MELAWAN FITRAH ATAU TERIMA DIRI SEADANYA?

6/23/2011 01:16:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Tadi sempat la tengok wanita hari ni dengan topik dilema anak lelaki lembut. Panel jemputan tak tahu lak siapa nama dia yang pasti seorang pakar (mungkin pakar kauseling), seorang ibu kepada anak lelaki yang berpewatakkan wanita (lelaki lembut) & lelaki lembut tu la.

Yang pernah mengaku dirinya Ben Nyah. Hasil carian google. Sekadar hiasan

Sang lekit tak ikuti topik dari mula cuma buka tv jer tengok topik ni dah separuh jalan dia bincangkan. Bila si lelaki lembut ni menjawab soalan dengan jawapan " Terima diri seadanya.. & menjadikan takdir sebagai alasan atas apa yang berlaku pada dirinya.." Sang Lekit tertanya tanya pula sendiri. Dengan cara mengikut perasaan & naluri itu cara menerima diri seadanya atau dia sedang melawan fitrah kejadiannya yang sebenar. Kalau menerima diri seadanya.. Diri dia yang seadanya adalah lelaki bukan perempuan, kan?? Tapi dia sendiri mengakui naluri & perasaannya lebih kepada wanita. Letakkan takdir sebagai alasan.. Apakah takdir layak di persalahkan sedangkan kita di beri akal & fikiran juga pilihan?

Bagi pendapat sang lekit, diri sendiri yang patut di salahkan.. kerana mengikut hati perasaan. Apapun sang lekit kagum dengan lelaki lembut ni yang sangat - sangat bertanggungjawab pada ibunya yang uzur. Walaupun dia ramai adik  beradik yang terdiri dari perempuan kesemuanya tapi nampaknya tanggungjawab menjaga ibu di pikul seorang diri & di akui sendiri ibu beliau. tanggungjawab dia sebagai anak lelaki (walau dalam perwatakkan wanita) di tunaikan sebaik mungkin. Itu boleh kita jadikan contoh yang baik. Tak semua yang buruk itu busuk & yang baik itu wangi, kan?? Masing - masing ada kekurangan & kelebihan sendiri.

Dan Sang lekit juga tertarik dengan kata - kata dari pakar jemputan.. Mendoakan itu lebih baik dari mencemuh pada golongan macam tu. Betul tu.. Mencemuh yang kita dapat dosa & menyakitkan hati orang lain tapi bila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain Insyaallah ganjaran yang di terima juga baik, kan?? Sama - sama la kita doakan yang terbaik buat mereka & jadikan kisah mereka sebagai iktibar untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri.

Entri ni tak berniat nak menjatuhkan mana - mana pihak atau individu sekadar memberi pandangan & pendapat peribadi jer. Kalau ada mana - mana pihak yang terasa hati terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

17 comments:

  1. sebenarnya org mcm ni terlalu terpengaruh dan ikutkn perasaan... naluri kepada yang tersebut lebih...

    ReplyDelete
  2. moh lar doakan dia berubah.. kazen kita pon ada yg mcm nie.. tapi dia baik sgt2..huhuhu

    ReplyDelete
  3. pernah berkawan dengan lelaki lembut..tapi bukan yang tukar jantina... menjadi lelaki lembut tak salah tapi menukar jantina itu yang salah... masyarakat lebih suka mencemuh dari cuba mendekati n menasihati golongan ini... sekadar pendapat

    jemput ke blog

    Orait saya takkan kacau awak lagi

    ReplyDelete
  4. adeyh2!
    i reserve my comment!

    ReplyDelete
  5. hazieq follow dari mula...
    n ada kawan yg lembut.. x dapat dinafikan diorang kreatif, baik, dan suka menolong org. dan setiap komen yg diorang berikan adalah ikhlas dari hati diorang dan berniat untuk melihat kejayaan kita, bukan untuk menjatuhkan kita.

    ReplyDelete
  6. ssh nk ckp klu org cm neh..kne dorong ke jalan yg benar...

    ReplyDelete
  7. Amy pun tengok tadi , bagi amy la orang jenis macam nie sebenarnya lebih terpengaruh dan terikut2..kalau dia kuatkan diri dan lawan pasti x menjadi macam tue..

    ReplyDelete
  8. baca entry suria ni buat kak ida teringat sesuatu.. adik beradik kak ida terdiri dr 6 adik perempuandan sorang adik laki.. nasib baiklah adik kak ida si edie taj jadi lembut kan hehehehehe

    ReplyDelete
  9. ssh nk tegur..bila ditegur balik..

    inilah jln yg sya pilih..
    sya lebih kenal sape diri saye..
    tuhan yg tentukan hidup sya cmni..

    erkk...

    ReplyDelete
  10. Allah tidak menghukum manusia secara pukal...

    mungkin sesetengah tempat dia lemah dan berdosa...

    tapi setengah tempat yang lain dia bagus dan berpahala...


    tapi yg salah tetap salah jika dia menampakkannya pada zahir...


    Kita wajib menegur dan mendoakannya tapi kita dilarang memaki dan melaknatnya..

    :)

    ReplyDelete
  11. dia bukan khunsa eh?

    hmm..saya banyak jugak kawan lelaki yang berpewatakan lembut macam ni..sedih tengok mereka..pernah tanya tapi jawapan tipikal yang macam lekit tulis kat atas tulah jawapan mereka..

    apa yg mampu saya buat hanya doakan mereka dalam hati saje la..

    tapi berkawan dengan mereka ni kadang2 best jugak..sebab mereka hormat kita sebagai perempuan..

    apa-apa pun, yang salah tetap salah kan? semoga mereka dapat kesedaran dan berubah..

    ReplyDelete
  12. saya tak de kawan yang macam ni..tapi jiran kat kampung ada anak yang macam ni..
    tapi nampak gaya nye macam
    adik beradik tak tegah pun..kami pi umah dia tahun lepas siap berlipstik bagai..terkejut tengook..tapi bijak orang nye..sekarang ada kat amerika..

    ReplyDelete
  13. aku pu tengok gak walau kejap...si ibu emosional betul.....sampai naik nyampah....

    ReplyDelete
  14. kat tempat aku ada sorang laki lembut yang agak spesial, dah kawin anak 2 ataupun tiga, kadangkala, ada time...dia pakai make up, kerja pembantu kedai 24 jam, angkat barang berat...ok je.....bini dia mak oi macam model....perwatakan je lembut, tapi terbukti kejantanannya....huhuhu.

    ReplyDelete
  15. haram tetap haram. tapi setiap ape yg jadi ade hikmah dsebalik. semoge kekurangan/kesilapan kite dpt dperbetulkan 1 hari nnt. amin.

    ReplyDelete
  16. bergantung pada didikan agama lah,kalau kurang didikan agama dari family dia,habes lah hancur hidup golongan lembut ni,tp seeloknya diaorg ni x boleh dihina,diaorg pon makhluk ALLAH jugak kan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com