NUFFNANG KENA MENGAMPU BARU DAPAT BE KE?

5/23/2011 08:06:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Isu Nuffnang ni paling orang suka, kan?? Dah lama sang lekit tak buat entri pasal nuffnang sebabnya takde isu nak di bangkitkan memandangkan join contest tiket wayang pun dah tak pernah dapat lagi tiket free, BE pun dah takde masuk lagi, Tunggu proses cek nuffnang pun tak siap - siap maka dengan itu takde apa yang lekit nak cerita pasa nuffnang.


Tapi Sang Lekit perasan sekarang ni nuffnang memang macam kelam kabut sikit. Isu BE, kalau dulunya traffic yang kononnya boleh maintain 100UV sehari berpeluang cerah untuk terpilih bagi iklan kempen (BE) tapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya. Iklan tu kalau ikut dari penjelasan pihak nuffnang ia di beri mengikut pilihan advertiser. Kalau dia berminat nak bagi kat blog kita, dia bagi la. Dalam soal ni sang lekit terima sebagai rezeki. Kalau ada rezeki, ia akan datang juga pada kita.

Isunya sekarang nuffnang ni sebenarnya kena di ampu ke untuk dapatkan iklan kempen (BE) tu?? Dari hasil BW sang lekit, bila satu2 blog tu merungut tak dapat BE kemudian jadikan satu entri dengan menyebut banyak kali perkataan nuffnang dalam entri mereka, tak lama lepas tu akan terbaca entri yang berkisahkan BE yang baru menyinggah ke blog dorang. Seolah - olah pihak nuffnang memang mengharapkan publisiti macam tu dari sesebuah blog. Kalau macam tu setiap hari sang lekit pun nak selit satu entri yang merayu BE lah.. boleh?? Mana tau lepas tu BE masuk bagai hujan yang mencurah2. kekekekekeke

Nak bercakap pasal nuffnang selalu pun takde point sangat.. Takkan hari2 nak cerita pasal analitik blog yang di rujuk dari akaun nuffnang, keywords nuffnang.. Rasanya kalau selalu sangat cerita pasal tu macam menyemak blog pula. Apapun, Sang Lekit takde la kecewa sampai rasa nak berhenti berblog sebab takde BE dari nuffnang cuma entri ni terilham bila terfikir nuffnang seolah2 memang nak di beri publisiti macam tu di blog. Kalau betul la apa yang sang lekit fikir.. jom la kita rebut peluang mengampu nuffnang untuk dapatkan BE. Tak salah.. tapi berpada2 la sebab blog ni bukan orang clik untuk baca cerita pasal nuffnang & BE jer. Kang lebih2 sangat cerita pasal nuffnang & BE, orang jemu langsung apa pun tak dapat. kan??

19 comments:

  1. tak penah ngampu nuffnang pun... tu sebab hasil dok banyak tu ja.. tak gerak-gerak.. :D

    ReplyDelete
  2. Hmmmph ye kee?
    aku dulu susah gak nak dapat BE
    lepastu baca tips tips org yg pengalaman
    alhamdulillah,dapat lah be
    makin naik pulak tu

    Tapi ingat kite berblogging bukan nak kejar duit ke hape ke,berblogging ni kena funnnnnn : D bru org bce pun funnn ! hehehe

    ReplyDelete
  3. penat dah nak ampu nuffnang..
    tak koser..
    hehheh

    ReplyDelete
  4. hahhahha..

    Well, that is the fact indeed..
    Most talk about nuffnang being bias everywhere...

    Klu dulu2 cara praktikal yg disarankan adalah dgn mengemaskini survey dari pihak nuffnang tetapi terbukti cara ini tidak berkesan lagi. Tak heranlah ramai yang sudah "menduakan nuffnang".

    Renung-renugkan.. ;)

    ReplyDelete
  5. ta kesah pon dpt be ke tak, sbb blogging pon sbb minat :P

    ReplyDelete
  6. skang macam xde pun iklan yg ada kat blog2
    tak mcm dulu
    24 jam ada especially mckdeal
    skang, satu pun tak dak
    hairan bin ajaib
    apa dah jadi?

    ReplyDelete
  7. hmm skang ni tak dpt lagi BE..huhuhu nak kena ampu ke?

    Jom baca ni :INSPIRASI : Blogger Ibu dan Anak.. Hanis Zalikha dan Nani Rostam..

    ReplyDelete
  8. setuju ngan ezan.. pasang suka2..kalau dpt Alhamdulillah..ehhehe..baik dok promot iklan churp2..ekkekek

    ReplyDelete
  9. takyah ampu sangat, ampu sikit je...keh3

    ReplyDelete
  10. banyaknye nama nuffnang.. ni kalau nuffnang oficcer cek seo, mesti blog ko naik no 1 ni nyahhhhh :) meletop

    ReplyDelete
  11. dah lama tak dapat BE, tunggu ajalah, kalau tak dapat pun tak kisah... blogging for fun

    ReplyDelete
  12. Saya tengah tunggu 2 cek tak sampai sampai lagi...


    Taman Gantung

    ReplyDelete
  13. lepas ni lagi payah nak dapat be, dulu sebelom ada cepcep kencang je be nuffnang bagi kat blogger, lepas tu tengok apa jadi? skang ni ada grapevine pulok doh. lagipun advertiser dah tak pandang sangat nuff ni, yang biasa tu pun kontrak panjang ngan nuff, penetration iklan nuff da tak sampai, ye la, yang tengok iklan tu pun orang yang sama je, orang tu jugak yang sayik bW. lain la kalo blog yang main seo, visitor dorang datang dari hasil carian, memang visitor yang berkehendak...bukan kengkawan blogger....wallahu a'lam

    ReplyDelete
  14. tak tahu lah nk ampu cam no , rezeki masing2 kot hehee ..

    ReplyDelete
  15. rasanya memang kena ampu..tapi saya takde nak ampu pun,,blog saja suka2..bak kata Wann,angka tu takat tu aje

    ReplyDelete
  16. pikir logik pulak takda masa nuffnang nak tgk blog kita ni..

    ontah la..

    rasa kacau dia dkt hantar tiket selalu =)

    ReplyDelete
  17. deqdeq mmg xtau mcm mana nuffnang bg BE ni...sblm ni jrg juga dpt BE...tp skrg ni alhamdulillah ada rezeki dr nuffnang

    ReplyDelete
  18. nuffnang.nuffnang.nuffnang.

    haha!pasni dapat BE la.

    ReplyDelete
  19. hohoho..
    dah ampu melanbubg2 pun x dek..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com