SUAMI HARUS LAYAN ISTERI SEPERTI GIGOLO KELAS PERTAMA

6/13/2011 08:15:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Tiba - tiba jer Sang Lekit dapat idea pasal ni.. Bila terfikir isu hot pasal pelacur kelas pertama ni. Ramai wanita & para isteri tak boleh terima kenyataan tu termasuk sang lekit. Tu bagi pihak wanita, bagi pihak lelaki @ suami pula macam mana?

Sekarang ni kan kecoh pasal Kelab Taat suami di mana yang menjadi kontroversi bila president kelab ni mengeluarkan kenyataan bahawa isteri harus layan suami seperti pelacur kelas pertama. Jom kita bayangkan kalau wujud pula kelab suami setia, agak - agak presiden kelab tu nanti akan cakap macam ni tak??

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Suami harus layan isteri seperti gigolo kelas pertama? lelaki @ Suami boleh terima tak di umpamakan seperti gigolo dimana lelaki yang di bayar untuk melayan seorang perempuan dalam hubungan yang haram? Tentu tercabar lelaki @ suami yang soleh kan? Dalam ikatan yang halal tapi di umpamakan sekeji tu. Tak tau la ada lelaki yang suka dengan gelaran gigolo, anak ikan & berbangga2 bila dapat title tu.

Takkan la suami sanggup nak puji isteri yang hebat dalam hubungan kelamin dengan ayat macam ni.. "Wah sayang hebat la macam pelacur first class gitu!" Atau isteri nak puji suaminya dengan ayat.. "Abang hebat la.. macam gigolo first class gitu!". Kan tak manis.. Silap2 boleh jadi punca pergaduhan pula.

Apapun istilah & perumpamaan yang nak di gunakan biarlah elok & mulia. Nak - nak lagi dalam hubungan yang telah di halalkan agama. Niat tidak menghalalkan cara. Kalaupun niat dia bukan la nak melabelkan golongan isteri sebagai pelacur tapi perkataan itu mengambarkan betapa hinanya seorang wanita. Harus ke kita menggunakan perkataan keji & mengagungkan pelacur/gigolo yang kita tahu akan kerjanya itu ke arah kemaksiatan & zina. Seolah - olah mengambarkan betapa hebat seorang pelacur/gigolo dalam kemahiran seks untuk kita jadikan idola. Kalau macam tu lagi bagus buka kelas ambil pelacur/gigolo jadi tenaga pengajar.

Ini cuma pandangan & pendapat peribadi yang tercetus dari isu semasa yang sedang hangat di perkatakan. Sekadar mengupas secara umum untuk perbincangan bersama.

21 comments:

  1. Tak paham nape seks harus diutamakan dlm perkahwinan...tapi lagi tak phm nape tahap seks pun nak dibandingkan dgn pelacur atau gigolo... seks pun ada tahap ke?

    ReplyDelete
  2. ambooooooi sang lekit, nanti kena marat hubby u, baru tau.....

    ReplyDelete
  3. Kalau di pandang dari sudut positif ada kebenaran saranan tersebut kerana hampir 100% keruntuhan rumahtangga adalah disebabkan kegagalan suami atau isteri dalam hubungan seks. Selalunya suami pentingkan diri sendiri dan isteri yg kecewa pulak buat tak kisah tentang seks utk suami.

    ReplyDelete
  4. maksud pun dah x elok. lagi nak dsamekan dengan seorang isteri. bodoh betul sape punye quote tu.

    ReplyDelete
  5. yerp...kata2 menggambarkan peribadi...dan kata2 itu juga doa...=D

    ReplyDelete
  6. alamak..
    tak paham kenapa ada jugak yang bersetuju dengan dr bengong tu..
    memang seks tu penting tapi tak perlu disamakan dengan pelacur..
    itu yang kita nak tekan kan..
    bukan soal seks penting ataupun tidak..harap maklum!!

    ReplyDelete
  7. Ntah la diana.. nasib baik diana paham.. bkn soal seks nak di tekankan kat sini tp soalnya perkataan/perumpamaan yang di gunakan tu.. maybe ada yg tak baca entri terus komen kot

    ReplyDelete
  8. perlu ke smpai nak ade kelab tu, kalo takd kelb tu pon isteri kene taat jugak. tp taat berpada2 la. jgn smpai jd hamba kan sis :)

    ReplyDelete
  9. maaf ye THE LEKAT LEKIT STORY..bukan nak gaduh ye pasal entri tu..saya dapat tahu tentang entri itu pun daripada sini http://inikisahtia.blogspot.com/2011/06/apabila-alat-sulit-lelaki-menyentuh.html dan saya cuma olah balik daripada berita asalnya di perdana online..mungkin soal tajuk itu kebetulan..saya minta maaf ye..tak niat nak jatuhkan mana-mana blogger pun..niat di hati cuma ingin memperingati umat islam diluar sana dan diri sendiri..saya minta maaf banyak2..lagipun zaim xbagi kredit pun kat saya..saya tak kisah..yg pntg niat utk berkongsi n berdakwah juga..=)

    neway nk komen sikit entri ini..tajuk mmg best..tp sng citer lau dah suami isteri tu berilah yang terbaik utk psgn masing2..hehe..

    ReplyDelete
  10. seks pilihan utama utk berkahwin.. parah! masyarakat kian parah


    jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Ustazah pilihan

    ReplyDelete
  11. iya betul tu.. suami isteri perlu saling lengkap melengkapi apa yang kurang..

    ReplyDelete
  12. kalau die cakap isteri kene layan suami lebih bagus dari pelacur kelas pertama. agak2 orang terima tak?

    ReplyDelete
  13. yang lawaknya.. macam mana si doktor tu tahu bagaimanakah seorang pelacur kelas pertama tu menjalankan "tugas"nya.. hahahaha.. adoyaiiii memang bengong haha

    ReplyDelete
  14. wah bernas jugak ko walau demam2 ye nyah,

    sebetulnya, niat Dr tu baik dalam menasihat, tapi kaedah dia kurang sesuai, sebab betul lah, tiada satu masyarakat dan peradaban pun yg akan memuliakan pelacur.

    walaupun niat dia betul, tapi dengan pendekatan yang salah, maka dia akan menjadi tidak popular.

    pasal Gigolo tu, hodoh sangat rupenya kalau suami kena panggil gigolo.. ko bygkan pakai spender je, dengan bow tie... pastu pakai cuff-link kan... wahahahahahaha

    ReplyDelete
  15. macam-macam lah hai sekarang ni? macam mana pulak suami tu tau macam mana layanan pelacur, lain lah kalau pernah langgan. hmmm.

    Khas Untuk Perempuan Desperate

    ReplyDelete
  16. Saya bukan nak menyangkal kupasan anda dlm entry ini...cuma cuba renungkan pula kupasan di sini: http://warnailahhidupku.blogspot.com/2011/06/isteri-dan-pelacur.html?spref=fb

    memg sedikt silap apbla penggunaan bhs begitu cuma cb kita ambil yg positif, buang shj yg negatif itu..untuk mnjdi org yg sentiasa dlm aura positif

    ReplyDelete
  17. saya dah baca entri tu tapi apa yang di kongsikan adalah pelacur yang menggunakan cara isteri Rasulullah melayan suami bila melayan pelanggan. Kaedah & konsep pelacur tu mungkin ada persamaan, tapi kenapa pilih perkataan pelacur untuk di jadikan perumpamaan. Kan lagi bagus guna ayat, Isteri harus layan suami seperti Isteri Rasulullah melayan suaminya. Kenapa nak guna perkataan/perumpamaan yang kurang elok kalau pun mesej yang nak di sampaikan baik. Kan dah tak sampai mesejnya.

    ReplyDelete
  18. apa yg cuba sy smpikan kite cb berfikirn positif..sekali sekala sesuatu yg menyentap akal fikir itu perlu digunakan...ayt mengikut cara layan isteri rasulullh itu memg ayt terbaik, cuma dh terlalu byk dan biasa ayt itu..mereka menggunakn istilah 'pelacur' mgkn kerana itu adalh hala tuju terdekat para suami curang pd msa kini..mgkn krn itulh ia digunakan..kita xnak bile para suami dh terhanyut dgn pelacur @ yg hmpir sama dgnnya, baru kita nak tersedar..adalh lbh baik,sedarinya dr awal..bak kta pepatah..dh terhntuk bru nak terngadah..kan xelok tu...cuma cuba memg sesuatu itu dr sudut positifnya...

    ReplyDelete
  19. sama seperti 1 cerita yg pernh sy bc(xingt sumber) berkenaan seorg is3 yg cool mengatasi mslh curg suaminya, dgn mengintip kemana suaminya pergi dan meliht apa yg dilakukn suami bersama wanita yg menjd punca kecurgan itu/kekasih suami/pelacur..apa yg dia buat bile pulg adalh, cuba melakukn seperti mana kekasih suaminya@pelacur itu lakukn terhdp suaminya...dia sbg isteri cuba meniru sebiji mcm yg dilakukn kepaa sang suami..so, konklusinya, takkanlah kita nak jd begitu dulu baru nak terngadah..adalh lebh baik, kita berwaspada sblm terkena dgn mengmbil positif intipati yg cb dimksdkan, bkn dgn memperbesarkn isu kecil dstu...mg kita dpt manfaat dr nya,insylh

    ReplyDelete
  20. sbg seorang isteri sy tak boleh terima istilah pelacur & sy sendiri pun tak tahu pelacur sekarang layan pelanggan mcm mana. Bukan menerima pandangan ni dari sudut negatif cuma istilah yang di gunakan itu krg saya setuju. Tak perlu kelab utk taat pd suami sebab sekarang ni byk kuliah & ceramah agama yg membincangkan topik ni. Mahu dgn tak mahu je utk di ambil sbg panduan. Apapun niat tidak menghalalkan cara. Kalau istilah pelacur itu dgn niat & mesej yg baik sekalipun, makna pelacur tetap takkan berubah. Jadi sy tidak sokong penggunaan perkataan pelacur. Skrg ni kelab tu di kecam gara2 kenyataan tu. kita sendiri boleh fikir kenapa? Sebab mesej dia tak sampai so penerimaan orang pula lain. sr situ kita tahu kesan penggunaan perkataan krg baik takkan buat mesej yg baik sampai.

    ReplyDelete
  21. gelaran x sesuai lar kan..errrrr.. cuba gantikan ngan ayat2 manis sikit..huhuhu..apo laaaa.. T_T'

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com