PELATIH BOMBA WANITA HARUS BOTAK?

6/24/2011 04:21:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Seorang bekas pelatih bomba wanita kecewa dengan tindakan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai di Marang, Terengganu, yang membotakkan kepala beliau serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas. Peraturan dalam surat yang diterima,hanya menyatakan rambut perlu digunting dengan ukuran enam milimeter sahaja dari rambut asal semasa hari pertama melaporkan diri dan perlu digunting kemas selepas dua bulan hingga tamat latihan. (Baca artikel sepenuhnya DISINI)

Tu dia cedukkan artikel dari harian metro. Sang lekit ada post kat status FB pasal isu ni, ada kawan sang lekit bagitau sepupu dia yang mendaftar untuk kemasukkan yang sama di terengganu pun di botakkan juga. Aduhai.. kenapa pula perempuan di botakkan??

Pelakon Syarifah Amani ketika botak. Hasil carian google.

Dulu kecoh pasal Pelakon Syarifah Amani yang di botakkan dalam filem mualaf. Ramai yang mengkritik hebat pelakon tersebut. Hukum mencukur atau membotakkan kepala perempuan adalah haram kerana ia perbuatan yang tidak disukai oleh Nabi Muhammad saw (Boleh rujuk artikel sepenuhnya DISINI). Tapi bila penjawat awam di lakukan sedemikian rupa macam mana pula. Takde ke mana - mana pihak tampil menegah perkara tersebut??

Tak semua wanita rela di botakkan.. & agama juga melarang perbuatan tersebut. Jika tiada dalam syarat2 kemasukkan pelatih dalam unit Bomba macam mana ada pihak yang suka hati membotakkan dorang pula? Dilihat seolah - olah macam satu penindasan & penganiayaan je kepada pelatih baru. Harap ada pihak yang bertanggungjawab tampil menyelesaikan perkara ni.

9 comments:

  1. kesiannya.........bukan ke dorg pakai tudung? ke tak? pernah tgk pelatih perempuan keluar outing..tapi bertudung...

    ReplyDelete
  2. nasib baik tak jadi bomba hehe

    ReplyDelete
  3. demi negara tak pe..tak payah ikut hukum..ikut je hukum satu malaysia..
    wakakakka

    ReplyDelete
  4. hukum dunia selalu membelakangkan hukum agama..dunia2..

    http://sweetgurlz11.blogspot.com/2011/06/selamat-tinggal.html

    ReplyDelete
  5. urrmm,.nampaknya matlamat telah mnghalalkan cara,.huhu

    ReplyDelete
  6. nilah jadi bila hukum agama diketepikan....

    Kopi dan Aromanya

    ReplyDelete
  7. ni tak lain tak bukan.. kes buli la nihh...


    agak2 bulu jembut dia cukur botak gak tak ?

    ReplyDelete
  8. bangang betol diaorg ni,hahahaha haram tau perempuan cukur rambut

    ReplyDelete
  9. agak2 r korg...
    rmbut die bkn dicukur..
    tp dipotong botak.. botak tu pun,, bkn sampai xde rmbut lgsung..
    yg pmpuan tu pn,, sblom mhon jd bomba, asal x slidik ape yg die akn kene mse latihan bomba.. dh mmg pompuan akn dipendekkan rambut begitu semasa latihan bomba.. dipendekkan sebegitu, so that, dlm 3minggu dh tmbuh ckit.. mse tu,, rmbut tu ik la.. xde la gondol sgt cam mule2 pas kene potong.. seumur hidup ak dgn jabatan bomba xde lg org pompuan songeh n ngada2 cam pompuan nih... lau tao ngada2,, xpyh msok bomba,, kerenah mcm2,, cmne nk selamatkn org bile dh jd bomba t..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com