NAK BERTUNANG SAMPAI TERPAKSA MINTA WANG TEBUSAN

4.5.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Duit ni buat manusia hilang akal kadang - kadang. Biarpun bertunang cuma salah satu adat tapi mungkin kerana ketegasan dari pihak perempuan yang tak nak skip adat bertunang ni buat seorang lelaki terpaksa mencari helah untuk mendapatkan wang bagi kegunaan perbelanjaan untuk bertunang dengan kekasih hati.

Alkisahnya seorang pemuda memperdayakan bakal tunangnya, mendakwa kononnya beliau di culik & penculik meminta wang tebusan sebanyak RM42K & kereta milik bakal tunangnya. Si gadis yang mengelabah ni nasib baik la masih waras & membuat laporan polis sehingga terbongkar la rahsia bahawa penculikan ni cuma satu sandiwara dari lelaki yang bakal bertunang dengannya tahun ni.

Sebab nak bertunang punya pasal dah jadi kes jenayah.. Kalau di sabitkan kesalahan bakal di kenakan hukuman hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan. Berbaloi ke? Kenapa agaknya lelaki ni sampai bertindak sedemikian rupa kalaupun kesempitan wang untuk perbelajaan pertunangan tu?? Kenapa sampai tidak boleh di bawa berbincang? Mungkin juga desakan dari pihak perempuan & cinta yang mendalam sang arjuna pada si gadis?

Bertunang bukan lah perkara wajib dalam Islam.. Kenapa perlu diadakan juga kalau dah tak mampu. Buat la sekadar yang mampu. Zaman sekarang bukan zaman dulu - dulu yang melalui proses perkenalan dari peringkat merisik, bertunang & seterusnya bernikah. Sekarang kebanyakkan berkahwin atas dasar cinta. Kalau tak bercinta pun sebelum bertunang atau berkahwin kebanyakkan akan mengenali pasangan masing - masing terlebih dahulu, Kan?? So, adat2 macam tu sebenarnya untuk proses perkenalan sebelum berkahwin jer. Kalau memang dah kenal bertahun - tahun, rasanya kalau tak mampu untuk ikut adat langsungkan yang wajib pun dah cukup. Jimat la sikit. Lain la bagi yang berkemampuan & berkehendak nak buat.

Jangan la anggap sang lekit bagi pandangan macam ni sebab sang lekit tak pernah bertunang terus berkahwin.. Bukan la sang lekit tidak menyokong adat di teruskan tapi kalau sampai memudaratkan perlu ke kita junjung adat tu lagi?? Ikut la adat yang tidak membebankan.

Rujukan : Sinar Harian

6 comments:

  1. ya Allah mcm tu pon ada ke.knp desperate sgt.ukur baju bdn sendirik la...haih~ tp knp kena hukum mati lak kak?

    ReplyDelete
  2. entah la kat paper tulis macam tu
    polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

    ReplyDelete
  3. awat la smpai lagu tu no... haishhhhh

    ReplyDelete
  4. ish2...dasatnya, maybe trend semasa... majlis tunang tu ibarat majlis kahwin, yg berduit takpelah, yang sengkek camne...yg penting ukur baju dibadan sendiri..-_-"

    ReplyDelete
  5. aduyai...mcm2 kalau dah terdesak...

    ReplyDelete
  6. tinggi sangat agaknye demand dari pihak satu lagi... tu yg sampai jadi mcm tu ...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!