ROTI 60SEN HADIAH UTAMA PERTANDINGAN KARAOKE

5/06/2011 12:07:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Kelakar pula baca. Memang sedih la pemenang pertandingan karaoke bila hanya menerima sebungkus roti 60sen dan baucer bertulis tangan serta ucapan tahniah. Aduhai.. kalau pertandingan nyanyi - nyanyi macam sang lekit selalu main masa zaman budak - budak dulu tu tak pelik la. hadiah sebungkus jajan, gula - gula, biskut & roti. Ni pertandingan karaoke yang diadakan di sebuah pasaraya dapat hadiah sebungkus roti.

Gambar sekadar hiasan

Tapi bukan la hadiah ni di janjikan pada pemenang sebenarnya. Ni kes tipah tertipu la ni. Hadiah yang di janjikan pada pemenang pertama wang tunai RM300, RM200 dan RM100 bagi pemenang di tempat kedua dan ketiga. Apa yang lebih istimewa lagi dari pemenang pertama sehingga la saguhati semua dapat hadiah roti. Takpe baik untuk kesihatan tu. Kekekekeke

Alasan pihak penganjur pula cek belum di tunaikan, boleh gitu?? Macam mana la perancangan awal dorang nak anjurkan sesuatu pertandingan kalau takde persediaan rapi sampai jadi kes macam ni. Lepas janji pula nak bagi hadiah tu petang semalam, pun kelam. Takde jugak. Alasan di beri sibuk pulak.

Aduhai.. macam - macam jenis manusia ada. Kalau ye pun tak dapat bagi hadiah seperti yang di janjikan jangan la menganiaya peserta & pemenang dengan bagi roti 60sen tu. Penat dorang terpekik terlolong atas pentas. Tak termasuk lagi baju, make up bagai tu. Semua tu pun modalnya duit. Alih2 dapat roti 60sen. Tak berbaloi langsung.

Rujukan : Harian metro

9 comments:

  1. jangan ada yang mengamuk plak kat situ.

    pelik bila difikirkan, takkan la penganjur takde langsung cash rm600 utk bagi kat pemenang dlu. nti dah tunaikan cek, ganti la duit yang diguna tu. adeh..

    ReplyDelete
  2. aa kan awat la depan buat lagu tu, kalo cek dah mengamok dah kat situ huhuuu

    ReplyDelete
  3. roti 60 sen je... nape tak tambah aiskrim paddle pop sekali :P

    ReplyDelete
  4. main-main lak pihak penganjur tu... haishh....tak plan betul-betul... kang kena bako baru tau.. :)

    singgah la ke blog saya :)

    ReplyDelete
  5. hadoi..mcm ni punya pertandingan pun ada ka??
    cian..

    ReplyDelete
  6. hmm.. event manager mana? hmm.. tak buat kerja ke?....

    ReplyDelete
  7. ni kes tipu... nak masuk nyanyi kene bayar yuran.. duit yuran sapu.. bagi roti nam kupang...aiseh...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com