ORGAN HARAM DIJUAL TAPI BOLEH DIDERMA

6/17/2011 06:04:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Sorotan dari kisah di harian metro semalam seorang isteri yang sanggup berkorban & menjual buah pinggangnya demi melangsaikan hutang along yang di buat suaminya untuk memulakan perniagaan tapi malangnya perniagaan itu gagal. Besar sungguh pengorbanan seorang isteri sampai sanggup jual buah pinggang dia kan?? Yang suami takkan la tak kesian. Dia buat hutang, bini kena tanggung. Takkan itu satu - satunya jalan yang ada kot... Entahlah, hal laki bini diorang siapa yang tahu, kan?

Daripada isu tu hari ni di harian metro keluar lagi artikel berkenaan penjualan organ. Dari segi hukum agama ia memang haram & dari segi undang - undang juga salah. So, kalau akak ni tekad juga jual organ untuk langsaikan hutang suami dia, beliau dah melakukan dua kesalahan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Dalam Islam membolehkan kita untuk menderma organ dengan syarat jangan ada unsur dagangan atau jual beli kerana ia kurniaan Allah SWT yang tiada nilainya. Aktiviti menjual organ juga salah dari segi perundangan negara.

Pengajaran dari kisah ni, sebelum melakukan apa - apa perkara rujukkan pada mereka yang arif. Jangan nanti niat yang baik, padah yang dapat.

Rujukan : Harian Metro

8 comments:

  1. ishhh x payah la nak buat bende pelik2

    ReplyDelete
  2. semalam pun ada pompuan nak jual buah pinggang dia..
    macam jual baju pulak dia buat ye..

    ReplyDelete
  3. ape punya manusia la kan...benda tu bukan senang nak cipta2 semula hadehhhh rosak la masyarakat la ni...

    ReplyDelete
  4. yupp!! dlm islam haram klau jual mna2 bahagian anggota badan kita sebab manusia bukan harta.. mnusia tu amanah allah. klau dihadiahkan or sedekah boleh la.. org skrg mmng bab2 hukum tolak tepi je.. hmm~~

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  5. kena hati-hati jugak ni,manalah tahu niat nak derma then ada pakatan nak menjual pulak oleh penipu,apa2hal rasanya kena ada hitam putih.

    my latest entry:
    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/06/potong-rambut-secara-paksa.html

    ReplyDelete
  6. isteri die sanggup buat camtu. seolah olah cam suami die takde inisiatif laen lak. hurm.

    ReplyDelete
  7. derma saja...seiklas hati...kemana kepada siapa ....biar dia yang suratkan..

    ReplyDelete
  8. tak tau tak dosa...darurat takpe....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com