ASAL KUNING JER BERSIH TAPI KALAU OTAK KUNING?

15.7.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Sekarang sebut pasal kuning jer semua ingat BERSIH. Sapa pakai baju kuning, akan di kaitkan dengan BERSIH samada dalam gurauan atau serius. Pakaian rasmi raja2 melayu pun KUNING sejak dulu.. Ada kau berani kaitkan dengan bersih??

Macam mana pula budaya KUNING & OTAK KUNING yang di kaitkan dengan mereka yang mengemari porno? Kuning jugak kan?? Tapi takde sapa berani kaitkan aktiviti kotor tu dengan BERSIH. Kesimpulannya KUNING tak semestinya BERSIH ok. Cuba luaskan pemikiran anda.

Hasil carian google. Sekadar hiasan bukan mempersendakan. Ini hasil editing mereka2 yang tak bertanggungjawab. Bukan memihak kepada mana2 parti politik tapi sebagai contoh sahaja

Bosan sang lekit dengan KUNING & BERSIH ni. Tak kira la isu tu di cakap dalam gurauan atau serius. Maskot DIGI, Bumble Bee Transformer, apa jer yang menggunakan tema KUNING mesti jadi bahan untuk isu BERSIH ni. Pasal KUNING & BERSIH ni macam - macam benda di propagandakan. Kadang - kadang benda yang takde di adakan. Video2 di edit untuk menampakkan kezaliman sebelah pihak. Gambar - gambar pun ada di edit untuk tujuan yang sama. Benda - benda yang tak berkaitan cuma kebetulan dalam tema warna yang sama di jadikan bahan untuk mempersendakan/menyindir sebelah pihak lagi.

Ada sapa2 nampak Ultraman datang masa perhimpunan bersih?

Ramai yang ambil kesempatan pada isu panas ni untuk meraih perhatian sampai kadang - kadang sanggup menyebarkan fitnah. Agaknya bila nak bernoktah. Jemu jugak asal nak blogwalking jer mesti ramai tulis pasal KUNING & BERSIH. Yang takde ilmu atau pengetahuan pun tetap juga tu nak tulis. Main maki hamun, mencarut tanpa ada pengisian langsung. Nampak sangat macam mak/pak turut. Nampak sangat macam terdesak nak sertai jugak berhujah dalam isu hangat walau jelas nampak dia tu memang tak tahu sangat pun pasal pergolakkan politik dalam negara ni.

Atau Bumble Bee Datang menyelamatkan penyokong bersih di kejami?

Sang Lekit pun memang tak pandai pasal politik,sebab tu sang lekit tak berhujah pasal politik cuma memberi pandangan peribadi kepada mereka2 yang kononnya bijak dalam berpolitik berhujah dengan perjuangan masing - masing. Yang berhujah dengan berilmu tu ok la.. tapi yang terang2 takde ilmu tu yang merosakkan mentaliti orang lain terhadap politik.

Ambil kata - kata Ahadiat Akasha.. tulis apa yang kamu tahu. Baru tak nampak bodoh sangat. Kalau tulis apa yang kita tak tahu, memang la takde pengisian. Setakat nak ajar orang makin hamun, mencarut..  Ada lagi baik jangan menulis langsung.

P/s : Saya tidak pernah menyokong/membangkang mana pihak. Saya menyokong apa yang saya rasa baik & menentang apa yang saya rasa buruk tak kira dari mana2 pihak sekalipun. Kalau hujahnya betul saya terima, kalau hujahnya dah terang2 kesat & hina.. saya pun tak bodoh untuk menilai. Saya bukan pak/mak turut mana2 parti di Malaysia ni. Harap maklum

21 comments:

  1. bagus kata-kata ahadiat akashah tu..
    samalah kita cik lekit..tak pandai nak berhujah hanya jadi pemerhati bebas saja

    ReplyDelete
  2. rasanya xyhla ltak gmbr tok guru cmtu. byk lg gmbr boleh diletak.

    ReplyDelete
  3. Ehem ehem, gmbar tu dah mcm melambangkan Sang Lekit sokong pihak tertentu. Btw, betul apa yg Sang Lekit cakap.

    Kedua2 pihat buat macam2 untuk menunjuk baik pihak sendiri dan mmburukn pihak lawan... :)


    Entri Terbaru Saya : Day 4 of 30 days blog challenge
    Day 5: My Relationship Status

    Boleh tolong komen Sini?
    Hehe..

    ReplyDelete
  4. hahahah~lawak lah biler pk kan balik,. power rangers tuh pon jadi mngsa,.haha

    ReplyDelete
  5. saya cuma attach gambar2 yang tak berkaitan yang di propaganda atau di jadikan bahan menyakiti pihak lain. Saya juga ada mention pasal2 video2 yang di edit supaya menampakkan kekejaman sebelah pihak.. so, dua2 dtgnya dari dua pihak berbeza. Baca & fahami kemudian nilaikan

    ReplyDelete
  6. merah mu bara semangat waja..
    putih mu bersih budi pekerti
    KUNING berdaulat payung negara
    biru perpaduan kami semua..

    haha

    ReplyDelete
  7. itu bukan otomen kuning lar lekit..itu power rangers!! hahahha.. otomen mana der kaler kuning.. ada kaler merah ngan biru jek..hhuhuh..

    *so far lar xde nampak lar kaler kuning..hehehehhe*

    alar.. dah kita pedulikan pro-pembangkang ngan pro-kerajaan.. kan kita nak tubuhkan parti ayam! kekekeke

    ReplyDelete
  8. skali salah la cik bambam.. sebut otomen jer.. cik bambam mesti terer. wakakaka. btl tu kita sokong pati ayam bistari jer.. supaya lebih bijak dr parti2 lain. kekekke

    ReplyDelete
  9. agong pakai baju kuning x marah lah,hi3 baca blog akak ni baru sy faham apa itu kuning dan bersih ni,selama ni main kutuk je hi3 apa2 pon,yg herannya kenape diaorg x marah agong pakai baju kuning yek,sy pon suka warna kuning apa,lambang colour kuning tu kan lambang agama rasmi negara ni dan bebas menganut agama lain,hahahaha kalau budak law mesti diaorg faham konsep politik ni,rugi aku x ambik law,kalau aku ambik law hari tu x akan aku maki hamun bende2 mcm ni

    ReplyDelete
  10. baru nak ckp tu power rangers,kalau dia dtg selamatkan puak2 bersih pon lagi bagus aman je masa 9 julai tu,hahahahaha

    ReplyDelete
  11. opsss..minggu ni asik kekuningan jer..huhuhu..

    errkkkapekah pic otak kuning tu..

    itu bukan otomen..tu power rangers..hehehe..

    otobots yg x menahan tu..

    ReplyDelete
  12. gip me pai!!!!.. aku pun naik meluat gak nyahhhhh!...

    sampai Queen elizebeth pakai kuning pun difitnah...


    mula2 lawak. lama2 meluat...

    thumbs up! utk entry ni.. cayaaalaah

    ReplyDelete
  13. saya suke pink..*tibe2 je..hehe..

    sm gak, xsokong/bangkang mana2 pihak...

    ReplyDelete
  14. best r ayat ahadiat akashah tu. betul sgt2.

    ReplyDelete
  15. suka dengan kata-kata akashah jugak.

    ReplyDelete
  16. betul kata2 akashah tu..saye pun dah naek muak dah..bukak pesbuk je asyek penuh pasal bersih kat wall..kawan2 yg fanatik sgt smpai memaki menyumpah kerajaan..menampakkan kebodohan sendiri..haishh..semak betol..

    ReplyDelete
  17. hahaha mana la mak buyung ni dapat gambar2 lawak ni...kang bini aku cakap aku gila pulak ngadap komputer sambil sengih sesorang hahaha lol

    ReplyDelete
  18. yeahhhhh sokong sgt lahhh..
    tak perlu lahhh nk burukkn
    antara satu ngan lain kannn..
    kalau buat secara aman dan adil semua..mesti takde nye masaalahh..

    okeyyy NF noob sikit haha

    ReplyDelete
  19. Iqbal here...

    harap tlg buang gmbr ulama tu.. nak ltk gmbr anuar ikut mu r... gambar nik aziz mnx jgn...

    ReplyDelete
  20. Thаt iѕ a ѵeгy goοd tіp espeсially to those
    fresh tο the blοgοsρhere.
    Sіmple but νery ρrecіsе info… Apprеciatе your ѕharіng this оne.

    A must rеad pοѕt!
    Feel free to surf my website :: buy followers for instagram

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!