReplyDelete
  5. bahaya gak sekarang ni Facebook, ramai yang boleh pancing kita guna fake profile dengan menggunakan gambar yang cun cun. Bahaya dunia ni.

    ReplyDelete
  6. kalau ada rezeki nak ja kawen muda =) elak fitnah...

    ReplyDelete
  7. seb bek, mak ni single mingle bingle... wahhhh :) meh la ngorat mak yang mabeles niiiiiii

    ReplyDelete
  8. baru minggu lepas dengar cite ade yg cerai pas kawen 1 minggu..sbb kene tipu camni la..ish3

    ReplyDelete
  9. pergh...memang zaman sekarang ni..macam-macam boleh jadi. Adik akak tunjukkan gambar lelaki dengan seorang perempuan. Lelaki itu suami kawan dia..perempuan tu? bukan kawan dia, dantentulah bukan isteri dia kan..yang menakutkan ada seorang anak dah..dah kawen atau belum? wallahualam..betul-betul mengerikan zaman sekarang ni..risaunya anak-anak akak ..

    ReplyDelete
  10. InsyaAllah,kalau kita ingat yang Allah sentiasa Melihat,mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan,kita pasti takkan menipu...jadi bagi yang dah berpasangan doakan pasangan anda supaya kekal dalam iman dan yang belum berdoalah agar mendapat pasangan yang beriman kerana manusia yang beriman takkan buat perangai kesukaan syaitan...Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  11. kalau ikutkan,bercinta @ couple itu haram....
    jadi..berhati2lah...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!