MELATAH PENYAKIT ORANG MELAYU JE KE?

19.6.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Hari ni sang lekit nak mengupas kupis isu melatah. Dah lama menjadi persoalan dalam kepala otak sang lekit kenapa hanya orang melayu sahaja yang terkena penyakit melatah ni? Jarang - jarang kita dengar atau lihat sindrom melatah ni di kalangan bangsa lain, kan? Kenapa agaknya? Kalau penyakit kenapa hanya orang melayu jer yang mengidap? Apakah penyakit melatah ni penyakit bangsa melayu sahaja? Jom kita kupas kupis & kopek isu ni.

Seorang pelakon yang terkenal dengan latahnya, NorKhiriah. Hasil carian google

Dulu.. sinonim melatah ni dengan orang tua tapi sekarang tak lagi. Yang muda remaja pun tak terkecuali mengidap penyakit latah ni. Ada yang pada asalnya sengaja di buat - buat melatah akhirnya menjadi tabiat seterusnya sukar di kawal sehingga menjadi satu sindrom atau penyakit. Ada sesetengahnya memang tak sengaja terkena virus melatah ni. Pada pengalaman sang lekit sendiri, ada sesetengah golongan muda mudi yang nak di menjadi perhatian sampai sanggup berpura - pura kononnya dia seorang pelatah. Yang buat orang syak dia buat2 sebabnya ada situasi bila di cuit dia tak pula melatah. Situasi yang di maksudkan adalah.. kalau dia dalam mood tak elok atau sakit. Latah ni setahu sang lekit memang tak boleh di cuit atau terkejut automatik la dia akan melatah, kan? tak kira la dalam apa keadaan sekalipun.

Orang yang melatah ini akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus, berulang-ulang.  Sekiranya orang yang menyakat itu terus mengusik orang yang melatah, latahnya akan menjadi-jadi sehinggakan dia seperti di alam bawah sedar, hilang kawalan diri lalu mengerjakan segala yang diperintah.  Kadangkala, orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam.

dari hasil pembacaan sang lekit pula, latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya.  Latah ialah sejenis penyakit saraf yang  menyebabkan seseorang itu  tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan  atau  suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan  atau  membuat  sesuatu  dengan  tidak  disengajakan  kerana terperanjat dan lain-lain.latah telah dianggap sebagai sindrom budaya masyarakat Melayu.Tanggapan begini bersebabkan latah sudah sebati dalam jiwa Melayu dan menjadi tradisi budaya.Latah juga merupakan satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit.  Namun, latah dipercayai berkait rapat antara fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Latah dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.

 Sebenarnya latah tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu.Di Indonesia, gangguan latah berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera dan pedalaman Kalimantan.  Latah juga ditemui di beberapa wilayah Asia lain seperti pada masyarakat suku Ainu di Jepun dan masyarakat gurun di Gobi iaitu sempadan antara China dan Mongolia.  Di Eropah, latah juga ditemui pada suku masyarakat Perancis.Latah juga terdapat dalam budaya orang India dan orang Eskimo.

‘latah’ boleh membawa makna yang lain iaitu perbuatan seseorang yang cepat terasa dan menjadi marah apabila dirinya ‘dijolok’ dengan cerita yang membabitkan maruah diri. Melatah masih ada dalam masyarakat Melayu biarpun makin berkurangan.  Latah bukan suatu penyakit tetapi janganlah kita jadikan latah suatu penyakit hati pula.

Entri sekadar berkongsi info dari hasil pembacaan sang lekit bukan untuk mengaibkan mana mana pihak atau individu.

Rujukan : Menangani Orang Melatah
Juga boleh membaca artikel tentang latah di SINI 

11 comments:

  1. ha,ah la sis. bru perasan org melayu je melatah

    ReplyDelete
  2. pada akak la..latah ni mula2 mereka saja je main2.tgk zaman dulu2,klau ada benda jatuh sebut opocot...lama2 jd kebiasaan kan?ayah akak marah sgt2 masa zaman akak kecik2 dulu suka main latah2.

    bahaya tau org latah,ada yg pegang pisau tu sampai tak sedar nak cederakan org,pekerja mertua akak ada sorang kaki latah...ngeri tgk dia melatah sambil pegang pisau.

    ReplyDelete
  3. saya ngaku aa...pernah dapat penyakit tu... tapi lama-lama train alhamdulillah dah tak da dah penyakit ni.. tak tau dari mana la saya bleh dapat penyakit ni.. huhu

    jemput ke blog
    Pakai telekung

    ReplyDelete
  4. Woooaaaa...ni reader's digest versi blog melayu ke? bagus bagus bagus

    ReplyDelete
  5. entry ni berguna, baru aku tau ade org jepun, perancis, india ngan mongolia yg melatah...


    selama ni aku ada baca, aku ingatkan org melayu kat malaysia ngan indon je melatah...

    ReplyDelete
  6. sy pernah tgk org india melatah..hehe

    ReplyDelete
  7. agak2nya cam ne la org india melatah.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. tuan blog, boleh tolong tak, sy nak tau perkataan melatah dlm english ape?

    ReplyDelete
  9. tak pasti pulak cik/en anon. dari kamus online perkataan 'latah' kalau dlm english neurotic / suffering from hysteria

    ReplyDelete
  10. masa blaja kat UK dulu, omputeh pun ada latahnya jgk.klau trsasul @ x sngaja buat sesuatu dakan ckp "whhopsy daisy!!!"...kira mcm "Opocot" kita la tu kot.

    ReplyDelete
  11. dlu aQ tak melatah tapi npe yew ttbe jew dtg pnykit nie kat aQ .. ?
    smebdy please explain me ??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!