SERANG LANUN KAT THE CURVE

6/03/2011 12:30:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Satu hari siang tadi asyik cerita pasal Mak Enon & Pak Meon (Anonymous) jer.. Macam bagi publisiti sia - sia pulak kan pada spesis tu. Apapun ada yang kantoi menyamar Anon untuk kutuk sang lekit kat blog ni dah senyap selepas dia tahu identiti & blog nya sang lekit dapat kesan. Bagus la dik.. Kalau rasa niat tu baik tak payah jadi Pak Meon yer nak tegur. Biasa la budak - budak, kita maafkan je.

Okies tutup cerita pasal Mak Enon & Pak Meon tu.. Ni kes serang lanun kat the curve. Serang Lanun?? Ke kena serang dengan lanun?? Taklah.. memang serang lanun. Dahsyat kan sang lekit. Kekekekekekeke. Menyerang pawagam untuk menonton Pirates Of Caribbean (On Stranger Tides) apa nak dahsyatnya. Ramai yang join menyerang GSC The curve walau semalam bukan hari minggu pun. Banyak cerita2 best sedang di tayangkan kat pawagam bulan ni mesti la ramai taknak lepaskan peluang.


Semua orang tahu dari episod pertama Filem Pirates Of Caribbean sampai la yang terbaru ni ceritanya memang tak mengecewakan. Adengan yang paling sang Lekit suka dalam filem ni ikan duyung yang makan orang. Mula - mula muncul macam perempuan cantik di laut sambil berpaut di bot mangsa.. Lepas tu bertukar ganas & bersiong dah bertindak agresif menyerang mangsa. Dari kisah dogeng di selitkan dalam filem ni menjadi sebuah adengan yang menarik. Memang sang lekit suka part Duyung tu.

Ikan duyung yang cantik & jatuh cinta dengan seorang paderi

Yang pasti Hero dalam filem ni Kapten Jack Sparrow yang jalan terhuyung hayang, kuat minum, seorang yang licik & penuh taktik & tipu muslihat adalah watak yang takkan menghampakan. Kadang - kadang tengok cara kapten Jack tu jalan macam pondan pun ada. Kekekekeke

Watak yang buat kita tak kering gusi

** Semua gambar adalah hasil carian google**

7 comments:

  1. x tgk lagik..sob2..byk wyg miss nie..cuti lak bz ngan knduri kawen..wuwuuwwuuu..x dpt nak berwayang.. :P

    ReplyDelete
  2. tak tengok pun lagi filem ni..
    akak nak beli kat lanun je nanti..
    lanun jual lanun..
    hheheheh
    *************************
    sebaiknya jangan bagi perhatian pada depa..
    akak pun belambak anon yang komen tapi sorry la..
    tak de entry khas untuk anon..
    kalau nak perhatian sila jadi aris je..
    hahahaah

    ReplyDelete
  3. dah xg tgk wyg...nak tgk ngn husband ja nnt...ceeewahhhh!

    ok dah besarkn font...ok x? thanks eh tgur...sy pon rabun gk..heee~

    ReplyDelete
  4. sape la yg jadi pak anon tu ye??iskh2..

    abby dah tgk ke??wah..jeles ni...
    baca sinopsis abby ni pun dah macam tau citer ni best..

    xsabar nk gegar panggung..huhu

    ReplyDelete
  5. part mermaid memang tak menghampakan.
    saya ade jugak buat review pasal cerita nih
    mari kongsi

    http://zety07.blogspot.com/2011/05/review-pirate-of-caribbean-in-stranger.html

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com