KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.

6/01/2011 04:11:00 PM suria lekatlekit 38 Comments

Lagi kisah yang sang lekit nak kopek dari isu yang berkaitan dengan penulisan blog. Mungkin mereka - meraka nak rasa diri berani, bersuara lantang, terbuka & tidak kisah dengan maruah diri lalu membuka segala aib yang ada untuk pembacaan umum dengan bangganya sedangkan dalam Islam pun kita di galakkan menutup aib sendiri kalau memudaratkan. Tak perlu nak jujur sampai tak fikir kesannya pada diri sendiri, keluarga & orang - orang yang ada pertalian darah dengan kita.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Mungkin isu pengakuan berani seorang gadis dalam laman blognya menyatakan dia memang takde dara & pernah melakukan seks luar nikah ramai yang dah tahu. Tapi nak juga sang lekit berkomen secara peribadi tentang isu ni. Mungkin usia yang terlalu muda buat gadis ni cetek akalnya bila buat keputusan tanpa fikir panjang untuk menulis aibnya sendiri secara terbuka.

Kesannya bukan hanya pada gadis tu malah keluarga  gadis tu juga terutama mak bapak dia. Mungkin dia rasa pengakuan macam tu hanya melibatkan maruah diri dia seorang, sebenarnya tidak. Kalaupun dia tak malu dengan keadaan diri dia, perangai dia tapi belum tentu mak bapak dia pun tak malu dengan perangai & apa yang di lakukan anak dia tu, kan??(Dalam blog beliau dia menulis seolah2 macam rasa tak bersalah dengan apa yang di buat & ramai pula yang salute dengan pengakuan dia tu)

Bukan la nak ajak orang jadi hipokrit & berlagak suci walau diri tu tak sebaik mana tapi adalah lebih baik menutup keaiban sendiri & cuba berubah kearah kebaikkan. Hari ni dia takkan rasa apa - apa sebab mungkin dia rasa bangga dengan apa yang di lakukan. Rasa moden & stylo. Tapi akan datang bila dia mula menyesal dengan apa yang di lakukan.. sang lekit percaya apa yang di tulis dalam blog dia tu turut akan di kesali.

Pada si adik tu.. Mungkin kita boleh anggap dalam usianya yang terlalu muda membuatkan dia melakukan kesilapan macam tu. Moga dengan teguran ni, dapat membantu si adik tu untuk berfikir lebih jauh sebelum membuat keputusan dalam menulis hal berkaitan diri & peribadinya untuk pembacaan umum.

Ini cuma pendapat, pandangan & teguran peribadi yang tidak merujuk secara terus kepada mana - mana, individu, blog mahupun blogger. Kalau teguran ni buat mana2 hati yang terasa terlebih dahulu sang lekit minta maaf yer.

**Komen kelakar dari cik/en Anon

Ye.. saya ngaku saya takde dara lagi.. Malah saya tengah hamil 6 bulan sekarang cik/en Anon.

38 comments:

  1. mak daha baca blog dia dan dah komen pun nyah...

    bodoh budak tu ngaku dia dah maen.. baru 14 tahun...mentah lagi..

    ckp kau tu betul, mungkin dia tak malu.. tapi mak bapak, keluarga dan kawan2 dia akan malu....

    tapi ade gak mangkuk2 yang support dia tu.. aishhhhh

    ReplyDelete
  2. bila dah tade rase malu cmtu la jadinya..

    ReplyDelete
  3. ada rahsia yang sepatutnya terus menjadi rahsia, bukan untuk bacaan umum. jadikan perkara lepas sebagai pengajaran untuk diri sendiri sebelum jadikan ia sebagai pengajaran utk orang lain. ;))

    ReplyDelete
  4. hurmmm.. budak2 zmn skang..x tahu ler teman...jgn malu kedian hari sudah.. entry dah publish..orh dah baca..mcm mana nak delete dr memory org lain kan.. :)

    ReplyDelete
  5. dia akan menyesal nanti bila dia dah 'besar' .

    ReplyDelete
  6. mana link nya sis...teringin pulak nak baca
    p/s: cepat betui sis update entry...ehhehe

    ReplyDelete
  7. ALA , ko pun takde dara ... nampak benor bila tak pakai tudung dengan pakai ketat kt header tu ... insaflah diri anda masa nk suruh org insaf tu

    ReplyDelete
  8. bila terlau open-minded macam nie la jadinya.....tak perlu diceritakn semuanya dalam blog......mengaibkan diri sendiri....

    yang menyokong dia pula rasanya dorg tak de akal...makin bagi galakan....

    ReplyDelete
  9. tak pikir panjang...
    dia ingt dia dok kat amerika ke..
    dah lupa la tu malaysia ni negara islam..
    ni baru betul2 kurang ajar punya budak...

    ReplyDelete
  10. hahaha baru td bace blog budak tu..memang ingat nak buat gak entry pasal dia td tp xde idea.. esok2 lusa baru dtg idea baru buat hehehe.. dahhhhsyattt

    ReplyDelete
  11. umat akhir zaman macam tu lah kelakuannya. petanda akhir zaman - zina bermaharajalela. tak perlu nak bukak aib diri sebab bukan dia akan dipandang tinggi pun. lagi dipandang hina adalah.

    ReplyDelete
  12. lekat kasi link dia...dengaq hot sangat hari ini...siap ada forum lagi

    ReplyDelete
  13. Cik Anon Oii.. saya bukan takde dara jer... malah tgh mengandung lagi ni. Takkan la orang ngadung masih dara.. kan tak logik tu

    ReplyDelete
  14. haha , suami ko tak tegur ko suruh tutup aurat ? WUHAHA , takkan nk tunggu suami tegur kot ? tulis dlm blog mcm pakai tudung tp pakai ketat gila babi

    ReplyDelete
  15. Maybe she is seeking for attention and never thought about the consequences of what she has done.

    ReplyDelete
  16. jangan risau pasal cik anon tu.. Kita bercakap soal nak melindungi atau memberi nasihat supaya gejala seks bebas ni tak menjadi serius.. Kita bercakap perkara yang benar dan bukan mempertikaikan pasal status dara budak tu sebaliknya mempertikaikan tindakkan budak tu yang mengumumkan seantero dunia bahawa dia tiada dara.. Keep it on.. Jangan fikir pasal orang lain yer..

    ReplyDelete
  17. ni bukan isu aurat cik Anon.. aduhai kenapa Anon kalau komen entri saya mesti nak komen pasal aurat sedangkan isu ni takde kena mengena pun dgn aurat. Yelah.. sy terima sbg teguran ke arah kebaikan yer cik/en Anon. Insyaallah.. dgn peringatan cik/en Anon tu akan sentiasa menyedarkan sy yg kekurangan dr sudut tu

    ReplyDelete
  18. err lekit cpah nk tau belog dak tu leh? nk bca jgk..leh la leh la..

    nway mmg xptut pon...klu ye pon jga la maruah pmly dia kn..ish mmg dia muda lg la...budak lg tuu...

    haha! ayat anon xbley blah..

    ReplyDelete
  19. semoga Allah beri hidayah pd dia dn pada kita semua.. amiin... :))

    ni baru terjadi pada org yg x kita kenal.. na'udzubillah berlaku pd org di sekeliling kita..

    Hanya pada Allah kita berlindung...
    takut... takut...

    ReplyDelete
  20. ni sebab nak cepat famous ke kejar trafik smp sanggup ngaku kat blog? adoi
    dia igt blog ni dia dan kawan2 yg sebelah dia je ke dapat baca

    sah kan aib sendiri, aib orang lain pun perlu sembunyikan
    mentah memang mentah,tp kalau tak tegur konpem melarat
    rasanya, dalam 300 komen tuh, dah ramai yg kasik nasihat
    semoga dia akan lebih rasional lepas ni

    aih, budak2 zaman skang

    ReplyDelete
  21. hahaha buat jgk ekk. umar ade wat gk entry psl ni haha :D mcm2 la.

    ReplyDelete
  22. ish! tak rasa malu ke ek????

    erm cik anon yang komen tu punnn.... ustaz2 pun ada cakap kalau nak menegur tu boleh aje... kalau sentiasa nak rasa "aku pun tak berapa baik, nak nasihat orang..." sampai bila la kita tak boleh tegur sesiapa sebab kita manusia ni tak sempurna, sentiasa lakukan kesilapan... ni bukan saya cakap, tapi ustaz yang cakap ye.... peace..

    ReplyDelete
  23. takut.. bila tau yang umat islam dah hilang rasa malu..

    ReplyDelete
  24. ermm..tu la kan...niq pon xder dara gak..ehh..salah..ahhahahah...

    jom bace kisah pasal minah tuh...siap ada gmbar lagi sbb ape dia xder dara..

    Ada aku kisah aku tiada dara!?

    ReplyDelete
  25. kalo dikaitkan ngan isu blogger p37@&0*, budak yang bangga wat maksiat ni kira spesis tu la kot? tak lama lagi bulihlah bukak pricing wahahaha.....

    ReplyDelete
  26. sangat setuju...btw komen si anon tu mcm de otak sgt je...?

    ReplyDelete
  27. kenapelah perlu buke pekung d dada sendiri. haih.

    ReplyDelete
  28. alahai, anon... out of topic betul.. org mcm ni la kdg2 jd perosak..

    ReplyDelete
  29. kurang amalan agama..didikan rasanya dah ada. tapi tak amal, lantas iblis pun memenuhi ruang sanubarinya

    ReplyDelete
  30. lah, kelalar lah cik anon tuu. dah kawin biasa lah takde dara.

    ReplyDelete
  31. kesian kat cik anaon ngan cik adik tu..

    ReplyDelete
  32. teruknya budak skrg ni..hahahaha..kurang berakal ke anon tu ? mmg la cik lekit takda dara..org hamil mana blh msh dara?..aduh..guling2 lak akak gelak..

    anon ni mesti dia rasa diri dia tanpa dosa..

    ReplyDelete
  33. apsl gn cik anon tu, sentap je gn akak

    ReplyDelete
  34. kak.siapa cik anon ni?suka buat onar kat sini.pasang intensedebate la kak.takut sikit anon nak komen sbbnya ip address di rakam.gahahaha....

    ReplyDelete
  35. Cik anon., Ko xpayah nak cari publisiti murahan la kat sini! Ke ko nie adinda evans tu? Kalau ko betol2 nak suroh orang buat baik pakai tudong., ko cermin diri baik2., Elok ke teguran yang ko bawak tu?? Kalau macam nie lah gayenye ko nasihat orang., ko pon bukan jenis yang pakai tudung., Bahase tu jage la anon., nabi xpenah maki umat die dalam teguran.!! Nak nasihat orang.,diri sendiri xjage.

    ReplyDelete
  36. knape dgn si ANON nehh ? mcm na cari gado jehh. ta puas aty ka ?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com